March 2023 | Killjols March 2023 | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Hal Penting

 Setiap hari dunia akan 

menarikmu dengan tangannya dan 

menjerit


"Ini Paling Penting"

"Dan ini Lagi Penting"

"Anda Perlu Risau Tentang Ini"

"Ini dan Ini dan Ini!"


Dan setiap hari ia bergantung

pada dirimu sendiri 

untuk menarik tanganmu

dan letakkan di dadamu

dan berkata


"Tidak, Ini Yang Penting"

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Lokman dan Taran

Lokman hari ini dia free, Yela Sebab hujung minggu kan, so dia bawak lah anak dia jalan-jalan naik keldai. Destinasi yang ingin di tuju adalah sebuah pantai yang indah untuk tujuan beriadah dan menenangkan diri.

Lokman pun cakap kat anak lelaki dia. "Taran ko naik la Keldai ni dulu, biar bapak jalan kaki tarik keldai ni, Keldai ni dia dengar cakap bapak je kang kalau ko bawak kene terajang pulak dengan keldai ni".

Taran pun menjawab "Alright Bapak".

So mereka pun berjalan sehingga melalui sebuah kedai menjual tasbih kayu. si penjual tasbih itu pun berkata sesuatu dengan rakan sekerjanya tetapi perbualan itu didengar oleh lokman dan anaknya.

"Tengok budak zaman la ni, tak reti nak menolong mak bapak. tengoklah tu contohnya badan dah elok kuat tapi biar bapak dia jalan kaki dia pulak dok relek atas keldai tu"

Mendengar dari kata-kata si penjual tasbih itu. Taran pun menyuruh ayahnya untuk naik ke atas keldai dan biar dia yang pula yang berjalan kaki, kerana di lihat keldai itu pun sudah serasi dengannya.

"Bapak pulalah naik hari sudah mula panas, bapak tu ada darah tinggi kang pengsan kena panggil ambulan pula". kata Taran kepada bapaknya.

"K" jawab Lokman ringkas

Mereka pun meneruskan short vacay mereka dengan keldai ke destinasi seterusnya. Sesampai di kedai menjual ikan kering. Seorang makcik pula menegur lokman. 

"Man Ape sian nau anak kau ni ko biar dia jalan kaki ni man, bapak jenis apa ko ni man kang aku amik video viral ni man buat tajuk 'Bapak tak pandai jaga anak'". Kata makcik itu sambil kembang kempis hidungnya.

Mendengar kata-kata itu lokman cuba untuk tidak menggelabah, membisik kepada anaknya biarlah dia yang berjalan pula kali ini. Tetapi Taran berusaha untuk berfikir ayat yang sopan untuk menolak permintaan ayahnya oleh kerana dia pernah di kecam oleh penjual tasbih sebelum ini jika membiarkan ayahnya berjalan.

Tiba-tiba Taran mendapat idea yang bernas. "Ok Bapak relek, Taran ada idea, kita naik je keldai ni sekali HA HA" 

"K" jawab ayahnya ringkas.

Mereka pun meneruskan Travelling mereka ke destinasi seterusnya sambil menunggang keldai bersama sekali.

Sesampai di hadapan kedai mamak, sekumpulan anak muda yang sedang ponteng kerja menjerit kepada mereka.

"Apa ke bangang anak beranak ni pergi naik keldai kecik tu dengan badan bagak besar macam tu" Jeritnya sambil mengangkat tangan seperti Ahli Parlimen Hulu Langat.

"Bodoh gila tu siak &&$%&@(($" Sahut rakannya seorang lagi dengan perkataan trend terkini berserta shortform yang tak difahami oleh Lokman dan Taran serta penulis cerita ini.

Taran yang sebelum ini agak bangga dengan idea bernasnya cuba untuk tidak terganggu sekali lagi perlahan lahan ke belakang kedai itu, dan berbincang dengan ayahnya.

"Bapak, aku sudah tidak mahu naik keldai ini, dan aku juga tidak mahu membiarkan Bapak di hina dan di caci jika ada yang melihat aku berjalan kaki sedang kau senang di atas keldai bapak" berkata Taran seperti ala-ala dialog skrip P Ramlee dalam Bujang Lapok.

"Jika begitu sudah tiba masa kita untuk pulang Taran". Cadang Lokman.

"Ya Bapak, mari kita pulang kita jalan kaki sahaja ya, jangan ada sesiapa yang menaiki keldai ini, kita cancel sahaja niat kita untuk beriadah dan bergembira" Cadang Taran pula.

"K" jawab Lokman.

Mereka pun kembali melalui jalan pulang yang sama dan sampai ke depan kedai mamak yang tadi sekumpulan anak muda itu pun kembali bersorak dan bergelak ketawa melihat mereka yang tidak menaiki keldai itu.

"Ah sudah dua-dua tak naik pulak HAHAHA" Gelak Mereka.

"Bodoh piang ni anak beranak, sudah lah berpatah balik menyusahkan diri pula" Sambut rakannya sekali. 

Luqman dan Taran menghindarkan diri dan meneruskan jalan pulang.

Sesampai di kedai ikan kering Makcik itu pun berkata "Ini kebodohan yang nyata sudah punya keldai tetapi tidak pula digunakan sebaik mungkin" berkata makcik itu sambil mengibas ngibas lalat.

Taran dengan sabar memekakkan telinganya dan meneruskan perjalanan.

Sesampai di kedai penjual tasbih. Si Penjual Tasbih pun berteriak "Manusia ini dikurniakan akal dan fikiran, nampaknnya hari ini aku menyaksikan manusia ini tidak menggunakannya dengan baik" Sambil menunjukan tangannya ke aras Lukman dan Taran.

Taran yang sudah bersabar selama ini. Tersenyum dan perlahan lahan ke arah si penjual tasbih itu dan terus melalukan tendangan jarak dekat jenis akrobatik bergaya terus tepat kearah hidung si penjual tasbih itu. 

Melihat situasi tegang itu, Yang pada ketika itu anak muda di kedai mamak berserta makcik penjual ikan kering yang menyaksikan keadaan di situ terus menelefon polis dan ada juga yang merakam aksi itu untuk dikongskikan di media sosial.

Dan akhirnya Taran dan Lokman di tangkap atas kesalahan mencederakan orang awam. Dan keldai mereka di sita kerana tidak mempunyai cukai perjalanan. Dan hasil dari video yang dirakam oleh orang disitu. Lukman dan Taran disisihkan ahli keluarga dan masyarakat oleh kerana keganasan dan kesalahan yang dilakukannya.


Di akhir cerita ini. Lukman Dan Taran akhirnya hanya bermalam di Lokap malah masih lagi disisih dan dihina oleh masyarakat sekeliling. Malah Tujuan asal mereka untuk bercuti dan bergembira langsung tak dapat. 


Nota: Setiap keputusan yang kita nak buat akan ada hasil akhirnya yang kita tuju dan kita akan buat sebaik mungkin untuk capai matlamat itu. Di setiap perjalanan itu akan ada proses yang perlu di lalui. Terdapat pelbagai elemen yang dapat mempengaruhi sesebuah keputusan. Persepsi dan hasutan orang sekeliling itu sangat lemah dan bersifat rawak kerana mereka tidak tahu apa-apa elemen dari keputusan yang kita buat dan proses yang kita lalui itu hanya kita sahaja yang bertanggungjawab atas akibatnya. Orang di sekeliling mereka bersifat sementara dan tidak kekal dalam proses. Apa yang mereka ingin lihat hanyalah proses akhir dan keputusannya. Mereka tidak langsung mempedulikan proses dan perjalanan dalam membuat keputusan yang kita dah buat. Malah kalau kita memberi butiran sekali pun mereka tidak ingin tahu kerana bagi mereka proses yang kita lalui itu langsung tak memberi kesan pada hidup mereka. Mereka hanya mahu lihat hasil akhir dan seterusnya perkara itu akan dilupakan. Mereka ingin lihat apa yang mereka nak lihat dan mereka hanya ingin tahu apa yang mereka nak tahu. Berpegang teguhlah dengan keputusan yang kita dah buat kerana di akhirnya susah atau senang yang dialami adalah diri sendiri. 


Nasihat Luqman Al Hakim kepada Anaknya:

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka bagi orang yang berakal, tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T semata-mata. Barangsiapa yang mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.."


P/S: Cerita ini diolah dari kisah Luqman Al Hakim dan bukan jalan cerita yang sebenar cuma di adaptasi dari kisahnya sahaja.

SHARE SHARE SHARE