Killjols Killjols: motivation
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kenapa Kita Tidak Tenang?

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA. 

SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kata-Kata Tun Mahathir Tentang Orang Melayu


Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur kerana kagum dengan kerajinan rakyat Jepun yang berusaha tanpa jemu untuk membangunkan negara selepas perang sehingga boleh muncul sebagai ekonomi kedua terbesar dunia.

Katanya, orang Jepun menjadi bangsa yang berjaya kerana mereka memiliki sifat malu jika gagal dan sikap itu semakin pudar dalam kalangan orang Melayu.

"Sebab itu ada orang Melayu yang dipenjarakan pun boleh tersenyum. Hilang sudah rasa malu.

"Sekarang ini jumlah penuntut Melayu perempuan lebih ramai di universiti. Mana pergi anak lelaki Melayu? Hendak kata mereka bodoh tidak juga. Tapi mereka tidak ada perasaan malu kerana sanggup merempit daripada menuntut ilmu," katanya ketika berucap di majlis pelancaran buku Wahai Melayu tulisan Anas Zubedy.

Dr. Mahathir mengambil ccontoh dirinya sendiri di mana, katanya, beliau tidak pandai kerana memasuki Fakulti Perubatan dengan keputusan 3A sahaja sedangkan para pelajar lain mendapat keputusan jauh lebih baik.

"Saya sering dipandang rendah oleh para penuntut lain sehingga pernah diminta supaya pulang sahaja ke kampung dan menanam padi.

"Saya tahu saya tidak pandai sebab itu saya baca buku 15 kali sehingga boleh membayangkan gambar dan muka surat buku yang dibaca ketika mengambil peperiksaan. Dan saya lulus dengan baik.

"Ini menunjukkan walaupun tidak bijak tetapi jika kita membuat ulangkaji berulang-ulang tanpa kecewa, pasti kita akan berjaya juga akhirnya," ceritanya.

Tambah beliau, orang Melayu juga jangan cepat putus asa sambil mengaitkan kampung-kampung Melayu semakin lenyap di bandar disebabkan cepat mengalah dengan kehidupan.

Katanya, dia pernah tertanya-tanya mengapa orang Melayu tidak banyak di Alor Setar sedangkan bandar itu dibuka oleh orang Melayu.

"Semasa duduk di bandar kehidupan mereka terhimpit akibatnya mereka menjual tanah kepada bukan Melayu selepas dipujuk berkali-kali.

"Mula-mula tidak mahu jual, dipujuk lagi, tidak mahu jual juga tetapi apabila mendapat tawaran yang baik akhirnya jual juga. Sebab itu di Kuala Lumpur perkampungan Melayu juga semakin hilang," katanya.

Kata beliau, seorang rakannya berbangsa Cina yang merupakan pemilik francais hairan mengapa orang Melayu yang menjadi francaisor gagal dalam perniagaan sedangkan bangsa lain dalam perniagaan yang sama berjaya.

Bekas Perdana Menteri itu percaya, mereka sebenarnya gagal kerana tidak pandai mengurus kewangan baik, hasil jualan yang diperoleh bukan digunakan untuk membeli bekalan sebaliknya berbelanja untuk perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya.

Keadaan itu, katanya, menunjukkan mereka tidak menguruskan kewangan dengan ikhlas, jujur kerana mengambil kesempatan walaupun wang tersebut bukan milik mereka.

Beliau yang membuka kedai roti turut ditipu apabila hasil jualan roti turut diambil oleh pekerjanya.

"Kita minta dia masukkan duit ke dalam bank setiap hari, katanya takut setiap hari ke bank. Dia pulak cadangkan untuk masukkan duit tiga hari sekali.

"Apabila buat macam ini, pejabat tidak memantau dengan teliti hasil jualan harian dengan jumlah wang yang dimasukkan. Tindakan pekerja memasukkan duit setiap tiga hari itu memudahkannya mengambil duit. Mereka yang buat kerja macam ini tidak amanah," tambahnya.

Lantaran itu, beliau berkata, orang Melayu jangan menyalahkan orang lain jika gagal kerana kaum Melayu sebenarnya yang suka melakukan perkara yang menyebabkan mereka gagal.

Dr. Mahathir berkata, duit bukan segala-galanya dalam kehidupan sebaliknya kepuasan hati dalam melaksanakan kerja-kerja yang disukai merupakan satu nikmat yang tidak ternilai.
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Skills Of Communication: Examples From Prophet's

 

Skills Of Communication: Examples From Prophet's

THE skills of communication have recently become one of the skills that people seek to learn. Big institutions, especially those that have a direct contact with people, organize training courses on communication skills. However, it is very important to point out that all the rules and principles of this field of knowledge are not 'new': they can easily be found in the Prophetic Sunnah. That is to say Prophet Muhammad (peace be upon him) was the perfect example of how to communicate with people. In this article, I shall seek to shed light on some of the aspects of the exceptional communication skills of the Noble Prophet (peace be upon him):

Eye contact: One of the rules of good communication is that you have to divide your eye contact, that is, do not look at one person or in his eyes all the time. One of the Prophet's companions said that Prophet Muhammad (peace be upon him) was talking to us as if he was talking to each one of us individually. This feeling was due to the fact that he (peace be upon him) was distributing his eye contact to give everyday a feeling of importance and intimacy.

Keeping a smile: One of the skills of communication is to have a smiling face to win other people's approval. Prophet Muhammad (peace be upon him) was never seen frowning except when someone committed a sin or violated the rules of religion.

Having self-control: To be a good communicator, you have to have self-control, that helps you to bear with the silly acts done by others. Prophet Muhammad (peace be upon him) showed that on a lot of occasions, even with those who did not show enough decorum or courtesy in dealing with him. The result was always that those who were rude to him felt ashamed because of his noble manners and refined conduct.

Linguistic competence: According to the rules of communication, a good communicator should have linguistic abilities that enable him to answer questions, talk to people and convince them to use the least number of words, but the most effective ones at the same time. This is so apparent when a man came to the Prophet (peace be upon him) asking for advice, and the Prophet (peace be upon him) only said, "Do not get angry." The man repeated his question thrice and the Prophet (peace be upon him) repeated his answer thrice emphasizing the importance of what he said in spite of the small number of words.

In other words, if the man does not get angry, he will avoid a lot of mistakes and blunders caused by wrath and anger. At the end, I would like to stress that all the skills of communi cation taught to people nowadays are found in the Prophetic Sunnah as Prophet Muhammad (peace be upon him) was the ideal example of how to deal with people in a very unruffled and respectable manner regardless of their religious, cultural or racial background. Allah describes the noble manners of the Prophet in the Holy Qur'an in different places such as, "And you (stand) on an exalted standard of character." (Qur'an, 68:4)
SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kata-Kata Khalifah

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.  –  Saidina Ali bin Abi Thalib

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina  Abu Bakar As-Siddiq

Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu  dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah – Saidina Ali bin Abi Thalib

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina  Abu Bakar As-Siddiq

Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. –  Saidina Ali bin Abi Thalib

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan – Saidina Ali bin Abi Thalib

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.  –  Saidina Ali bin Abi Thalib

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas –  Saidina Ali bin Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.  –  Saidina Ali bin Abi Thalib

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.  -Saidina Ali bin Abi Thalib

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan.  – Saidina Ali bin Abi Thalib

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah –  Saidina Ali bin Abi Thalib

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. – Saidina Ali bin Abi Thalib

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu  adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim – Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab

Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “ apabila dia memang tidak tahu.

Saidina  Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
· Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .

Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saidina Ali  r.a  berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’ (memelihara diri & hati-hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu berarti hatinya mati.
SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

#Untitled 2

Aku xtau ..tp aku rasa aku kene citer bende ni hahaha....

Tadi ada sesi bersama advisor aku .. dan aku tak aspek aku kene wat satu session motivasi dengan dia
hampir sejam setengah ... perhh pada mulanya aku xberapa nak berminat ... kalau boleh aku nak cepat je .. sebab bagi aku sume motivasi sama je .. nothing new ... tp pada stgh jam yg awal  aku mula berminat dengan cara dia mendekati student .... hehe

pada mulanya dia tanya aku ... sbb aku selalu tgk enfon ... dia tanye aku bz ke? .. aku cakap tak ...
pastu dia suh aku letak fon dan cakap conversation ini akan mengambil masa yang lama...fuhh .. ini serious!
HAHA

soalan pertama dia kat aku .. Siapa kamu, maksud saya siapa (Nama aku) Ini? .. (dalam bahasa english lah) .. aku pun menjawab dengan penuh berhikmah .. saya adalah seorang student kolej sepenuh masa .. aku tau
tu yang dia aspek aku jawab.. so aku jawab ..

dan dia jawab.. ok bagus .. saya tau itu .. tetapi saya mahu tahu siapa sebenarnye kamu .. apa kamu ini... dan mengapa kamu ada disini? ... aku tau dia nak tau ape kelebihan aku... susah aku nak jawab soalan pertama tu... sbb aku sendiri masih mencari apa kelebihan aku ... dan soalan kedua aku jawab saya di sini
untuk mendapatkan bachelor dalam jurusan yang saya ambil.. untuk mendapat peluang kerjaya yang lebih baik ... dengan kelayakan saya .. perh bapak skema jawapan aku...

dan aku terkene di situ.. dan dari situ dia tau yang aku xde pape yg special ... hanya pelajar biasa yang datang ke kolej semata mau kan ijazah sahaja ... deng

dan dia mulakan ceramah basuhan dia pada aku ... dan aku terima setuju semuanya... kami di sini bukanlah untuk membuat robot .. di Malaysia terlalu banyak robot .. di sini bukan sekolah menengah kamu tiada pilihan untuk menjadi siapa kamu ... di sini kamu boleh memilih apa yang kamu mahu jadi ...terdapat banyak jurusan dan subject yang kamu boleh pilih sendiri ... ia terpulang pada kamu untuk jadi apa yang kamu mahu .. kamu perlu mencari apa yang kamu mahu jadi ... siapa kamu ... dan apa minat kamu ... jika kamu mahu jadi seorang programmer kamu perlu belajar untuk jadi seorang programmer ... jika kamu mahu jadi seorang engineer kamu perlu tahu apa yang kamu perlu ada untuk jadi seorang engineer ...

Kamu lahir , kamu sekolah , masuk ke kolej dan dapat bachelor dari situ dan kamu kahwin dan mendapat anak dan begitu lah seterusnya .. adakah itu yang kamu mahu ..? adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan begitu... perh ini betul serius ...

ia bukan sekadar grade buruk atau baik dari apa yang kamu buat di sini .. tetapi ia tentang kreativiti , inovatif dan apa yang kamu boleh cipta selama kamu di sini ..

Kita berada di satu bidang yang sangat menarik .. bidang Informasi dan Teknologi ... walaupun saya sudah habis belajar tetapi saya masih berfikir adakah komputer yang kita gunakan akan di gunakan lagi pada 10 tahun akan datang... bagi saya kini komputer ini sudah lapok bagi saya ...

malam ini Apple akan mengeluarkan produk terbaru mereka .. adakah awk akan menjadi orang pertama mengunakan nya di Malaysia? .. yang pasal apple ni aku agak confused skit ..tiba2

saya disini juga masih berfikir .. dan mencuba ... saya hendak masterkan dalam 6 bidang yang saya minati .. taichi , gaming , data networking , music aku lupa lagi 2 tu ape ...

lepas tu dia citer pasal bidang aku... pasal network , database sume bagai .. tak perlu kot aku nak citer sini .. lebih kepada pembelajaran dan knowledge IT ..

dan ada satu soalan cepumas .. dia panggil soalan tu soalan At 8  ( yekot) .. dia cakap
saya ada soalan untuk test kamu ... Apa yang kamu akan lakukan bila kamu dah dapat apa yang kamu nak.. kamu telah berkeluarga .. mendapat anak yang elok , isteri yang elok , dan kerja kamu juga kerja yang elok , dan ada orang melakukan kerja itu untuk kamu ( aku rasa maksud dia aku dah jadi boss ) ... dan tiada apa lagi perlu kamu risau , semua nya sudah lengkap pada usia kamu 21 tahun ... apa yang kamu akan lakukan apabila kamu bangun pada pukul 8.00 pagi ?

agak lama aku fikir... ni mesti trick ni ... nak jawab ke xnak eh ... aku tanye lagi semua yang saya ada?
dia jawab bukan semua tetapi yang orang mahu ..kamu sudah ada .. kamu tak perlu fikir pasal bejalar , pasal kerja , keluar semua sudah elok ada .. 

hmmm .. aku jawab ape...? haha jawapan aku adalah YOGA ... wakaka ....

dia terus jawab laju .. is good .. kesihatan bukan lah perkara yang boleh di beli ... tapi itu yang saya mahu awk jawab .. aku rasa dia dah aspek aku jawab tu kot ... dia cakap saya mahu awk berfikir lagi ... jangan cepat berpuas hati dengan apa yang awk ada .... ok fikir lagi ...

dan perkara berulang tentang goal.. apa yang dimahukan dalam hidup ... tentang minat ... 

dan time nak abis session tu sbb ramai dah menunggu kat luar ... aku tanye satu soalan yang dah lama aku nak tanye... Macamana nak dapat A? .. 

dan dia cakap aku kongsi kan sikit dekat sini ... belajar ini bukan semata hanya dengan menghafal kamu tidak akan mampu menghafal buku teks setebal itu .. dia tunjuk kt buku teks atas meja ... ia adalah tentang understanding .. permahaman ... ini sedikit tips saya .. kamu perlu mebaca buku teks tebal ini sebanyak tiga kali ... aku tanye ...kenape 3?

dia cakap itu soalan yang bagus.. kenape? dan mengapa? (hehehe) kebanyakan pelajar akan memberi reaksi woahhh three aaaa. .. chisi ar .. (hehehe) ... 

baca pertama akan tajuk nya subtopic nya... dan baca sekali imbas ... tau apa yang kamu baca ... tentang apa yang kamu baca... lakukan survey sekali imbas tentang buku itu ..

bacaan kedua .. cuba faham apa yang kamu boleh faham dengan ilmu yang kamu ada ... dan tandakan apa yang kamu tidak faham ...  beri note pada muka surat atau topik yang kamu tidak faham ...

lakukan dua method ini sebelum kamu masuk ke kelas ... abis bacaan buku itu ...

bacaan ketiga ... cari orang yang lebih arif tentang buku ini ... guna kan segala material yang ada ... tanye lecturer ...

dan itu lah cara untuk medapat A kata nya...

still harder bagi aku...

dan antara tips lain dia bagi ... kene study 4 jam satu hari .. best time 7-eleven .. 7 ke sebelas ... itu ikut culture cina ... 

antara interesting part dia cakap .. bini dia ada wat survey sbb bini dia kerja HR ... dia cakap soalan survey dia pasal bisnes etrepreneur apa yang akan di lakukan ... dan kebanyak Melayu di tempat kerja hampir 90% jawab jual nasi lemak ... itu antara perkara yang orang melayu kene ubah ...

lagi ape ehhh .. culture antara india , melayu dan cina , kalau cina study kawan akan ikut study sbb rasa tercabar.. begitu juga dengan india ...kalau anak jiran dia dapat A dia akan paksa anak dia dapat A jgak ...tapi melayu culture nya ... kalau dia nampak orang study dia akan cakap... berlagak.. di gelakkan ...hmmm ade betulnya juga ...

dah tu je kot ...babai

eh lupa di suggest aku beli buku ini...



SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kata-kata Hikmah Untuk Hari Ini

Dalam Dua Minggu ni aku ade kumpul quotes2 dan kata2 hikmah untuk aku semadikan dekat blog ni... mmg banyak sangat ... maybe akhir tahun ni baru siap kot hahaha lama giler ... masih berkerja dan mencari dengan bantuan rakan-rakan dan penulis lain lagipun blog ni pun just sambilan aku je .. bila free baru aku buat ...
ni aku just letak beberapa kata-kata hikmah aku cari ari ni ... sbb nak exam kan nak kasi semangat skit kottttttt...

Kata-kata Ungku Aziz:
Rajin Bercakap , Rajin Bekerja = Bagus Sekali
Rajin Bekerja , Malas Bercakap = Kena Buli
Malas Kerja , Rajin bercakap = Wayang cina
Malas bekerja , Malas Bercakap = Tak guna
Malas Bekerja , Suka Mengadu = Nyanyuk
Malas Bekerja Selalu ponteng = baik berhenti
Malas Bekerja , Suka menyibuk = Baik Mati


Ada Masanya dalam hidup aku bila aku mejadi penawar untuk seseorang,
manakala racun untuk yang lain , aku berfikir aku adalah mangsa didalam
ceritaku ini , sehingga aku sedar yang sebenarnya aku lah pencipta cerita
kepada ceritaku yang aku pilih.

Tiada jumlah rasa bersalah yang boleh mengubah masa lalu,
dan tiada jumlah kerisauan yang boleh mengubah masa depan.

Kadangkala aku ingin bertanya kepada tuhan, kenapa dia membenarkan kebuluran,
kemiskinan dan ketidakadilan di dunia ini bila dia bisa melakukan sesuatu tentang nya.
tapi aku takut , Dia akan bertanyakan soalan yang sama pada AKU.

Pada Suatu hari Imam Syafie berjumpa gurunya sambil bertanya
"Mengapa aku mengalami kesukaran untuk menghafal? "
Gurunya Imam Waqi Berkata " Ilmu itu cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada
pembuat Maksiat "

Guru terbaik adalah kesilapan lalu anda.

TAHU itu tidak mencukupi , kita perlu melaksanakannya
Keinginan tidak mencukupi , kita mesti melakukannya

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur, Setiap mata terbuka tidak bererti ia melihat

Manusia yang bijak adalah manusia yang mengambil iktibar apa yang dilihatnya dan menerima
nasihat yang didengarnya

Lebih baik berjalan sendiri , dari berjalan dikerumunan di arah yang salah

Kamu tidak boleh mengejutkan orang yang berpura-pura tidur.

Bila anda fokus pada masalah akan lebih banyak masalah, Bila anda fokus pada kemungkinan
akan lebih banyak peluang.

SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Petikan Kata-Kata Syed Mokhtar Al-Bukhary

Ramai yang tak puas hati dengan dia sebab dia monopoly sume perniagaan kat Malaysia, tapi ramai yang tak ambil tahu apa yang dia buat sampai dia boleh jadi seorang berstatus Bumiputra terkaya di Malaysia. yang tu korang pergi cari jawapan sendiri. Bawah adalah antara prinsip-prinsip hidup Syed Mokhtar dan petikan kata-kata beliau. Takde bende yang mudah dalam dunia ni. Beliau sendiri bermula dari status keluarga yang miskin. SALUTE



1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.
SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Terus berjalan..

Terus berjalan..

Teruslah berjalan..walau seperlahan mana anda pergi...tetap kan langkah mu 
walau satu langkah yang kecil...kerana konsistensi itu lebih penting dari 
cakap yang kosong... kita tak mampu mengejar sesuatu yang
mempunyai kelebihan dari awal, tetapi kita boleh seiring dengan mereka
jika kita tak berhenti dan mengurangkan perjalanan kita...
jadikan setiap langkah itu satu erti yang besar... kerana tanpa langkah 
yang lepas kita tak bisa berada dimana kita berpijak kini...
ada yang berkata hari bermula dari mana kita membuka mata...
tapi bagi ku hari bermula di saat jauh dari dulu lagi...

Terkadang ada setiap simpang dalam langkahan itu dimana kita terpaksa
memilih dimana tuju langkah seterusnya... tp disaat kita sudah memilih
pilihan yang diberi...untuk berpatah kembali itu suatu yang mustahil dan untuk
berhenti adalah kurang bijak.. untuk membina sebuah tembok bukan penghalangnya
yang menjadi ukuran ...tetapi tapak benteng yang di bina untuk menampung bebanan 
tembok itu... berat dan kuat tembok itu seakan mudah ditumbang jika tapak nya longlai
dan lemah.. Sultan Al-fatih ketika bangun dari mimpi nya dia lantas berkata..
jika konstatinopel tidak aku takluki ... konstatinopel sendiri akan menaklukku...
Fatih mengambil masa 54 hari dengan sabar untuk menakluk kota yang dijanjikan
milik orang islam dengan tekanan yang tinggi dari sekililingnya...jika dia berhenti
walau sehari dari menembus tembok byzantine adakah namanya akan terukir sehingga
kini sebagai penakluk konstantinopel dari kebenaran hadis Rasullulah... 
dari apa yang aku lihat dari pengalaman mata aku sendiri...orang yang bermula 
dengan langkah yang besar dari kaki orang lain... orang itu tak melangkah jauh sejauh
kaki yang dibebannya...tetapi orang yang melangkah perlahan dengan kaki nya sendiri
akan terus melangkah bebas tak berhenti....ukur kejayaan dari diri sendiri
bukan baju yang lain....

-Inspired from FETIH 1453-
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Catatan Lama

aku ade satu blog catatan private...aku catatkan la apa aku nak catat sukati aku kat situ...
habit ni dah berlangsung(?) ..selama  6 tahun yg dlu...jadi semalam baru je abis sume kelas aku...
so agak pisang(?) la rasa nya...bukak la balik catatan tu then aku terjumpa satu kisah dongeng 
yang aku reka kat situ....hahaha...terasa kelakar ...tp tak sangka ada nilai2 murni jgak aku terapkan 
dalam cerita yang mengarut tu...so nak share kat sini la...time tu tahun 2010 ...aku kat melaka..
masih main2 lagi...


_________________________________________________________________________________
malam semalam aku bermimpi...

..
...
.....

aku berada di sebuah perkampungan kecil...
seperti perkampungan nelayan...ramai org berpakaian 
melayu lama...

"aku dalam zaman apa ni?" tanya ku sendirian

perkampungan itu tetiba menjadi hura-hara dan kucar-kacir..
dengan kehadiran seekor burung gergasi yg mengeluarkan api dari mulutnya...

"bapak dier arr...^&*(&()^^9!!" aku mencarut sambil cuba mencari tempat perlindungan..

aku bersembunyi di bawah atap usang lama di tepi pondok tinggalan dalam keadaan ketakutan..
aku terdengar penduduk kampung menjeri-jerit meminta pertolongan...dan ade juga meraung kesakitan..
keadaan begitu 'chaos' sekali....aku betul2 takut...dimana aku ni...

setelah berberapa ketika keadaan menjadi sunyi dan suram...
aku keluar dari tempat persembunyian ku...
alangkah terkejut nya bila aku melihat mayat2 penduduk kampung
bergelimpangan ...dan perkampungan ini bagai sebuah padang bola yg kosong...

dan aku cuba mencari kepastian...aku merangkul seorang lelaki yg dalam keadaan nazak...

"apa sudah jadi ni sume brader? burung ape yg fire2 td tu.." tanye ku dalam keadaan gelisah...


"eee..itu buuuu...burung gunung gempita utara...burung itu akan datang setiap tahun untuk memusnah kan
negeri ini...tetapi tahun ini burung naga itu semakin ganas....." cerita lelaki itu dalam keadaan nazak..

"baik tuan hamba pergi menyelamatkan diri..sebelum burung naga itu kembali.." lelaki itu memberi amaran...

"nak pergi mana...aku tak tau tempat ni kat mana pon?"...tanye ku dalam keadaan komfius...

"errrkkk.. errr err.." dia pun menghembuskan nafasnya yg terakhir...

"alamak relek la brader...mati la plak dier ni..."...aku semakin rungsing...dan ketakutan

dan tiba-tiba kedengaran bunyi ngauman burung naga itu...

aku terpaku dan berdiri...

"ape nak buat ni.." keluh ku sendirian...


"asalammualaikum..." tiba datang seorang lelaki menyapa ku...

"waalaikumsalam.." bleh plak bersalam-salaman time2 camni...

"jangan di takut kan naga itu sedara...dia juga makhluk tuhan seperti kita.."...bicara lelaki itu kepada aku...

"sape kaw??.." tanye ku ..

".....siapa hamba itu tak penting...si naga durjana itu yg harus kita jahanam kan.." kata dier sambil menhunus kan pedang nya...

tiba2 aku kagum dengan keberanian dier...

"sungguh yakin sedara ingin menewaskan si naga itu..hanya bersenjatakan pedang.?..tidak kah sedara harus membawa seangkatan bala tentara..atau
senjata yg lebih kuat dan kukuh..?.." aku dah mula cakap cam dier dah...

"kesemua pahlawan negeri tidak mau berjuang bersama hamba...mereka hanya mau mendiamkan diri..."..ujar lelaki berani itu..

"dimana mereka sekarang.." tanye ku...

"mereka sudah mati di bunuh naga durjana itu.." kata nya ...

"sedangkan berpuluh pahlawan mati di bunuh naga itu...bagaimana sedara mau membunuh nye dengan hanya seorang diri?"...tanye ku lagi..

"mereka mati kerana mereka hanya tau untuk berdiam diri..." kata nya dalam keadaan marah..

"jadi sedara yakin akan pergi melawan naga itu hanya dengan berbekalkan senjata pedang kecil itu?"...tanya ku sambil menunjukan pedangnya..

"pedang ini hanyalah senjata ...yg penting adalah ini.." dia menekan dada nya dengan jari...

"perisai?" tanya ku...

"bukan perisai..tapi kepercayaan pada diri sendiri.."...dier menekan dada nye lagi..

tiba-tiba....

kringggg.....bunyi loceng ...

perh...mimpi ke... adeshhh...

aku tgk jam...dah pukul 7....

aku memegang dada ku...

ada ke kepercayaan dalam diri aku seperti lelaki berani tu....
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

i need a motivation

betul2 tgh down ..sampai search motivasi haha adoi...jadi golongan minority dekat satu college dan course yang aku amik yang majoriti nya bangsa yang mmg terkenal dengan otak geliga mereka..mmg tol2 wat aku tersentap kadang2.....lepas dengar speeches by eric thomas ni...terubat skit la kondisi semangat aku....hopefully sume ni temprorary je....Insyaallah


Speeches by Eric Thomas



Listen to me all men are created equal, some work harder
in pre-season.
when i went to college, guys were way smarter than me.
4.0's, 3.0's, they went to the ivy league high schools
came to oaport from these great high schools.
Most of them are not doing what i'm doing, why?
because it's not about where you come from,
its about heart. You come to a place where being smart ain't enough.
You got to have heart.

That's why I wake up every morning at 2 o'clock, 2:30!

Cause I got my mamma counting on me!
I got my sister counting on me!
I got my son
and my daughter counting on me!

I got a world that gets up every morning
and watches me!

“Stop being this high-school drop out. Stop giving-up.
Stop sleeping on the street.
Stop being afraid in taking the test.
Stop being afraid going to college
because your daddy didn’t go, and your momma didn’t go.”

"I dont do well in math"
Your Right!! You ain't never studied.
"i'm not good at writing"
Because you have never written before!!

you gotta get writing class, tutor after tutor,
resource after resource
the problem is you ain't never feel no pain before


I am not as good as i could be,
I am not as good as I should be,
but I am better than I used to be.
We were all meant to shine as children do.
It's not just in some of us it's in everyone.
Dont't try too quit. You're already in pain. You're already hurt.
Get a reward from it.

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Bagaimana dengan dia...




Salam.
.............ENTRY kali ini agak depresi ...tapi ini juga untuk mengingati diri aku dengan orang lain tentang nikmat hidup ini....walau kadang aku juga merasa dunia ini tidak adil dalam beberapa masa yang sukar ...tapi hakikatnya terdapat sebab-sebab yang kita sendiri tak tau dan tidak pula kita sedar....dan entry kali ini aku dedikasi kan khas untuk anak jalanan yang gigih berusaha untuk meneruskan hidup....

Adz-Dzariyyat (51): 21 “dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?”


_____________________________________________________________________________________________


Jika kamu lelah berkerja, bagaimana dengan dia??


Bila Anda merasa gaji anda sangat sedikit, bagaimana dengan anak yg malang ini??


Jika Kamu merasa belajar adalah sebuah beban, bagaimana dengan dia?



Jika kamu sempat merasa putus asa, ingatlah orang ini!


layakkah kita mengeluh tentang makanan disaat dia sedang membayangkan makan makanan kita


Jika Kamu merasa hidup Kamu sangat menderita, apakah Kamu juga merasakan penderitaan seperti orang ini??


Jika Kamu merasa hidup Kamu tidak adil, bagaimana dengan dia??




Adz-Dzariyyat : 19 "Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian."



Berjalanlah kau terus, lalu kau temui dirimu memiliki semua yang kau inginkan, tapi bukan yang kau perlukan, jangan menangis. Mencarilah kau terus, lalu kau temui sebuah misteri yang disebut


TUHAN


SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Menari didalam Hujan


hari2 yang aku membuka mata dan berdiri
adalah hari yang terbaik..
itu yang aku sering katakan..
dan aku bersyukur atas kesihatan ini..

jika ada yang bertanya...apa khabar kau pada hari ini?
aku akan menjawab ..."khabar yang baik"
kerana aku berkata itu..untuk menjadi seperti itu
dan berusaha hingga menjadi itu...
terima kasih kerana aku bisa masih memilih..

dan bila hidup memberi aku awan yang hitam dan hujan..
aku menghargai akan kelembapan itu 
yang melembutkan rambutku yang kasar..

dan apabila hidup memberi aku sinar..
aku mendongak tinggi..
sehingga merasa kehangatan di pipi..

dan bila hidup memberi kabus tebal..
aku memeluk tubuhku..
dan memberi ucap tahniah
kerana aku bisa merasa kelainan 
pada hari yang nampak berbeda..

dan bila langit memberi salji..
aku melontarkan berbola salji
dan menangkapnya kembali...
ku jelir lidah ku agar dapat aku 
rasa kebekuan dan keajaiban berais itu..

kerana itu adalah pengalaman hidup..
seperti cuaca..
mereka datang dan pergi..
tidak kira apa jalan yang aku pilih...

jadi apa yang sukarnya..
aku boleh memilih untuk menikmatinya..
sedalam-dalam nya...untuk setiap masa..
di bawah payung syurga...

setiap musim yang memberi rahmatnya
sendiri...

dan aku ucapkan terima kasih pada hari yang
berlalu....

hidup ini bukan hanya semata menunggu ribut untuk pergi...
ia tentang belajar untuk menari di dalam hujan....
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Bill Gates Speech


Tengah2 aku lepak depan bilik lecturer tadi...sambil tunggu member aku tgh kene ceramah petang2 ngan lecturer dia...aku terbaca la sesuatu kat tingkap bilik lecturer...n terasa agak bermotivated skit...so cuba baca n baca ....hehehehehe.....


BILL GATES' SPEECH TO MT. WHITNEY HIGH SCHOOL in Visalia, California.
Love him or hate him, he sure hits the nail on the head with this!

To anyone with kids of any age, here's some advice. Bill Gates recently gave a speech at a High School about 11 things they did not and will not learn in school. He talks about how feel-good, politically correct teachings created a generation of kids with no concept of reality and how this concept set them up for failure in the real world.

Rule 1: Life is not fair -- get used to it!

Rule 2: The world won't care about your self-esteem. The world will expect you to accomplish something BEFORE you feel good about yourself.

Rule 3: You will NOT make $60,000 a year right out of high school. You won't be a vice-president with a car phone until you earn both.

Rule 4: If you think your teacher is tough, wait till you get a boss.

Rule 5: Flipping burgers is not beneath your dignity. Your Grandparents had a different word for burger flipping -- they called it opportunity.

Rule 6: If you mess up, it's not your parents' fault, so don't whine about your mistakes, learn from them.

Rule 7: Before you were born, your parents weren't as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you are. So before you save the rain forest from the parasites of your parent's generation, try delousing the closet in your own room.

Rule 8: Your school may have done away with winners and losers, but life HAS NOT. In some schools they have abolished failing grades and they'll give you as MANY TIMES as you want to get the right answer. This doesn't bear the slightest resemblance to ANYTHING in real life.

Rule 9: Life is not divided into semesters. You don't get summers off and very few employers are interested in helping you FIND YOURSELF. Do that on your own time.

Rule 10: Television is NOT real life. In real life people actually have to leave the coffee shop and go to jobs.

Rule 11: Be nice to nerds. Chances are you'll end up working for one.


SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Persoalan & Jawapan


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUSTASI?
QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Realiti Satu Dugaan Itu...


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Al Ankabuut 2.



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Al Baqarah 286.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.

Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat atau lemah, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Anugerah Sebuah Kesakitan...


Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah ALLAH menurunkan penyakit kecuali beserta dengan ubatnya.”

 “Aku dah terbaring di tilam ni bertahun-tahun dan kau cakap sakit ini ada hikmahnya?” , “Kau cakap sakit ujian tuhan. Tapi, aku dah bersabar sepuluh tahun dengan kanser ni tapi aku tetap tak nampak hikmahnya. Apa yang aku nampak, duit aku dah beribu-ribu habis untuk ubati penyakit ni.” , “Aku rindu dengan diri aku yang dulu. Aku nak menikmati kehidupan seperti orang lain. Aku sentiasa berdoa agar ALLAH sembuhkan sakit aku. Tapi, sakit aku tetap tak sembuh-sembuh sampai sekarang. Aku rasa mati lebih baik daripada hidup.” Setiap luahan kata-kata yang disalurkan melalui emosi memang susah untuk didebati apa lagi untuk diselami.

Orang yang sakit sering bermain dengan emosi. Emosi yang mendalam yang hanya dia dan Penciptanya yang mengerti. Kerana itulah orang yang dilimpahi kesakitan dan penderitaan lebih gemar bermain perasaan dengan berkarya dan meluahkannya dalam bentuk syair atau puisi. Itulah hebatnya mata pena. Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Besar lagi Maha Agung. Dia lebih tahu apa yang Dia rancangkan. Kesakitan itu memang ada hikmahnya. Sesungguhnya, sakit itu adalah ujian kesabaran daripada ALLAH untuk kita semua yang bergelar hambanya tidak kira apa agama sekalipun. Seperti sabda Rasulullah Saw, 

“Sangat menakjubkan urusan orang-orang mukmin itu. Mereka menerima semua persoalan hidup sebagai kebaikan baginya. Apabila kegembiraan yang diterimanya ia akan bersyukur dan itu adalah kebaikan baginya. Dan apabila kepedihan yang diterimanya maka ia bersabar dan itupun merupakan kebaikan pula baginya.”. 

Sesungguhnya, kesyukuran itu tanda keimanan, dan kedurhakaan adalah tanda kekufuran. Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya. Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuni dosa yang telah dilakukannya termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuhnya 

Rasulullah Saw bersabda, “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.” 

Sakit juga menyelamatkan insan daripada seksaan api neraka yang sungguh azab. 

“Rasulullah S.a.w pernah bersabda, bahwasannya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari seksa api neraka.” 

Sakit membawa manusia itu sentiasa mengingati ALLAH Tuhan Yang Agung lagi Maha Berkuasa. Apabila sakit itu singggah menghampiri, lidah kita pantas menyebut, “Aduh, sakit Ya ALLAH.” , “Ya ALLAH, sakitnya!”. Tatkala sakit itu sudah menjadi tamu di tubuh kita dengan mudahnya menerobos masuk ke salur-salur darah hanya kalimat itu yang mampu kita ucapkan. “ALLAH!” Maka beruntunglah orang yang selama ini lalai dan leka daripada mengingati ALLAH lalu ia ditimpakan kesakitan yang datang tanpa diundang. Oleh itu, maka benarlah sakit itu satu anugerah. Sakit membuatkan kita mensyukuri nikmat ALLAH. 

“Masa aku sihat dulu aku tak pernah buat baik pada orang. Sekarang aku sakit, tiada siapa yang ingin menjenguk aku.” , “Alangkah bagusnya kalau aku sihat… Bolehlah aku beribadah dengan selesa.” , “Syukurlah kedua-dua kaki aku dipotong, kerana kaki itu selalu membawa aku ke tempat maksiat.” 

Sakit membuatkan manusia semakin memahami manfaat sihat. Bersyukurlah dengan kesakitan yang kita lalui kerana ia akan membuatkan kita semakin berterima kasih pada Tuhan yang telah mengurniakan kesihatan pada kita tetapi kita sering terlepas pandang dek terlalu menikmati keseronokan dunia yang tiada penghujungnya. Pelbagai pendapat mengatakan kesakitan yang datang itu merupakan petunjuk daripada ALLAH untuk kita sebagai hambanya yang sering leka melayari dunia yang indah. 

Menurut HAMKA, “Bila kita diuji maka bersabarlah kerana sesungguhnya ujian itu adalah sebagai musibah disebabkan kurangnya ketaatan kita kepada ALLAH.”

Mata kita akan terpaku saat mendengar pendapat daripada Ibnu Qayyim pula. “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia yang ujub dan takbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku". 

Kerana itu, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat ALLAH yang disiramkan kepadanya. Ia akan membersihkan karatan jiwanya dan mensucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan ALLAH untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha.” Sesungguhnya, tiada ubat yang lebih mujarab selain berdoa kepada ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Kesakitan itu datang daripada ALLAH, maka kesembuhan itu juga datang dengan izin ALLAH. 

Manusia yang dijadikan daripada tanah sering berpegang teguh pada pepatah yang sudah semakin lapuk ditelan dek zaman. “Ada sakit ada ubatnya.” Mereka juga terlalu mempercayai bahawa sesuatu yang dilakukan itu pasti akan berhasil. “Kau kalau nak cepat lega demam tu, makanlah Panadol Activefast.” , “Kau kalau tak nak sakit buat pembedahan, pergi hospital swastalah.” , “Ramai yang dah sihat lepas berubat dengan ustaz tu. Baik kau cuba.” , “Aku berubat di hospital tak sembuh-sembuh. Berubat dengan orang tu, terus je sembuh.” 

Sesungguhnya, yang menyembuhkan penyakit itu bukan ubat-ubatan, rawatan di hospital, ustaz atau bomoh tetapi kesembuhan itu adalah datangnya daripada ALLAH s.w.t. Itu semua hanyalah sebagai perantaraannya sahaja iaitu sebagai penyebab berlakunya sesuatu. Sememangnya manusia disarankan untuk berikhtiar sehingga sembuh. Namun, janganlah sampai kita mempercayai bahawa yang menyembuhkan itu adalah sesuatu selain ALLAH s.w.t. 

Renungilah surah At-Taubah ayat 14, surah Yunus ayat 57, surah An-Nahl ayat 69, surah Al-Israa’ ayat 82, surah asy-syu’ara’ ayat 80 dan surah Fussilat ayat 44. “Dia adalah kesembuhan bagi pesakit ini dan Dia menyembuhkan dada-dada kaum mukminin, Dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada juga petunjuk dan rahmat bagi mereka yang beriman, pada-Nya kesembuhan bagi manusia, Dan ALLAH menurunkan diantara al-Quran itu ada satu yang menyembuhkan dan rahmat bagi orang yang beriman, Dan apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan, Katakanlah: yang demikian itu adalah bagi mereka yang beriman sebagai petunjuk dan kesembuhan yang cepat, tidak meninggalkan sakit atau penderitaan kecuali kesembuhan-Nya.” 

“Apa dosa aku sehingga ALLAH bagi aku sakit seperti ini?” Begitu muliakah kita sebagai manusia sehingga tidak pernah berbuat dosa? Sesungguhnya, setiap persoalan yang terukir di minda setiap insan adalah kerana lumrah manusia yang sentiasa berfikir. 

Berdasarkan Surah Al-Hasyr ayat 21: “Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada ALLAH. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” Tiada jawapan bagi setiap persoalan, tiada penyelesaian bagi setiap masalah dan tiada tujuan bagi setiap kehidupan sekiranya kita tidak menggunakan akal yang dianugerahkan untuk berfikir. Seandainya kita menderita sakit yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar, janganlah kita memarahi manusia yang tidak memahami situasi kita. “Aku nampak sahaja ceria, tapi sebenarnya sakit aku ni lagi teruk daripada orang yang terlantar seperti patung bernyawa.” 

 Janganlah kita mengharapkan manusia untuk sentiasa memahami kita, tetapi sandarkanlah sepenuh harapan itu kepada ALLAH yang menciptakan kita. Sesungguhnya, Yang Menciptakan itu lebih memahami daripada yang mengenali. Kepada setiap insan yang merasai dirinya seperti dikurung di dinding kaca, diseksa tanpa rasa dan diserang sakit yang berbisa, sabarlah seperti Surah Asy-Syura ayat 33: “Jika Dia kehendaki, Dia menghentikan tiupan angin, maka Tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang mukmin yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.”
SHARE SHARE SHARE