Bahasa Gua
Sebelum ada bahasa
yang wujud hanya bunyi.
dan kita terpaksa mengatakan
segala apa yang boleh untuk difahami.
tetapi apa yang keluar hanya
kebisingan di mulut.
dan kita bertepuk dan bertepuk.
kita keluarkan apa yang boleh berbunyi
dari jasad kita. kita mengetuk batu.
kita menghentak kaki ke tanah.
semakin lama semakin kuat kebisingan
yang terhambur keluar dari apa-apa jenis
interaksi yang dapat ditangkap oleh telinga.
dan tiba satu saat kita mula penat.
ia langsung tiada kesudahannya.
apa lagi bunyi yang harus keluar
untuk siapa-siapa memahami
akan jaringan yang kita cuba lakukan.
lalu kita duduk bersimpuh di gua kelam.
kita kikis batu kapur ini menjadi bentuk.
yang kita sendiri sedar bahawa kita saja tahu
akan maksudnya.
tetapi jauh di sudut hati kita berharap.
di satu zaman yang kemudian.
akan ada orang cuba pelajari bentuk ini.
kerana ada satu perkara yang penting
dari bentuk-bentuk ini ingin aku sampaikan
untuk menusia yang kemudian.
Untuk seseorang memahami akan perkara ini.
untuk seseorang tahu akan bahasa yang elok
untuk maksudkan perkara ini.
Like this post :
Incoming Search:
poem Chords , poem Lirik , poem Lyric , poem mp3 , poem lagu , poem 4share , poem kord , poem online , poem download , poem piano , poem ukelele ,
|
No comments :
Post a Comment