Hadis Hari Ini: Tahap Penciptaan Manusia Ketentuan Kesudahannya | Killjols Hadis Hari Ini: Tahap Penciptaan Manusia Ketentuan Kesudahannya | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Hadis Hari Ini: Tahap Penciptaan Manusia Ketentuan Kesudahannya

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda :

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

(Riwayat al-Bukhari no. 3208 dan Muslim no. 2643(1))

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment