Malaykord dan 2 Juta views. | Killjols Malaykord dan 2 Juta views. | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord dan 2 Juta views.

Salam pembaca, 

8 tahun berlalu , dari hasil langkah pertama proses membina sebuah blog yang bernama Malaykord ini. Dari cakap-cakap yang kosong bersama rakan-rakan kolej di pangsapuri sewaan penulis ketika zaman belajar hinggalah kini 2017. Blog idea bermula dari bertapa sukarnya untuk bermain gitar tanpa "reference chord" lagu-lagu berbahasa melayu ketika melepak selepas habis penat lelah kuliah. Dari simpanan Notepad yang kadangkala lupa nak di tanda nama lagunya kepada fungsi searching pada blog yang lebih mudah. Dari pada archive folder kepada post blog yang telah dilabel dengan nama artist dan genre. Ya segalanya berubah mengikut tahun dan Insyaallah akan lebih baik dari masa ke semasa. Begitu juga dengan hidup penulis yang semakin lama umurnya juga semakin bertambah dan hasil kerja ini segalanya effort ini juga mungkin suatu hari nanti akan hilang juga dan diganti dengan "Budak Baru" yang akan teruskan dengan penuh minat seperti penulis lakukan ketika masa dulu. 

Alhamdulillah , dari bermula publish chord di blog bernama Malaykord ini dari hasil view dari 10 ke 20 views dan sekarang penulis sendiri tak menyangka view akan menececah ke tahap ini. Dan terlaksana lah jua harapan penulis dan perkongsian ini sampailah jua pada pembaca-pembaca yang mempunyai minat yang sama. Harapan penulis selepas ini moga adalah interaksi antara penulis dan pengguna-pengguna blog Malaykord , tidak kiralah dari mana sumbernya dari blog penulis sendiri (Killjols) , Facebook , Google Search atau mana-mana sahaja. Tetaplah ingat nama Malaykord ini. dan terus melihat apa-apa update atau perubahan yang dilakukan , dan sumbangkanlah apa-apa kritikan membina atau idea-idea "Muda" anda kepada kami.

Akhir kata, "Penulis dan dibelakang Malaykord ini adalah seorang MANUSIA bukanlah ROBOT". Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Bathin.

Terima Kasih ,

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment