Saman AES dikurangkan ke RM150 | Killjols Saman AES dikurangkan ke RM150 | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Saman AES dikurangkan ke RM150



Kerajaan akan ambilalih sepenuhnya operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) manakala kadar minimum saman itu dikurangkan ke RM150 berkuatkuasa serta merta.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan keputusan berkenaan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu berkaitan pelaksanaan AES di Putrajaya.

Beliau memberitahu operasi sistem AES yang kini dikendalikan oleh A.T.E.S dan Beta Tegap Sdn. Bhd. akan diambilalih menerusi syarikat milik penuh di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) iaitu AES Solutions Sdn. Bhd.

Menurut Hishammuddin penurunan kadar saman AES adalah selaras dengan kadar saman yang dikenakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Melalui inisiatif ini kadar kompaun saman AES diturunkan kepada minimum RM150 selaras dengan kadar oleh PDRM, namun kadar saman ini bergantung kepada tempoh pembayaran saman dan kesalahan had laju yang dilakukan oleh pengguna jalan raya yang mana saman maksimum adalah RM300," katanya.-18/9/2013


sumber : agendadaily
Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment