Salam,
Kami tahu, pengguna kita disini atau pengunjung kita boleh ambil apa sahaja perkara di blog ini , sepantas mana atau sekuat mana kita menghalang itu hanya akan memburukkan keadaan blog kami. Jadi kami sentiasa bersikap terbuka untuk sesiapa sahaja untuk masuk melihat, menikmati, merasa dan membaca blog kami. Terdapat banyak perkara yang boleh anda ambil disini malah anda juga boleh menyalin satu blog ini dan jadikan blog anda. Kami secara team cuba duduk untuk berbincang akan hal ini dan sebanyak mana ia kan memberi kesan akan blog yang kami bina ini. Terdapat 4 Benda yang kami kesan telah diambil dan digunakan oleh orang-orang yang masuk kedalam Malaykord antaranya adalah :
1. Content kami(chord,article,image & etc),
2. Design(template,banner & etc),
3. Concept(Implementasi Fungsi,Flow & etc) dan
4. Source Code(Fungsi,source code & etc).
Dan ternyata dari segi teknikal begitu banyak kesan yang kami alami dan ia memeningkan kepala kami sebenarnya.Si Pencuri atau copycat tidak dapat merasakannya kerana dia adalah orang yang meng-copy perkara itu bukan yang di-copy. Dan kami yang di-copy ini lah yang terkesan antara yang kami dapat senaraikan dan terangkan adalah.
1. SEO Impact, Impak terbesar yang kami rasa. Apabila copycat mengambil isi dan tajuk yang sama dengan blog yang dicurinya ia akan memberi impak SEO, SEO itu adalah search engine optimization sebagai contoh jika anda search sesuatu pada google lihat berapa banyak hasil carian yang mempunyai tajuk yang sama? begitulah kesan pada hasil kerja orang yang di-copy
2. Hilang dalam Search Engine, Salah satu impak dari SEO, Content kami akan hilang dalam Search Engine seperti google,bing dan lain-lain kerana terlalu banyaknya content yang sama. perkara ini kami kesan pada content-content kami yang lama tidak lagi berada di dalam senarai Search result dan pengunjung banyak membuat request baru padahal chord atau content tersebut telah ada.
3. Originality, Hilangnya nilai keaslian satu-satu content itu. Terlalu banyak copy pada sesebuah content akan membuatkan originality satu-satu content itu terkesan. Originality ini bermaksud seberapa asli hasil kerja orang yang di-copy itu boleh dipertikaikan kerana hasil kerjanya boleh dilihat di merata-rata tanpa apa-apa reference
4. Usaha yang lebih untuk fungsi baru atau idea baru, Perkara ini telah mula menjadi masalah pada kami apabila kami cuba mula membina fungsi-fungsi baru atau cuba untuk implementasi apa-apa idea yang baru. Mencegah copycat telah menjadi satu tajuk utama untuk kami lakukan dahulu sebelum apa-apa perkara baru dilakukan. Ia juga memberi impak pada masa siap kerja kami, mengambil masa yang lama untuk membuat fungsi baru (Itu satu masalah besar bagi kami sebelum kami finalize kerja kami atau dalam testing phase, akan ada yang sudah mencuri hasil kerja kami dan kami terus membatalkan kerja-kerja pembinaan kerana hal itu dan ia sudah pun terjadi, ia sangat mengecewakan dan membuang masa).
5. Membuat musuh, Mereka yang copycat hanya mengisytiharkan mereka musuh pada kami - Simple word, Jangan dekati Orang yang memberi masalah pada anda. satu soalan untuk anda jika anda rasa yang kami akan dapat mengenal pasti yang kamu mengambil hasil kerja kami kenapa kamu terus melakukannya? adakah patut anda menyembunyikan atau mengolah hasil kerja kami untuk kami tidak mengesyaki apa-apa. jadi maknanya disini pihak kamu tidak ada rasa hormat pada kami. dan kami juga perlu melakukan perkara yang sama. Sila fahamkan maksud yang kami terangkan ini.
6. Kajian Terhad , Ia impak yang kecil dalam skop yang besar , bayangkan jika satu jenis blog itu sebagai contoh pengumpul chord guitar mempunyai 3 competitor blog yang sama . dan kesemuanya hanya copy pada satu sumber blog sahaja. Jadi Jenis blog untuk chord guitar tidak akan berkembang dalam jangka masa yang panjang jika semua penulis mempunyai mentaliti yang sama iaitu menunggu satu blog untuk di-copy sahaja tanpa apa-apa usaha untuk kajian sendiri.
7. Hilang Matlamat, Matlamat utama untuk menjadi pengumpul/pencari chord guitar misalnya , akhirnya hilang tujuan dan hanya menjadi peng-copy chord guitar pada blog yang lain dan begitu juga matlamat untuk menjadi tempat penyediaan chord guitar terbaik tapi akhirnya menjadi tempat penyediaan yang sama dengan blog yang lain kerana hanya membuat salinan fungsi pada blog yang lain.
Artikel/News/Blog ini disimpan untuk rujukan team Malaykord atau sesiapa sahaja yang meneruskan blog ini. Impak copycat perlu dikaji dan dicegah dari masa ke semasa.
Terima Kasih
SHARE SHARE SHARE