8 Teknologi Baru yang Kita Harapkan Ianya Wujud! | Killjols 8 Teknologi Baru yang Kita Harapkan Ianya Wujud! | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

8 Teknologi Baru yang Kita Harapkan Ianya Wujud!

1. Rumah Pintar!


Ini sangat menyeronokkan! Hanya memberi arahan kepada rumah anda dan 'pooff' terus siap apa yang anda inginkan. Sebagai contoh anda memberi arahan menyediakan makan malam, 'buka tv', dan sebagainya, dan semuanya rumah anda yang sediakan. Ianya sangat memudahkan dan menakjubkan!

2. Katil yang menyembuhkan


Katil ini adalah dalam cerita "Elysium" dan "Prometheus". Ini merupakan satu konsep masa depan yang sangat hebat. Anda tidak perlu lagi antibiotik, tiada lagi doktor, tiada lagi buang masa menunggu giliran di klinik. Hanya dengan baring diatas katil ini dan anda akan didiagnosis oleh komputer dan sekali gus terus memyembuhkan penyakit anda.

3. Kekuatan Tekanan


Ini merupakan satu perlindungan yang sangat berkuasa. Jika anda perasan ianya terdapat banyak dalam filem Sci-fi. Kebanyakkan kita semasa kecil sering membayangkan kita mempunya satu kuasa yang mana kita mampu angkat apa sahaja. Cuba bayangkan jika ianya betul wujud, tentu ia dapat memudahkan urusan seharian kita.

4. Teleport


Kita semua inginkan teleport, yang membolehkan kita pergi kemana-mana dalam sekelip mata. Tiada lagi lampu isyarat, kesesakan lalulintas, menunggu pengangkutan awam dan sebagainya. Hanya dengan satu butang anda boleh pergi kemana sahaja dan bila-bila masa.

5. Makanan dalam bentuk pil


Ini akan jadi benda yang sangat memudahkan. Anda tidak perlu lagi keluar untuk membeli bahan masakan. Bayangkan bahan-bahan masakan itu dijadikan pil dan dapat memberi kepuasan kepada kita dalam sekelip mata. Sebagai contoh sebiji pil anda boleh rasa "chicken chop" yang sangat sedap. Walaubagaimanapun ini akan menyebabkan manusia kehilangan pekerjaan seperti chef, pelayan, restoran dan sebagainya.

6. Mesin Masa


Siapa yang tidak mahu mesin masa! Dengan mesin masa anda boleh pergi kemana sahaja dalam sekelip mata. Bayangkan anda boleh pergi ke masa silam dan jugak ke masa hadapan. Ianya sangat menarik!

7. Telefon/Komputer di Tangan Anda


Jika anda pernah menonton filem "Total Recall" tentu anda lebih memahami teknologi ini. Didalam filem tersebut, mereka mempunyai teknologi dimana, di tangan mereka mempunyai telefon atau komputer. Apabila mereka ingin gunakannya hanya sentuh pada mana-mana permukaan kaca, skrin komputer akan muncul dan anda akan dapat menggunakan aplikasi tersebut.

8. Mesin Perakam Mimpi


Semua orang akan bermimpi ketika tidur, dan kebiasaanya kita akan  dapat ingat mimpi tersebut selepas beberapa minit kita bangun. Namun, kebanyakkannya kita tidak mampu ingat mimpi yang kita alami ketika tidur. Ketika bermimpi, anda akan rasa gembira, menyeronokkan dan bahagia. Oleh sebab itu, anda tidak mahu mimpi-mimpi tersebut berakhir. Bayangkan jika kita mempunyai mesin yang boleh rakam mimpi kita dan kita boleh mainkan semula bila-bila yang kita mahu.
Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment