Killjols Killjols: top 10
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label top 10. Show all posts
Showing posts with label top 10. Show all posts

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

5 Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Anda


Bekerja dirumah menjadi impian orang ramai yang penat bekerja diluar. Berita baiknya ianya bukan sesuatu yang susah untuk dicapai. Berikut adalah beberapa cara bagaimana untuk buat duit hanya dari rumah.

1. Cari Sumber pendapatan yang pasif. 

Apakah "Pendapatan Pasif"? Ianya mudah -- mencari cara bagaimana untuk jana pendapatan anda walaupun ketika anda tidur. Terdapat satu pepatah dalam dunia korporat: "Jangan buat diri anda tidak dapat diganti. Jika anda tidak dapat digantikan, anda tidak akan dapat dinaikkan pangkat." Sebagai seorang usahawan, pepatah itu benar didalam konteks masing-masing. Jika difikirkan dengan "dinaikkan pangkat" membantu dalam mendapatkan pendapatan lebih dan kurang bekerja. Anda boleh meningkatkan harga anda tetapi ianya sehingga anda mengeluarkan diri anda dari terlibat secara langsung dalam melakukan kerja tersebut. Ianya sentiasa ada had terhadap berapa banyak yang anda boleh dapatkan, dan ianya hanya boleh meningkat perlahan-lahan.




1 2 3 4 5 »
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

9 Kemahiran Pengurusan Kewangan.

Kemahiran pengurusan kewangan dengan betul harus diberi kepada pelajar sebelum mereka tamat persekolahan. Kebanyakan pelajar termasuklah pelajar lepasan ijazah tidak mengetahui bagaimanana cara mengurus kewangan mereka dengan baik. Lebih menyedihkan ibu bapa jugak tidak membantu anak-anak mereka dalam hal ini. Ianya berkemungkinan disebabkan mereka malu dengan keadaan mereka atau mereka sendiri tidak cukup pengetahuan untuk memberi tunjuk ajar. Berikut adalah 9 perkara setiap pelajar sekolah tinggi perlu tahu mengenai pengurusan kewangan sebelum tamat pengajian.

Imbangi buku akaun.

Ia mungkin kelihatan kuno, terutama sekali dengan perisian yang sedia ada yang dapat membantu anda tetapi ia adalah satu kemahiran yang sangat penting. Anda tidak boleh terlalu bergantung dengan dengan jumlah baki akaun yang diberikan oleh mesin ATM atau pihak-pihak bank kepada anda. Anda seharusnya belajar bagi memudahkan anda untuk menguruskan kewangan pada masa hadapan. Setiap orang harus mengimbangi akaun mereka setiap bulan.



1 2 3 4 5 »
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

20 Iklan Yang Kreatif

1. Hut Weber


Hanya Topi yang membezakan.




1 2 3 4 5 »
SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

4 hotel-hotel yang menakutkan didunia

Untuk mencari tempat percutian yang sempurna bukanlah mudah. Terutamanya apabila anda membuat tempahan saat akhir. Hotel-hotel berikut adalah hotel yang membenarkan anda menginap tanpa bayaran atau percuma, tetapi hotel-hotel tersebut sangat menakutkan dan menyeramkan, tiada siapa berani ke sana selama bertahun-tahun. Hanya satu perkara yang anda perlukan untuk menginap  disana, ianya adalah "Anda haruslah benar-benar berani"

1. Hotel Polissya - Ukraine


Bagi mereka yang gemarkan permainan video, tentu anda pernah melihat bangunan ini di dalam permainan video, "Call of Duty 4: Modern Warfare".




12 3 4 5 »
SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

12 Fakta Menarik mengenai Titanic yang anda tidak tahu

Titanic terkenal kerana menjadi salah satu kemalangan paling dahsyat di lautan tidak termasuk perang - kemalangan ini mengorbankan lebih daripada 1,500 nyawa. Terdapat pelbagai spekulasi yang wujud mengenainya, walaubagaimanapun kesemuanya bersetuju bahawa kemalangan itu berpunca dari pelanggaran dengan bongkah ais. Tragedi ini menjadi terkenal sehingga dijadikan sebuah filem - walaupun cerita filem ini sedikit fiksyen ( lebih kepada sebuah filem romantik) - ianya adalah berdasarkan fakta. Terdapat beberapa fakta menarik yang jarang diketahui tentang titanic ini.

1. Sepatutnya mereka mempunyai bot penyelamat sehari sebelum Titanic tenggelam, jika/kalaulah mereka lakukannya lebih ramai orang dapat diselamatkan.





12 3 4 5 »
SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Persembahan Anugerah Juara Lagu Paling EPIC

14. Ramlah Ram - Kau Kunci Cintaku



Kostum adalah segala-galanya, tengok tajuk lagu dan tengok kostum baju penyanyi.. tapi persoalannya disini mana kuncinya? LOL

13. Damasutra - Umpama Mimpi dalam Mimpi



Baggio bersilat , dan episod kesalahan teknikal menjadikan persembahan ini sangat menarik. Lihat bagaimana feel penyanyi walaupun Mic x kuar suara.

12. Hafiz - Awan Nano



Membawa kesinambungan dari Muzik Video ke atas pentas. Baju masih tak tukar . EPIC!

11. Faizal Tahir - Hanyut



Siapa pernah lemas dalam air atas pentas pastu panjat nyanyi balik . Faizal Tahir je buat..

10. Aizat - Terukir Dibintang



Nyanyi sambil minum kopi dan flirt dengan penyanyi latar. Ini terbaik!

9. Misha Omar - Pulangkan



Pontianak Atas stage dan penghayatan berhantu . persembahan paling berhantu .!

8. Wings Sejati.



Kolabrasi muzik traditional dan  muzik berkaren dicampur dengan fesyen dan gelekkan awie..

7. Search - Isabella.



hanya tentang Lagu , Fesyen dan penghayatan Ahli band dari drummer sampai penyanyi . Sempurna.!

6. Jamal Abdillah - Kekasih Awal dan Akhir



Penghayatan Jamal abdillah dan gorengan berasap man kidal memang terbaik

5. Faizal Tahir - Selamat Malam



Timing adalah segalanya . Satu-satunya persembahan yang membawak penceritaan yang berjaya.!


4. Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu



Muzik Arrangement dan suara live yang lebih baik dari CD , seperti membawa nafas baru dalam industri muzik malaysia , tapi sayang kumpulan ini berpecah selepas itu.

3. M nasir dan Jamal Abdillah - Ghazal Untuk Rabiah.



Nampak meriah walaupun berdua je, ke-jambuan jamal ketika itu dan keasyikan m nasir , persembahan paling enjoy dan mengasyikkan,

2. Mojo - Roman Cinta



Bermula dengan tanda tanya , berakhir dengan epic , Kolabrasi dari Mojo dan Busker cacat penglihatan caliph busker adalah sangat epic.

1. Sudirman - Merisik Khabar.



Dari permulaan sampai habis tiada cacat cela, penghayatan ,pengcahayaan , suara , dan paling epic bakar lighter atas stage. PERFECT!

SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 Sebab kenape aku tak Suka Whatsapp Group



1. Bangun Pagi dengan 150 Message yang berlainan...

Ia macam satu kemestian bangun pagi untuk check Email,message,whatapp dan FB Chat . Dan Whatapp selalu memberi keputusan yang sangat mengjengkelkan. 12 Malam tido bangun pagi beratus message .. oh really?

2. Manusia overactive dengan membuat group-group unik.

orang yang sama, group sampai 3 dengan nama yang berlainan ... motif?
lagi satu admin group lawan2 tuk aktifkan group .. perhh dah cam zaman MIRC.

3. Group yang membuat anda rasa terasing.

Nama group geng college, geng bas sekolah, geng aku kaya. hampir separuh anda tak kenal dan tiada dalam contact.  Cukup 24 jam Blah cepat!

4. Anda tidak boleh lari dari notifikasi .

hmmm ... uish ade notification la... bukak2 gambar beruk panjat pokok kelapa. spoil!!
letak mute skali pun .. dah macam saka sentiasa menghantui anda...
kalau yang perangai cam budak tadika kasi spam x henti2.. itu reason kuat tuk kuar group..

5. Gambar-gambar pelik dalam gallery.

Aku takde seumur hidup nak masukkan aktiviti mendelete gambar dalam schedule aku tiap hari..
tiap kali browse gambar kat gallery untuk tujuan tertentu.. ade je gambar yang pelik2 seperti gambar kambing , lembu dan unta. aku terpaksa scroll panjang tuk cari gambar yang aku nak....

6. Drama .

Kat sosial site mane skalipun .. takleh lari dengan bende ni... tp whatapp more lebih private so ia seribu kali lebih teruk rasanya..

7. Tiada Sebab untuk turut serta.

Dua situasi . satu mmg anda xde sebab nak turut serta dalam group dan anda mula rasa janggal yang teramat , lagi janggal bila ada org yang peramah tegur privately, "Eh kenape u x join borak kat group?" .. jawapan jujur "aku taknak baca , apatah lagi join"

8. Penyesalan kerana membaca.

Situasi satu lagi .. anda bosan , dan saja baca semua chat yang ada dalam group. dan itu keputusan paling anda sesali.. wakaka.. korang xde kerja ke ? every minute bebbbb.. lagi2 yang jenis borak best kat mamak... cerita ko menarik dow! aku mmg nak dengar.. serius aku menyesal baca... aku menyesal!!

9. Jika anda telah masuk ke satu group. untuk keluar bukan sesuatu yang mudah.

Ia satu keputusan yang sukar untuk keluar. anda terpaksa fikir berjuta kali. "Dude member baik gua , makcik, pakcik, kazen, family gua semua dalam group. ko cakap aku camner aku nak keluar (luahan sambil mengelap air mata) .. aku dah terlibat dalam bende ni .. aku tak boleh keluar dah .. mungkin dah takdir hidup aku macam ni ..."


10. Bila anda berjaya keluar. ada malaun masuk kan anda balik dalam group.

Kau lah orang paling aku benci dalam dunia. kau kejam! .. aku takkan lupakan ko seumur hidup aku.. ko tak tau macam mana susah payah aku tuk buat semua ni ... !


p/s: Aku xtaulah aku je ke yang rasa semua ni ... kita takleh lari dari dunia sosial , secara maya mahupun realiti. tapi privasi tu kadang-kadang penting jugak. aku bukan jenis orang pakai dua simcard or dua phone. so ia kadang-kadang memberi masalah dari sudut psikologi dan masa pada aku . FB group ada sebagai penyelesaian . banyak pulak aku cakap. 


SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Etika Dalam Menyampaikan Berita

Etika Dalam Menyampaikan Berita

Apabila menyampaikan berita baik melalui apa-apa medium sekalipun, harus dikenal pasti sumber 
sesuatu maklumat tersebut diperoleh, keperluan mengumumkannya kepada khalayak, serta yang paling penting sudah tentu kesahihan maklumat tersebut.

Jika tersalah menyampaikan maklumat setelah mengumumkan kepada khalayak, kesannya sangat buruk. Ia mencakupi kesan terhadap aspek emosi, mental dan spiritual penerima maklumat tersebut.

Ada beberapa kesan daripada tindakan buruk ini. Antaranya ialah:

1. Harapan Palsu

“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, padahal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” Surah an-Nur ayat 15.

Namun apabila sumber atau maklumat baru yang diperoleh itu diisytiharkan tidak benar, maka golongan yang berharap ini akan tercedera emosinya. Secara beransur-ansur mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaaan dan jiwa.

2. Fitnah dan Gosip

“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” (Surah Al-Baqarah: 191)

Berita yang tidak benar mendorong kepada perbuatan fitnah dan mungkin mencetuskan perbalahan serta salah faham yang berlarutan.

Kemudahan teknologi sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang sering dikaitkan dengan teknologi terkini ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburuk, memalukan atau menjatuhkan pihak lain.

Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama ketika sesuatu isu dalam negara menjadi fenomena (trending) seperti berita MH370. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara.

Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya.

3. Kecelaruan Maklumat

Terlalu banyak informasi dan maklumat yang direka-reka, tidak penting dan ada juga yang bertujuan untuk meraih perhatian orang awam (attention seeker) disebar dengan aktif melalui laman sesawang.

Ia bukan saja menyebabkan kecelaruan maklumat, malah menyebabkan pembaca yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur tertanya-tanya tentang kredibiliti si penyampai maklumat dan kenapa tiada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa (kerajaan khususnya) terhadap penyampai maklumat palsu ini.

4. Masalah Bahasa dan Adab

Faktor bahasa dan adab ada peranan penting dalam aspek menyampaikan berita. Daripada aspek bahasa, dilihat menerusi pemilihan ayat dan perkataan yang sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.

Ada berita yang disampaikan dalam gaya bahasa yang pelbagai. Gaya menyindir, gaya sinis, marah, sedih dan sebagainya. Sepatutnya aspek adab dinilai menerusi kesan emosi pembaca setelah membaca berita atau maklumat tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia yang ditinggikan dengan nilai-nilai murni dan sifat beradab, kita seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan gaya penyampaian media antarabangsa yang kadang-kala ‘ketelusannya’ dalam menyampaikan berita melebihi norma adab orang Timur.

Sebagai individu yang bertanggungjawab dan hidup dalam negara majmuk dan penuh dengan adab serta moral yang tinggi, kita harus menjauhi ‘sifat-sifat telus’ media asing dan antarabangsa dan kekal dengan cara kita.

Walau bagaimanapun, menjaga adab dan bahasa jangan sampai mesej atau info yang ingin disebarkan di salah erti pula. Gunalah bahasa yang mudah difahami, tidak kasar, padat tetapi lengkap dan lebih elok lagi dalam bentuk fakta.

Rujukan: Majalah Niaga
SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 cara Nak handle Soalan kahwin Masa hari raya

1. Mat ko bile nak kahwin?

Mat: Eh makcik tak tau ke ? ( wat muka serius)
Makcik: tau ape?
Mat: saya pun tak tau HAHAHAHAH ( pastu blah dan tinggalkan mereka dgn tanda tanye)

2. Mat ko bila lagi nak kahwin ni?

Mat : (Diam dan pandang ke bawah )
Makcik: ????
Mat: Cinta saya terhalang oleh kedua orang tua mereka makcik (kecil kan mata pandang mata dia dan toleh ketepi dan bersandar di dinding)

Makcik2: (Baling lesung batu)

3. Mat ko bile lagi ni ...lama sangat dah ni ?

Mat: 21 Disember ( jawap dengan yakin )
Makcik2: Alhamdullilah... kahwin jugak ko ... mana kad jemputannya?
Mat : 21 Disember tapi tahun nye tak tahu biler ... wakakaka ( mohon lari sebelum di baling objek keras)

4. Mat biler ko nak....?

Mat: Cukup makcik.. jangan lah makcik mempersoalkan takdir ( kecil kan mata buat suara awie dalam citer sembilu)

Makcik : (Amik pistol reload..and shoot)
Mat: (Lari)

5. Mat biler ko nak...??

Mat: Nak ape nak ape? haa makcik nak ape?? tak cukup lagi ke makcik apa yang saya bagi selama ini ... apa lagi makcik mahu???! (Blah terus sambil hempas pintu)

Makcik: dah kenapa budak sekor ni??

6. Mat bila ko nak kahwin ha?!

Mat: Makcik citer sini abis sini eh makcik ... ( sambung makan ketupat dua ketul)
Makcik: ...
Mat: saya bukan ape makcik (sambung makan rendang plak )
Makcik: .....
Mat: camni citer dia makcik .. betul ke sabun joy leh merentasi dari johor ke singapore??
Makcik: ko pernah makan selipar size 7 tak?

7. Mat kenape ko tak kahwin2 lagi ni?

Mat: ha tu la orang melayu orang nak meniaga pisang goreng ... dia nak niaga pisang goreng ...abis siapa nak niaga cempedak goreng ?
Makcik: bertuah punya budak aku tanye lain ko jawab lain..!

8. Mat , makcik ada soalan tuk ko ni .. ko ni bila nak kahwin?

Mat: Saya suka soalan makcik tu ... tak semua orang boleh ade pemikiran macam makcik ..( buat gaya lecturer)
Makcik: ha iyelah .. jawapan nya bila?
Mat: its Complex..( wat tangan cam orang dalam citer history channel tu.. )
Makcik : ha apeee?
Mat: its Complex ( Ulang balik)
ulang buat sampai dia bosan...

9. Mat ko bila nak kahwin ni ??

Mat : xnak ar saya kahwin nanti awek saya gemok cam makcik bila dah kahwin....wakaka
Makcik: kurang ajo punya budak ! ...(episod bunuh membunuh berlaku)

10.  Mat ko bila nak kahwin oi?

Mat: Tunggu pakcik kahwin lagi satu ! hahahahhaa
Makcik: tak guna punya anak buah!

P/s: Gurau2 Di hari raya... selamat hari raya maaf zahir bathin!

enjoy lagu ni!


SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

6 Tempat Menarik Di Filipina yang ramai tak tahu



6 Tempat Menarik Di Filipina yang ramai tak tahu ---->> Klik Sini
SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

5 Applikasi yang anda perlu cuba


OpenSnap - Lihat restoran berhampiran anda untuk makanan yang paling sedap


MyTeksi - Menempah teksi dan mengesan di mana pemandu teksi yang dihantar



Coffeelah - Melihat komen orang lain tentang tempat-tempat kedai kopi di sekitar Lembah Klang



Watch Over Me - memberitahu kepada orang yang anda sayangi sekiranya anda berada di luar.



SnapSeed - Mengedit dan meningkatkan gambar anda
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

7 Cara Gila Untuk pergi Ke Brazil Dengan percuma

Thumb

Sila baca Di sini ----> Click Here
SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

5 Tips Menyimpan Duit Untuk Berkahwin

5 Panduan Menyimpan Duit Untuk Berkahwin



Kita ni yang berdarah muda, segala perkara ingin dicuba, ingin dibuatnya. Orang tua-tua kata, tak menyempat. Pada usia ini, kita membuat sesuatu perkara tergesa-gesa tanpa berfikir. Ada positif dan negatif disebalik tindakan anda itu. Bagus yang anda mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba pelbagai perkara. Akan tetapi, melangkah masuk zaman perkahwinan ini bukanlah perkara main-main. Ingin di ingatkan, dalam perkahwinan tiada “trial and error.”



Bagi kebanyakan kaum wanita, bila tengok anak buah atau baby-baby comel. Terdetik di sudut hati ingin menimang anak sendiri secepat mungkin. Bila menonton drama dan filem cinta, alangkah sweet dan bahagianya kehidupan pasangan tersebut. Jangan terpedaya, kehidupan selepas berkahwin bukan lah sesuatu yang senang. Bahkan nak melangsungkan majlis perkahwinan itu sendiri sudah memerlukan kos yang amat banyak.

Mula lebih awal

Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, dinasihatkan catat cara perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan apa keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Kepada yang masih lagi belum ada pasangan, jangan ambil remeh perkara ini. Bahkan inilah peluang anda untuk mengumpul lebih banyak setiap bulan.

Dengan adanya buku nota untuk mengesan budget bulanan anda, kini anda sudah tau berapa yang anda mampu simpan setiap bulan.

Duduk bersama pasangan anda dan bincangkan apa perkara wajib yang perlu ada untuk majlis anda nanti. Berapa ramai yang akan dijemput dan sebagainya. Gunakan calculator iKahwin.my untuk dapatkan anggaran kos yang perlu anda sediakan.

Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk menyimpan wang, yang penting terapkan disiplin dalam diri. Jangan lah “Bulan ni guna extra RM 100, bulan depan ganti.” Percayalah, anda akan ulang perkara sama bulan depan. Wang simpanan ini bukan sahaja untuk kenduri kahwin, selepas berkahwin pun masih perlu teruskan hidup.


Perempuan juga perlu bertanggung jawab

Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, ramai yang menunding jari ke arah si lelaki. Tapi tidakkah berkahwin ini perkara yang perlu dibuat bersama? Ye duit hantaran diberi, tapi duit tersebut hanya dapat menampung sesetengah kos sahaja dalam majlis resepsi.

Wahai kaum hawa, anda juga yang akan berkahwin dengan jejaki itu. Kehidupan selepas kahwin akan bermula dengan anda berdua, jadi janganlah bebankan si dia seorang dalam hal menyimpan duit ni.


Kerja ‘part-time’

Untuk mereka yang ada masa lebih, boleh lah mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.

“Admin cakap je reti, nak mula bisnes mesti ada modal.” Anda boleh mula dengan menjual barang-barang terpakai yang tidak diperlukan lagi. Waktu untuk anda bersihkan rak buku, rak almari segala rak yang telah berabuk lama tu. Cara kedua, cari pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. Contoh: Penulis Artikel Blog Sambilan, Membuat Kek Cawan Pada Hari Minggu, Membuat Barang Kemas Handmade dan lain-lain. Di era moden ini, kita ada Facebook, Instagram dan pelbagai laman social yang dapat membantu mempromotekan hasil kerja kita. Gunakan laman social ini sebaiknya.



Ikut Kemampuan

Sesebuah majlis perkahwinan itu dinilai bukan dari gahnya lokasinya, atau bertapa mahal kos pelaminnya, malah bukan juga dari bertapa mahalnya mas kahwinnya. Yang penting adalah siapa yang hadir pada hari tersebut untuk meraikan hari paling bahagia anda.

Tidak salah untuk impikan majlis bak puteri raja, tapi jika kemampuan kita hanya untuk majlis simple-simple apa salahnya. Asalkan sesiapa yang penting hadir dan perkara yang wajib dapat dilaksanan pada hari tersebut.


Tahan nafsu

Siapa yang tak excited bila berjalan-jalan di mall dan lihat perkataan SALE besar-besar warna merah. Lagi-lagi kaum wanita, tak duduk diam dibuatnya. Ada je alasan yang diberi untuk pergi membeli-belah. Sebelum anda langkah masuk untuk mencuba baju dan kasut yang cantik-cantik itu, tarik nafas dalam-dalam dan kata pada diri anda “Tahan nafsu, aku kena menyimpan untuk majlis akan datang.”

Kawan adalah lagi satu faktor yang akan mempengaruh anda menggunakan wang berlebihan budget, tidak salah untuk keluar dan luang masa bersama mereka, akan tetapi pastikan budget anda tidak lari. Beritahu kawan anda dengan cara baik yang anda sedang menyimpan dan tidak boleh selalu makan luar.

Dating bersama kekasih, kalau boleh ingin berjumpa hari-hari. Sehari tak bersemuka naik gila rasanya, ingat setiap kali anda keluar berdating, aka nada wang yang mengalir keluar daripada dompet.

Admin lihat anak muda zaman sekarang, kerja biasa-biasa sahaja tapi bila keluar phone dari poket amboi, lagi canggih dari handphone admin. Kadang-kadang bukan satu, malah sampai dua phone canggih dimilikinya. Tengok kemampuan kita dan untuk kegunaan apa, jika setakat untuk instagram dan facebook mungkin boleh di tangguhkan dahulu pembeliannya.

Bermacam-macam cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan membuat pinjaman. Ia hanya persoalan cepat atau lambat duit kita cukup untuk melangsungkan perkahwinan. Sabar dan jaga disiplin diri. Bersusah dahulu, bersenang di kemudian hari.

sumber : Ikahwin.my
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

100 Idea Perniagaan untuk Peniaga kecilan


  1. Perniagaan kopi
  2. Perniagaan teh
  3. Perniagaan milo
  4. Perniagaan susu kambing
  5. Perniagaan minuman botol berperisa
  6. Perniagaan air mineral
  7. Perniagaan air buah-buahan
  8. Perniagaan air bertenaga
  9. Perniagaan kek
  10. Perniagaan biskut homemade
  11. Perniagaan roti bun homemade
  12. Perniagaan coklat homemade
  13. Perniagaan kuih frozen
  14. Perniagaan roti canai frozen
  15. Perniagaan pizza frozen
  16. Perniagaan murtabak frozen
  17. Perniagaan burger
  18. Perniagaan popia
  19. Perniagaan putu piring
  20. Perniagaan putu buluh
  21. Perniagaan putu mayam
  22. Perniagaan tauhu
  23. Perniagaan tau fu fa
  24. Perniagaan buah-buahan
  25. Perniagaan makanan pasar malam
  26. Perniagaan jual air minuman pasar malam
  27. Perniagaan baju kurung
  28. Perniagaan pakaian kanak-kanak
  29. Perniagaan pakaian perempuan
  30. Perniagaan pakaian dalam perempuan
  31. Perniagaan tudung
  32. Perniagaan pakaian muslimah
  33. Perniagaan pakaian sekolah
  34. Perniagaan kasut sekolah
  35. Perniagaan kasut selipar
  36. Perniagaan pakaian sukan
  37. Perniagaan cadar dan selimut
  38. Perniagaan tudung meja
  39. Perniagaan kain tuala
  40. Perniagaan ambil upah menjahit
  41. Perniagaan ambil upah memasak
  42. Perniagaan khidmat penghantaran
  43. Perniagaan khidmat mengurut
  44. Perniagaan khidmat baiki peralatan eletrik
  45. Perniagaan khidmat pest control
  46. Perniagaan khidmat potong rumput
  47. Perniagaan khidmat menjaga tanaman perhiasan
  48. Perniagaan baiki paip dan kebocoran rumah
  49. Perniagaan ubah suai rumah atau bangunan
  50. Perniagaan hiasan dalaman
  51. Perniagaan khidmat cuci rumah dan pejabat
  52. Perniagaan khidmat kemas rumah dan memasak
  53. Perniagaan khidmat hantar makanan
  54. Perniagaan khidmat hantar budak sekolah
  55. Perniagaan khidmat hantar pekerja kilang
  56. Perniagaan khidmat jaga kanak-kanak
  57. Perniagaan khidmat menjaga binatang peliharaan
  58. Perniagaan khidmat potong atau trim pokok
  59. Perniagaan kumpul barang buangan kitar semula
  60. Perniagaan baik pulih barang lama
  61. Perniagaan baik pulih barang antik
  62. Perniagaan khidmat guaman
  63. Perniagaan sewa rumah atau sublet
  64. Perniagaan jual barang lama
  65. Perniagaan jual barang antik
  66. Perniagaan tuisyen budak sekolah
  67. Perniagaan urus akaun syarikat
  68. Perniagaan ajar orang masak
  69. Perniagaan ajar orang menjahit
  70. Perniagaan ajar orang berniaga
  71. Perniagaan baik pulih perniagaan
  72. Perniagaan ajar orang bertani
  73. Perniagaan ajar orang memimpin
  74. Perniagaan ajar orang jaga kesihatan
  75. Perniagaan ajar seni pertahanan diri
  76. Perniagaan ajar orang beli saham atau melabur
  77. Perniagaan ajar orang ilmu hartanah
  78. Perniagaan ajar orang menulis
  79. Perniagaan ajar orang berkomunikasi
  80. Perniagaan ajar orang berenang
  81. Perniagaan ajar orang hias rumah
  82. Perniagaan jual buku online
  83. Perniagaan jual ebook online
  84. Perniagaan ajar orang baik pulih kenderaan
  85. Perniagaan jual basikal
  86. Perniagaan kedai runcit
  87. Perniagaan khidmat jaga orang tua
  88. Perniagaan beli dan jual barang (Trading)
  89. Perniagaan jual produk herba
  90. Perniagaan jual minyak wangi
  91. Perniagaan jual ikan kering
  92. Perniagaan jual kerepek
  93. Perniagaan jual keropok leko mentah
  94. Perniagaan jual ikan bilis
  95. Perniagaan jual mee mentah
  96. Perniagaan cuci kenderaan
  97. Perniagaan jual theme wordpress
  98. Perniagaan barang kosmetik wanita
  99. Perniagaan menguruskan wanita bersalin
  100. Perniagaan bawa orang mengembara


SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

24 Tips Asas Servis Kereta yang perlu Anda Tahu


1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km 
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km 
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"

15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.

16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.


17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.


SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 Negara dengan Tentera Terbesar Di Dunia



Sepuluh negara dengan bala tentera terbesar adalah berdasarkan kepada bilangan orang ahli tentera di sesebuah negara. Negara teratas termasuk China, Amerika Syarikat, India dan Rusia.

Ranking
Negara
Bilangan Ahli
1
People's Republic of China
2,285,000
2
United States of America
1,429,995
3
India
1,325,000
4
Democratic People's Republic of Korea
1,106,000
5
Russian Federation
1,040,000
6
Republic of Korea
687,000
7
Turkey
664,060
8
Pakistan
617,000
9
Iran
523,000
10
Egypt
468,500

Source: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_number_of_military_and_paramilitary_personnel
SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 Negara Termiskin Di Dunia


GDP adalah nilai semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada tahun tertentu. Sebuah negara dengan GDP per kapita sebanyak $765 dolar atau kurang dikatrifkan sebagai sbeuah negara yang berpendapatan rendah atau miskin. Perindustrian , lebihan penduduk, pelaburan, Insfrastruktur, Geografi, Sumber, penjajahan, pendidikan dan hutang adalah beberapa aspek yang paling kritikal yang membuat negara-negara miskin akan kekal miskin.


10 Senarai Negara Termiskin Di Dunia:

Rank
Negara
Mata Wang
GDP Per Kapita (2013)




1
Democratic Republic of the Congo
Congolese Franc
$394.25
2
Zimbabwe
Zimbabwean dollar
$589.46
3
Burundi
Burundi Franc
$648.58
4
Liberia
Liberian Dollar
$716.04
5
Eritrea
Nakfa
$792.13
6
Central African Republic
CFA Franc
$827.93
7
Niger
CFA Franc
$853.43
8
Malawi
Kwacha
$893.84
9
Madagascar
Malagasy ariary
$972.07
10
Afghanistan
Afghan afghani
$1,072.19

Source: the IMF
SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia

1. Angel Falls , Canaima National Park, Venezuela ( 979 Meter )


Angel falls atau Santo Angel adalah air terjun tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter bersamaan 3.212 kaki. Air terjun Ini terletak di Rio Caroni , Taman Nasional Canaima , Venezuela .

Air terjun ini pertama kali dilihat di awal abad ke-20 oleh seorang penjelajah bernama Ernesto de Santa Cruz. Air terjun ini tidak dikenali di dunia sehinggalah secara rasmi ditemui oleh penerbang Amerka , Jamse Crawford Angel yang sedang terbang mencari lokasi  lombong emas.

2. Tugela Falls , Natal National Park, South Africa ( 948 Meter )




Tugela Falls adalah air terjun kedua tertinggi di dunia , walaupun ada perdebatan bahawa ia adalah mungkin air terjun tertinggi dunia dan bukan Angel Falls . Air terjun ini terletak di Drakensberg (Dragons Mountains) di Natal National park, Republik Afrika Selatan . 

3. Tres Hermanas, Cataratas las, Ayacucho, Peru ( 914 Meter )


Juga Di kenali sebagai Three Sisters Falls. Air terjun ini tidak mempunyai saliran utama yang besar , tetapi tidak dinafikan ia air terjun yang jatuh adalah tinggi . profil ketinggian Google Earth menyokong anggaran ketinggia sebagai 914 meter . 

4. Olo'upena Falls , Molokai, Hawaii, US ( 900 Meter )


Oloupena Falls adalah air terjun yang terletak di bahagian utara timur pulau Hawaii. Dan Secara tidak rasmi dinamakan air terjun tertinggi keempat di dunia . Mengikut website worldwaterfalldatabse , Air terjun ini bukanlah air terjun berkelas dunia , tetapi air yang jatuh dikira antara tertinggi dunia . 

5. Catarata Yumbilla Falls Amazonas, Peru ( 896 Meter )




Yumbilla Falls terletak di Per Cuispes, Wilayah Amazon , adalah air terjun kelima tertinggi di dunia , dan dikenali antarabangsa hanya dalam tahun 2007 . Berketinggian 895 Meter. Ketinggian telah di ukur oleh Geographic peru dengan menggunakan peralatan laser. 

6. Vinnufossen Falls, More og Romsdal, Norway ( 860 Meter )



Vinnufossen adalah air terjun tertinggi di Eropah dan yang keenam tertinggi di dunia.  Air terjun ini terletak di timur perbandaran Sunndalsora di daerah Romsdal , Norway.

7. Puukaoku Falls, Hawaii, US ( 840 Meter )



Puukaoku Falls adalah air terjun ke tujuh tertinggi di dunia. air terjun ini berada di Molokai, sebuah pulau di Hawaii dengan ketinggian 840 meter .

8. James Bruce Falls Princess Louisa Marine Provincial Park, British Columbia, Canada ( 840 Meter )



James Bruce Falls adalah air terjun tertinggi di benua Amerika Utara dan Kesembilan tertinggi di dunia. Terletak di Princess Louisa . Air terjun berterusan sepanjang tahun dan biasanya kering menjelang julai .

9. Browne Falls, Fiordland National Park, New Zealand ( 836 Meter )


Browne Falls, Air terjun yang terletak di Taman Negara FIordland, New Zealand. Di dalam hutan hujan yang sederhana . Berketinggian 836 Meter dan adalah air terjun ke sembilan tertinggi di Dunia .

10. Kjerrskredfossen Falls, Nærøyfjorden, Norway ( 830 Meter )


Kjerrskredfossen Falls , kebanyakan aliran adalah jumlah yang sangat rendah dan tidak mengalir secara konsisten. Terletak di barat daya bandar Gudvangen. Berketinggian 830 Meter. Air terjun ini adalah air terjun ke 10 tertinggi di dunia .


Sumber : Wikipedia , Mapsofworld , WaterfallsDatabase

SHARE SHARE SHARE