Verse 1 :
Seperti biasa,
selepas bangkit dari beradu,
sudah terbiasa nafas dan degup di atur dulu,
dah pun selesai,
yang itu,
terus ku rujuk,
kelengkapan didiri serba serbi harus cukup,
penglihatan yang mana kabur dilekapkan kanta,
tenaga badan makin uzur dilengkapkan herba,
dan pada minda,
minda yang makin bebal nak dikental,
zikir dan wirid cukup mujarabnya paras kebal,
nah bekal,
kan semuanya bila berjalan,
biar berpayung,
sebelum berhujan sesalan,
walau dilambung ombak dunia menguji iman dan,
taqwa ku kekal teguh tiap kali diuji Tuhan,
kenali pintu halal,
pagar yang mana haram,
bijak perlu di akal,
tak sekadar melaram,
kembali pada asal,
fahami hukum alam,
dugaan tak disangkal,
datang bermacam ragam.
Verse 2 :
Persoalan ku kerap,
singgah dibibir ramai,
Apakah dah ditetapkan manusia mudah mamai,
yang lalai jauh dari jadi khalifah,
kemudi kapal karam dihanyutkan laut khilaf,
dan insaf,
nya datang pun jarang sekali,
saat diri dihempas rugi baru kucup bumi,
kan sunyi,
bila tiada nikmat dipuji,
dicuci,
nikmat yang slama ni dikunci,
dan suci,
kan lubuk hati dengan ikhlas,
jauhkan dari sombong riak saat kau dikipas,
yang rimas,
yang lemas,
yang dikilas dibidas,
semuanya akan hadir bila iman hanya bias,
harus diakur,
makin jauh makin hancur,
bila tanpa Mu luluh hati lebur dari luhur,
jadi ku jujur,
saat bersama Mu tak teratur,
hidup rapi tak se-rapi seperti asal kau dilentur,
Verse 3 :
sifarkan dosa,
tuk sifarkan segala musibah,
muhibah akan hadir tanpa henti berturut turut
minda jumud dislaputi lumut disetiap sudut,
maksum yang semakin susut pulang ke bermukim Zuhud,
"Hud ayat enam" kan yakinkan titik soal,
bilamana pasti datang besar ataupun setimpal,
lut pada kalam maka yang rugi ditinggal,
hubungan semanusia lestari takkan kritikal
SHARE SHARE SHARE