Perubahan yang British Bawa ke Alam Melayu. | Killjols Perubahan yang British Bawa ke Alam Melayu. | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Perubahan yang British Bawa ke Alam Melayu.

Perubahan yang British Bawa ke Alam Melayu.

Pada awal pendudukan British di Tanah Melayu , Mereka mengasingkan masyarakat Malaysia mengikut etnik, kerana bagi mereka dengan cara ini rakyat tidak akan bersatu dan memikirkan tentang masa depan negara mereka melalui menuntut kemerdekaan atau hak-hak mereka sebagai rakyat negara.

Pembentukan masyarakat terjadi secara paksaan dan perbezaan fungsi ekonomi atau dikenali sebagai Dasar Pecah dan Perintah

Kaum etnik Melayu banyak terlibat dalam sektor pentadbiran di bawa British dan menjalankan kerja-kerja saradiri melalui pertanian di luar bandar mengikut keselesaan masyarakat tersebut.

Masyarakat Migran seperti Cina dan India di bawa masuk sebagai tujuan ekonomi penjajah. Kaum India banyak berkerja di ladang estet dan Kaum Cina banyak berkerja di Lombong timah. Mereka hanya bercampur diantara mereka sahaja , mereka bersekolah , interaksi ekonomi dan sosial di tempat yang telah ditetapkan oleh British. pengasingan yang terancang ini , menyebabkan ketiga-tiga kaum utama di Malaysia lebih selesa menjalani hidup mengikut adat resam dan tradisi masing-masing.

British juga membawa masuk ideologi dan pemikran pemisah negara dari agama atau lebih dikenali sebagai Sekular. Konsep pemikiran Negara Sekular ini telah diterapkan di Eropah kerana pandangan mereka dan kajian mereka mendapati agama, ilmu dan sains moden harus dipisahkan untuk mendapat kemajuan. Agama di anggap sebagai penyumbang perselisihan dan Sains di anggap penyumbang kemajuan.

Bagaimana British Menerapkan Konsep pemerintahan mereka ke Alam Melayu?

Pemisahan negara dari agama.
Terdapat jurang perbezaan dari segi pemerintahan dimana Pentadbiran negara di ambil oleh mereka dan mereka tidak mencampur aduk tentang hal ehwal islam dan istiadat Melayu yang diberi tanggungjawab kepada Sultan. Ini jelas berbeza di zaman sebelum British dimana tiada pengasingan kuasa berlaku kerana Sultan dan Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak di atas kedua-duanya.

Pengagihan Kuasa.
British juga membawa konsep pentadbiran mereka dimana berlaku pengagihan kuasa kepada tiga bidang kuasa utama iaitu Kehakiman , Eksekutif dan Perundangan. Setiap pihak menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampur aduk.

Sistem Federalisme.
Mereka juga mewujudkan sistem persekutuan berlapis iaitu, Persekutuan Tanah Melayu dan Perseketuan Malaysia.

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment