Apa itu Hujan ?
Setiap hari dunia akan
menarikmu dengan tangannya dan
menjerit
"Ini Paling Penting"
"Dan ini Lagi Penting"
"Anda Perlu Risau Tentang Ini"
"Ini dan Ini dan Ini!"
Dan setiap hari ia bergantung
pada dirimu sendiri
untuk menarik tanganmu
dan letakkan di dadamu
dan berkata
"Tidak, Ini Yang Penting"
Perdagangan di sini bukan hanya
wang dan nama.
Tapi ia tentang jiwa.
jiwa ini dijualkan disini
dengan pelbagai tanda harga
ada pelbagai pembeli disini
menawarkan pertukaran yang gila
Demi Mereka,
hanya yang gila tak menerimanya
Demi Tuhan
biar aku jadi gila
Seperti di mata Qaisy hanya ada Laila
izinkan..
Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
"Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKu,
kerana Akulah jalan itu."
- Jalaluddin Rumi
Bagai musafir terlupa bermukim
masih berjalan masih bersalin
kulit bersalin baju aku
tersia lupa mana tuju
sudah tiba masa aku pulang
menelanjang kembali
segala perisai kemunafikanku
dihadapan yang betul mengenal diriku
yang betul mencintai diriku
yang betul menerima apa ada ku
yang betul selalu mengetuk hatiku
sudah tiba masa aku
kembali mencari RUMI
kembali menari dalam RUMI
dengan cara RUMI
sungguh dunia itu biarlah saja di tanganku
bukan hatiku
Malam itu kau melewati ku,
aku tersenyum dan kau membalas senyumku.
aku mengelip mata.
dan kita berada di majlis kahwin kita.
dan aku memandang kau.
"tunggu kejap, apa ni?"
dan kau memandangku kembali keliru.
kau mengelip mata.
dan kita berada di sebuah rumah dengan
sebuah gambar keluarga dimana kau dan aku berada didalamnya.
dan kau bertanya
"Siapa awak ni?" dan aku membalas
"Siapa saya? siapa awak dan apa yang berlaku?"
dan aku mengelip mata
ada anak kecil berlari melewati kau,
ketawa dan memeluk kaki ku
dadaku mulai rasa sakit.
dan kau menutup mata mu sebentar.
refleksi muka kau di depan cermin.
Rambut kau mulai kelabu.
dan kau mengalirkan air mata. "Tolong, Tolong berhenti"
dan aku memegang tanganmu.
"Maaf ini bukan saya, bukan saya yang lakukan semua ni".
aku cuba menutup mata.
Dan aku di majlis graduasi anakku
dan kau merehatkan kepala di bahuku
"macam mana semua ini terjadi?"
Aku menjawab "Aku tiada jawapan untuk ini".
dan aku harap masa berhenti sebentar.
aku selesa kepala kau di sisi ku.
walau aku berada di majlis pengebumian ayahku
dan kau menutup matamu cuba lelap.
dan kita berada di rumah kosong , menunggu panggilan
yang tak kunjung tiba dari mereka.
dan kau berkata. "Jika saya tahu saya takkan..."
aku menutup mata. dan kau juga.
dan kau berada di katil hospital.
aku memegang tanganmu dan menundukkan kepala aku
aku mencium mu
aku mencium mu
aku mencium mu
hingga aku tak tersedar
ia seperti pertama kali berjumpa dengan kau
ia seperti aku tidak pernah berjumpa dengan kau
dan aku menutup mata ku
Dalam Permainan ini
kita banyak mengumpul mata,
dan berusaha dan terus berusaha
tapi yang tempangnya permainan ini
bukan mata permainan ini yang dikira
tetapi mata mereka.
mata mereka lebih penting.
dan permainan ini seolah di cipta
untuk mata-mata mereka
melihat kesalahan pemain.
dan kesalahan pemain itu seolah menjadi
mata untuk mereka pula.
Tapi satu benda mereka lupa
mereka juga sedang bermain.
dan permainan ini bukan tentang mata mereka
tetapi mata yang lagi satu
satu mata yang akan melihat
semuanya.