Apa itu Dasar Ekonomi Baru ? | Killjols Apa itu Dasar Ekonomi Baru ? | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Apa itu Dasar Ekonomi Baru ?

Apa itu Dasar Ekonomi Baru ?

Dasar Ekonomi Baru atau DEB diperkenal pada tahun 1970 sebagai reaksi kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, ia adalah satu dasar pembentukan perpaduan nasional.

Tujuan Dasar Ekonomi Baru Diperkenalkan ?

Tujuan utama penubuhan dasar ini adalah untuk membasmi kemiskinan dengan meningkatkan taraf hidup rakyat dari segi kualiti hidup dengan cara mempertingkatkan perkhidmatan sosial seperti rumah , kesihatan dan lain lain.

Cara untuk membasmi kemiskinan melalui dasar ini adalah dengan meningkatkan pendapatan dan produktivi , membuka peluang pekerjaan , bantuan modal dan teknologi. Kerajaan juga menggalakkan penyertaan rakyat dalam sektor berpotensi tinggi dengan cara ini terbukti dapat mengurangkan kemiskinan dari 50% pada tahun 1970 ke 16.7% pada 1990 dan mengurangkan ekuiti usahawan asing.

Tujuan utama lain adalah dengan menyusun semula masyarakat dengan menghapus pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi yang dibawa oleh penjajah. Kerajaan juga berusaha untuk pemodenan kehidupan luar bandar yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

Selain dari meningkatkan ekonomi negara kerajaan juga dalam masa yang sama cuba untuk menyatukan pelbagai etnik melalui perdagangan , perindustrian dan juga perniagaan. Dengan cara ini ia akan memperbetulkan ketidakseimbagnan ekonomi yang berlaku sebelum ini.

Dasar campur tangan kerjaan juga dilakukan melalui agensi-agensi kerajaan seperti FELDA,MARA,FAMA,MARDI,RISDA,MAJUIKAN dan PERNAS.

Apa itu Industrial Coordination Act (ICA) 1975 ?

Mewujudkan penstrukturan ekuiti dan pemilikan berdasarkan formula pembahagian 30:30:40, iaitu 30 peratus peruntukan kepada bumiputera Melayu, 30 peratus oleh bangsa asing manakala 40 peratus dimiliki oleh Cina.

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment