Killjols Killjols: food info
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label food info. Show all posts
Showing posts with label food info. Show all posts

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

6 makanan terbaik Malaysia

Di bawah tersenarai masakan terkenal yang mudah dicari, dan kebanyakkan makanan ini mampu melupakan tentang perbezaan kaum, dengan setiap kumpulan etnik mengubahsuai masakan mereka mengikut gaya memasak sendiri.

Nasi Lemak; beras yang dimasak dengan santan dan dihidangkan bersama kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, timun, telur rebus dan sambal pedas.



Roti Canai; dipanggil roti prata di Singapore, roti yang diilhamkan dari india dilengkapi dengan sos kari. Terdapat di mana-mana sahaja yang mempunyai senarai pelbagai roti yang dihidang oleh melayu dan india di kedai kopi dan gerai.



Nasi Goreng; selalunya, nasi yang digoreng, walaupun tak seperti yang di jual di restoran cina; versi melayu dan india dilengkapi dengan sedikit rempah dan cili, juga dicampurkan dengan sayur campur dan udang, ayam atau telur yang dah dihancurkan.



Char Kuay Teow; masakan goreng hokkien Chinese yang memberikan warna yang gelap hasil campuran kicap dan disertakan sekali telur, daging babi dan udang. tetapi versi orang singapore ternyatalah amat manis. Kuay Teow Goreng melayu juga selalunya rasa biasa ataupun lebih pedas.



Satay; hidangan ayam oleh orang melayu, daging kambing dan daging kebab yang dicucuk dengan batang buluh diperap dan di barbekukan. daging itu disertakan sekali dengan timun, bawang mentah dan ketupat, ia merupakan nasi yang melekit berbentuk segi empat sama distimkan di dalam balutan daun. hidangan itu akan dicicah dengan kuah kacang yang pedas. hidangan satay cina juga selalunya memaparkan daging babi.



Laksa; Mi sup makanan laut yang pedas hasil masakan nonya. laksa singapore dihidangkan dengan perkedel ikan dan toge sangat sedap dan sedikit manis disebabkan terlebih menggunakan santan, manakala asam laksa penang memaparkan ikan parut dan rasa yang masam datang dari asam jawa.


Sumber gambar : Weheartit, tumblr.
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

13 buah-buahan tempatan terbaik Malaysia

Pasar menawarkan pelbagai buah-buahan yang menarik, walaupun praktis pertanian moden membawa kepada penurunan dalam kepelbagaiannya. Di bawah menunjukkan antara buah luar biasa yang perlu diberi perhatian.

Pisang; beri perhatian kepada pisang mas yang enak, kecik, lurus, kulit yang nipis, bauan yang harum. Manakala, pisang rastali; besar sedikit, mempunyai tompok yang gelap pada kulit dan kurang manis, berwarna hijau termasuk pelbagai kulit berwarna merah.



Cempedak nampak seperti nangka dalam versi kecil, digoreng, terdapat biji tak seperti kentang dan ia juga boleh dimakan!



Ciku nampak seperti epal, terdapat dalam perbagai warna dari kuning ke coklat-merah jambu bila masak, dengan buah yang lembut.



Durian merupakan antara salah satu buah yang terkenal di Tenggara Asia, bagi kebanyakkan pelancong, durian juga merupakan buah yang menjijikkan disebabkan baunya yang kurang enak. Pada musim (mac sehingga ogos dan november sehingga februari), durian tersebut mempunyai saiz sebesar bola sepak dan mempunyai kulit hijau yang tebal dipenuhi dengan duri yang tajam. Di dalamnya terdapat barisan biji yang besar disaluti dengan isi kuning-keputih putihan yang lembut, yang mempunyai rasa yang dikatakan sama seperti kastard.



Nangka membesar sehingga mencecah panjang sebanyak 40cm dan mempunyai kulit hijau-kekuningan yang kasar, mempunyai biji yang besar dengan rasa yang manis dan mempunyai bau yang kuat, seperti nenas yang dah terlalu masak. Nangka yang belum masak selalunya dijadikan hidangan yang digoreng kacau seperti rebung.



Langsat bersama kakaknya, buah duku, kelihatan kecil, seperti kentang yang bulat dan dibahagikan kepada beberapa isi buah yang kecil dan berperisa pahit bijinya.



Longan tak seperti laici, buah seperti batu ini manis yang berair yang mempunyai buah kelihatan lut didalam kulit coklat yang nipis.



Manggis hanya terdapat pada musim jun hingga ogos dan novermber hingga januari, manggis dibahagikan kepada beberapa buah yang manis, rasa sedikit seperti tart. ingat, kulitnya berwarna ungu yang tebal mempunyai air yang kekal kalau dikenakan kepada pakaian.



Limau bali banyak terdapat di sekitar Ipoh, buah yang berwarna hijau pucat ini lebih kecil dari bola sepak dan benda yang menarik tentang buah ini, ia lebih sedap daripada anggur. Buang kulitnya dengan menggunakan pisau, kemudian pisahkan dan kupas di bahagian yang besar menggunakan tangan.



Rambutan mempunya saiz dan bentuk seperti telur ayam, rambutan mempunyai luaran yang lembut dan berduri seperti rambut. itulah sebabnya diberikan nama rambutan. Untuk mendapat buah yang lut putih yang manis, kopek kulitnya sedikit dengan mengoyaknya menggunakan kuku dan pulas badannya untuk dibuka.



Salak berbentuk seperti air mata, salak mempunyai kulit seperti ular dan mempunyai rasa yang pahit.



Durian Belanda; di dalam kulit hijau lumpur yang beralun terdapat buah yang putih lembut seperti jeli. Margaret Brooke, iaitu isteri kepada Charles yang merupakan raja kedua Sarawak menggambarkan yang ia mempunyai rasa seperti kapas yang dicelup dalam cuka dan gula.



Belimbing,buah berwarna hijau yang pucat berbentuk bintang dikatakan baik untuk tekanan darah tinggi. Semakin kuning buah tersebut, semakin manis rasa buahnya - walaupun ia boleh rasa kurang menarik.


Sumber gambar : Google, Tumblr

SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kenali makanan baba nyonya

Diberikan nama dari perkataan yang menggambarkan kaum wanita daripada komuniti Peranakan. Bagi Penang, Melaka dan Singapore dikenali sebagai makanan Nonya. manakala, bagi Louisiana, digelar makanan Creole; hasil daripada perpaduan antara budaya. Merupakan gabungan makanan antara Melayu, Cina dan India dan boleh dikatakan lebih banyak dari melayu daripada cina disebabkan penggunaan rempah - kecuali daging babi yang digunakan.

Popia Nonya merupakan hidangan standard, disamping ia digoreng, popia juga dibaluti dengan sos manis yang diperbuat daripada gula melaka untuk dikukus, kemudian disumbat dengan bangkwang yang digoreng seperti sayur-sayuran yang rangup. 



Makanan klasik lain ialah laksa, mi di dalam kuah yang pedas berperisa dari sebahagian daum kesom - herba yang dirujuk dalam English sebagai laksa leaf. 



Selain itu, makanan Nonya yang terkenal ialah ikan asam, makanan pedas ikan masam yang direbus menggunakan tamarind ( nama asam ). 



Selain itu, tak-otak; ikan yang dilecek dengan santan dan pes cili kemudian dibaluti dengan daun pisang untuk di stim atau di barbeku.


Sumber gambar : Google

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kebaikan Kismis



Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu? Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi.

Kebaikan Buah Kismis

Kismis adalah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrasi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium,” Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga. Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot.

Kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan. Kepelbagaian manfaat itu sebenarnya bukanlah hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa.

Ramai yang percaya dan juga mengamalkan pengambilan kismis yang dikatakan boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak. Bagaimanapun, khasiat kismis bukan setakat itu sahaja, menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampu mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi.

Kajian mendapati bahan fitokimia (phytochemical) yang terdiri daripada lima jenis sebatian dalam kismis boleh mendatangkan kebaikan kepada gigi dan gusi dimana ia mampu menentang bakteria penyakit mulut dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut. Ini bermakna, mereka yang menghadapi masalah mulut berbau, boleh mengambil kismis untuk mengatasi masalah ini.

Stroobant yang mempunyai saluran masakan sendiri di Asian Food Chanel siaran Astro, berkata buah anggur yang dikeringkan menjadi kismis itu mungkin kecil saiznya dan selalunya tidak bersifat menonjol, tetapi buah yang kecil itu sebenarnya penuh dengan zat semula jadi serta kaya khasiat yang diperlukan badan manusia sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Sumber: Berita Harian

“Sesiapa yang makan kismis, kacang pistacio dan gula-gula getah akan mendapat otak yang kuat” – Al-Sayuti. Nabi Muhammad selalu merendamkan kismis dalam air untuk diminum. Kismis juga dikatakan dapat menyerap kahak yang mana kahak membuatkan kita malas, lemah ingatan dan tempat pembiakan pelbagai virus dan bakteria. Ibni Qayyim berkata ” Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis ( Petikan kitab Tibb an-Nabawi.) Makan kismis dapat meningkatkan motivasi diri kerana akal yang cerdas menjadikan motivasi diri kita bertambah

Secara ringkas nya kebaikan KISMIS ialah ia dapat menyerap kahak, menyejukkan perut, mencerdaskan minda, meneutralkan kandungan air kencing, servis kerongkong, hilangkan penyakit hempedu, menguatkan sistem penghadaman, menguatkan saraf, menambahkan tenaga fizikal menguatkan jantung-
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kebaikan Teh Hijau

Tahukah anda teh hijau mempunyai pelbagai khasiat terutama meng­aktifkan metabolisme tubuh selain memberi tenaga. Malah ramai berpendapat teh hijau mampu menurunkan berat badan sekiranya diminum secara berkala setiap hari. 



Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur terutama di Jepun. Malah penduduk dunia yang paling panjang umur­nya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun dan didapati ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun malah mereka jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana mereka menjadikan minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian. 

Pada dasarnya bahan pembuatan teh hijau tidak mempunyai perbezaan dengan jenis tanaman teh lain namun teh yang berasal daripada pokok Camelia Sinesis mempunyai cara pengolahan berbeza berbanding teh hitam atau merah yang selepas dipetik akan dikeringkan kemudian mengalami proses pengoksidaan selama enam minggu.


Berbeza dengan teh hijau, sebelum dikeringkan daun teh yang baru dipetik dikukus terlebih dulu sehingga pering­kat oksidasinya berada pada tahap paling minimum.


Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi mendedahkan ekstrak teh hijau dikenal pasti memberi manfaat untuk mengaktifkan metabolisme dan mening­katkan tenaga. Ini kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin dalam jumlah yang besar dan mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau. 

Malah minuman berkhasiat ini membantu mengatur (mengawal) glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah sekiranya diambil selepas makan. 

Hasil kajian Universiti Chicago pada tikus yang disuntik ekstrak teh hijau selama tujuh hari mendapati teh ini mempunyai hubung kait de­ngan penurunan nafsu makan. Tikus yang disuntik itu makan kurang sehingga 60 peratus daripada biasa. 

Walaupun terbukti berkhasiat untuk menurunkan berat badan, namun dengan hanya meminum teh hijau saja tidak akan memberikan hasil yang diinginkan tanpa melakukan senaman atau makan me­ngikut piramid makanan. 

Ini kerana untuk mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram seminggu, seseorang itu harus me­ngurangkan jumlah kalori sebanyak 3,500 kalori. Ini bermakna dengan minum lima cawan teh hijau sehari ia akan hanya membakar 70 hingga 80 kalori sehari dan masih belum mampu mencapai tujuan asal. Oleh itu di samping mengamalkan teh hijau anda juga harus melakukan senaman secara teratur serta mengikut pola makan yang sihat. 

Namun begitu teh hijau masih mempunyai banyak kelebihan berbanding teh lain antaranya: 

Mengurangkan risiko kanser 

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat. 


Mengatasi bengkak mata 

Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah. 


Antiseptik kulit 

Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. 

Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan. 


Melindungi kulit 

Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit. 


Menurunkan tekanan darah 

Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal. 


Menguatkan daya ingatan 

Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda. 


Awet Muda 

Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok.
SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kebaikan Madu Asli


Sabda Rasulullah swt., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Fungsi Madu Dan Peranannya.


  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan


NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
                     
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
         
6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
         
CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakin.

 SAPULAH MADU JIKA ANDA

    a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
    dan luka terlindung dari kuman.
    b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
    lain-lain.
    c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
    d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

    1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
    2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

    1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
    madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
    2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
    menguatkan janin.
    3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
    kuasa dalam madu asli.
    4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
    5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
    3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
    4. Mengelak dari kembung perut bayi.
                     

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.





CARA MENGGUNAKAN MADU:

Batuk :
madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda:
madu + kismis
Menguatkan tulang:
madu + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
madu + lebak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembap muka:
kobis + madu
Melangsingkan badan:
madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
Wanita mengandung:
1 sudu teh madu 2 kali sehari




Sumber : http://bahterayubalams.tripod.com/id10.html





SHARE SHARE SHARE