5 Tips Menyimpan Duit Untuk Berkahwin
5 Panduan Menyimpan Duit Untuk Berkahwin
Kita ni yang berdarah muda, segala perkara ingin dicuba, ingin dibuatnya. Orang tua-tua kata, tak menyempat. Pada usia ini, kita membuat sesuatu perkara tergesa-gesa tanpa berfikir. Ada positif dan negatif disebalik tindakan anda itu. Bagus yang anda mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba pelbagai perkara. Akan tetapi, melangkah masuk zaman perkahwinan ini bukanlah perkara main-main. Ingin di ingatkan, dalam perkahwinan tiada “trial and error.”
Bagi kebanyakan kaum wanita, bila tengok anak buah atau baby-baby comel. Terdetik di sudut hati ingin menimang anak sendiri secepat mungkin. Bila menonton drama dan filem cinta, alangkah sweet dan bahagianya kehidupan pasangan tersebut. Jangan terpedaya, kehidupan selepas berkahwin bukan lah sesuatu yang senang. Bahkan nak melangsungkan majlis perkahwinan itu sendiri sudah memerlukan kos yang amat banyak.
Mula lebih awal
Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, dinasihatkan catat cara perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan apa keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Kepada yang masih lagi belum ada pasangan, jangan ambil remeh perkara ini. Bahkan inilah peluang anda untuk mengumpul lebih banyak setiap bulan.
Dengan adanya buku nota untuk mengesan budget bulanan anda, kini anda sudah tau berapa yang anda mampu simpan setiap bulan.
Duduk bersama pasangan anda dan bincangkan apa perkara wajib yang perlu ada untuk majlis anda nanti. Berapa ramai yang akan dijemput dan sebagainya. Gunakan calculator iKahwin.my untuk dapatkan anggaran kos yang perlu anda sediakan.
Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk menyimpan wang, yang penting terapkan disiplin dalam diri. Jangan lah “Bulan ni guna extra RM 100, bulan depan ganti.” Percayalah, anda akan ulang perkara sama bulan depan. Wang simpanan ini bukan sahaja untuk kenduri kahwin, selepas berkahwin pun masih perlu teruskan hidup.
Perempuan juga perlu bertanggung jawab
Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, ramai yang menunding jari ke arah si lelaki. Tapi tidakkah berkahwin ini perkara yang perlu dibuat bersama? Ye duit hantaran diberi, tapi duit tersebut hanya dapat menampung sesetengah kos sahaja dalam majlis resepsi.
Wahai kaum hawa, anda juga yang akan berkahwin dengan jejaki itu. Kehidupan selepas kahwin akan bermula dengan anda berdua, jadi janganlah bebankan si dia seorang dalam hal menyimpan duit ni.
Kerja ‘part-time’
Untuk mereka yang ada masa lebih, boleh lah mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.
“Admin cakap je reti, nak mula bisnes mesti ada modal.” Anda boleh mula dengan menjual barang-barang terpakai yang tidak diperlukan lagi. Waktu untuk anda bersihkan rak buku, rak almari segala rak yang telah berabuk lama tu. Cara kedua, cari pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. Contoh: Penulis Artikel Blog Sambilan, Membuat Kek Cawan Pada Hari Minggu, Membuat Barang Kemas Handmade dan lain-lain. Di era moden ini, kita ada Facebook, Instagram dan pelbagai laman social yang dapat membantu mempromotekan hasil kerja kita. Gunakan laman social ini sebaiknya.
Ikut Kemampuan
Sesebuah majlis perkahwinan itu dinilai bukan dari gahnya lokasinya, atau bertapa mahal kos pelaminnya, malah bukan juga dari bertapa mahalnya mas kahwinnya. Yang penting adalah siapa yang hadir pada hari tersebut untuk meraikan hari paling bahagia anda.
Tidak salah untuk impikan majlis bak puteri raja, tapi jika kemampuan kita hanya untuk majlis simple-simple apa salahnya. Asalkan sesiapa yang penting hadir dan perkara yang wajib dapat dilaksanan pada hari tersebut.
Tahan nafsu
Siapa yang tak excited bila berjalan-jalan di mall dan lihat perkataan SALE besar-besar warna merah. Lagi-lagi kaum wanita, tak duduk diam dibuatnya. Ada je alasan yang diberi untuk pergi membeli-belah. Sebelum anda langkah masuk untuk mencuba baju dan kasut yang cantik-cantik itu, tarik nafas dalam-dalam dan kata pada diri anda “Tahan nafsu, aku kena menyimpan untuk majlis akan datang.”
Kawan adalah lagi satu faktor yang akan mempengaruh anda menggunakan wang berlebihan budget, tidak salah untuk keluar dan luang masa bersama mereka, akan tetapi pastikan budget anda tidak lari. Beritahu kawan anda dengan cara baik yang anda sedang menyimpan dan tidak boleh selalu makan luar.
Dating bersama kekasih, kalau boleh ingin berjumpa hari-hari. Sehari tak bersemuka naik gila rasanya, ingat setiap kali anda keluar berdating, aka nada wang yang mengalir keluar daripada dompet.
Admin lihat anak muda zaman sekarang, kerja biasa-biasa sahaja tapi bila keluar phone dari poket amboi, lagi canggih dari handphone admin. Kadang-kadang bukan satu, malah sampai dua phone canggih dimilikinya. Tengok kemampuan kita dan untuk kegunaan apa, jika setakat untuk instagram dan facebook mungkin boleh di tangguhkan dahulu pembeliannya.
Bermacam-macam cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan membuat pinjaman. Ia hanya persoalan cepat atau lambat duit kita cukup untuk melangsungkan perkahwinan. Sabar dan jaga disiplin diri. Bersusah dahulu, bersenang di kemudian hari.
sumber : Ikahwin.my
Like this post :
Incoming Search:
Pelbagai Chords , Pelbagai Lirik , Pelbagai Lyric , Pelbagai mp3 , Pelbagai lagu , Pelbagai 4share , Pelbagai kord , Pelbagai online , Pelbagai download , Pelbagai piano , Pelbagai ukelele ,
|
No comments :
Post a Comment