Killjols Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Keluh


Mengeluh..yup aku seorang yg suka mengeluh...kalau tak di mulut dalam hati...
kadang2 kerja dah siap pun aku still mengeluh...lumrah manusia x pernah nak rasa cukup..
dalam aku mengeluh2..aku rasa bersyukur ...dalam ape jua keadaan ada juga jalan penyelesaian nye..dan berapa ramai lagi yg nak berada di tempat kita di saat kita mengeluh...apalah sangat dugaan yang kita tempuh berbanding dgn cabaran dan dugaan mereka yg tengah bermati-matian untuk terus hidup.teringat kata-kata kawan aku ketika aku di asrama dulu...bila dia bangun je pagi..dia akan cakap "teruskan perjuangan untuk meneruskan hidup" haha kadang2 aku rasa nak tergelak..sebab dia ckp cam hari2 kitorang kais pagi makan pagi...padahal makan pun free je kat asrama...just bangun pergi kantin makan dah...tp betul jgak ape yg dia ckp...setiap kali kita bangun dari tidur...sebenarnye kita telah di beri kesempatan oleh tuhan untuk teruskan hidup hari ini...so perjuangan semalam yang masih tak di lakukan perlu lakukan untuk hari ini...mungkin esok xde lagi untuk kita.. cuma situasi kita berlainan...mungkin kita bangun untuk menempuh peperiksaan akhir...mungkin ada yang bangun di medan perang....mungkin ada yang bangun untuk mencari sesuap nasi..
mungkin ada yang bangun untuk tidur balik(sebab x cukup tidur semalam) hehehe...dan macam2 lagi hari2 yang perlu kita tempuh...cuma satu je aku kesal ...aku suka sgt mengeluh...mungkin dah jadi habit...habit ni tersangat la buruk(jgan ikut)...mungkin aku xtau nak lepaskan perasaan aku camner...so dengan mengeluh la jadi medium pelepasan perasaan aku...pelepasan pun bleh...tp sungguh la x elok camni..sentiasa la igt kat diri supaya bersyukur....aku terbaca satu ayat kat twitter..."kadang2 bila kita tgk masalah orang lain lebih besar dari masalah kita, masalah kita akan menjadi sangat kecil"...so itu mungkin satu cara nak muhasabah diri untuk sedar di mana kita berpijak...dan siapa diri kita...kalau kita susah ada yang lagi susah dari kita....kalau kita kuat akan ada yang lagi kuat...so lebih baik berserdehana....nak mengeluh pun biar berpada...cepat2 igt tuhan...(tgk cermin cakap ngan diri sendiri)..

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.” [ 70 : 19-21 ]


kadang2 aku rasa nak luah kan keluhan aku...tp bila aku baca status facebook..budak2 x cukup umur nye mengeluh 24 jam....aku rasa cam terlalu tua untuk mengeluh?...kah3....

So kesimpulan dari semua ini..."BERSYUKURLAH"


"satu dua tiga dan empat
cuba berkali masih tak dapat
lupakan sakit, segan dan penat
nanti di puncak pasti terubat."

malique - cuba lagi

SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Sekali lagi...



Ya Allah Ya Rahman. Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..

Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan

Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab

Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap

Aduh..teruknya diriku..

Ya Allah
Berilah aku kekuatan dan petunjuk
Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan
Yang sangat hebat membinasakan diriku
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku


Ya Allah
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?

Aku tidak mahu ya Allah
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu...

Ya Allah..
Maafkanlah diriku
Tolong maafkan diriku
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini
Terlalu banyak..tidak terhitung..
Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Bersihkanlah diriku ya Allah
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!

Aku merayu penuh harap
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupk
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu


Redhailah diriku Ya Allah
Redhailah keluargaku Ya Allah
Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah
Rahmatilah kami Ya Allah..
Rahmatilah..
Rahmatilah..

Duhai jiwa yang resah..
hayatilah pujukan murni daripada Allah ini..

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[39:53]
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Realiti Satu Dugaan Itu...


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Al Ankabuut 2.



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Al Baqarah 286.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.

Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat atau lemah, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Saatnya untuk pulang - Jalaluddin Rumi


Malam larut, 
malam memulai hujan
 inilah saatnya untuk kembali pulang.
 Kita sudah cukup jauh mengembara 
menjelajah rumah-rumah kosong. 

Aku tahu: teramat menggoda untuk tinggal saja 
dan bertemu orang-orang baru ini. 
Aku tahu: bahkan lebih pantas 
untuk menuntaskan malam di sini bersama mereka,
 tapi aku hanya ingin kembali pulang. 
 Sudah kita lihat cukup destinasi indah 
dengan isyarat dalam ucap mereka 

Inilah Rumah Tuhan. 
Melihat butir padi seperti perangai semut,
 tanpa ingin memanennya.
 Biar tinggalkan saja sapi menggembala sendiri 
dan kita pergi ke sana:
 ke tempat semua orang sungguh menuju ke sana: 
ke tempat kita leluasa melangkah telanjang.

 ~ Jalaluddin Rumi.
SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Sajak M. Iqbal


Apa saja yang kau lakukan jadikan tujuanmu
Agar setiap saat kau dekat dengan-Nya. 
Maka: siapapun yang menghunus pedang tidak demi Tuhan
Pedang itu akan menusuk ke dadanya sendiri


Wahai kau pencari ilmu
Kusampaikan bagimu pesan Rumi: “Jika ilmu sebatas kulit, dia jadi ular
Jika ilmu meresap sampai ke hati, dia jadi sahabat.”
Jangan kau jual agama demi sepotong roti
Bagi kau yang tergila mencari barang murahan
Tak kau sadar kegelapan matamu
Carilah inti kehidupan dari mata pedang sendiri
Peliharalah kemurnian Islam
Tapi jangan kau cari nyala cinta dari ilmu yang lain
Jangan reguk fitrah hakiki dari piala sang kafir
Jangan salah ukur kau pada lagu orang lain
Wahai, yang mengemis seiris kerak dari meja orang lain
Apakah akan kau cari bagianmu di warung orang lain?
Kita yang menjaga benteng Islam
Akan jadi kafir sebab mengabaikan panggilan Islam
SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Anugerah Sebuah Kesakitan...


Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah ALLAH menurunkan penyakit kecuali beserta dengan ubatnya.”

 “Aku dah terbaring di tilam ni bertahun-tahun dan kau cakap sakit ini ada hikmahnya?” , “Kau cakap sakit ujian tuhan. Tapi, aku dah bersabar sepuluh tahun dengan kanser ni tapi aku tetap tak nampak hikmahnya. Apa yang aku nampak, duit aku dah beribu-ribu habis untuk ubati penyakit ni.” , “Aku rindu dengan diri aku yang dulu. Aku nak menikmati kehidupan seperti orang lain. Aku sentiasa berdoa agar ALLAH sembuhkan sakit aku. Tapi, sakit aku tetap tak sembuh-sembuh sampai sekarang. Aku rasa mati lebih baik daripada hidup.” Setiap luahan kata-kata yang disalurkan melalui emosi memang susah untuk didebati apa lagi untuk diselami.

Orang yang sakit sering bermain dengan emosi. Emosi yang mendalam yang hanya dia dan Penciptanya yang mengerti. Kerana itulah orang yang dilimpahi kesakitan dan penderitaan lebih gemar bermain perasaan dengan berkarya dan meluahkannya dalam bentuk syair atau puisi. Itulah hebatnya mata pena. Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Besar lagi Maha Agung. Dia lebih tahu apa yang Dia rancangkan. Kesakitan itu memang ada hikmahnya. Sesungguhnya, sakit itu adalah ujian kesabaran daripada ALLAH untuk kita semua yang bergelar hambanya tidak kira apa agama sekalipun. Seperti sabda Rasulullah Saw, 

“Sangat menakjubkan urusan orang-orang mukmin itu. Mereka menerima semua persoalan hidup sebagai kebaikan baginya. Apabila kegembiraan yang diterimanya ia akan bersyukur dan itu adalah kebaikan baginya. Dan apabila kepedihan yang diterimanya maka ia bersabar dan itupun merupakan kebaikan pula baginya.”. 

Sesungguhnya, kesyukuran itu tanda keimanan, dan kedurhakaan adalah tanda kekufuran. Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya. Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuni dosa yang telah dilakukannya termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuhnya 

Rasulullah Saw bersabda, “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.” 

Sakit juga menyelamatkan insan daripada seksaan api neraka yang sungguh azab. 

“Rasulullah S.a.w pernah bersabda, bahwasannya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari seksa api neraka.” 

Sakit membawa manusia itu sentiasa mengingati ALLAH Tuhan Yang Agung lagi Maha Berkuasa. Apabila sakit itu singggah menghampiri, lidah kita pantas menyebut, “Aduh, sakit Ya ALLAH.” , “Ya ALLAH, sakitnya!”. Tatkala sakit itu sudah menjadi tamu di tubuh kita dengan mudahnya menerobos masuk ke salur-salur darah hanya kalimat itu yang mampu kita ucapkan. “ALLAH!” Maka beruntunglah orang yang selama ini lalai dan leka daripada mengingati ALLAH lalu ia ditimpakan kesakitan yang datang tanpa diundang. Oleh itu, maka benarlah sakit itu satu anugerah. Sakit membuatkan kita mensyukuri nikmat ALLAH. 

“Masa aku sihat dulu aku tak pernah buat baik pada orang. Sekarang aku sakit, tiada siapa yang ingin menjenguk aku.” , “Alangkah bagusnya kalau aku sihat… Bolehlah aku beribadah dengan selesa.” , “Syukurlah kedua-dua kaki aku dipotong, kerana kaki itu selalu membawa aku ke tempat maksiat.” 

Sakit membuatkan manusia semakin memahami manfaat sihat. Bersyukurlah dengan kesakitan yang kita lalui kerana ia akan membuatkan kita semakin berterima kasih pada Tuhan yang telah mengurniakan kesihatan pada kita tetapi kita sering terlepas pandang dek terlalu menikmati keseronokan dunia yang tiada penghujungnya. Pelbagai pendapat mengatakan kesakitan yang datang itu merupakan petunjuk daripada ALLAH untuk kita sebagai hambanya yang sering leka melayari dunia yang indah. 

Menurut HAMKA, “Bila kita diuji maka bersabarlah kerana sesungguhnya ujian itu adalah sebagai musibah disebabkan kurangnya ketaatan kita kepada ALLAH.”

Mata kita akan terpaku saat mendengar pendapat daripada Ibnu Qayyim pula. “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia yang ujub dan takbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku". 

Kerana itu, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat ALLAH yang disiramkan kepadanya. Ia akan membersihkan karatan jiwanya dan mensucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan ALLAH untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha.” Sesungguhnya, tiada ubat yang lebih mujarab selain berdoa kepada ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Kesakitan itu datang daripada ALLAH, maka kesembuhan itu juga datang dengan izin ALLAH. 

Manusia yang dijadikan daripada tanah sering berpegang teguh pada pepatah yang sudah semakin lapuk ditelan dek zaman. “Ada sakit ada ubatnya.” Mereka juga terlalu mempercayai bahawa sesuatu yang dilakukan itu pasti akan berhasil. “Kau kalau nak cepat lega demam tu, makanlah Panadol Activefast.” , “Kau kalau tak nak sakit buat pembedahan, pergi hospital swastalah.” , “Ramai yang dah sihat lepas berubat dengan ustaz tu. Baik kau cuba.” , “Aku berubat di hospital tak sembuh-sembuh. Berubat dengan orang tu, terus je sembuh.” 

Sesungguhnya, yang menyembuhkan penyakit itu bukan ubat-ubatan, rawatan di hospital, ustaz atau bomoh tetapi kesembuhan itu adalah datangnya daripada ALLAH s.w.t. Itu semua hanyalah sebagai perantaraannya sahaja iaitu sebagai penyebab berlakunya sesuatu. Sememangnya manusia disarankan untuk berikhtiar sehingga sembuh. Namun, janganlah sampai kita mempercayai bahawa yang menyembuhkan itu adalah sesuatu selain ALLAH s.w.t. 

Renungilah surah At-Taubah ayat 14, surah Yunus ayat 57, surah An-Nahl ayat 69, surah Al-Israa’ ayat 82, surah asy-syu’ara’ ayat 80 dan surah Fussilat ayat 44. “Dia adalah kesembuhan bagi pesakit ini dan Dia menyembuhkan dada-dada kaum mukminin, Dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada juga petunjuk dan rahmat bagi mereka yang beriman, pada-Nya kesembuhan bagi manusia, Dan ALLAH menurunkan diantara al-Quran itu ada satu yang menyembuhkan dan rahmat bagi orang yang beriman, Dan apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan, Katakanlah: yang demikian itu adalah bagi mereka yang beriman sebagai petunjuk dan kesembuhan yang cepat, tidak meninggalkan sakit atau penderitaan kecuali kesembuhan-Nya.” 

“Apa dosa aku sehingga ALLAH bagi aku sakit seperti ini?” Begitu muliakah kita sebagai manusia sehingga tidak pernah berbuat dosa? Sesungguhnya, setiap persoalan yang terukir di minda setiap insan adalah kerana lumrah manusia yang sentiasa berfikir. 

Berdasarkan Surah Al-Hasyr ayat 21: “Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada ALLAH. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” Tiada jawapan bagi setiap persoalan, tiada penyelesaian bagi setiap masalah dan tiada tujuan bagi setiap kehidupan sekiranya kita tidak menggunakan akal yang dianugerahkan untuk berfikir. Seandainya kita menderita sakit yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar, janganlah kita memarahi manusia yang tidak memahami situasi kita. “Aku nampak sahaja ceria, tapi sebenarnya sakit aku ni lagi teruk daripada orang yang terlantar seperti patung bernyawa.” 

 Janganlah kita mengharapkan manusia untuk sentiasa memahami kita, tetapi sandarkanlah sepenuh harapan itu kepada ALLAH yang menciptakan kita. Sesungguhnya, Yang Menciptakan itu lebih memahami daripada yang mengenali. Kepada setiap insan yang merasai dirinya seperti dikurung di dinding kaca, diseksa tanpa rasa dan diserang sakit yang berbisa, sabarlah seperti Surah Asy-Syura ayat 33: “Jika Dia kehendaki, Dia menghentikan tiupan angin, maka Tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang mukmin yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.”
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Angguk terima.


Angguk terima..


"Idea awak bagus tapi awk xde...." cuba mencari satu ayat...

"I mean xde 'THEME' .. terlalu universal "...


aku mangangguk...


" seperti yang saya cakap tadi bila sy bukak ...boom! sy terus suka .."

"cuba awak tgk kerja dia.." menunjukan laptop di sebelah nya...

"dan tengok awak punya...semua tgk .." menyuruh org di sekeliling melihat sekali...

"mane lebih intresting "...mereka semua menunjukan hasil kerja aku...


dia terdiam...mencari kata...


"hmmm ya...but bila kita tgk kerja dia...kita tau ape theme dia...tapi ini...i dont know.."

"seperti yang sy cakap no theme.." dia berkerut dahi...


aku mengangguk lagi..

" so sir..sy harus tukar tajuk kerja saya? " ...aku bertanya mencari jawapan sebenar...

"i donno...this ur work...think..this ur idea" dia mengambil kertas markah...

" i give ur full mark for ur work n the idea but i dont think this work will be success in future "...dia nampak serius..


"belum try lagi ..." spontan mulut aku termuntah kata...perlahan..


dia memandang aku serius..."u better doing something...think the idea "...


p/s: aku nak tunjuk ajar bukan perbandingan....

SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Tergelincir Kepatuhan..


Sedang jemari aku mengetuk papan kekunci ini, sipi-sipi cahaya terbitan mentari subuh sedang mula menyelinap masuk menerusi ruang-ruang antara langsir yang mengatup tingkap di sebelah kiri pandangan mata aku.

Ah, matahari terbit lagi. Fikirku.

Fikirku lagi, apakah syaitan tidak pernah menghasut matahari supaya tidak terbit untuk sehari?

Tetapi, matahari belum pernah lagi ingkar suruhan Tuhan.

Aku? Manusia. Yang kadangnya tergelincir kepatuhanku. Kita juga. Tetapi Tuhan masih sayangkan kita semua sama seperti DIA sayangkan matahari.

AR-RAHIM..




P/s: petikan dari buku Bogel Menuju Tuhan by Zahiril Adzim
SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Makna Solat

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Siapa Kita?




Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

credit : youngkhalifah.blogspot.com

SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

The Unnamed feeling..


Tiada rasa yang boleh di gambarkan...rasa seperti kau berjalan di atas jalan lurus dengan angin bertiup perlahan ..di kelilingi lalang yang ikut sama beralun...kau tahu kau harus berjalan lagi untuk ke garisan penamat..dan kau tahu mungkin banyak rintangan yang lebih dahsyat di hadapan tetapi kau sudah bersedia untuk menghadapi nya kerana kau telah dan pernah melalui satu pengalaman yang perit dahulu..dan kini kau telah bersedia dengan apa jua yang datang...kerana kau tahu Tuhan di sisimu...


-Word by Anonymous-




Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.(Al-Ikhlas: 1-4)

SHARE SHARE SHARE