Bila ditanya tentang adakah beliau anti-barat ..?
Saya hanya menentang apa yang dilakukan oleh Negara Barat, saya hanya menyatakan fakta, ini adalah karakter mereka..
Bila Digertak yang beliau akan merosakkan hubungan antara dia dan barat
apabila beliau tetap dengan pendiriannya mengatakan barat mengamalkan
cara peperangan, sodomi dan penghapusan etnik ....
Kamu orang barat, juga pernah memanggil kami orang Melayu yang pemalas, bangsa yang tidak cekap, orang yang tidak boleh dipercayai, tetapi kami tidak boleh berkata apa-apa tentang kamu. jadi bila saya berada dalam kedudukan yang membolehkan saya berkata apa yang kami rasa tehadap kamu, dan saya berkata yang demikian, dan kamu tidak menyukainya. dan apabila kamu mengatakan hal yang demikian kepada kami, kamu mengharap kami akan menyukainya? kami tak menyukainya tetapi kami tiada cara untuk suara kami didengari.
Bila ditanya tentang demokrasi ..?
ia bukan suatu sistem yang boleh sesuai dengan setiap orang, kamu perlu mencapai satu tahap kefahaman tentang batasan demokrasi, supaya ia dapat berfungsi.
Bila ditanya adakah beliau seorang diktaktor..?
Tamadun yang agung pada lepas tiada demokrasi, tetapi mereka menjadi agung, tidak semestinya sistem tersebut boleh berfungsi pada semua orang, jika anda mempunyai pemimpin yang teruk , demokrasi pun akan gagal. Kita perlu ingat sebuah negara demokrasilah yang menggugurkan bom atom sehingga membunuh 200 ribu nyawa manusia.
Bila ditanya tentang pandangan rakyat Malaysia tentang sikap diktaktornya..
Faktanya kami hidup didalam negara yang berbilang kaum, jika kami tidak berhati-hati akan terjadi rusuhan kaum. jika anda lihat di negara lain yang mempunyai kaum yang pelbagai. mereka tidak pernah aman.
Bila ditanya tentang Anti-Semitik...
Anti-semitik adalah istilah yang dicipta oleh yahudi sendiri, kita tidak boleh bercakap apa-apa, malah wartawan telah ditangkap kerana menyatakan sesuatu yang btertentangan mengenai holocaust dan dipenjarakan selama 3 tahun. dimana hak kebebasan berakhbar? saya tidak anti-semitik , saya hanya menyatakan fakta.
Bila ditanya adakah suaranya akan masih didengari..?
saya tidak boleh nak cakap, kenapa mereka perlu risau tentang saya, kenapa saya perlu diam, maksud saudara jika mereka melakukan sesuatu yang salah kepada negara saya, dan saya tidak perlu berkata apa-apa? saya menjadi orang yang tidak bertanggungjawab jika melakukan itu.
SHARE SHARE SHARE