August 2022 | Killjols August 2022 | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

We go All In

 Hi , 


We Go All in, selepas perancangan yang panjang sepanjang pandemik , banyak bertapa , dan merangka jadi tahun ini maka bermulalah segala perancangan itu dijalankan, cara berkerja aku sekarang sangat2 lain. aku dah tak pedulikan feedback , bukanlah tak peduli langsung aku masih baca, tapi atas sebab hampir 1 tahun setengah asyik berfikir akibat dan impak pada sesuatu rancangan itu , expectation dari unsur luar agak tak menjadi satu hal yang besar bagi aku sekarang dalam jangka masa pendek ini. Sebab pada aku sekarang aku kene buat semua yang dirancang, sebab dah lama sangat rancang dan berangan, so kene teruskan , dan kalau dah siap baru kita tengok apa hasilnya, tapi dalam menjalankan perancangan yang panjang ni aku cuba untuk bangun , kerja dan tidur balik . 


4 tahun cuba buat koleksi pop yeh yeh akhirnya berjaya, tapi perlukan bantuan dari rakan juga akhir, terima kasih pada rakan2 yang membantu. dan hampir 5 tahun juga percubaan untuk pecah masuh ke Apple store, akhirnya berjaya juga tanggal 1 august yang lalu , dan sebenarnye dah sebulan masuk , tapi senyapkan sebab nak tengok prestasi ini juga kejayaan dari satu teams bukan aku sorang, Thanks again. ada beberapa lagi projek lama yang dah berhabuk akan aku cuba hidupkan balik , dari sudut kegagalan dulu aku tengok balik satu persatu . hikmah pandemik dapat banyak masa merangka jadi kita sekarang mulakan berkerja. . Dan aku mula sedar satu perkara untuk melakukan sesuatu yang besar perlu teams yang besar dan hebat2 juga. thanks teams


Interface Malaykord juga banyak sudah di ubah. dan sebenarnya interface untuk versi kedua dah 90% siap dah pun tahun lepas. tapi aku tak live kan sekali gus, aku live kan skit2 mengikut tempo dan keadaan . jadi ada beberapa fungsi yang baik diwujudkan seperti , Chord Trends. Chord trend ni dah lama aku fikir camner la aku nak buat, so dari data dari google search yang aku dapat dari situ aku dapat keluarkan mana-mana chord lagu yang sedang meningkat naik dengan laju dalam masa 7 hari. so di situ kita dapat istilah kan lagu itu sedang trends. dan betul la tu dah 3 bulan live aku pun sendiri layan fungsi ni sebab nak tengok apa yang trends skang so kita sing along benda yang sama . sangat menarik 


Banyak lagi projek , tunggu ye aku masih tak berhenti berkerja di sini. maaf jika idea dan perubahan yang di bawa ini tidak menepati citarasa pengguna. tapi perubahan itu perlu. Dan kami di sini sentiasa buka ruang untuk anda lontarkan comment dan feedback anda.


Terima Kasih Team Malaykord, Terima Kasih Pengunjung

SHARE SHARE SHARE