10 Fakta Menarik Tentang Mimpi
11 fakta mimpi yang mengejutkan
Otak Manusia adalah organ ciptaan yang paling kompleks di antara organ-organ yang lain. Otak sentiasa aktif walaupun kita sedang tidur. Mimpi adalah satu komunikasi diantara tubuh , fikiran dan jiwa. Mimpi kadangkala boleh menjadi mimpi yang menarik, menakutkan dan mungkin juga mimpi yang pelik.
berikut adalah fakta-fakta menarik tentang mimpi:
1. Semua orang bermimpi.
lelaki , wanita ,orang tua , orang muda malah bayi sekalipun bermimpi. kita semua bermimpi walaupun kadangkala kita menafikannya. kajian mendapati bahawa kebiasaanya seseorang mempunyai satu atau lebih mimpi dalam masa satu malam. Setiap satu mempunyai durasi masa dari 5 hingga 20 minit.
2. anda akan lupa kebanyakkan mimpi anda
Menurut kajian oleh seorang penyelidik bernama J. Allan Hobson, 95% dari mimpi akan kita lupakan setelah kita bangun dari tidur. Ini disebabkan perubahan dalam otak manusia berlaku semasa tidur, dan perubahan ini tidak menyokong pemprosesan maklumat yang diperlukan untuk pembentukan memori.
3. Tidak semua mimpi berwarna
Kira-kira 80% daripada semua mimpi adalah berwarna, tetapi terdapat peratusan kecil yang hanya bermimpi dalam hitam dan putih. Dalam satu kajian dimana pemimpi dikejutkan dan diminta untuk memilih warna dari carta yang sesuai dengan warna didalam mimpi mereka. Warna yang kerap dipilih adalah warna-warna lembut.
4. lelaki dan wanita mempunyai mimpi yang berlainan
Penyelidik telah medapati beberapa perbezaan antara mimpi seseorang lelaki dan wanita. Dalam satu kajian wanita dikatakan lebih mempunyai mimpi lebih panjang dari lelaki. Lelaki lebih banyak bermimpi tentang lelaki yang lain dua kali ganda dari wanita, manakala wanita lebih seimbang sama ada bermimpi tentang lelaki atau wanita.
5. haiwan juga bermimpi
Pernahkan anda melihat anjing yang sedang tidur mengoyangkan ekornya?. Sukar untuk mendapat kepastian sama ada haiwan benar-bnar bermimpi atau tidak. Penyelidik percaya bahawa haiwan berkemungkinan besar bermimpi ketika mereka tidur. Ini kerana haiwan melalui peringkat tidur yang sama seperti manusia iaitu peringkat tidur yang termasuk dalam kitaran REM dan NREM. Dalam satu kajian, gorila telah diajar bahasa isyarat sebagai cara berkomunikasi. Pada satu ketika, gorila telah memberi tanda isyarat "Gambar Tidur" yang berkemungkinan menceritakan pengalaman mimpinya.
6.Anda boleh mengawal mimpi anda.
Pada satu ketika anda sedar bahawa anda sedang bermimpi walaupun anda masih tidur. Semasa anda bermimpi yang sedemikian, anda boleh mengawal kandungan mimpi anda. kira-kira separuh daripada semua yang mengalami mimpi yang diberi nama "lucid derams" ini akan mengingatinya. Dan ada segelintir yang sering mengalaminya.
7. Kebiasaanya emosi ketika bermimpi adalah emosi yang negatif
Calvin S, seorang penyelidik yang telah melakukan penyelidikan selama 40 tahun dan telah mengumpulkan data hampir 50,000 data daripada pelajar-pelajar kolej mendapati, walaupun terdapat banyak jenis emosi antaranya termasuk emosi gembira,bahagia,takut. Emosi yang paling biasa dialami didalam mimpi adalah kebimbangan dan emosi-emosi yang negatif lebih banyak dari emosi yang positif.
8. Orang buta juga bermimpi.
Orang yang cacat penglihatannya juga bermimpi. Walaupun mereka tidak mempunyai memori tentang visual tetapi mereka tetap bermimpi. Biasanya orang buta bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yang mereka alami.
9. Anda lumpuh ketika sedang bermimpi.
Fenomena ini dikenali sebagai REM atonia untuk mengelakkan anda dari melakukan aktiviti diluar sedar ketika bermimpi.
10. Kebanyakan mimpi mempunyai tema yang sama
Walaupun mimpi sering dipengaruhi oleh pengalaman realiti kita, penyelidik telah mendapati hanya tema-tema tertentu sahaja yang biasa ada dalam mimpi seseorang. Sebagai contoh antaranya adalah mimpi dikejar, diserang, mimpi jatuh dan lain-lain.
Like this post :
Incoming Search:
Kesihatan Chords , Kesihatan Lirik , Kesihatan Lyric , Kesihatan mp3 , Kesihatan lagu , Kesihatan 4share , Kesihatan kord , Kesihatan online , Kesihatan download , Kesihatan piano , Kesihatan ukelele ,
|
No comments :
Post a Comment