Chord List:
# | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
: TOP 10
( Dato Siti Nurhaliza ) Anak pipit jangan tak dihirau Gusar esok ke sarang si rimau Anak didik harusnya dirisau Gusar esok engkau yang dipisau Dulu tunggu diturut balik Dulu diam sekarang celik Dulu tahu waktu balik Dulu diam sekarang cerdik Nak dilenturnya buluh Biar dari rebungnya Kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya Nak dibentukkan tubuh Bukan dari bengkungnya Susun atur mereka sebelum kenal dunia Habis main di tanah sebelum senja ke rumah Takut nanti tersalah bawa pulang masalah Tak endah yang sekarang cakap jangan sebarang Elok awal dilarang untuk kau jadi orang Dulu tunggu diturut balik Dulu diam sekarang celik Dulu tahu waktu balik Dulu diam sekarang cerdik ( Verse ) Satu Hendak berjaya mendada jangan pastikan Jika malu bertanya sesat jalan Biar Lapar sehari asalkan kenyang bertahun Biar berkerut dahi asahkan minda beralun Kedua Semua nasihat cam petua Ketua perlu jua nak sihat sampai tua Masuk semua benua pelusuk dalam luar Hormat tanpa bersua walau darjah sempoa Tiga Lain liga lain cara elak geliga dalam rasa media masa Dahulu kerna lidah badankan binasa Sekarang kerna mata jemari berbicara Cara bicara yang ke 4 semua telinga harus peka Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka Terlena Dibuai mimpi dek dunia cereka Hanyut dihempas ombak gah lupa mereka Lima Usah dikira kanan kiri Cermin untuk kerna hidup tiada siri Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam Lupakan kisah silam nilam usah disiram Kusiram yang ke 6 biar mekar dalam hati Ingati putus urat dan tenaga urat besi Korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari Bajakan jasa mereka dengan budi budi ( Dato Siti Nuhaliza ) Anak pipit jangan tak dihirau Gusar esok ke sarang si rimau Anak didik harusnya dirisau Gusar esok engkau yang dipisau Dulu tunggu diturut balik Dulu diam sekarang celik Dulu tahu waktu balik Dulu diam sekarang cerdik
Verse1 AFIF TIRMIZIE Bayang hitam silam, Baluti tubuh gersang, Terang malam kelam siang, Terpeluk ku seorang, Mencari erti diri ini, Dalam sepi, ku sendiri. Verse 1 : KMY KMO Egois yang menyulubung datang sewaktu hilang, waktu bila tak berhubung bayang pun kan bersilang, keliru huru hara huhu haha dari siang ke malam nya sambung waktu buntunya pun tak terbilang, girang semakin pudar hilang dimakan dek mundar mandir, riangnya makin palsu jujur makin tidak mahir, maka hati nya kebal jahil dengan asal lahir, sombong pada si fakir, jelas nyata di zahir, terus alpa mendongak, dalam keadaan buta, bijak tanpa dicongak, walau hilang arah yang nyata, meninggi lagi hidung ke dasawarsa dirinya, semakin jauh hanyut beribu hutang lah tanda tanya, caranya mungkin mudah, susah hanya kau yang sukarkan, jiwa meronta muntah, tewas dengan alasan, beralaskan alahan kamu dek arahan Tuhan, hingga diri sendiri, pun berbunuh bunuhan. C/o AFIF TIRMIZE Di lorong gelap sunyi, Ku sendiri dalam sepi, Ku mencari kisah hilang, Ditemani bayang-bayang Verse 2 : KMY KMO Esok lusa ku begitu, berbeda dengan semalam, mungkin kerna kurang jitu, mungkinkah berlaga alam, adat siang malam naik turun hitam putih ying yang, yang baik buruk dan kotor suci sudah lumrah salam, kalam yang tak dikhatam, berdebu sawang ber-abad, zat ditinggal kenal diri kenal minda dalam jasad, keliru dengan hati makan dalam pada mandat, mangkatkan pangkat darjat nafsu di dunia sejagat, "Psychogenic Amnesia Fugue", duka marah dan ceria, persepsi dek si manusia menekan mental ku paranoya, kadang lupa kelmarin mana jiwa ku yang bahgia, riang ria berpusing dengan runsingkan kriteria sendiri, dengan sendirian menyendiri tak kesunyian, diteman dua tiga bayangku yang tak berteman, berpantul watak dikotak macam bunyi bunyian, larikan hidup dari digari kotak kekangan. Bridge AFIF TIRMIZIE Disaat gelap aku meraba, Di dalam terang semakin buta, Aku mencari aku. C/o AFIF TIRMIZIE Di lorong gelap sunyi, Ku sendiri dalam sepi, Ku mencari kisah hilang, Ditemani bayang-bayang Di lorong gelap sunyi, Ku sendiri dalam sepi, Ku mencari kisah hilang, Ditemani bayang-bayang
kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak di hirau baik cekal bagus terus baik kekal rakus terus baik cekal bagus (KMY KMO) saat serunai menjerit suatu hari nanti segala yang di langit dan segala yang di bumi yang hidup, yang mati, yang menyamun, yang bijak semuanya kan dibangunkan dipadang tuk berarak (M. NASIR) baik dan cekal bagus ikut penunjuk arah polang kaling bertungkus lurus mengikut arah bengkak bengkil di hati surut dimakan hari lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri (KMY KMO) jadi baik, cekal, bagus terus zuhud ke bawah elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah jadi baik, kekal rakus terus menanam ubi ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi orang dagang dah berlabuh sauh, sedia siaga di bumi tuhan, tenang ku terbang walaupun jauh, bawa pikulan tugas suruhan nafsu digendang diri ku jatuh mungkin kau kenal ku budak hutan emosi senang berang dan patuh telunjuk lakhus pun diturutkan yang diturunkan engkau lupuskan sahabat kudus? tak dikhususkan kau pupuskan, kau putuskan yang ditumpukan bukan keperluan kekal tumpuan buang kemahuan tujuan hidup bagaikan ramuan dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan ey, bukan hanya cukup 5 bukan sekadar cukup 6 mahu rasakan delima di syurga iman jangan jangan benam kerap 5, 6 kali sehari kita diganggu teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu jadi baik, zuhud kebawah tanah budi bunuh semua ego yang memagar hati budi mu baik sujud walau harta ratus beribu berjuta kesan robak rabik hilang kerna budi mu. (M.NASIR) baik dan cekal bagus ikut penunjuk arah polang kaling bertungkus lurus mengikut arah bengkak bengkil di hati surut dimakan hari lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri jadi baik, cekal, bagus terus zuhud ke bawah elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah jadi baik, kekal rakus terus menanam ubi ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi (LUCA S.) Anam karam waktu dalam salam awan gelap karuh kunci dada ragam malam kena suara tidak dijatuhnya hukum hamba tanpa sua rata rata jadi patah siku kena risau hunus pisau bocor saku mata mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku kemudi hasrat biar sampai dapat kemudi niat gapai yang tersirat yang bersukutu mula menggurutu bila timbang mutu masih rujuk buku jadi baik, cekal bagus dari riak, bebal terus dari bijak, kenal ilmu dari menyalak, nafsu cemburu jadi baik, (M. NASIR) larikan nyawa dari lancar mulut celupar lara wirang sendiri lepas mulut celupar ringan menanam budi, hasilnya usah takut dari maha pemberi pasti nasi di lutut (KMY KMO) jadi baik, cekal bagus terus zuhud ke bawah elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah jadi baik, kekal rakus terus menanam ubi ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi jadi baik cekal bagus terus jadi baik kekal rakus terus jadi baik zuhud kebawah tanam ubi jadi baik berbudi kan untung bukan rugi jadi..
Verse 1 : Seperti biasa, selepas bangkit dari beradu, sudah terbiasa nafas dan degup di atur dulu, dah pun selesai, yang itu, terus ku rujuk, kelengkapan didiri serba serbi harus cukup, penglihatan yang mana kabur dilekapkan kanta, tenaga badan makin uzur dilengkapkan herba, dan pada minda, minda yang makin bebal nak dikental, zikir dan wirid cukup mujarabnya paras kebal, nah bekal, kan semuanya bila berjalan, biar berpayung, sebelum berhujan sesalan, walau dilambung ombak dunia menguji iman dan, taqwa ku kekal teguh tiap kali diuji Tuhan, kenali pintu halal, pagar yang mana haram, bijak perlu di akal, tak sekadar melaram, kembali pada asal, fahami hukum alam, dugaan tak disangkal, datang bermacam ragam. Verse 2 : Persoalan ku kerap, singgah dibibir ramai, Apakah dah ditetapkan manusia mudah mamai, yang lalai jauh dari jadi khalifah, kemudi kapal karam dihanyutkan laut khilaf, dan insaf, nya datang pun jarang sekali, saat diri dihempas rugi baru kucup bumi, kan sunyi, bila tiada nikmat dipuji, dicuci, nikmat yang slama ni dikunci, dan suci, kan lubuk hati dengan ikhlas, jauhkan dari sombong riak saat kau dikipas, yang rimas, yang lemas, yang dikilas dibidas, semuanya akan hadir bila iman hanya bias, harus diakur, makin jauh makin hancur, bila tanpa Mu luluh hati lebur dari luhur, jadi ku jujur, saat bersama Mu tak teratur, hidup rapi tak se-rapi seperti asal kau dilentur, Verse 3 : sifarkan dosa, tuk sifarkan segala musibah, muhibah akan hadir tanpa henti berturut turut minda jumud dislaputi lumut disetiap sudut, maksum yang semakin susut pulang ke bermukim Zuhud, "Hud ayat enam" kan yakinkan titik soal, bilamana pasti datang besar ataupun setimpal, lut pada kalam maka yang rugi ditinggal, hubungan semanusia lestari takkan kritikal
Tanah Merdeka “tuan..british..british dah pergi..” “biar..biar mereka pergi, biar tinggal kita saja disini, ini tanahair kita! kita yang kena pertahankan! kita yang akan pastikan, tanah ini, TANAH MERDEKA!” EmmJayy Sayu... Pilu... Waktu... Rindu... AzamRhadio Rangka tiada nama, Rangka-rangka yang tiada beza, Biar sahutanku diulang, Biar qiam jasadku pulang. Takkan pernah goyah, Selagi kaki jejak tanah, Aku takkan terlena, Hingga tanah ini merdeka. EmmJayy Langkahku ku teruskan jua, Pernahku ditinggal mereka, Takkan aku biar aku terleka, Ini tanah tumpahnya darah. Hook Negaraku.. Tanah tumpahnya darahku.. Negaraku woo.. Tanah tumpahnya darahku.. YAPH Tanah yang lapang, Andai kelapangan bisa himpun di padang, Cara kita buat kita di pandang, Takda cara lain takda orang lain, Kalau buat hasil itu bukan main. Mulanya bersatu, Empat belas melintang, Satu suara mungkin pudar sebilang, Itu sumpah warga berdaulat, Itu sumpah hidup martabat. Berpusing roda, beralih masa, Pusaka warna, pusara nama, Akulah hamba, si maharaja, Capai mereka, sampai merdeka. Cari digali pulang, Engkaulah tanah air, Sejengkal jarak mendatang, Sejengkal jasad ku hadir. Hook Negaraku.. Tanah tumpahnya darahku.. Negaraku woo.. Tanah tumpahnya darahku.. Kmy Kmo Sebelas yang menggalas tugas tugasan utama, Berbalas bedil bedil taktik bersalin purnama, Korban bukan kerna nama pertamanya sudah pasti, Mahu rasakan merdeka bekalan ‘tuk generasi. Saat meracau dihati dikilas semangat waja, Taat yang setia mati demi dirgahayu Raja, Baja baja patriotik dibidik tusukan sivik, Jiwa raga yang si cilik ditarik dengan retorik, Baik, Di tanah ini juga, tempat menyongsong arus, Maka usah dilupa, usaha waktu tandus, Ketandusan idea bukan erti dah terkambus, Terkambus pada mata hanyalah seperti kabus. Kabusnya pasti hilang, bukan bersilang panggung, Kumulusnimbus bilang semua kuasa Maha Agung, Biar puas berjuang, elak dahaga sanjung, Biar sediakan ruang lepas merdeka dilaung.
Lirik : *Pre Chorus* Tapak-tapak makan hari tunggu masa putus tali, Biar luar kaki ayam dalam berbekalkan taji, Lepas purnama mengambang naik merah itu pasti, Mahu ikut nafsu sama atau sambung tidur lagi, *Chorus* Taji nak dituju, Perlukan aturan, Tak nak salah hala pekaka yang dihunuskan, Tidur ku bertapa, Berlayar satu dekad, Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad, Jadi nekad, Jadi Nekad, Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad, ( ulang 2x ), ( Kmy Kmo ) Sedekad dah belayar, Berbakul trapi dah dihadap, Bagaikan kudrat sepuluh gajah meresap masuk tuk mengadap, Adaptasi sejengkal sarap, Permudahkan kau ke perangkap, Emosi si nafsu nafsi lahap, Adap asal yang dah ke arab, Aku rabiah daripada Enam, Bawa rabiah dalam Bunga Tujuh, Aku tarbiah siapa berani pejam, Dengan tarbiah ramai kena suluh mamai miang buluh perindunya Ramai dilibas bak badai Buluh tumpat sadai, Yang tersadai abai dek memandai, Kaki intai perangainya murai, Sidai muka, Asal pandai dulu muda wangsa, Sukar intai talam ribu rupa, Bawa cindai ke muda berbangsa, Lalu, Hey, Sidai rupa, Pura pura talam dua muka, Dari muda dia mudah lupa, Bila sukar boleh bagi suka, Dia suka, *Chorus* ( Luca Sickta ) : Tujuh petala bumi dan langit, Dari gunung ke lautan dalam, Pesuruh turun membawa salam, Kalam berkisah segala silam, Uh, Dari lautan ke lembah curam, Kembara bekalnya setia sumpah, Seri iring kemenyan dan setanggi, Membara darah walau titis tumpah, Dendam, Di pendam nafsu, Nahu buta, Nawaitu palsu, Genggam, Di rejam amarah, Bagai keris tanpa arah, Yah Pantang undur, Dicabar jangan, Lantang jurus, Dijabar tangan, Hulubalang dampingnya rapat, Salah tuju akhirnya ke liang lahad, *Chorus* *Bridge* Kapal layarku tak sangkut tengkujuh, Layar ke samudra berkurung kan tubuh, Senaman rasa jiwa, Fahami rasa jiwa, *Chorus*