Tribute To Aziz Satar , Dialog Popular Aziz Satar
Seorang lagi Seniman agung Malaysia telah pergi meninggalkan kita , Aziz Satar , Sangat dikenali dari lakonan-lakonan mencuit hati nya didalam filem-filem arahan P Ramlee telah meninggal dunia pada pagi Selasa 6 May 2014, pada pukul 2.00 pagi .
Entry kali ini didedikasikan kepada Peminat-peminat lakonan Dato' Aziz Satar , yang kebanyakan Dialognya masih lagi terngiang-ngiang dikepala kita hingga ke hari ini walaupun usia filem-filem nya sudah menjangkau puluhan tahun ....
Bujang Lapok
babak berlakon
1) “Walaupun rupa mu tidak ku kenal tetapi lubang hidungmu tetap jadi pujaan hatiku.
2) Ahmad Nesfu: Aik… itu bedak ke kapur?
Ajis: Bedak tuan….
3) babak jiran sebelah bilik bergaduh suami isteri – “Saudara berbini je pandai tetapi undang-undang bodoh!
Pendekar Bujang Lapok
babak Ajis baca surat walaupun buta huruf
P Ramlee: Eh apa da terpusing-pusing
Aziz: Cari dia punya kepala la. Sekali syair!…Alkisah… Alkisah tersebutlah kisah. Sang kancil mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun…
P Ramlee: Cit!… mana Firaun pakai sultan…
babak tiga sahabat bertapa – Cobaan…!
Nujum Pak Belalang
Babak dua perompak, Nyawa (S Shamsudin) dan Badan (Pak Ajis) membahagikan harta dalam gua
Sudin: Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku, tiga untuk kau, tiga untuk aku. Lepas tu apa?”
Ajis: Hentam sajalah
Sudin: Hentam sajalah untuk kau, hentam sajalah untuk aku.
Ali Baba Bujang Lapok
1) babak ketika Ali Baba datang pinjam beras
Ali Baba: Ya kanda, ni surat pajak, ya kanda, apa orang kaya pun selalu masuk pajak gadai ke?
Kassim Baba: Apa kamu fikir orang kaya semua senang ke, kadang-kadang pun sesak la…
2) babak ketika Ali Baba mahu masuk hutan kutip kayu api
Norsiah: Apesal kanda pakai topi besi?
Ali Baba: “Kanda masuk soldier lah..
Norsiah: Kenapa kanda bukak baju tak bukak topi?
Ali Baba: Soldier kena turun pangkat dah..
3) babak Ali Baba mengaku reporter berjumpa dengan Chief Penyamun (sindiran P Ramlee kepada wartawan yang ketika itu berkrisis dengannya)
Ali Baba: Hi
Chief: Hi…kamu ni siapa dah?
Ali Baba: Reporterlah…
Chief: Reporter? .. aku bikin gua dalam hutan pun kau taukah?
Ali Baba: Itu memang saya punya kerjalah
AL-FATIHAH
Sumber – Berita Harian
Like this post :
Incoming Search:
movie quotes Chords , movie quotes Lirik , movie quotes Lyric , movie quotes mp3 , movie quotes lagu , movie quotes 4share , movie quotes kord , movie quotes online , movie quotes download , movie quotes piano , movie quotes ukelele , story Chords , story Lirik , story Lyric , story mp3 , story lagu , story 4share , story kord , story online , story download , story piano , story ukelele ,
|
No comments :
Post a Comment