10 Makanan Sedap yang Rendah Kalori | Killjols 10 Makanan Sedap yang Rendah Kalori | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 Makanan Sedap yang Rendah Kalori

Setiap orang sukakan makanan yang lazat dan menjadikannya satu makanan kegemaran kita pada setiap hari. Tetapi ramai yang tidak mahu mengambil tinggi kalori kerana menjaga penampilan dan mengawal pengambilan lemak yang berlebihan. Ramai diluar sana mengambil keputusan untuk mengambil kurang makanan sebagai alasan untuk berdiet walaupun terdapat banyak makanan yang rendah kalori berada di pasaran dan mudah untuk dijumpai. Dan perlu diketahui juga makanan rendah kalori juga ada yang lazat dan enak dan boleh dimakan sebagai makanan harian anda.

1. Labu


Labu adalah makanan yang sesuai untuk diet. Ia menawarkan serendah 15 kalori dengan setiap cawan mentah. Ia juga kaya dengan Vitamin A, serat, karbohidrat dan nutrisi penting yang lain. Labu boleh dimakan mentah dan juga dimasak. Dengan resepi yang sesuai ia sangat lazat dan enak.

2. Kobis Bunga


Kobis bunga adalah satu makanan yang biasa kita makan dalam kehidupan seharian. Ianya sangat lazat. Kobis bunga sangat rendah kalori dan makanan yang baik untuk diet. Ia memberi kecergasan dan hanya menawarkan 27 kalori sahaja dengan setiap cawan. 

3. Oatmeal


Ramai yang tidak suka makanan ini untuk sarapan pagi. Secara amnya ia tidaklah begitu lazat. Tetapi percayalah oatmeal adalah sarapan yang terbaik yang boleh kita ambil sebagai sarapan. Oat mempunyai 170 Kalori pada setengah cawan dan merupakan sumber serat yang baik. Ia membantu pencernaan dan metabolisma. Ia juga akan mengenyangkan anda dalam satu tempoh masa yang lama. Dan mengurangkan keinginan untuk makan.

4.  Romaine Lettuce


Kebiasaannya Romaine Lettuce banyak digunakan untuk salad. Tetapi tahukah anda makanan ini sangat rendah kalori dan sesuai untuk dibuat diet sebagai menjaga diri dan berat badan anda? . Secawan Romaine Lettuce menawarkan hanya 30 Kalori dan ia juga kaya dengan Vitamin A dan C. Ia juga murah dan lazat.

5. Lobak


Jumlah kalori lobak dalam satu cawan adalah sebanyak 25 kalori. Kaya dengan Vitamin A dan serat. Walaupun makanan rendah kalori diketahui mempunyai gula, tetapi ia juga membantu untuk kuasa imun anda, meningkatkan tenaga dan banyak lagi. Lobak juga elok untuk kulit anda.

6. Tomato


Tomato hanya mengandungi 5 kalori untuk setiap unit. Selain lazat ia adalah sumber Vitamin C yang tinggi dengan serat dan kalium yang membantu tubuh anda untuk kekal langsing. Ia boleh dimakan secara mentah atau diletak didalam pizz , spagheti atau sandwich.

7. Bayam


Ia mempunyai sebanyak 20 kalori untuk satu cawan bayam sahaja. Bayam adalah sumber Vitamin A, Zat besi, kalsium, protein magnesium dan serat. Bayam juga sesuai untuk sandwich dan salad.

8. Timun


Timun adalah makanan yang sesuai untuk kecergasan dan makanan yang baik untuk kekal langsing. Selain enak ia juga rendah kalori dan ia juga mempunyai 94% kadar kandungan air yang bermaksud dengan memakannya ia dapat menambah jumlah air dalam badan. Ia juga sumber vitamin B dan, kalium dan serat yang tinggi. 

9. Benggala Merah


Makanan ini mempunyai hanya 40 kalori pada setia unit dan hanya 1 gram gula. Selain itu ia juga kaya dengan Vitamin C dan serat yang membantu metabolisma, pencernaan dan banyak lagi. Ia juga sangat elok untuk kulit.

10. Strawberi


Strawberi adalah buah yang lazat seperti mana warna dan rupanya. Samada sebagai pencuci mulut atau cupcakes, Salad atau buah-buahan. Ia adalah buah yang terbaik dan rendah kalori. Ia mengekalkan kesihatan harian anda. Selain kaya dengan Vitamin C dan rendah kalori ia juga antioksidan dan mempunyai manfaat kesihatan yang hebat untuk dijadikan sebagai penawar.

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment