Killjols Killjols: Alam Semulajadi
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label Alam Semulajadi. Show all posts
Showing posts with label Alam Semulajadi. Show all posts

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 Pulau Tercantik Di Filipina!

1. Apo Island


Pulau yang dilindungi ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti skuba dan snorkeling. Ia dikelilingi dengan pembentukan karang yang menarik dan mempesonakan. Snorkelers dan penyelam skuba berpeluang untuk melihat lebih 600 jenis ikan dan 400 jenis batu karang. Pemandangan pulau ini sangat luar bandar dan pantai yang melapisi perimeter pulau putih, dan pasir yang mempersonakan. Rakyat tempatan hidup tenang, kehidupan yang tidak tergesa-gesa dan mereka sangat ramah.

2. Batanes Islands


Terletak di wilayah yang paling kecil di Filipina, pulau ini mempunyai banyak landskap yang menakjubkan. Destinasi ini menawarkan pelancong pelbagai aktiviti, air yang luar biasa untuk berenang, kampung-kampung yang indah, dan semua jenis memancing.

3. Bohol Island


Pulau ini terkenal dengan Chocolate Hills. Bukit ini adalah batu kapur yang terbentuk oleh terumbu karang semasa zaman ais terakhir. Ia adalah rumah kepada pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan seperti Tarsier Filipina . Terdapat lebih daripada 100 gua untuk diteroka. Antara tempat tarikan utama yang lain adalah pasir pantai yang putih, air terjun yang tersembunyi, dan air yang jernih.

4. Boracay Island


Salah satu pantai terbaik di Filipina adalah Boracay Island. Pantai berpasir putih yang indah dan air yang menakjubkan khas untuk pelancong nikmati. Terdapat pelbagai jenis aktiviti untuk pengunjung seperti berenang, snorkeling, skuba, main layang-layang, luncur angin dan bermain golf.

5. Camiguin Island


Pulau gunung berapi ini berbentuk pear. Ia mempunyai tujuh gunung berapi, beberapa mata air panas, pantai berpasir putih, air terjun melata yang menakjubkan, dan hutan yang subur. Pelancong boleh melawat kawasan bersejarah seperti Perkuburan Sunken, Runtuhan Gereja Catarman, dan 1882 Santo Gereja Rosario .

6. Coron Island


Terletak di kawasan wilayah Palawan, pulau ini merupakan destinasi popular untuk menyelam bangkai kapal. Ia mempunyai tebing curam yang menakjubkan, haiwan laut yang luar biasa, dan perairan zamrud yang sangat cantik. Pelawat boleh Scuba atau bersnorkel melihat sedozen kapal Jepun yang tenggelam semasa Perang Dunia II. Pulau ini juga terkenal dengan terumbu karang dan beratus-ratus spesies ikan.

7. Hundred Islands


Terdapat di wilayah Pangasinan, destinasi ini terletak di Teluk Lingayen. Semasa air pasang, terdapat hampir 124 pulau-pulau di seluruh Hundred Islands. Pulau-pulau ini pernah menjadi terumbu karang di dasar laut yang terdedah sepanjang zaman.

8. Pamalican Island


Selain itu, kawasan ini terdapat di wilayah Palawan dan ia adalah pulau sangat terpencil. Ia dikelilingi oleh tujuh kilometer terumbu karang dan hotel mewah, Amanpulo Resort terletak di pulau ini. Pelawat boleh menikmati aktiviti seperti menyelam skuba, luncur angin, snorkeling, atau hanya berehat di pantai pasir putih.

9. Siargao Island


Kira-kira 800 kilometer dari Manila. Pulau ini 400 kilometer persegi dan mempunyai pantai pasir putih yang cantik. Tiupan angin menghasilkan gelombang yang sesuai untuk pelayar. Malah , pertandingan layar antarabangsa diadakan di sini.

10. Tubbataha Reefs


Ini adalah sebuah pulau terpencil yang lebih daripada sembilan puluh batu nautika dari wilayah Palawan ini. Kawasan ini mempunyai pemandangan bawah laut yang paling luar biasa yang ada di dalam dunia. Ia mempunyai lagun yang indah berpasir, dinding tebing yang curam, dan platform terumbu. Ia mempunyai lebih daripada 500 spesies ikan dan pelbagai jenis batu karang.
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Top 10 Tempat Bulan Madu Terbaik

Berbulan madu adalah waktu yang istimewa dimana anda dan pasangan anda memulakan langkah awal didalam kehidupan berumahtangga. Waktu tersebut adalah waktu dimana anda mulai saling mengenal diri masing-masing dalam hidup bersama dan bersiap menjadi pasangan hidup yang lebih panjang dimasa depan kelak. Jadi memilih tempat berbulan madu adalah sesuatu yang penting untuk pasangan yang baru berkahwin.

Disini disenaraikan 10 tempat terbaik untuk berbulan madu . Dan lokasi-lokasi romantis pilihan adalah seperti berikut:

10. London , England



London adalah pilahan untuk percutian berbentuk mengenal budaya. Pasangan dapat melihat keindahan kota Inggeris ini dan mengenali lebih dekat budaya eropah. Ada banyak tempat romantis yang boleh dikunjungi. Sebagai contoh muzium kota , terutama muzium Victoria dan Albert dan ada juga boleh menyaksikan pertunjukan drama "Romeo and Juliet" di Shakespeare Globe Theater. Teater tersebut di pertunjukan di ruang terbuka dimana anda boleh meyaksikkannya dibawah bintang-bintang yang lebih menaikkan mood romantis anda dan pasangan. Disamping itu anda juga boleh duduk di bangku sepanjang Sungai Thames dan menikmati indahnya perasaan menjadi penganting baru.

9. Wina , Austria.



Tempat yang sangat elok untuk berjalan-jalan dengan suasana romantis. Jalan-jalan utama disini dihubungkan dalam bentuk seperti cincin dan banyak kedai-kedai kecil dan kafe yang boleh ditemui sepanjang jalan. Perjalanan anda dan pasangan juga ditemani dengan iringan instrumen klasik seperti biola , gitar dan banyak lagi. Bangunan-bangunan disini bergaya klasik dan membuat anda merasa berjalan didalam cerita filem klasik dongeng. Anda juga disarankan untuk mencuba Scnitzel Weiner tradisional , sejenis makanan tradisi yang dibuat dari irisan daging lembu yang digoreng kering. Sebagai penutup hari yang indah anda , anda boleh pergi mengunjungi sebuah okestra musik klasik dan bermalam di hotel yang bergaya romantis abad pertengahan yang banyak disediakan di sepanjang jalan di bandar.


8. Bali , Indonesia.



Sebuah pulau yang sangat indah dan nyaman dengan permandangan yang menyejukkan mata. Ini adalah pulau terbaik untuk anda jadikan tempat berbulan madu. Dengan keindahan semulajadi dan budaya indonesia yang dapat dipelajari disini , ia dapat menjadikan percutian berbulan madu anda yang dapat dikenang dan dinikmati selepas pulang.

7. Sans Francisco, USA



Menikmati gaya kehidupan metropolitan dan serba mewah, Sans Francisco adalah salah satu kota metropolis terbesar didunia. Lokasi ini sesuai bagi anda yang suka berada di tengah keramaian, menghabiskan hari dengan makan masakan tiram di Fisherman Wharf atau berbelanja souvenir di Union Street.Jika tidak, anda boleh pergi ke Inspiration Point di Presidio untuk menyaksikan pemandangan San Francisco Bay kala matahari terbenam yang sangat romantis.
.
Anda bisa juga mengunjungi Muir Woods, sebuah hutan yang romantis yang terletak sedikit di luar kota. Perjalanan  dari Muir Woods kembali ke San Francisco akan memberikan anda kesempatan untuk menikmati pemandangan Golden Gate Bridge yang sangat megah.

6. Honolulu, Hawaii



Hawaii adalah negara yang dikenal karena pantainya indah di mana anda boleh menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang sangat memukau. Dengan berbulan madu di Honolulu dan anda akan menemukan kedua hal tersebut, ditambah dengan kehidupan malam yang meriah dan restoran lazat yang anda harapkan dari setiap kota besar. Anda berdua bisa menghabiskan hari dengan berbelanja pakaian, souvenir, dan perhiasan; kemudian berehat menikmati keindahan Waikiki Beach. Bagi pasangan yang suka cabaran, anda berdua bisa mencuba mendaki puncak Diamond Head, sebuah kawah gunung berapi yang sangat besar dan indah. 


5. Barcelona, Sepanyol



Walaupun anda tidak terlalu memahami arkitektur, anda akan kagum melihat rekabentuk surealis Antoni Gaudi dalam bangunan tua yang dapat ditemui di seluruh Barcelona . Contoh yang paling mengagumkan adalah Basilika Sagrada Familia, yang dibina oleh Gaudi selama lebih dari 40 tahun. Setelah puas jangan lupa untuk berjalan di sekitar kedai-kedai dan kafe di Las Ramblas, salah satu jalan paling terkenal Barcelona. 

Cubalah pula untuk pergi ke acara tarian flamenco (salah satu yang paling terkenal adalah Tablao Flamenco Cordobes) dan kemudian berlatih beberapa gerakan tarian indah ini bersama pasangan anda.


4. Roma, Italy



Anda dapat menghabiskan hari-hari bulan madu untuk mengagumi monumen megah seperti Colosseum dan Basilika Santo Petrus. Suasana di Florence sangat terasa "Renaissance",di mana anda akan dikelilingi oleh karya-karya seniman agung seperti Michelangelo dan Botticelli, pada masa di saat kesenian benua Eropa sedang mencapai puncaknya.

Anda juga dapat mengunjungi beberapa air pancut terkenal di kota itu pada malam hari. Jika Trevi Fountain terlalu ramai, anda boleh pergi ke Piazza Navona untuk mengunjungi sebuah air pancut yang konon boleh mengabulkan keinginan anda jika membaling duit syiling ke dalamnya. 


3. New York, USA



Ada tempat-tempat yang tak terhitung jumlahnya yang sangat romantis di New York. Anda boleh melakukan piknik di Central Park, berjalan-jalan di sekitar The Cloisters museum, atau melakukan makan malam romantis di restoran-restoran romantis di wilayah West Village. Ada pula tempat perlancongan terkenal seperti Times Square yang elok dikunjungi. Jika ingin berbelanja, anda bisa melakukannya di daerah perusahaan sepanjang jalan Soho atau bersantai di gedung pencakar langit di Bryant Park. Cubalah pula untuk melakukan perjalanan dari Manhattan ke Brooklyn di Jambatan Brooklyn (anda dapat berhenti di Grimaldi untuk menikmati kelezatan pizza-nya yang terkenal), dan kemudian menikmati pemandangan kota yang menakjubkan dari balkon hotel tempat anda berdua menginap.


2. Paris, France



Paris sering disebut "Kota Cahaya" tempat yang dianggap paling romantis di dunia. Di kota ini anda boleh menikmati minum cafe au lait di bistro yang terletak di jalan-jalan kecil, melakukan window shopping di sepanjang Champs Elysees, dan mengunjungi Basilica Sacre-Coeur untuk menikmati pemandangan kota yang mengagumkan. Tentu saja anda boleh mengunjungi Menara Eiffel, tempat yang menjadi ikon kasih sayang di dunia. 

Berbulan madu di Paris juga bermakna menikmati kebudayaan dan kesenian Eropa, Ia boleh anda lakukan di Centre Pompidou dan menyaksikan berbagai karya klasik di museum Louvre. Di pagi hari, anda boleh berjalan-jalan di sepanjang Seine (sungai yang memotong Paris) dan mengagumi berbagai  pemandangan indah di sepanjang sungai. Cubalah untuk bersantai di Pont Neuf (jambatan tertua di Paris) dan akhiri malam anda dengan mengunjungi salah satu klub jazz terkenal di Paris.


1. Venesia, Itali



Menghabiskan waktu di atas gondola di sepanjang kota Venesia sambil berborak dengan pasangan anda adalah suatu kenangan yang sangat romantis. Memang, kota ini adalah tempat yang sangat ideal untuk berbulan madu. Sebahagian besar kota ini di atas air, membuat anda harus naik gondola untuk menjelajah dari satu tempat ke tempat lain. Jangan lupa untuk mengungjungi tempat perlancongan utama yang menjadi ciri khas kota ini, seperti Piazza San Marco, alun-alun kota, dan Ponte dell 'Accademia (sebuah jambatan yang sangat indah di Grand Canal).

Jika anda merasa penat, anda boleh beristirahat di kafe yang terletak di perhentian kecil sambil menikmati hidangan khas Italia ditemani dengan secangkir capuccino hangat yang akan terasa lebih manis dengan senyuman yang dihadirkan oleh pasangan anda.


SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

12 Baka Kuda Terbaik Di Dunia

Kuda Arab 



Kuda Arab adalah sejenis kuda yang berasal dari semenanjung Arab. Ia memiliki bentuk kepala yang unik dan ekor yang ternaik, Kuda arab adalah salah satu spesis kuda yang paling mudah dikenali. Kuda Arab juga merupakan salah satu baka kuda tertua melalui penemuan bukti arkeologi yang dipercayai berusia 4.500 tahun. Sepanjang perkembangan sejarah manusia, kuda Arab telah tersebar di seluruh bahagian dunia melalui peristiwa peperangan dan perdagangan. Selain itu juga kuda Arab turut digunakan untuk memperbaiki baka-baka kuda lain. Kuda yang terhasil dari campuran baka kuda Arab akan membolehkan anak kuda mewarisi kelajuan, kekuatan, ketahanan, dan kelasakan kuda Arab. Hari ini, keturunan kuda Arab boleh ditemui di hampir semua jenis baka kuda moden. Kuda Arab berkembang dalam iklim gurun dan sangat dihargai oleh orang-orang Badwi. Hubungan erat antara kuda Arab dengan manusia telah menjadikannya mempunyai sifat yang baik dan cepat belajar. Namun demikian kuda Arab turut mempunyai ciri penting seekor kuda yang sesuai digunakan dalam situasi berperang iaitu kepantasan menyerang dan keberanian dalam menghadapi situasi buruk. Kombinasi ciri-ciri unggul ini menyebabkan penunggang kuda Arab hari ini perlu mempunyai kemahiran tinggi semasa menunggangnya. Kuda Arab mampu menjalankan pelbagai tugasan seperti yang dikehendaki oleh pemiliknya. Kuda Arab mampu menguasai disiplin kuda lasak dan mampu bersaing dalam pelbagai acara berkuda. Kuda Arab adalah salah satu daripada sepuluh keturunan kuda paling popular di dunia. Kuda Arab hari ini dapat ditemui di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, Inggeris, Australia, benua Eropah, Amerika Selatan (terutama Brazil), dan tanah asal, Timur Tengah.

Kuda Andalusia 



Kuda Andalusia juga merupakan salah satu keturunan kuda tertua di dunia. Pada tahun 2005 terdapat sekitar 400 kuda Andalusia yang telah didaftarkan di Kanada. Kuda Andalusia berasal dipercayai berasal dari Semenanjung Iberia Sepanyol. Bukti arkeologi menunjukkan kuda ini telah wujud hampir 2500 tahun berdasarkan lukisan yang ditemui di gua. Pada abad ke-18 kuda Andalusia amat popular di seluruh Eropah. Bagi masyarakat Eropah, kuda Andalusia dianggap mempunyai ciri kebangsawanan dan amat bergaya. Namun demikian jumlah kuda ini telah berkurangan disebabkan peperangan yang tercetus di Eropah pada abad ke 18. Bagi mengatasi masalah ini satu program pembiakan kuda Andalusia telah dilaksanakan dengan giat malahan dalam masa sama turut menghalang eksport kuda Andalusia. Kuda Andalusia mempunyai sifat patuh kepada arahan selain cerdas dan juga sensitif kepada tindak balas. Apabila dikendalikan dengan baik kuda Andalusia akan mahir dengan cepat serta memberikan kerjasama yang positif. Gaya gerakan kuda Andalusia biasanya mempunyai langkah yang panjang, mengangkat kaki dengan tinggi, dan mempunyai rentak langkah yang harmoni. Kuda Andalusia mempunyai keseimbangan gerakan badan yang baik. Walaupun kuda Andalusia terkenal dengan kelincahan dan kebolehan mereka untuk belajar tetapi kuda ini agak sukar bergerak dengan tangkas dalam situasi tertentu kerana saiz yang besar. Sejak awal lagi sejarah kuda Andalusia telah digunakan untuk haiwan pengangkutan. Baka kuda ini sering dipilih di antara beberapa baka kuda yang digunakan untuk acara ‘Dressage’ klasik. Kuda Andalusia juga turut digunakan untuk kerja-kerja ladang. Adakalanya kuda Andalusia mempunyai sifat agresif sama seperti lembu.

Kuda Mustangs 



Kuda Mustang adalah kuda liar yang ditemui di barat Amerika Syarikat. Nama kuda ini dipercayai berasal dari perkataan Sepanyol yang membawa maksud Mesteño atau Monstenco liar atau tersesat. Walaupun ia berasal dari kuda Sepanyol namun setelah bertahun-tahun berada di Amerika ia telah bercampur dengan pelbagai baka kuda lain. Kuda Mustangs telah banyak merubah gaya kehidupan penduduk asli Amerika yang tinggal berdekatan Great Plains. Kawanan kuda Mustang liar yang terdapat di bahagian timur Amerika Syarikat telah menyeberangi Sungai Mississippi dan bergabung dengan kawanan barat. Darah baka kuda Perancis kemudiannya telah diperkenalkan ke dalam campuran baka kuda-kuda ini. Baka kuda lain yang mungkin terdapat dalam baka kuda Mustang ini adalah baka kuda Friesian Timur. Selama 10 tahun bermula pada akhir 1800-an sehingga awal 1900-an 150 kuda jantan telah dibeli oleh kerajaan AS dan kebanyakan kuda ini adalah dari Jerman. Tujuan utama pembelian kuda Friesian Timur pada waktu itu ialah untuk kerja-kerja berat (seperti menarik kereta meriam). Ini menyebabkan walau di mana pun tentera berkuda AS ditemui sudah pasti baka kuda fresian ini turut ditemui. Ini menimbulkan kemungkinan yang besar dan tidak boleh diragukan lagi bahawa baka kuda Friesian turut menambah kepelbagaian baka dalam baka kuda Mustang Amerika. Baka kuda Mustang ini juga telah diiktiraf antarabangsa FEI untuk kegunaan disiplin berkuda lompatan, Dressage dan sebagainya menjadikan baka Mustang sebagai kuda serbaguna.


Kuda Akhal-Teke 



Kewujudan kuda ini mungkin telah muncul sejak 3000 tahun yang lalu. Ia dikenali dengan beberapa nama, tetapi paling nama yang sering digunakan ialah kuda Nisean. Namun, keturunan sebenar kuda ini sukar dikesan kerana sekitar 1600 sebelum Masihi, keturunan kuda dalam definisi moden masih belum muncul. Pada masa itu kuda dikenal pasti berdasarkan lokasi tempat atau jenis. Menurut sebahagian pendapat, kuda Akhal-Teke telah disembunyikan oleh puak setempat. Lokasi baka kuda ini membiak adalah di kawasan Turkmenistan iaitu di padang pasir Kara Kum. Padang pasir ini berbatu kawasan dataran gurun yang tandus serta dikelilingi oleh pergunungan. Namun ada pendapat lain mendakwa bahawa kuda-kuda ini adalah keturunan daripada kuda yang digunakan oleh kaum Monggol semasa melakukan serangan di kawasan pergunungan pada abad-13 dan abad ke-14. Suku kaum Turkmenistan merupakan antara masyarakat pertama mempelopori penggunaan kuda untuk menyerang. Mereka memilih kuda terbaik sebelum dibiakkan. Kaum ini turut membuat nota salasilah kuda mereka berdasarkan tradisi lisan. Kuda-kuda itu disebut “Argamaks” oleh Russia, dan amat diminati oleh para pengembara yang mengunjungi kaum ini. Pada tahun 1881, Turkmenistan telah menjadi sebahagian daripada Empayar Rusia. Suku-suku kaum ini telah berperang dengan pihak Tsar dan akhirnya memenangi peperangan tersebut. Seorang jeneral Rusia, Kuropatkin, telah berjaya menangkap dan membiakkan baka kuda yang digunakan oleh suku kaum ini dan dinamakan sebagai kuda “Akhal-Tekes,” sempena suku Turkmen Teke yang tinggal berdekatan Akhal oasis. Kerajaan Russia kemudiannya mencetak buku salasilah keturunan kuda pertama yang berjaya mereka biakkan adalah pada tahun 1941. Kuda baka Akhal-Teke, ini sering digunakan untuk disiplin berkuda Dressage, lompatan dan kuda lasak.

Kuda Don Rusia 



Baka kuda Don, umumnya disebut “Old Don,”. Kuda ini telah dijinakan dari separuh liar kepada kuda yang jinak. Kuda Don pada asalnya mempunyai saiz sedehana dengan daya tahan yang luar biasa kerana dibesarkan dalam keadaan hidup yang sukar. Kuda Don Rusia ini telah digunakan sebagai asas untuk meningkatkan keturunan kuda di Rusia. Pasukan berkuda Cossack menggunakan kuda Old Don semasa kempen Rusia menentang Napoleon, dan kuda-kuda Don telah membuktikan kehebatannya bersama pasukan Cossack ke seluruh eropah. Penggunaan utama kuda Don Rusia dibiakan pada masa lalu bertujuan sebagai pengangkutan untuk pasukan berkuda Cossack. Kuda Don Rusia terkenal dengan daya tahan dan stamina yang tinggi.Kuda-kuda ini hanya memerlukan waktu yang singkat untuk bergerak dalam jarak yang jauh. Hari ini, Kuda Don Rusia digunakan secara meluas untuk tunggangan dan aktiviti berkuda.

Kuda Marwari 



Asal usul kuda marwari adalah dari kuda India asli dan dikacukan dengan kuda Arab. Pengaruh kuda Arab mungkin datang melalui peristiwa kapal kargo yang rosak dan terdampar dipantai barat India. Legenda di India menyatakan bahawa kapal Arab yang karam tersebut memiliki tujuh kuda Arab yang baik ini kemudiannya telah dibiakkan melalui kacukan ke atas kuda-kuda India. Kuda-kuda Arab ini kemudian dibawa ke daerah Marwar dan digunakan sebagai asas pembiakan kuda Marwari hari ini. Kuda ini memiliki bentuk tubuh yang baik dan mempunyai identiti telinga yang unik dan berbeza dari kebanyakan baka kuda lain. Selain itu terdapat juga kemungkinan pengaruh kuda Monggol dari utara dan membiak di barat laut India di sempadan Afghanistan dan juga di Uzbekistan, Kazakhstan, dan Turkmenistan. Pada masa zaman kegemilangan India, kuda-kuda Marwari dianggap haiwan yang sangat penting dan ia hanya boleh dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Diraja Rajput dan golongan kasta Kshatriya. Ketika penaklukan Mongul di kawasan India utara pada awal tahun 1500-an orang-orang Mongul telah membawa kuda-kuda Turki yang digunakan untuk meningkatkan kualiti kuda Marwari. Kuda Marwari amat terkenal dengan keberanian mereka dalam pertempuran, serta kesetiaan mereka kepada penunggangnya. Pada akhir abad ke-16, seorang bangsawan Rajput daripada Marwar, di bawah pimpinan Maharaja Akbar telah membentuk pasukan berkuda lebih terdiri daripada 50.000 anggota. Menurut kepercayaan setempat kuda Marwari hanya boleh meninggalkan medan perang dengan tiga syarat sahaja sama ada setelah memperolehi kemenangan dibawa keluar dari medan perang kerana terbunuh atau keluar dari medan perang dengan membawa penunggang yang tercedera untuk mendapatkan rawatan. Kuda-kuda itu dilatih untuk menjadi sangat tangkas dalam situasi medan pertempuran.

Kuda Quarab 



Kuda Quarab adalah kacukan antara kuda Quater Amerika dan Kuda Arab. Kuda Quarter dikenali kerana kelajuannya dan kuda Arab dikenali kerana ketahanan stamina dan ketangkasannya. Kedua-dua baka kuda ini mempunyai ciri-ciri yang baik. Kacukan dari dua baka kuda ini merupakan usaha untuk mengintegrasikan sifat-sifat terbaik daripada dua baka kuda. Kuda Quarab mempunyai tubuh yang serupa dengan baka kuda Arab. Ia memiliki otot lengan yang kuat, punggung yang baik dan sebagainya. Kepala kuda Quarab biasanya memiliki mata yang besar serta dahi lebar dan mempunyai bentuk agak menarik dibahagian wajah. Namun keadaan ini sebenarnya amat bergantung pada peratusan nisbah genetik kuda arab atau kuda Quarter. Kuda Quarab sangat sesuai untuk berbagai acara berkuda seperti Dressage, lompatan, tunggangan riadah dan kuda lasak.

Kuda Appaloosa



Bukti paling awal kuda appaloosa boleh didapati berdasarkan kepada lukisan gua yang berasal dari zaman Paleolitik yang berusia 18.000 SM. Ia telah dijumpai di Lascaux dan peche-Merle Perancis. Cara menjinakkan kuda turut dijumpai dalam senibudaya Parsi Purba, Greek kuno dinasti Tang di China dan Perancis pada abad ke-11.Lukisan dari Perancis pada abad ke 16 dan 17 pula menunjukkan kuda-kuda dengan tompok Appaloosa telah digunakan sebagai kuda tunggangan dan catatan ini turut menunjukkan kuda Appaloosa telah digunakan sebagai kuda latihan di istana Raja Louis XIV dari Perancis. Pada pertengahan abad ke-18 Eropah, ada permintaan yang tinggi untuk kuda Appaloosa bagi kegunaan kalangan bangsawan. Kuda-kuda ini digunakan di sekolah-sekolah yang mengajar cara menunggang kuda dan sering digunakan untuk perarakan majlis perayaan. Tidak jelas bagaimana kuda Appaloosa tiba di Amerika, meskipun ada kemungkinan penjajah Sepanyol telah membawa beberapa kuda baka ini bersama-sama mereka semasa awal tahun 1500-an. Menurut rekod terdapat seekor kuda dengan tompok kepingan salji telah didaftarkan sebagai salah seekor dari 16 kuda yang telah dibawa ke Mexico oleh Cortez.Rekod ini merupakan catatan yang dibuat oleh para penulis Sepanyol pada tahun 1604. Kuda Appaloosa adalah kuda serbaguna, dan ia mampu bersaing dalam acara disiplin berkuda seperti Rodeo. Dalam jenis disiplin berkuda Inggris pula kuda Appaloosa digunakan untuk tujuan memburu serta Dressage dan tidak ketinggalan juga acara kuda lasak.


Kuda Quater Amerika 



Adalah sejenis baka kuda yang mahir dalam acara memecut jarak dekat. Nama baka kuda ini diambil dari kebolehannya untuk mendahului baka kuda lain dalam jarak suku kilometer dalam kebanyakan acara perlumbaan. Beberapa pengkaji telah mengukur kelajuan baka kuda ini dan antara catatan menunjukkan ia berkelajuan (88.5 km / jam). Kuda baka Quarter adalah jenis yang paling popular di Amerika Syarikat ketika ini, dan kuda baka Quarter Amerika telah dibiakan oleh kebanyakan persatuan berkuda dan kini mencapai jumlah lebih dari 4 juta kuda Quater Amerika. Kuda Quarter Amerika terkenal sebagai kuda lumba kuda dan boleh bersaing dalam acara Rodeo. Tubuh yang padat menjadikan kuda Quater Amerika sangat sesuai untuk pergerakan lincah dan cepat terutama semasa aktiviti memintas ternakan seperti lembu. Kuda Quater Amerika juga mampu melakukan acara disiplin berkuda gaya Inggeris seperti menunggang, dan banyak lagi aktiviti berkuda lain.


Kuda Kiger Mustang 



Kuda baka Kiger Mustang adalah sejenis kuda yang ditemui pada tahun 1977, oleh Biro Pengurusan Tanah di Beatys butte, yang terletak di tenggara Oregon (Harney County) Amerika Syarikat. Menurut pemerhatian mereka baka kuda-kuda ini mempunyai persamaan dari segi warna dan ciri-ciri fizikal yang serupa di seluruh wilayah Oregon. Ujikaji yang dilakukan di University of Kentucky dan contoh keputusan DNA menunjukkan baka kuda ini mempunyai hubungan yang erat dengan baka Sepanyol yang dibawa ke Amerika pada tahun 1600-an. Kuda baka Kiger Mustang adalah kuda yang berasal dari genetik kuda liar yang dinamakan ‘Mesteño’, yang bermaksud ‘liar’ atau ‘liar’ dalam bahasa Sepanyol (lihat etimologi di Mustang). Kuda baka Kiger Mustang, mempunyai ciri-ciri pergerakan yang tangkas dan cerdas, dengan stamina kuat setanding dengan kebanyakan kuda-kuda liar. Kuda baka Kiger Mustang juga mempunyai sifat berani tetapi lembut serta tenang dan sangat sesuai untuk ditunggang oleh mereka yang kurang pengalaman dan juga untuk acara kuda lasak.


Kuda Spanish Mustang 



Penjajah Sepanyol telah membawa kuda ini dalam masa 30 tahun pertama mereka di Caribbean. Kuda ini berasal dari semenanjung Iberia. Kuda baka Spanish Mustang ini merupakan kacukan dari baka-baka yang dibawa dari Cuba, Hispanola, dan tanah jajahan Sepanyol yang lain. Kuda baka Spanish Mustang ini adalah keturunan langsung kuda-kuda zaman ke-emasan Sepanyol. Kuda baka Sepanyol Mustang dikembangkan sebagai jenis yang berbeza sepanjang abad 17 dan 18, sebelum kedatangan penjajah Inggeris. Hari ini kuda baka Sepanyol mustang mengekalkan stamina dan keupayaan untuk perjalanan jauh tanpa menimbulkan tekanan. Kuda baka Sepanyol Mustang mempunyai sejarah kemampuan lagenda untuk perjalanan jarak jauh tanpa kecederaan.


Kuda Friesian 



Kuda Friesian ialah sejenis kuda berwarna hitam. Ia dipercayai telah wujud lebih daripada 2000 tahun. Disebabkan faktor inilah kuda Friesian dianggap sebagai salah satu keturunan kuda tertua di Eropah. Lokasi asal kemunculan kuda ini dipercayai bermula di wilayah Friesland iaitu dalam kawasan Utara Belanda. Sepanjang abad 16 dan 17 baka kuda Arab dan Andalusia telah diperkenalkan dalam pembiakan kuda di eropah. Ini mungkin telah memberi pengaruh kepada kuda Friesian memiliki gaya berjalan yang menarik saiz kepala yang kecil dan leher agak melengkung. Kuda Friesian didapati bebas daripada pengaruh kuda baka Inggeris. Selama dua abad terkemudian kuda ini telah dibiakkan tanpa gabungan baka kuda lain. Kuda Friesian telah digunakan untuk membentuk pelbagai baka kuda moden hari ini seperti kuda Shire, New Forest, Dale, Morgan, Sweden Warmblood, dan Orlov Trotter. Pahlawan berbaju besi eropah telah menggunakan kuda Friesian untuk aktiviti mereka. Kuda ini memiliki kekuatan untuk membawa beban berat namun dalam masa yang sama mempunyai keseimbangan stabil. Raja Hungary iaitu Raja Louis II telah menggunakan kuda Friesian jantan semasa bertempur di medan perang pada 15 Jun 1526. Kuda Friesian turut digunakan sebagai kuda perang oleh tentera Friesland berperang dengan tentera Rom dan kemudian digunakan oleh pahlawan tentera Salib Eropah semasa cuba menjajah Baitulmuqadis di Timur Tengah. Kehebatan dan kelincahan yang ditunjukan kuda Friesian menyebabkan ianya popular sebagai kuda latihan di sekolah-sekolah berkuda Paris dan Sepanyol pada abad 15 dan 16. Dengan perkembangan sektor industri dan penggunaan mesin perladangan yang meluas peranan kuda Friesian hampir pupus. Bahkan sebelum Perang Dunia I, jumlah kuda Friesian yang wujud pada masa itu hanyalah 3 ekor sahaja. Kuda Friesian kemudiannya telah diselamatkan oleh sekumpulan penternak yang berdedikasi di Friesland, sebuah wilayah utara Belanda dan melalui kerja keras mereka akhirnya baka kuda Friesian ini berjaya diselamatkan dan kekal sehingga hari ini. Pembiakan kuda Friesian dilakukan di bawah peraturan yang ketat seperti melalui proses pemilihan, menguji keupayaan prestasi dan mengklasifikasikan setiap baka kuda Friesian perlu memiliki persamaan ciri kuda Friesian yang sangat tinggi. Kuda Friesian hari ini menikmati publisiti meluas kerana sering muncul dalam filem seperti The Mask of Zorro, Vampir, Sense and Sensibility, Emma, Disney’s-Tall Tales, Sleepy Hollow, dan Bedazzled. Kuda Friesian mempunyai kecantikan, saiz yang menarik, dan bagus untuk ditunggang menjadikannya pilihan ramai penunggang baru dan lama.

SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Top 10 Gunung Tertinggi Di Dunia

1. Mount Everest


Gunung yang tertinggi di dunia adalah Gunung Everest yang juga dikenali sebagai Sagarmatha di Nepal dan Chomolungma di Tibet. Ia menakjubkan kerana berketinggian 29,029 kaki tinggi. Ia adalah yang ke-5 paling jauh dari titik pusat bumi dan sempadan antara China dan Nepal. Pendakian pertama yang berjaya adalah pada tahun 1953 dan ia diketuai oleh John Hunt. Pasukan pertama hanya berjaya pada ketinggian 330 kaki ke puncak tetapi oksigen menjadi masalah utama sehingga mereka terpaksa berpatah balik. Dua hari kemudian pasukan kedua naik ke atas pada 29 Mei 1953 pasukan sampai ke puncak pada 11:30 pagi waktu tempatan. Kebanyakan pendaki menghabiskan banyak masa di kawasan zon mati gunung. Kawasan ini mempunyai suhu yang sangat rendah yang boleh menyebabkan tergelincir dan radang dingin. Ia juga mempunyai angin yang sangat tinggi dan tekanan atmosfera yang sangat sedikit, bermaksud pendaki mempunyai hanya kira-kira satu pertiga daripada jumlah oksigen yang badan kita digunakan. Pendaki telah menghabiskan dua belas jam cuba untuk berjalan 1.07 batu melalui zon mati. Ini adalah mengapa kebanyakan pendaki memerlukan tangki oksigen dan topeng untuk membantu pendaki melaluinya, tetapi mereka masih perlu berurusan dengan radang dingin yang sejuk.

2. K2


K2 mempunyai pelbagai nama termasuk Gunung Godwin - Austen, Ketu / Kechu dan Chhogori/Qogir. Ia terletak di sempadan antara Baltistan dan China dan menjadi gunung kedua tertinggi di dunia pada ketinggian 28,251 kaki di puncak. Ia juga dikenali sebagai Gunung Savage kerana ia amat sukar untuk dipanjat. Ia mempunyai kadar kematian kedua tertinggi dan ia tidak pernah didaki pada musim sejuk. Ia lebih sukar untuk didaki dari sebelah China, jadi ia biasanya dilakukan dengan dimulakan dari sebelah Pakistan. Pasukan pertama yang berjaya didaki adalah ekspedisi Itali pada 31 Julai, 1954. Pasukan kedua yang berjaya mendaki adalah 23 tahun kemudian.

3. Kanchenjunga


Gunung ini dipanggil “Five Treasures of Snow” kerana ia mempunyai lima puncak dan paling tinggi adalah 28,169 kaki di atas paras laut. Ia telah disembah oleh kedua-dua orang-orang Sikkim dan rakyat Darjeeling. Ia terletak di sempadan antara Sikkim dan Nepal. Pasukan pertama yang berjaya didaki buat pertama kali oleh George Band dan Joe Brown pada 25 Mei 1955. Ia juga dikhabarkan dipanggil "Kangchenjunga Demon". Ia adalah rakshasa atau sejenis makhluk yeti yang menjadi mitos yang sangat popular. Legenda lain menyatakan bahawa terdapat sebuah lembah tersembunyi keabadian terletak dalam cerun .

4. Lhotse


Perkataan Lhotse bermakna South Peak dan ia disambungkan ke Everest oleh South Col. Ia setinggi 27,940 kaki. Gunung ini terletak di sempadan antara wilayah Khumbu Nepal dan Tibet. Pasukan pertama yang berjaya mendaki adalah pada tahun 1955 dan ia diketuai oleh Norman Dyhrenfurth. Statistik bagi gunung itu sehingga Disember 2008 menunjukkan bahawa 371 orang telah berjaya memanjat Lhotse dan 20 telah kehilangan nyawa disitu.

5. Makalu


Gunung besar ini terletak di Mahalangur Himalaya dan ia adalah 27,825 kaki tinggi. Ia terletak 19 km sebelah tenggara Gunung Everest, betul-betul di sempadan antara China dan Nepal. Makalu adalah puncak yang terasing daripada orang lain dan kelihatan seperti piramid empat sisi. Ia juga mempunyai dua puncak termasuk Makalu ll dan Kangchungtse. Percubaan pertama mendaki dibuat oleh Amerika dan ia diketuai oleh William Siri semasa musim bunga tahun 54'. Pada musim luruh peninjauan ekspedisi Perancis selesai mendaki ke puncak subsidiari. Pasukan pertama yang berjaya memanjat gunung itu adalah pada Mei 15, 1955 oleh pasukan Lionel Terray .

6. Cho Oyu


Nama gunung ini bermaksud "Turquoise Goddess" setingi 26,795 kaki sekaligus menjadikan ia sebagai gunung keenam tertinggi di dunia. Ia terletak di sempadan Tibet - Nepal. Pendaki yang pertama adalah Eric Shipton dan ia dibiayai dan ditaja pada tahun 1952. Ia telah dibatalkan kerana bahaya untuk avalanches dan masalah teknikal lain. Pada tahun 1954, perdaki pertama yang berjaya mendaki gunung itu berlaku pada Oktober 19. Ia didaki oleh Herbert Tichy dan lain-lain melalui rabung North West gunung. Pada masa itu ia gunung ke- 5 lebih 8,000 meter tinggi untuk didaki .

7. Dhaulagiri l


Dhaulagiri l setinggi 26,795 kaki. Orang pertama yang mendaki gunung ini adalah dari ekspedisi Nepal/Austria/Switzerland. Gunung ini bermaksud mempesonakan, putih, gunung yang indah dalam bahasa Sanskrit. Sungai Kali Gandaki mengalir di antara gunung ini dan Annapurna l dan ia dikatakan sungai yang paling dalam di dunia. Terdapat seramai 358 pendaki yang berjaya dan 58 kematian di gunung ini pada tahun 2006 .

8. Manaslu


Manaslu berada di tangga ke-8 dalam senarai ini dengan menjulang setinggi 26,759 kaki. Ia terletak di kawasan tengah barat Nepal dan merupakan sebahagian daripada Nepal Himalaya. Namanya bermaksud "Gunung Roh" dan berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud "jiwa" atau "akal". Pendakian pertama yang berjaya didaki adalah oleh ekspedisi Jepun yang diketuai oleh Toshio Imanishi pada 9 Mei 1956.

9. Nanga Parbat


Nanga Parbat setinggi 26,660 dan ianya bermaksud "Naked Mountain". Ia berada di banjaran gunung Himalaya. Ia terkenal dengan gunung yang paling sukar untuk panjat dan ramai yang mati ketika cuba untuk memanjat. Pada abad ke-20 ia memperoleh nama samaran "pembunuh gunung" dan ia tidak pernah dipanjat semasa musim sejuk. Ia juga mempunyai salah satu puncak yang paling menonjol.

10. Annapurna


Gunung tertinggi yang kesepuluh adalah Annapurna dengan ketinggian 26,545 kaki tinggi. Ia terletak di pergunungan Himalaya di utara pusat Nepal dan puncak induknya adalah Cho Oyu. Nama Annapuran adalah Sanskrit dan bermaksud "penuh dengan makanan", tetapi ia diterjemahkan sebagai "Dewi Tuaian". Gunung ini merupakan gunung pertama yang didaki setinggi 8000 meter dan ia dilakukan oleh ekspedisi Perancis yang diketuai oleh Maurice Herzog.
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

16 Fakta Tentang Kucing yang mungkin anda tidak tahu.



1. Tapak kaki kucing di hadapan mempunyai lima tapak , dan belakang hanya empat.

2. Orang Mesir Purba Menganggap Kucing sebagai dewa/tuhan dan menyembahnya.

3. Kucing tidak boleh merasa benda manis, deria rasa pada lidah kucing tidak boleh mengesan rasa manis.

4. Kucing boleh melihat didalam gelap

5. Adolf Hitler adalah pembenci kucing yang terkenal, manakala Abraham Lincoln adalah pencinta kucing yang termasyur.

6. Dengungan Kucing bersamaan Frekuensi sebuah enjin diesel yang aktif iaitu bersamaan 26 dengung sesaat.

7. Kucing boleh mendengar bunyi ultrasonic, tikus menggunakan bunyi ini untuk berkomunikasi. Kucing boleh mendengarnya tetapi tidak pada manusia dan anjing.

8. Tanpa Taurina Kucing mungkin akan buta. Taurina adalah amino acid yang kebanyakan haiwan menghasilkannya sendiri. tetapi kucing memerlukannya didalam dietnya. ia ada dalam makanan kucing. 

9. Kucing boleh Berlari selaju 30 batu sejam (30MPH) , manakala Cheetah pula 75 batu sejam(75MPH)

10. Di Lidah kucing mempunyai "cangkuk" kecil yang sangat berguna untuk mengoyak/menghadam makanan.

11. Rahang kucing tidak boleh bergerak ke kiri atau kanan.

12. Kucing boleh melompat tujuh kali ganda dari tingginnya

13. Kucing mengandung selama kira-kira 58-65 hari.

14. Moyang kepada semua kucing didunia adalah Kucing liar Afrika (African Wild cat) . Masih wujud

15. Kucing tidur sekitar 16 hingga 18 jam sehari .

16. Seperti spesis burung. kucing juga mempunyai keupayaan untuk pulang ke rumahnya atau 'Homing ability' yang menggunakan jam biologi , sudut matahari dan medan magnet bumi. walau kucing dibuang jauh dari rumah ia masih boleh mencari rumah nya kembali.
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Top 10 Haiwan Paling Berbahaya Di Dunia

1. Nyamuk


Walaupun makhluk-makhluk ini sangat kecil, mereka boleh membawa maut. Lebih daripada satu juta orang mati setiap tahun kerana penyakit yang dibawa seperti malaria, demam kuning, West Nile virus dan demam denggi. Mereka boleh hidup dalam suhu yang rendah atau tinggi, ini menyebabkan ianya susah untuk dikawal.

2. Singa Afrika


Makhluk garang ini dikenali dengan gigi dan kuku yang tajam dan kelajuan yang luar biasa. Ia bersembunyi menantikan dan memburu mangsanya. Singa betina memburu makanan, manakala singa jantan melindungi maruah mereka. Berdasarkan statistik, lebih daripada seratus kematian adalah disebabkan oleh singa.

3. Ular


Banyak spesies ular yang mengancam nyawa semua makhluk termasuk manusia. Malah, penyelidik telah menyatakan bahawa 450 spesies ini mengandungi racun, dan 250 daripada mereka boleh membunuh manusia. The Carpet Viper adalah spesies yang menyebabkan paling banyak kematian akibat gigitannya.

4. Cape Buffalo


Ia berasal dari Afrika, Cape Buffalo boleh menjadi sangat tidak menentu dan agresif. Mereka membunuh mangsa mereka dengan serudukan mereka dengan tanduk tajam seterusnya mematikan mereka.

5. Buaya


Buaya dikenali sebagai reptilia terbesar di planet ini. Antara spesis yang paling berbahaya termasuk di Sungai Nil dan buaya air masin yang telah dilaporkan membunuh beratus-ratus manusia setahun. Selagi ada tasik dan sungai pasti terdapat buaya disekitar situ. Ia mempunyai jumlah sepanjang 20 kaki panjang.

6. Gajah


Ia dikenali sebagai mamalia terbesar yang hidup di atas tanah, Gajah berasal dari Afrika dan beberapa bahagian benua Asia. Walaupun kebanyakan orang berfikir gajah sebagai gergasi lembut, mereka boleh menunjukkan tingkah laku tidak menentu dan bertindak dengan cara yang boleh memusnahkan hidup seseorang. Ada berita mengatakan gajah tawanan lebih lembut dengan penjaganya. Walau bagaimanapun, tanpa sebarang petanda, ia boleh menyerang sesiapa sahaja ia mahu secara tiba-tiba. Dengan berat badan yang besar dan belalainya, makhluk-makhluk ini boleh menghancurkan dan membunuh apa-apa yang melintasi di jalan mereka .

7. Jerung Putih


Jerung ini boleh membesar sehingga 15 kaki panjang secara purata, mereka juga mempunyai barisan 300 gigi tajam yang menyerupai gergaji. Di dalam mulut mereka ada rahang yang kuat yang berukuran 4 kaki lebar. Jerung putih ini makan beberapa spesies, namun manusia tidak tergolong dalam senarai makanan kegemaranya. Jerung putih yang besar ini lebih suka singa laut dan anjing laut kerana ciri-ciri mereka yang penuh dengan daging. Menurut saintis, jerung cenderung untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan mulut mereka dan "bites test" makhluk lain. Malah, sebahagian besar serangan ke atas manusia hanyalah "bites test" dari jerung itu. Selepas ia mengigit mangsanya, ia akan berundur segera. Malangnya, gigitan itu cukup serius untuk membunuh manusia.

8. Grizzly bear


Beruang perang di Amerika Utara boleh mencapai berat sehingga 800 paun dan berdiri sehingga 8 kaki tinggi. Selain itu, beruang ini boleh berlari kira-kira 30 batu per jam. Sebab-sebab umum mengapa beruang menyerang manusia adalah untuk mempertahankan anak atau ketika lapar.

9. Australia Box Jellyfish


Obor-obor jenis ini terletak di lautan utara Australia, dan dianggap sebagai makhluk laut yang beracun di dunia. Ia mempunyai kira-kira 60 sesungut dan lebih kurang 15 kaki panjang. Setiap satu sesungut dilindungi dengan bahagian khas yang dipanggil cnidocyst yang mengandungi jarum yang penuh dengan toksin.

10. Badak Air


Dari kecil kita telah didedahkan badak air ini adalah haiwan yang sangat comel, tetapi mereka sangat bahaya dalam satu masa tertentu. Badak air jantan dan betina mempunyai sebab yang berbeza untuk mereka menyerang manusia. Sebagai contoh, badak air jantan akan sentiasa mempertahankan kawasan-kawasan yang dianggap sebagai wilayah beliau seperti tebing tasik atau sungai. Sebaliknya, badak betina boleh menjadi sangat agresif apabila melindungi anak mereka. Badak air mempunyai mulut yang besar dan mampu membunuh!
SHARE SHARE SHARE