I-Book Berunsur Islamik terawal Di Malaysia | Killjols I-Book Berunsur Islamik terawal Di Malaysia | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

I-Book Berunsur Islamik terawal Di Malaysia

PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Dextra Resources Sdn Bhd, Aniza Yaakub berkata, projek yang memakan masa setahun setengah ini untuk menarik minat kanak-kanak membaca, selain dibantu elemen multimedia serta interaktif.

"Salah satu inspirasi kepada projek ini adalah akhbar dengan gambar yang bergerak-gerak seperti di dalam filem Harry Potter.

"Kami memilih iBook sebagai platform kerana ia sesuai dengan idea ini disamping mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi, malahan kandungan iBook di dalam bahasa Malaysia di Apple Store juga kurang dan kami berhasrat mengisi kekurangan itu dengan MYSA iBook," katanya kepada mStar online.

Pelancaran iBook dan buku Sains Islamik di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini dilakukan pendakwah bebas bergelar Imam Muda, Syed Mohd Faris Syed Roslan yang juga Ikon bagi produk berkenaan.

Difahamkan, projek ini juga ibarat 2 dalam 1 di mana penghasilan iBook adalah serentak dengan penerbitan buku dan kedua-duanya mempunyai kandungan sama.

Menjelaskan lanjut mengenai maksud MYSA, katanya, ia adalah  singkatan kepada seorang anak kecil, Maisarah yang tidak henti-henti bertanya mengenai buku ini.

Seiring itu, katanya, kami menjadikan Maisarah sebagai salah satu inspirasi dalam penghasilan buku MYSA dan iBook.

"Kami juga ada terfikir untuk meneroka platform lain yang bersesuaian tidak lama lagi selain iBook.

"Malahan, ia juga buku elektronik terawal yang dihasilkan dan setakat ini belum ada lagi iBook berunsurkan Sains menerusi ajaran dan pandangan Islam," katanya yang juga pakar motivasi.

Beliau juga merasakan penghasilan iBook MYSA ini berbaloi terutama dikalangan kanak-kanak yang semakin membesar kerana terdapat panduan mengenai berkaitan dua bidang yang saling berkait rapat itu.

Tambahnya lagi, guru-guru disekolah boleh menggunakan iBook MYSA sebagai panduan semasa pembelajaran kerana ia boleh digunakan untuk semua peringkat umur dan mudah difahami.

"Saya harap ibu bapa memainkan peranan penting kerana pengisian yang terdapat di dalam iBook ini sangat berilmu dan rugi sekiranya tidak mempelajarinya.

"Ia juga boleh digunakan ibu bapa serta pendidik sebagai ruangan di telefon bimbit atau gadget lain supaya anak-anak tidak terus hanyut dan lalai dengan perisian yang merugikan masa," katanya.

MYSA Intro Montage
Soda and Mentos Experiment

More video:


Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment