Kmy Kmo, Luca Sickta ,Dato' M. Nasir - ZUHUD Lirik
kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak di hirau baik cekal bagus terus baik kekal rakus terus baik cekal bagus (KMY KMO) saat serunai menjerit suatu hari nanti segala yang di langit dan segala yang di bumi yang hidup, yang mati, yang menyamun, yang bijak semuanya kan dibangunkan dipadang tuk berarak (M. NASIR) baik dan cekal bagus ikut penunjuk arah polang kaling bertungkus lurus mengikut arah bengkak bengkil di hati surut dimakan hari lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri (KMY KMO) jadi baik, cekal, bagus terus zuhud ke bawah elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah jadi baik, kekal rakus terus menanam ubi ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi orang dagang dah berlabuh sauh, sedia siaga di bumi tuhan, tenang ku terbang walaupun jauh, bawa pikulan tugas suruhan nafsu digendang diri ku jatuh mungkin kau kenal ku budak hutan emosi senang berang dan patuh telunjuk lakhus pun diturutkan yang diturunkan engkau lupuskan sahabat kudus? tak dikhususkan kau pupuskan, kau putuskan yang ditumpukan bukan keperluan kekal tumpuan buang kemahuan tujuan hidup bagaikan ramuan dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan ey, bukan hanya cukup 5 bukan sekadar cukup 6 mahu rasakan delima di syurga iman jangan jangan benam kerap 5, 6 kali sehari kita diganggu teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu jadi baik, zuhud kebawah tanah budi bunuh semua ego yang memagar hati budi mu baik sujud walau harta ratus beribu berjuta kesan robak rabik hilang kerna budi mu. (M.NASIR) baik dan cekal bagus ikut penunjuk arah polang kaling bertungkus lurus mengikut arah bengkak bengkil di hati surut dimakan hari lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri jadi baik, cekal, bagus terus zuhud ke bawah elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah jadi baik, kekal rakus terus menanam ubi ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi (LUCA S.) Anam karam waktu dalam salam awan gelap karuh kunci dada ragam malam kena suara tidak dijatuhnya hukum hamba tanpa sua rata rata jadi patah siku kena risau hunus pisau bocor saku mata mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku kemudi hasrat biar sampai dapat kemudi niat gapai yang tersirat yang bersukutu mula menggurutu bila timbang mutu masih rujuk buku jadi baik, cekal bagus dari riak, bebal terus dari bijak, kenal ilmu dari menyalak, nafsu cemburu jadi baik, (M. NASIR) larikan nyawa dari lancar mulut celupar lara wirang sendiri lepas mulut celupar ringan menanam budi, hasilnya usah takut dari maha pemberi pasti nasi di lutut (KMY KMO) jadi baik, cekal bagus terus zuhud ke bawah elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah jadi baik, kekal rakus terus menanam ubi ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi jadi baik cekal bagus terus jadi baik kekal rakus terus jadi baik zuhud kebawah tanam ubi jadi baik berbudi kan untung bukan rugi jadi..
SHARE SHARE SHARE