15 Ciptaan dari Masa lalu | Killjols 15 Ciptaan dari Masa lalu | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

15 Ciptaan dari Masa lalu

1. Akhbar Fax


Pada tahun 1938, akhbar fax pertama di dunia telah dihantar dari stesen radio WOR di New York City.

2. Jambatan lipat


Jambatan lipatan ini dibangunkan untuk menghadapi keadaan kecemasan. Gambar ini diambil di Belanda pada tahun 1926.

3. Loetafoon


Direka oleh F.B.A. Prinsen pada tahun 1929, ia dikaitkan dengan projektor filem. 

4. 'Extensible Caravan'


Ia kelihatan seperti idea yang hebat! Namun kurang mendapat sambutan.

5. 'Clap Skate'


Direka pada tahun 1936, pencipta R. Handl.

6. Kincir Angin


Kincir angin ini telah direka untuk mengalirkan tanah lembap di samping menjadi cukup ringan untuk berfungsi dalam kawasan berpaya. Idea ini direka oleh C.D. Muys pada 1589 tetapi malangnya ianya tidak pergi jauh. Realitinya ianya tidak pernah dibina.

7. Bot Layar Ais


Ia telah direka oleh A.Terrier, pada Januari, 1600. Terdapat beberapa cerita mengenai zaman ais yang akan berlaku. Oleh itu, bot ini telah direka dan ia boleh melalui sepanjang sungai berais dan tasik beku untuk mengekalkan pengangkutan barangan.

8. Kereta Cerun!


Kenderaan ini dikatakan boleh menangani cerun sehingga enam puluh lima darjah. Ianya mempunyai banyak tayar. Ianya direka pada tahun 1936.

9. Bot But Getah


Ia dicipta pada tahun 1915 di Belanda.

10. Kereta bayi yang mempunyai Radio


Kereta bayi ini mempunyai antena dan pembesar suara, untuk memastikan bayi sentiasa tenang. Gambar ini diambil di Amerika Syarikat pada tahun 1921. 

11. Kereta bayi yang bebas gas.


Gambar ini diambil pada Hextable di England semasa Perang Dunia Kedua; kereta sorong perang ini dilengkapi dengan perlindungan gas.

12. Sut Mandi Kayu


Sut mandi ini diperbuat daripada kayu dan ianya berfungsi untuk membantu dalam renangan. Namun ianya tidak mendapat sambutan.

13. Basikal Amfibia


Kedua-dua perkataan ini mulanya agak bercanggah idea dan kelihatan sangat pelik. Namun setelah ianya siap direka ianya sangat mengagumkan.

14. Jaket elektrik


Ramai yang bekerja di kawasan beriklim sejuk. Untuk mengatasi masalah kesejukan di kalangan pekerja, sebuah jaket telah dicipta di New York dan direka khas untuk polis trafik di Amerika Syarikat pada tahun 1932.

15. Piano sambil Baring


Gambar ini diambil di Great Britain pada tahun 1935, seorang wanita menggunakan piano yang direka khas untuk orang-orang yang tidak boleh bangun dari katil.
Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment