13 buah-buahan tempatan terbaik Malaysia | Killjols 13 buah-buahan tempatan terbaik Malaysia | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

13 buah-buahan tempatan terbaik Malaysia

Pasar menawarkan pelbagai buah-buahan yang menarik, walaupun praktis pertanian moden membawa kepada penurunan dalam kepelbagaiannya. Di bawah menunjukkan antara buah luar biasa yang perlu diberi perhatian.

Pisang; beri perhatian kepada pisang mas yang enak, kecik, lurus, kulit yang nipis, bauan yang harum. Manakala, pisang rastali; besar sedikit, mempunyai tompok yang gelap pada kulit dan kurang manis, berwarna hijau termasuk pelbagai kulit berwarna merah.



Cempedak nampak seperti nangka dalam versi kecil, digoreng, terdapat biji tak seperti kentang dan ia juga boleh dimakan!



Ciku nampak seperti epal, terdapat dalam perbagai warna dari kuning ke coklat-merah jambu bila masak, dengan buah yang lembut.



Durian merupakan antara salah satu buah yang terkenal di Tenggara Asia, bagi kebanyakkan pelancong, durian juga merupakan buah yang menjijikkan disebabkan baunya yang kurang enak. Pada musim (mac sehingga ogos dan november sehingga februari), durian tersebut mempunyai saiz sebesar bola sepak dan mempunyai kulit hijau yang tebal dipenuhi dengan duri yang tajam. Di dalamnya terdapat barisan biji yang besar disaluti dengan isi kuning-keputih putihan yang lembut, yang mempunyai rasa yang dikatakan sama seperti kastard.



Nangka membesar sehingga mencecah panjang sebanyak 40cm dan mempunyai kulit hijau-kekuningan yang kasar, mempunyai biji yang besar dengan rasa yang manis dan mempunyai bau yang kuat, seperti nenas yang dah terlalu masak. Nangka yang belum masak selalunya dijadikan hidangan yang digoreng kacau seperti rebung.



Langsat bersama kakaknya, buah duku, kelihatan kecil, seperti kentang yang bulat dan dibahagikan kepada beberapa isi buah yang kecil dan berperisa pahit bijinya.



Longan tak seperti laici, buah seperti batu ini manis yang berair yang mempunyai buah kelihatan lut didalam kulit coklat yang nipis.



Manggis hanya terdapat pada musim jun hingga ogos dan novermber hingga januari, manggis dibahagikan kepada beberapa buah yang manis, rasa sedikit seperti tart. ingat, kulitnya berwarna ungu yang tebal mempunyai air yang kekal kalau dikenakan kepada pakaian.



Limau bali banyak terdapat di sekitar Ipoh, buah yang berwarna hijau pucat ini lebih kecil dari bola sepak dan benda yang menarik tentang buah ini, ia lebih sedap daripada anggur. Buang kulitnya dengan menggunakan pisau, kemudian pisahkan dan kupas di bahagian yang besar menggunakan tangan.



Rambutan mempunya saiz dan bentuk seperti telur ayam, rambutan mempunyai luaran yang lembut dan berduri seperti rambut. itulah sebabnya diberikan nama rambutan. Untuk mendapat buah yang lut putih yang manis, kopek kulitnya sedikit dengan mengoyaknya menggunakan kuku dan pulas badannya untuk dibuka.



Salak berbentuk seperti air mata, salak mempunyai kulit seperti ular dan mempunyai rasa yang pahit.



Durian Belanda; di dalam kulit hijau lumpur yang beralun terdapat buah yang putih lembut seperti jeli. Margaret Brooke, iaitu isteri kepada Charles yang merupakan raja kedua Sarawak menggambarkan yang ia mempunyai rasa seperti kapas yang dicelup dalam cuka dan gula.



Belimbing,buah berwarna hijau yang pucat berbentuk bintang dikatakan baik untuk tekanan darah tinggi. Semakin kuning buah tersebut, semakin manis rasa buahnya - walaupun ia boleh rasa kurang menarik.


Sumber gambar : Google, Tumblr

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment