Kes-kes terkenal mengenai Kesalahan Perisian | Killjols Kes-kes terkenal mengenai Kesalahan Perisian | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kes-kes terkenal mengenai Kesalahan Perisian

Kes 1 : Disney Lion King 1994-1995 

Pada Musim Luruh 1994 , Syarikat Disney telah mengeluarkan satu produk CD-ROM Permainan Multimedia untuk kanak-kanak bertajuk The Lion King Animated Storybook. Pada 26 Disember , sehari selepas krismas, Bahagian Sokongan Pelangan Disney  Menerima jumlah aduan yang besar daripada ibu bapa pembeli produk mereka. Para pembeli menyatakan CD-ROM multimedia dari Disney tidak berfungsi pada komputer peribadi. 

Hal ini terjadi dipercayai disebabkan pihak Disney telah gagal untuk menguji perisian  pada Model PC berbeza yang terdapat di pasaran ketika itu. Perisian yang diguna oleh pengaturcara Disney mungkin mengguna sistem komputer yang berbeza , tetapi  tidak pada sistem yang paling biasa diguna oleh orang ramai.

Kes 2: Intel Pentium Floating-Point Division BUG 1994.

Cuba masukkan kiraan berikut pada kalkulator PC anda (4195835/ 3145727) * 3145727 – 4195835. 
Jika Jawapan yang diberi adalah 0 (Kosong) , Komputer anda adalah OK . Jika anda mendapat jawapan yang lain selain dari itu , komputer anda mempunyai Intel Pentium CPU jenis lama dengan BUG titik apung pembahagian . Sejenis Bug yang terhasil berulang-ulang dalam proses pengeluaran.

Pada awalnya pengurusan Intel menyedari akan kehadiran bug ini sebelum mereka mengeluarkan set cip in ke pasaran. Walau bagaimanapun , pihak pengurusan mengabaikannya dan menganggap bahawa ia adalah sesuatu perkara yang kecil. 

Dan akibat selepas pengeluaran produk ini Intel telah memohon maaf atas kealpaan mereka mengendali bug dan telah menelan kos kerugian hampir 400 juta untuk menampung kos penggantian cip itu . Intel kini lebih berhati-hati dalam melaporkan masalah yang diketahui di laman webnya . Dan berhati-hati memantau maklum balas pelanggan pada kumpulan berita di internet. 


Kes 3: Nasa Mars Polar Lander, 1999

pada 3 Disember 1999 , nasa Mars Lander Polar telah hilang semasa mendarat di permukaan Marikh. Kegagalan ini adalah dipercayai kerana kegagalan penetapan hanya pada satu bit data yang tidak dijangka. Paling membimbangkan ialah mengapa masalah itu tidak dikesan semasa ujian dalam.


Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment