February 2012 | Killjols February 2012 | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Apakah Tujuan Hidup ?


Soalan Mudah...

Apakah Tujuan Hidup kita?
kita jadi seorang engineer,seorang petani , seorang ibu, seorang bapa ,seorang jutawan... tapi
at last.. apa sebenarnya yang BETUL-BETUL diambil kira?

Katakanlah aku sorang doktor.. dan sangat kaya raya..
apakah doktor dan kekayaan ini adalah tujuan hidup aku.. ?
apakah sebab ini, tuhan turunkan aku ke dunia?
Bergunakah title aku sebagai 'doktor' dan 'hartawan' nanti?

Entri kali ini mengajak saudara berfikir dan membawa saudara menyingkap rahsia alam dan pengertian sebenar kehidupan.

Pernahkah anda menonton cerita matrix ?

Lama sebelum filem The Matrix yang pertama ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia,beberapa kelompok pemikir dari kalangan Barat telah menemui sedikit kenyataan serta hakikat sebenar dari dunia dan alam kehidupan yang manusia alami.
Kelompok pemikir ini telah mengkaji dari pelbagai-bagai sumber.

Sebenarnya sejak dari dulu cendekiawan dari seluruh dunia lagi mengkaji tentang kehidupan dan ilmu kerohanian. Sebelum zaman kebangkitan barat, semua pengkaji dan pemikir datang dari timur. ini tidak berkecuali para pemikir islam yang mengkaji dari pelbagai sumber sehinggalah ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism) diterokai.

malangnya. ada segelintir manusia yang mempelajari ilmu kerohanian ini atau ilmu tasawwuf untuk mendapat kelebihan sesuatu seperti kebal , berjalan atas air, dan sebagainya.

Dari inilah , Idea penghasilan filem Matrix didapati dan terus diterbitkan oleh Wachowski Brothers ..

guru kerohanian,nabi-nabi,ahli sufi,orang-orang suci,para rishi,arahat,sami dan pendeta telah cuba mengungkapkan rahsia kehidupan melalui pelbagai model untuk memudahkan orang awam memahaminya.
tetapi dalam Matrix, rahsia kehidupan cuba disampaikan dalam bentuk komponen komputer sebagai asas pemahaman




Pernah kah anda terfikir, Adakah di Arasy allah juga ada Hukum Graviti?
masih boleh dipakai lagikah hukum cahaya bergerak lurus di Akhirat kelak?


Sebenarnya Allah mencipta dunia ini dengan kehendaknya.
Maksudnya ,
semua jenis hukum manusia.
Semua jenis turutan dalam alam semesta.
hukum graviti
hukum apungan air
suhu maksimum kepanasan.

semua itu sengaja dicipta allah untuk had manusia hanya digunakan didunia sahaja..
hanya terbatas didunia
itulah sebabnya mengapa dikatakan manusia tidak dapat langsung membayangkan nikmat syurga dan seksaan api neraka ,

kerana allah dah 'programkan' kehidupan manusia untuk satu had .

Dalam kata yang lain.

Dunia ini tidak lain tidak bukan adalah salah satu permainan untuk menguji pemain-pemainnya yang mana ada satu kuasa yang hebat telah merancang undang-undang permainan dan hukum-hukum alam didalamnya.

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau..." (surah Muhammad ayat 36)


Mana yang sebetul-betulnya 'dunia' kita.?
Bumi ini ?
Atau akhirat?

Memang kita boleh mengumpul kekayaan yang melimpah ruah di atas muka bumi
tapi semua kekayaan itu sampai bila?

sebaliknya jika kita dapat kekayaan syurga dan bahagia di akhirat kelak. adakah ia berkekalan dan tidak akan hilang?

ya...

Jadi.. Tidakkah kita rasa yang sebenarnya kita sekarang adalah salah satu watak dalam permainan atau 'game' yang mana bila-bila masa kita boleh 'game over' dan kembali ke 'dunia' kita yang sebenar.. 'dunia' yang tidak akan adanya akhiratnya lagi


Adakah fizikal jasad kita ini adalah diri 'kita' sebenarnya?
Kita diberi muka yang indah, sempurna dan badan yang sihat..
cuba kita lihat kulit kita, muka kita, anggota kita..
adakah ini memang sebenarnya kita.. ataupun jasad dan muka kita tidak lain tidak bukan adalah gubahan pencipta untuk dunia sementara untuk menguji pemain-pemainnya dengan aspek fizikal samaada pemain itu bongkak
riak dengan ketampanan dan kecantikan fizikal ataupun mensyukurinya.


Mari kita pergi lebih mendalam lagi
(pembacaan seterusnya akan lebih difahami jika pernah menonton cerita the Matrix)


"What is real.? How do you define real?(Morpheus )"

Kita melihat sekeliling, ada komputer, ada pokok, ada matahari
Adakah semua itu 'Real' ?
atau hanya ilusi ?

Ingat,
semua ini adalah hasil simulasi maha pencipta ..
semua ini adalah rekaan pencipta semata-mata.
benda yang sebenar-benarnya adalah
akhirat..
alam lain selain dunia..

Mengapa kita dihantar kedunia?

"You're going to have to make a choice..."
(Oracle)

"Choice. The problem is choice"
(Neo)

"Because you didn't come here to make the choice, you've already made it. You're here to try to understand why you made it..."
(Oracle)

" Choice is an illusion, created between those with power..."
(Merovingian )


Sebelum kita dilahirkan, semasa kita berada dialam roh, kita telah mengakui allah itu tuhan kita.

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi"
-Al A'raf 172

kita datang kedunia bukan untuk membuat pilihan, kita sudah buat pilihan kita semasa dalam rahim ibu kita..
Sekarang, kita cuba cari dan mengerti pilihan yang kita buat..
mengapa kita dilahirkan didunia?
Apakah tujuan hidup kita?



Spoon boy: Do not try and bend the spoon. That's impossible. Instead only try to realize the truth.
Neo: What truth?
Spoon boy: There is no spoon.
(The Matrix)

Dunia ini hanya sebuah ilusi.. penuh tipu daya..
dunia ini palsu dan menipu.Tiada apa sebenarnya.Tiada rumus matematik dan fizik yang dapat menunjukkan dunia ini abadi,wujud,realiti dan hakikat.Semua rumus matematik dan fizik menjelaskan dunia ini relatif,terdiri daripada polariti yang bertentangan,memerlukan keadaan seimbang,sebab dan akibat,ketidakpastian dan sebagainya,semuanya menunjukkan dunia ini mempunyai kelemahan,boleh termusnah dan bersifat sementara.

"Perhatikan,segala sesuatu selain Allah adalah palsu belaka". (Hikam)

Kita yang berada didunia adalah hanya jasad yang diberikan roh..

mungkinkah kita sebenarnya ada diluar sana , bukan dalam dunia , cuma kita sekarang ini di 'plug in' untuk mental dan roh kita berada di alam khayalan yang pencipta ciptakan untuk menguji hamba-hambanya.. satu alam yang dipanggil dunia ?

Sedarlah wahai teman-teman.

we are in a game..

bersedialah untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan
bersedialah untuk melawan segala godaan
semua cabaran , dugaan dan cabaran telah allah sediakan untuk melihat sejauh mana ketabahan dan iman seseorang.

mantapkan lah ilmu
hebatkan lah iman
kuatkan pegangan
bersedialah untuk kita keluar dari game ini..



Ini bukan dunia sebenar kita..




"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey"

(Stephen R. Covey)
SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Sang Tetamu...



Hari demi hari..
udara nan segar lali aku hirupi..
aku termenung melihat merahnya sang suria baru mengintai bumi..
aku termenung dalam merefleksi diri..


hari-hari ku kosong tanpa pedoman.
Setapak detapan melangkah menghidup ke hari baru..
tidak pernah yakin masihkah punyai esok hari untuk ku..
jikalau dijemput, apakah penuh isian bagasi ku..
jikalau dipanggil , apakah sedia jiwa sanubariku..



mungkin ketika aku kesorangan dirumah ,aku kan dilawat tetamu..
mungkin tetamu baik rupa ,
tidak mustahil hodoh lebih dari yang disangka.
tetamu datang mengetuk pintu..
katanya mahu mengambil sesuatu dari aku..



aku bertanya apa sebenar tetamu hajati..
tetamu berbisik.. mahu sesuatu yang abadi..
aku tidak mengerti lantas aku bertanya..
siapakah gerangan tetamu yang meminta..
disitulah tetamu memandangku tepat dimata..
"akulah malaikat pencabut nyawa "
"hidupmu didunia telah tamat masanya"



apakah ketika itu aku ada masa meminta maaf pada semua?
apakah ketika itu aku punyai waktu untuk ku sujud bertaubat pada tuhan maha kuasa?



aku lantas merintih..
apakah mungkin malaikat menunggu hanya untuk sekelumit waktu agar ku bertaubat bersedia meninggkalkan dunia?



tidak.. pasti dia berkata..
sebelum ini banyak sudah diberi masa untuk bersedia..





_____________________________________________________________________________________



sayu sang hati..
merenungkan pemilik jasad ini..
baru aku sedar.. tiada manusia yang pasti mereka masih bernyawa lagi pada esok hari..
apakah esok hari aku tidak lagi bekerja mencari rezeki..
apakah esok hari kawan2 difacebook akan berbincang tentang pemergian ku
apakah esok hari sudah ditempah nesan bernama lengkap ku..



aku sendiri tidak pasti
masihkah ada esok hari untuk aku..
aku hairan..
manusia sering takut apabila mendengar bahawa dunia sudah dekati kiamat.
ketahuilah... kiamat itu amat jauh sekali
yang dekatnya sudah pastilah mati..
saat kita dicabut nyawa..
Kiamat itu datang dengan tanda-tandanya..
tapi mati datang tanpa diberitahu beritanya..
ketika kita tidak bersedia..
ketika kita sedang bergembira
ketika kita bergundah gulana..



teringatku seorang budak kecil kukenali suatu masa.
tidak sampai tahun ke lima..
tuhan sudah panggil menghadapNya..
inikan pula aku yang lebih tua..
entah bila pula masanya..



jangan ditanya bilakah tarikhnya
jangan ditanya bagaimana dan dimana..
tukang tilik sekalipun tidak tahu jawabnya



mungkin sebentar nanti,ketika sedang berehat..
datanglah tetamu mengetuk pintu membawa hajat..
ketika itulah dinafi segala pintu taubat
ketika itulah masa terpisah dengan saat..


An intresting Poem by Anonymous...good word!
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya

Siang tadi baru pergi Ekspo ni...x sangka lak ramai ...bukak kul 10.00 pagi dalam kul 11.00 pagi tu dah berduyun masuk dewan tu....tp serius x rugi pergi...byk buku2 yg susah nak jumpe kat kedai biasa n selalu abis stock kat situ...tempat Dewan Cempaka sari Precint 3, Putrajaya..berhadapan dengan Masjid Besi..cari Masjid Besi jumpe lah tempat ni....

SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Dari Contengan Jalanan...


..Muzik itu adalah bahasa yang ungkapanya tak perlukan kata-kata

..Masa tak pernah menunggu manusia

..Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman

..Cinta pada seni memang mudah;cinta yang tak perlu bersambut dan rasanya tetap juga indah

..The man that decided to change on 12th hour dies on the 11th

..Yang nyata, kasih sayang memang melengkapkan bahagia. Tak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa

..Cukupkah sekadar harta, kerja dan keluarga jagi sebab untuk berputih mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalakn dunia

..Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang and terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang2 terlupa sebenarnya diri ini nak ke mana

..Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit itu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat

..Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa2

..Masalah takkan selesai dengan hanya main falsafah

..Hidup tak ada cita2 itu namanya hidup sia-sia

..Semua org sebenarnya sama saja, tak ada beza. Tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa

..Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja tapi berendam air mata

..Sungguhla org kata, nikmat yg ada takkan terasa selagi ianya tak lenyap daripada depan mata

..Perasaan apabila terjaga dari minpi, itu namanya realiti

..Kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah

..Benih baru nak bangkit disiram dengan air dan baja.Hati baru nak bangkit kena disiram dengan apa?

..Kalau org kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati lagi perit

..Tunjukkanlah kami jalan yang lurus~ (al-Fatihah: 6)

..Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya.Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan ~ (al-Mulk:15)

..Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ~ (an-Nahl:119)

..Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. ~(al-An'aam:162)

..Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (seperti ketentuan yang tertulis di lohmahfuz sebelum kejadian mereka). Dan perintah Kami (ke atasnya) hanyalah satu perkataan seperti sekelip mata. ~(al-Qamar:49-50)



...
...
...
Dear sis,
We met for a reason.
He guided me through you.
He made me decide
to change on the 10th hour.
Though chances are that we're never
going to meet again,
I thank you.

........

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan
sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya
kepada Kamilah kamu dikembalikan. ~ (al-Anbiyaa':35)





credit :http://charityamal.blogspot.com/2011/06/contengan-jalanan.https
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Sifat zuhud



Secara terminologi, ‘zuhud’ ialah mengarahkan keinginan kepada Allah SWT, menyatukan kemahuan kepadaNya dan sibuk denganNya berbanding kesibukan duniawi agar seseorang zahid (orang yang berperilaku zuhud) itu dipimpin oleh Allah SWT untuk mencapai keredhaanNya.

Zuhud dari sudut bahasa bererti berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana (seseorang) tidak memerlukannya. Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan ‘syaiun zahidun’ yang bermaksud ‘sesuatu yang rendah dan hina’.

Allah SWT berfirman: “Mereka menjual Yusuf dengan harga murah, beberapa dirham sahaja, sedang mereka itu orang yang zuhud (kurang suka) kepadanya." (QS Yusuf: 21)

Al-Junaid al-Baghdadi mengatakan: “Zuhud adalah ketika tangan tidak memiliki apa-apa pun dan pengosongan hati daripada cita-cita.” Di sini seorang sufi tidak memiliki sesuatu yang berharga melainkan Tuhan yang dirasakannya dekat dengan dirinya. Yahya ibn Mu’adh pula mengatakan bahawa zuhud adalah ‘meninggalkan apa yang mudah ditinggalkan’. Seorang sufi meninggalkan harta benda dan kemewahan duniawi untuk mencapai keredhaan Tuhan yang dicintai.

Menurut Imam al-Ghazali, hakikat zuhud adalah “meninggalkan sesuatu yang dikasihi dan berpaling daripadanya kepada sesuatu yang lain yang terlebih baik daripadanya kerana menginginkan sesuatu di dalam akhirat.” Manakala Ibn Taimiyah pula mengatakan bahawa zuhud itu bererti 'meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat untuk kepentingan akhirat'.

Sifat zuhud membangkitkan semangat spiritual yang tinggi. Ianya membawa zahid kepada sifat kehambaan yang sarat dengan kecintaan dan keredhaan Allah SWT. Maka, kebiasaannya seorang zahid akan menahan jiwanya daripada pelbagai bentuk kenikmatan dan kelazatan hidup duniawi, menahan daripada dorongan nafsu yang berlebihan agar memperoleh kebahagiaan yang abadi. Seorang zahid juga menepis apa sahaja yang menghalangnya untuk memperoleh rahmat dan keredhaan Allah SWT. Kecintaan kepada Tuhan mengalahkan segala alternatif yang mendorong kepada hubb al-shahwat (cinta untuk menuruti hawa nafsu).

Hasan al-Basri seorang tokoh sufi zaman awal Islam pernah mengatakan: “Jauhilah dunia ini kerana ia sebenarnya sama dengan ular; licin pada rasa tangan tetapi racunnya membunuh.” Pelbagai polemik telah terjadi dalam membincangkan kepentingan zuhud sehingga ada yang memandangnya sebagai hal yang bersifat ukhrawi sehingga ada yang menghadkan segala aktivitinya berhubung dengan akhirat semata-mata. Bahkan ada juga yang melihat zuhud sebagai kehidupan fakir dengan memakan makanan kasar (yakni tidak mementingkan kesihatan) atau memakai pakaian usang dan kasar.

Zuhud sebenarnya bukanlah mengharamkan yang halal atau sebaliknya, dan juga bukan membenci nikmat duniawi tetapi ia adalah perisai agar tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya. Ulama salaf seperti Sufyan at-Thauri, Imam Ahmad ibn Hanbal, ‘Isa ibn Yunus dan lain-lainnya menegaskan bahawa zuhud di dunia bererti ‘membataskan angan-angan dan keinginan’.

Perkataan zuhud sering disebut-sebut ketika kita mendengar nasihat dan seruan agar mengekang ketamakan terhadap dunia dan mengejar kenikmatannya yang fana dan pasti binasa, dan agar jangan melupakan kehidupan akhirat yang hakiki. Hal ini sebagaimana peringatan Allah SWT tentang kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya dan berbagai keindahan yang melalaikan.

Firman Allah SWT: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS Al-Hadid: 20)

Ayat ini menunjukkan bahawa kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang menipu, palsu, dan sekadar permainan. Yang dimaksudkan ‘sekadar permainan’ adalah sesuatu yang tiada bermanfaat dan melalaikan. Ayat ini juga menunjukkan bahawa dunia adalah perhiasan, dan orang-orang yang mencintai dunia menjadikannya sebagai perhiasannya dan tempat untuk saling bermegah-megahan dengan kenikmatan yang ada padanya berupa anak-anak, harta-benda, kedudukan dan yang lainnya sehingga lalai dan lupa beramal untuk bekalan akhirat. Allah SWT juga menyerupakan kehancuran dunia dan kefanaannya yang begitu cepat dengan hujan yang turun ke permukaan bumi. Ia menumbuhkan tanaman yang menghijau lalu kemudian berubah menjadi layu, kering dan pada akhirnya mati. Demikianlah kenikmatan dunia, yang kelak pasti akan binasa.

Maka barangsiapa mengambil pelajaran dari permisalan yang disebutkan di atas, akan menyedari bahawa dunia ibarat ais yang semakin lama semakin mencair dan pada akhirnya akan hilang. Sedangkan segala apa yang ada di sisi Allah SWT adalah lebih kekal, dan akhirat itu lebih baik dan utama sebagaimana lebih indah dan kekalnya permata dibandingkan dengan ais. Apabila seseorang mengetahui dengan yakin akan perbezaan antara dunia dan akhirat serta dapat membandingkan antara keduanya, maka akan timbul tekad yang kuat untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.

Dalam pandangan Ibn ‘Ata’illah, zuhud ada 2 macam. Pertama, Zuhud Zahir Jali seperti zuhud dari perbuatan berlebih-lebihan dalam perkara halal seperti makanan, pakaian, dan hal lain yang tergolong dalam perhiasan duniawi. Kedua, Zuhud Batin Khafi seperti zuhud dari segala bentuk kepemimpinan, kecintaan pada penampilan zahir, dan juga berbagai hal maknawi yang terkait dengan keduniaan.

Imam Hasan Al-Basri menyatakan bahawa zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi “zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah SWT daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.”

Di sini zuhud ditafsirkan dengan tiga perkara yang semuanya berkaitan dengan perbuatan hati. Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi Allah SWT lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan Allah SWT. Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya: “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab: “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin kerana percaya kepada Allah SWT, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi: “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan Tuhanku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”

Apabila terkena musibah, baik itu kehilangan harta, kematian anak atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala kerananya daripada mengharapkan kembalinya harta atau anaknya tersebut. Hal ini juga timbul kerana keyakinannya yang sempurna kepada Allah SWT. Baginya orang yang memuji atau yang mencelanya ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja. Kerana kalau seseorang menganggap dunia itu besar, maka dia akan lebih memilih pujian daripada celaan. Hal itu akan mendorongnya untuk meninggalkan kebenaran kerana khuatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), atau boleh jadi dia melakukan kebatilan kerana mengharapkan pujian. Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap bahawa kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya adalah sama, ianya menunjukkan bahawa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.

Hakikat zuhud itu berada di dalam hati, iaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari hati seorang hamba. Ia jadikan dunia (hanya) di tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta kepada Allah SWT dan akhirat.

Zuhud bukan bererti meninggalkan dunia secara keseluruhan dan menjauhinya. Lihatlah Rasulullah SAW, teladan bagi orang-orang yang zuhud, Baginda mempunyai sembilan isteri. Demikian juga Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS, raja mempunyai kekuasaan yang besar sebagaimana yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Para sahabat, juga mempunyai isteri-isteri dan harta, malah ada di antara mereka yang kaya-raya. Semua ini tidaklah mengeluarkan mereka dari hakikat zuhud yang sebenarnya.

Imam Al-Ghazali memberikan tiga cara untuk melaksanakan zuhud: Pertama, memaksa diri untuk mengendalikan hawa nafsunya. Kedua, sukarela meninggalkan kecintaan terhadap dunia kerana dipandang kurang penting. Ketiga, tidak merasakan zuhud sebagai beban, kerana dunia dipandang tiada nilai bagi dirinya.

Ibrahim bin Adham pernah ditanya seorang lelaki: “Bagaimana cara engkau mencapai makam orang zuhud?” Ibrahim menjawab: ”Dengan tiga hal. Pertama, aku melihat kuburan itu sunyi dan menakutkan, sedang aku tidak menemui orang yang dapat mententeramkan hatiku di sana. Kedua, aku melihat perjalanan hidup menuju akhirat itu amat jauh, sedang aku tidak memiliki cukup bekal. Ketiga, aku melihat Tuhan Yang Maha Kuasa menetapkan satu keputusan atasku, sedang aku tidak mempunyai alasan untuk menolak keputusan itu.”

Hakikat zuhud adalah menyingkirkan apa apa yang semestinya disenangi dan diinginkan oleh hati, kerana yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih makam yang tinggi di sisi Allah SWT.

Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani mengatakan bahawa terdapat rukun kezuhudan, iaitu meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik lagi; meninggalkan keduniaan kerana mengharapkan akhirat; dan meninggalkan segala sesuatu selain Allah SWT kerana mencintaiNya.

Ada satu kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Haritsah. Nabi SAW bertanya: "Bagaimana kamu hari ini, wahai Haritsah?" Dia menjawab: "Aku sungguh beriman, ya Rasulullah." "Apa buktinya?", tanya Nabi SAW. Dia menjawab: "Aku telah memalingkan jiwaku dari dunia ini. Itulah sebabnya di siang hari aku haus (berpuasa) dan di malam hari aku berjaga, dan rasa-rasanya aku melihat Arasy Tuhanku menghampiriku, dan para penghuni syurga sedang bersuka ria dan para penghuni neraka sedang menangis." Nabi SAW lalu bersabda: "Itulah seorang mukmin yang hatinya telah dibukakan Allah. Engkau telah tahu Haritsah, maka jangan lupa."

Imam Ahmad Ibnu Hanbal mengklasifikasikan tingkatan zuhud kepada tiga tingkatan, iaitu:

1. Zuhud orang biasa, iaitu meninggalkan hal-hal yang haram

2. Zuhud orang orang yang khawas (khusus), iaitu meninggalkan hal yang berlebih-lebihan meskipun ianya halal.

3. Zuhud orang Arif, iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan seseorang dari mengingati Allah.

Imam Al-Ghazali pula membahagikan zuhud kepada tiga tingkatan iaitu:

1. Tingkat terendah adalah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat

2. Tingkat kedua adalah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat

3. Tingkat tertinggi adalah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut (khauf) atau harap (raja’), tapi semata-mata kerana cinta kepada Allah SWT.

Zuhud tingkat pertama adalah zuhud orang awam, zuhud tingkat kedua adalah zuhud para Salik yang soleh dan tingkat terakhir ini hanya dapat dimiliki oleh orang orang yang lebih khusus atau khawas al-khawas iaitu para Sufi yang telah mencapai tahap tertinggi dalam pengabdian kepada Allah SWT.

Antara sebab yang mendorong seseorang hidup zuhud ialah:

1. Keimanan yang kuat dan selalu ingat bagaimana kelak ia berdiri di hadapan Allah SWT pada hari kiamat dan diperlihatkan segala amalnya, yang besar mahupun yang kecil, yang nampak ataupun yang tersembunyi. Hal itu akan memudarkan kecintaannya terhadap dunia dari hatinya, kemudian meninggalkannya dan akhirnya merasa cukup dengan kehidupan sederhana.

2. Merasakan bahawa dunia itu membuat hatinya terganggu dalam berhubungan dengan Allah SWT, dan menjadikannya merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, di mana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh, sebagaimana firman Allah SWT: “Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (QS At-Takaatsur: 6) Perasaan seperti ini akan mendorong seorang hamba untuk hidup zuhud.

3. Kenikmatan dunia hanya akan dicapai dengan susah payah dan kerja keras, mengorbankan masa, tenaga dan fikiran, dan kadang-kadang terpaksa bergaul dengan orang-orang yang berperangai jahat dan buruk. Berbeza halnya jika menyibukkan diri dengan berbagai macam ibadah; jiwa menjadi tenteram dan hati merasa sejuk, menerima takdir Allah SWT dengan sabar, ditambah dengan balasan baik di akhirat. Dua hal di atas jelas berbeza dan tentunya ia akan memilih yang lebih baik dan kekal.

4. Merenungkan ayat-ayat Al-Quran yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainan dan kesia-siaan. Allah SWT mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat, sebagaimana dalam firmanNya: “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).” (QS An-Naaziat: 37~39)

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Tetapi kamu memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (QS Al-A’laa: 16-17)

Semua dalil-dalil, baik dari Al-Quran mahupun hadis Rasulullah SAW, mengingatkan seseorang yang beriman untuk tidak terlalu bergantung kepada dunia dan lebih mengharapkan akhirat yang lebih baik dan lebih kekal.

Makam zuhud tidak dapat dicapai jika dalam hati seseorang masih terdapat rasa cinta kepada dunia, dan hasad dengki kepada manusia yang diberi kenikmatan duniawi. Ibn ‘Ata’illah pernah berkata: “Cukuplah kebodohan bagimu jika engkau hasad (dengki) kepada mereka yang diberi kenikmatan dunia. Namun, jika hatimu sibuk dengan memikirkan kenikmatan dunia yang diberikan kepada mereka, maka engkau lebih bodoh daripada mereka. Kerana mereka hanya disibukkan dengan kenikmatan yang mereka dapatkan, sedangkan engkau disibukkan dengan apa yang tidak engkau dapatkan.”

Inti dari zuhud adalah keteguhan jiwa, iaitu tidak merasa bahagia dengan kenikmatan dunia yang dinikmati, dan tidak bersedih dan putus asa atas kenikmatan dunia yang hilang atau tidak dapat dicapai.

Wallahua’lam.
SHARE SHARE SHARE