Killjols Killjols: News
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Cerita Malaykord 2019

Salam,

Setahun berlalu dari tarikh akhir aku menulis di ruangan news blog ini, apa terjadi pada malaykord sepanjang tahun ini? aku sendiri tak dapat nak rungkaikan tapi pelbagai pengajaran aku dapat dari pembikinan Malaykord ni , senyap-senyap umur blog malaykord ini sendiri sudah cecah 10 tahun. 10 tahun dalam ruangan maya ini but not much yang aku rasa dapat feel that 10 years. aku rasa perjalanan Malaykord macam baru bermula. Kenapa aku cakap camtu? sebab this teknologi betul2 berubah dari apa yang aku mulakan dari tahun 2009 dulu. maksud aku perubahan teknologi terlalu laju dan sangat laju sampai sesiapa yang mula walaupun berpuluh tahun awal , tetap rasa macam baru nak struggle fight in this platform. huh!.

Back to cerita Malaykord. Banyak benda aku stop , banyak benda aku pending , dan banyak benda tak menjadi. tu sahaja rumusan untuk malaykord sepanjang setahun ni. Aku tak plan banyak tahun ni cause i know the struggle yang kitorang alami. everybody dalam usahasama malaykord ni dah xde so aku totally sorang yang manage Malaykord sejak tahun lepas. Aku try dokumenkan apa yang boleh , exercise backup and everything cause aku tau one day im the one will leave also dan aku harap Malaykord tak mati macam tu je. everything will be public, sampai satu tahap data chord and artist sume aku nak post online. I try to make everything to be free. and make everything to be free tu macam fikir benda boleh pecah kepala. banyak service actually berbayar and perlu somebody to maintain. tp masih berfikir camner one day if aku lepaskan malaykord tapi malaykord masih berjalan dan dijayakan oleh orang lain yang minat benda ni. Cita-cita aku jadikan benda ni as community rasanya macam mustahil. Hope one day akan ada servis yang dapat buat perkara ini secara percuma tanpa melibatkan wang ringgit lagi. 

Kembali kepada persoalan kenapa banyak perkara tak selancar 2 ke 3 tahun lepas. Yup Malaykord berjaya mendadak dalam 3 ke 4 tahun yang lalu sampai tahun 2017 kita boleh declare Malaykord is the only number one sumber chord lagu-lagu tempatan terbaik di Malaysia based on statistik. and suddenly bagai dipukul ombak, our blog going down on google. and sejak tu aku nampak dah bertapa blog industri ni terlalu sangat bergantung pada google service and everything kalau nak kekal perlu kewangan yang sangat kukuh. Thats why aku alone doing all that documentation and cuba kumpulkan fans sebanyak mungkin melalui social platform , instagram , facebook , twitter dan etc. dengan harapan without google semua masih boleh mencari this blog. and u know what based on our statistik research. Kitorang just berjaya catch 2% sahaja audience dari social media. yang lain memang kerja dari google. maksudnya disini korang suma hanya datang dari google semata. and if google down and meng-downkan kitorang. kitorang mati. thats it.

dan tak semana aku mendapat hasil bukan 1 ke 2 hari but 7 bulan research ni . and start 3 bulan lepas aku mula slow kan progress cause aku rasa itu satu kerja yang tak memberi impak yang besar, ia makan tahun mungkin berpuluh puluh tahun. cause u know kenape? aku buat tanpa pelaburan dan aku lakukan sendirian. hanya berbekalkan ilmu dan pembacaan aku sahaja. 

Jadi apa je aku boleh buat kat sini? nothing much and aku minta maaf kepada semua yang berharap yang malaykord will be expand more and will be big in any platform. Aku rasa Malaykord ni dah sampai tahap matang dan susah nak membesar lagi. aku bukan nak give up but a lot of work to do bila dah sampai tahap ni. Jadi aku teruskan Malaykord sedaya yang boleh asalkan tak mati. Lagu-lagu baru dan request chord masih aku usahakan dont worry. but to be expand lebih besar aku tak janjikan apa-apa. Terima kasih pada En Jamaludin haron, I dont know who you are but i get your donation based on our campaign last year. actually dia sorang je yang buat donation setahun ni. we used your money for renewing our domain. and for other project like database, system , ios platform , maaf kita memang tiada kemampuan setakat ini. Aku juga pernah bukak jobs untuk sesiapa nak bantu aku secara berbayar. And u know what ada dalam 5 orang approach aku . then aku bagi lagu-lagu untuk di carikan chord nya. dan sampai sekarang dorang senyap. ada sorang nak bayaran yang lebih bagi dorang kerja tu terlalu leceh dan banyak lagu-lagu yang tak masuk akal nak dicari. aku cakap tu je aku mampu then dia resigned terus. Sampaikan tahap aku nak bayar untuk cari chord pun orang xde comitment nak buat. Macam mana dengan aku yang dah 10 tahun buat kerja ni for free. Im very sorry to say this.

Begitulah luahan aku, aku disini untuk tahun mendatang juga sedaya upaya meneruskan usaha Malaykord ini. Lagu-lagu terbaru tetap akan ada. dan request chord tetap berjalan. Kerja-kerja yang pending aku masih usaha untuk lunaskan. Insya Allah. Terima Kasih yang masih menggunakan Malaykord. Maaf jika ada harapan korang yang kitorang tak berjaya jayakan. Teruskan bersama kami. Asalammualaikum
SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord dan 2 Juta views.

Salam pembaca, 

8 tahun berlalu , dari hasil langkah pertama proses membina sebuah blog yang bernama Malaykord ini. Dari cakap-cakap yang kosong bersama rakan-rakan kolej di pangsapuri sewaan penulis ketika zaman belajar hinggalah kini 2017. Blog idea bermula dari bertapa sukarnya untuk bermain gitar tanpa "reference chord" lagu-lagu berbahasa melayu ketika melepak selepas habis penat lelah kuliah. Dari simpanan Notepad yang kadangkala lupa nak di tanda nama lagunya kepada fungsi searching pada blog yang lebih mudah. Dari pada archive folder kepada post blog yang telah dilabel dengan nama artist dan genre. Ya segalanya berubah mengikut tahun dan Insyaallah akan lebih baik dari masa ke semasa. Begitu juga dengan hidup penulis yang semakin lama umurnya juga semakin bertambah dan hasil kerja ini segalanya effort ini juga mungkin suatu hari nanti akan hilang juga dan diganti dengan "Budak Baru" yang akan teruskan dengan penuh minat seperti penulis lakukan ketika masa dulu. 

Alhamdulillah , dari bermula publish chord di blog bernama Malaykord ini dari hasil view dari 10 ke 20 views dan sekarang penulis sendiri tak menyangka view akan menececah ke tahap ini. Dan terlaksana lah jua harapan penulis dan perkongsian ini sampailah jua pada pembaca-pembaca yang mempunyai minat yang sama. Harapan penulis selepas ini moga adalah interaksi antara penulis dan pengguna-pengguna blog Malaykord , tidak kiralah dari mana sumbernya dari blog penulis sendiri (Killjols) , Facebook , Google Search atau mana-mana sahaja. Tetaplah ingat nama Malaykord ini. dan terus melihat apa-apa update atau perubahan yang dilakukan , dan sumbangkanlah apa-apa kritikan membina atau idea-idea "Muda" anda kepada kami.

Akhir kata, "Penulis dan dibelakang Malaykord ini adalah seorang MANUSIA bukanlah ROBOT". Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Bathin.

Terima Kasih ,

SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Scha Alyahya Buka Kedai Online Ecommerce FashionValet



FashionValet, E-commerce yang terkemuka di Malaysia memgumumkan kerjasamanya bersama selebriti terkenal Malaysia, Scha Alyahya. Koleksi ini meraikan kontemporari dengan kepingan elegan yang mencerminkan pendekatan Scha untuk fesyen – moden dan menyeronokkan.

Koleksi yang memaparkan pelbagai warna bold dan pastel ini diilhamkan oleh gaya peribadi Scha sendiri, reka bentuk adalah minimum untuk memancarkan keanggunan moden, penggunaan pelbagai warna serta merta membuatkan koleksi ini bergaya.

Koleksi Scha for FashionValet mempunyai 11 reka bentuk yang menawarkan fleksibiliti dalam memakai. Structured skirts, long sleeved tops, flare sleeved tops, skants – skirt and pants boleh dipakai bersama-sama atau mix n match dengan kepingan peribadi lain dalam mewujudkan rupa yang sesuai.

Scha for FashionValet akan mula dijual di www.fashionvalet.com bermula 2 April 2015 dan berharga antara RM129 – RM159. Terdapat lebih daripada 10 rekaan dan saiz berkisar dari XS ke XXL. Bukan itu sahaja, setiap pembelian juga dilengkapi dengan kad yang ditandatangani secara digital oleh Scha Alyahya.

Sumber : Wanista
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

I-Book Berunsur Islamik terawal Di Malaysia

PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Dextra Resources Sdn Bhd, Aniza Yaakub berkata, projek yang memakan masa setahun setengah ini untuk menarik minat kanak-kanak membaca, selain dibantu elemen multimedia serta interaktif.

"Salah satu inspirasi kepada projek ini adalah akhbar dengan gambar yang bergerak-gerak seperti di dalam filem Harry Potter.

"Kami memilih iBook sebagai platform kerana ia sesuai dengan idea ini disamping mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi, malahan kandungan iBook di dalam bahasa Malaysia di Apple Store juga kurang dan kami berhasrat mengisi kekurangan itu dengan MYSA iBook," katanya kepada mStar online.

Pelancaran iBook dan buku Sains Islamik di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini dilakukan pendakwah bebas bergelar Imam Muda, Syed Mohd Faris Syed Roslan yang juga Ikon bagi produk berkenaan.

Difahamkan, projek ini juga ibarat 2 dalam 1 di mana penghasilan iBook adalah serentak dengan penerbitan buku dan kedua-duanya mempunyai kandungan sama.

Menjelaskan lanjut mengenai maksud MYSA, katanya, ia adalah  singkatan kepada seorang anak kecil, Maisarah yang tidak henti-henti bertanya mengenai buku ini.

Seiring itu, katanya, kami menjadikan Maisarah sebagai salah satu inspirasi dalam penghasilan buku MYSA dan iBook.

"Kami juga ada terfikir untuk meneroka platform lain yang bersesuaian tidak lama lagi selain iBook.

"Malahan, ia juga buku elektronik terawal yang dihasilkan dan setakat ini belum ada lagi iBook berunsurkan Sains menerusi ajaran dan pandangan Islam," katanya yang juga pakar motivasi.

Beliau juga merasakan penghasilan iBook MYSA ini berbaloi terutama dikalangan kanak-kanak yang semakin membesar kerana terdapat panduan mengenai berkaitan dua bidang yang saling berkait rapat itu.

Tambahnya lagi, guru-guru disekolah boleh menggunakan iBook MYSA sebagai panduan semasa pembelajaran kerana ia boleh digunakan untuk semua peringkat umur dan mudah difahami.

"Saya harap ibu bapa memainkan peranan penting kerana pengisian yang terdapat di dalam iBook ini sangat berilmu dan rugi sekiranya tidak mempelajarinya.

"Ia juga boleh digunakan ibu bapa serta pendidik sebagai ruangan di telefon bimbit atau gadget lain supaya anak-anak tidak terus hanyut dan lalai dengan perisian yang merugikan masa," katanya.

MYSA Intro Montage
Soda and Mentos Experiment

More video:


SHARE SHARE SHARE