Hidup Tanpa Duit Selama 15 Tahun
Pernah Terfikir jika kita hidup dalam masyarakat dan gaya hidup moden kini tanpa
satu benda yang dipanggil "Duit". Mungkin sukar untuk difikirkan tapi pada era yang
kita anggap sebagai duit adalah segalanya ini , Perkara ini telah sendiri dirasai pengalamannya oleh seseorang yang telah melalui hidup selama 15 tahun tanpa duit.
Mari kita cuba baca sedikit gambaran bagaimana cara pemikiran dan kehidupan yang
dirasai oleh beliau yang berani untuk mencuba dan mengubah pemikiran orang dengan pengalaman hidupnya .
Heidemarie Schwermer, wanita berusia 69 tahun dari geman , Mengatakan telah berputus asa menggunakan duit sebagai tujuan utama hidupnya dan cuba untuk hidup tanpanya selama 15 Tahun . Dia berkata dia lebih bahagia dari sebelum ini .
Kisah Bermula 22 tahun yang lalu , Heidemarie Schwermer telah gagal dalam perkahwinannya yang sukar dan mengambil keputusan untuk berpindah ke Dormund dengan dua anaknnya. Scwermer seorang guru yang berumur pertengahan , Dia mula menyedari sesuatu tentang orang bergelendangan atau orang yang telah kehilangan tempat tinggal semakin meningkat populasinya di kawasan bandar. Dia terkejut akan statistik dan apa yang dilihatnya dan mula berfikir untuk melakukan sesuatu. Dia percaya akan satu kepercayaan bahawa Orang gelendangan ini tidak memerlukan duit untuk diterima kembali dalam masyarakat. Dia percaya bahawa hanya peluang untuk menaikkan semangat mereka kembali untuk mereka rasa berguna pada orang lain. Dengan kepercayaan ini dia telah membuka satu kedai pertukaran/swap yang dipanggil
GIB und Nim (Beri dan terima)
Kedai Berkonsep beri dan terimanya menjadi tempat dimana sesiapa sahaja boleh melakukan pertukaran barang atau perkhidmatan/kemahiran untuk perkara yang berkait yang mereka perlukan. Tanpa sebarang pertukaran wang . Pakaian lama yang masih elok boleh ditukar dengan peralatan dapur . Perkhidmatan servis kereta boleh ditukar dengan perkhidmatan paip dan sebagainya. Pada mulanya idea ini tidak menarik perhatian gelendangan di Dormund kerana ada diantara mereka berpendapat dan merasakan bahawa mereka tidak percaya wanita yang kelas pertengahan berperlajaran ini faham akan keadaan mereka.
Sebaliknya , kedai kecil beliau telah di ambil kesempatan oleh penganggur yang tidak berkerja dan orang yang telah bersara yang bersungguh untuk melakukan pertukaran barangan mereka dan perkhidmatan mereka dengan barang yang mereka perlukan.
http://www.trueactivist.com/shes-69-and-hasnt-used-money-for-15-years-and-has-never-been-happier/
SHARE SHARE SHARE