10 Sebab kenape aku tak Suka Whatsapp Group | Killjols 10 Sebab kenape aku tak Suka Whatsapp Group | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 Sebab kenape aku tak Suka Whatsapp Group



1. Bangun Pagi dengan 150 Message yang berlainan...

Ia macam satu kemestian bangun pagi untuk check Email,message,whatapp dan FB Chat . Dan Whatapp selalu memberi keputusan yang sangat mengjengkelkan. 12 Malam tido bangun pagi beratus message .. oh really?

2. Manusia overactive dengan membuat group-group unik.

orang yang sama, group sampai 3 dengan nama yang berlainan ... motif?
lagi satu admin group lawan2 tuk aktifkan group .. perhh dah cam zaman MIRC.

3. Group yang membuat anda rasa terasing.

Nama group geng college, geng bas sekolah, geng aku kaya. hampir separuh anda tak kenal dan tiada dalam contact.  Cukup 24 jam Blah cepat!

4. Anda tidak boleh lari dari notifikasi .

hmmm ... uish ade notification la... bukak2 gambar beruk panjat pokok kelapa. spoil!!
letak mute skali pun .. dah macam saka sentiasa menghantui anda...
kalau yang perangai cam budak tadika kasi spam x henti2.. itu reason kuat tuk kuar group..

5. Gambar-gambar pelik dalam gallery.

Aku takde seumur hidup nak masukkan aktiviti mendelete gambar dalam schedule aku tiap hari..
tiap kali browse gambar kat gallery untuk tujuan tertentu.. ade je gambar yang pelik2 seperti gambar kambing , lembu dan unta. aku terpaksa scroll panjang tuk cari gambar yang aku nak....

6. Drama .

Kat sosial site mane skalipun .. takleh lari dengan bende ni... tp whatapp more lebih private so ia seribu kali lebih teruk rasanya..

7. Tiada Sebab untuk turut serta.

Dua situasi . satu mmg anda xde sebab nak turut serta dalam group dan anda mula rasa janggal yang teramat , lagi janggal bila ada org yang peramah tegur privately, "Eh kenape u x join borak kat group?" .. jawapan jujur "aku taknak baca , apatah lagi join"

8. Penyesalan kerana membaca.

Situasi satu lagi .. anda bosan , dan saja baca semua chat yang ada dalam group. dan itu keputusan paling anda sesali.. wakaka.. korang xde kerja ke ? every minute bebbbb.. lagi2 yang jenis borak best kat mamak... cerita ko menarik dow! aku mmg nak dengar.. serius aku menyesal baca... aku menyesal!!

9. Jika anda telah masuk ke satu group. untuk keluar bukan sesuatu yang mudah.

Ia satu keputusan yang sukar untuk keluar. anda terpaksa fikir berjuta kali. "Dude member baik gua , makcik, pakcik, kazen, family gua semua dalam group. ko cakap aku camner aku nak keluar (luahan sambil mengelap air mata) .. aku dah terlibat dalam bende ni .. aku tak boleh keluar dah .. mungkin dah takdir hidup aku macam ni ..."


10. Bila anda berjaya keluar. ada malaun masuk kan anda balik dalam group.

Kau lah orang paling aku benci dalam dunia. kau kejam! .. aku takkan lupakan ko seumur hidup aku.. ko tak tau macam mana susah payah aku tuk buat semua ni ... !


p/s: Aku xtaulah aku je ke yang rasa semua ni ... kita takleh lari dari dunia sosial , secara maya mahupun realiti. tapi privasi tu kadang-kadang penting jugak. aku bukan jenis orang pakai dua simcard or dua phone. so ia kadang-kadang memberi masalah dari sudut psikologi dan masa pada aku . FB group ada sebagai penyelesaian . banyak pulak aku cakap. 


Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment