4 Etika Dalam Menyampaikan Berita
Etika Dalam Menyampaikan Berita
Apabila menyampaikan berita baik melalui apa-apa medium sekalipun, harus dikenal pasti sumber
sesuatu maklumat tersebut diperoleh, keperluan mengumumkannya kepada khalayak, serta yang paling penting sudah tentu kesahihan maklumat tersebut.
Jika tersalah menyampaikan maklumat setelah mengumumkan kepada khalayak, kesannya sangat buruk. Ia mencakupi kesan terhadap aspek emosi, mental dan spiritual penerima maklumat tersebut.
Ada beberapa kesan daripada tindakan buruk ini. Antaranya ialah:
1. Harapan Palsu
“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, padahal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” Surah an-Nur ayat 15.
Namun apabila sumber atau maklumat baru yang diperoleh itu diisytiharkan tidak benar, maka golongan yang berharap ini akan tercedera emosinya. Secara beransur-ansur mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaaan dan jiwa.
2. Fitnah dan Gosip
“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” (Surah Al-Baqarah: 191)
Berita yang tidak benar mendorong kepada perbuatan fitnah dan mungkin mencetuskan perbalahan serta salah faham yang berlarutan.
Kemudahan teknologi sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang sering dikaitkan dengan teknologi terkini ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburuk, memalukan atau menjatuhkan pihak lain.
Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama ketika sesuatu isu dalam negara menjadi fenomena (trending) seperti berita MH370. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara.
Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya.
3. Kecelaruan Maklumat
Terlalu banyak informasi dan maklumat yang direka-reka, tidak penting dan ada juga yang bertujuan untuk meraih perhatian orang awam (attention seeker) disebar dengan aktif melalui laman sesawang.
Ia bukan saja menyebabkan kecelaruan maklumat, malah menyebabkan pembaca yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur tertanya-tanya tentang kredibiliti si penyampai maklumat dan kenapa tiada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa (kerajaan khususnya) terhadap penyampai maklumat palsu ini.
4. Masalah Bahasa dan Adab
Faktor bahasa dan adab ada peranan penting dalam aspek menyampaikan berita. Daripada aspek bahasa, dilihat menerusi pemilihan ayat dan perkataan yang sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.
Ada berita yang disampaikan dalam gaya bahasa yang pelbagai. Gaya menyindir, gaya sinis, marah, sedih dan sebagainya. Sepatutnya aspek adab dinilai menerusi kesan emosi pembaca setelah membaca berita atau maklumat tersebut.
Sebagai rakyat Malaysia yang ditinggikan dengan nilai-nilai murni dan sifat beradab, kita seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan gaya penyampaian media antarabangsa yang kadang-kala ‘ketelusannya’ dalam menyampaikan berita melebihi norma adab orang Timur.
Sebagai individu yang bertanggungjawab dan hidup dalam negara majmuk dan penuh dengan adab serta moral yang tinggi, kita harus menjauhi ‘sifat-sifat telus’ media asing dan antarabangsa dan kekal dengan cara kita.
Walau bagaimanapun, menjaga adab dan bahasa jangan sampai mesej atau info yang ingin disebarkan di salah erti pula. Gunalah bahasa yang mudah difahami, tidak kasar, padat tetapi lengkap dan lebih elok lagi dalam bentuk fakta.
Rujukan: Majalah Niaga
Like this post :
Incoming Search:
Orang Chords , Orang Lirik , Orang Lyric , Orang mp3 , Orang lagu , Orang 4share , Orang kord , Orang online , Orang download , Orang piano , Orang ukelele ,
|
No comments :
Post a Comment