12 Fakta Menarik mengenai Titanic yang anda tidak tahu | Killjols 12 Fakta Menarik mengenai Titanic yang anda tidak tahu | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

12 Fakta Menarik mengenai Titanic yang anda tidak tahu

Titanic terkenal kerana menjadi salah satu kemalangan paling dahsyat di lautan tidak termasuk perang - kemalangan ini mengorbankan lebih daripada 1,500 nyawa. Terdapat pelbagai spekulasi yang wujud mengenainya, walaubagaimanapun kesemuanya bersetuju bahawa kemalangan itu berpunca dari pelanggaran dengan bongkah ais. Tragedi ini menjadi terkenal sehingga dijadikan sebuah filem - walaupun cerita filem ini sedikit fiksyen ( lebih kepada sebuah filem romantik) - ianya adalah berdasarkan fakta. Terdapat beberapa fakta menarik yang jarang diketahui tentang titanic ini.

1. Sepatutnya mereka mempunyai bot penyelamat sehari sebelum Titanic tenggelam, jika/kalaulah mereka lakukannya lebih ramai orang dapat diselamatkan.





2. Terdapat satu adegan dalam filem "Titanic" di mana ahli muzik sedang bermain - Ianya berlaku di situasi sebenar, mereka bermain muzik untuk mengelakkan perasaan panik menjadi lebih teruk.




3.  Lelaki ini adalah Milton Hershey, pemilik kepada Coklat Hershey, dia mempunya tiket untuk menaiki Titanic pada hari tersebut, tetapi dibatalkan kerana mempunya mesyuarat perniagaan yang lain. Secara tak langsung, coklat beliau telah selamatkan dia.




4.  Honor Jepun adalah bertaraf dunia dan kadang-kadang ianya tidak masuk akal. Terdapat seorang mangsa yang selamat dan kembali ke Jepun namun dia digelar Pengecut untuk tidak mati.



5.  Terdapat hanya 3 cerobong asap yang berfungsi diatas Titanic, yang lain hanya untuk perhiasan.



6.  Kos untuk filem Titanic adalah jauh lebih besar berbanding kos kapal sebenar.



7. Bongkah ais yang telah menenggelamkan Titanic telah berjalan di sekitar lautan dari tahun 1000 SM.



8. Sebuah kapal bernama "The Californian" dapat menyelamatkan mangsa sekiranya komunikasi dapat berfungsi dengan baik.



9.  Ketua roti Titanic berjaya diselamatkan melalui minuman keras, dia terlampau mabuk dan minuman keras tersebut telah menyelamatkan dia selama 2 jam ketika dia didalam air beku - bercakap mengenai minuman keras telah menjadi penyelamat.



10.  Satu-satunya kapal yang ditenggelamkan oleh bongkah ais adalah Titanic.



11.  Sebuah bot penyelamat yang tidak dipenuhkan mengikut kapasiti dan tergesa-gesa telah menyebabkan bot tersebut tenggelam disebabkan panik. Sekiranya mereka penuhkan bot tersebut mengikut kapasiti mungkin lebih ramai orang dapat diselamatkan. Ingat latihan kecemasan?



12.  Kapal tersebut dapat elak bongkah ais tersebut sekiranya kapten atau pengemudi arah dimaklumkan 30 saat lebih awal-bercakap mengenai masa.


Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment