Kata-Kata Tun Mahathir Tentang Orang Melayu | Killjols Kata-Kata Tun Mahathir Tentang Orang Melayu | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kata-Kata Tun Mahathir Tentang Orang Melayu


Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur kerana kagum dengan kerajinan rakyat Jepun yang berusaha tanpa jemu untuk membangunkan negara selepas perang sehingga boleh muncul sebagai ekonomi kedua terbesar dunia.

Katanya, orang Jepun menjadi bangsa yang berjaya kerana mereka memiliki sifat malu jika gagal dan sikap itu semakin pudar dalam kalangan orang Melayu.

"Sebab itu ada orang Melayu yang dipenjarakan pun boleh tersenyum. Hilang sudah rasa malu.

"Sekarang ini jumlah penuntut Melayu perempuan lebih ramai di universiti. Mana pergi anak lelaki Melayu? Hendak kata mereka bodoh tidak juga. Tapi mereka tidak ada perasaan malu kerana sanggup merempit daripada menuntut ilmu," katanya ketika berucap di majlis pelancaran buku Wahai Melayu tulisan Anas Zubedy.

Dr. Mahathir mengambil ccontoh dirinya sendiri di mana, katanya, beliau tidak pandai kerana memasuki Fakulti Perubatan dengan keputusan 3A sahaja sedangkan para pelajar lain mendapat keputusan jauh lebih baik.

"Saya sering dipandang rendah oleh para penuntut lain sehingga pernah diminta supaya pulang sahaja ke kampung dan menanam padi.

"Saya tahu saya tidak pandai sebab itu saya baca buku 15 kali sehingga boleh membayangkan gambar dan muka surat buku yang dibaca ketika mengambil peperiksaan. Dan saya lulus dengan baik.

"Ini menunjukkan walaupun tidak bijak tetapi jika kita membuat ulangkaji berulang-ulang tanpa kecewa, pasti kita akan berjaya juga akhirnya," ceritanya.

Tambah beliau, orang Melayu juga jangan cepat putus asa sambil mengaitkan kampung-kampung Melayu semakin lenyap di bandar disebabkan cepat mengalah dengan kehidupan.

Katanya, dia pernah tertanya-tanya mengapa orang Melayu tidak banyak di Alor Setar sedangkan bandar itu dibuka oleh orang Melayu.

"Semasa duduk di bandar kehidupan mereka terhimpit akibatnya mereka menjual tanah kepada bukan Melayu selepas dipujuk berkali-kali.

"Mula-mula tidak mahu jual, dipujuk lagi, tidak mahu jual juga tetapi apabila mendapat tawaran yang baik akhirnya jual juga. Sebab itu di Kuala Lumpur perkampungan Melayu juga semakin hilang," katanya.

Kata beliau, seorang rakannya berbangsa Cina yang merupakan pemilik francais hairan mengapa orang Melayu yang menjadi francaisor gagal dalam perniagaan sedangkan bangsa lain dalam perniagaan yang sama berjaya.

Bekas Perdana Menteri itu percaya, mereka sebenarnya gagal kerana tidak pandai mengurus kewangan baik, hasil jualan yang diperoleh bukan digunakan untuk membeli bekalan sebaliknya berbelanja untuk perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya.

Keadaan itu, katanya, menunjukkan mereka tidak menguruskan kewangan dengan ikhlas, jujur kerana mengambil kesempatan walaupun wang tersebut bukan milik mereka.

Beliau yang membuka kedai roti turut ditipu apabila hasil jualan roti turut diambil oleh pekerjanya.

"Kita minta dia masukkan duit ke dalam bank setiap hari, katanya takut setiap hari ke bank. Dia pulak cadangkan untuk masukkan duit tiga hari sekali.

"Apabila buat macam ini, pejabat tidak memantau dengan teliti hasil jualan harian dengan jumlah wang yang dimasukkan. Tindakan pekerja memasukkan duit setiap tiga hari itu memudahkannya mengambil duit. Mereka yang buat kerja macam ini tidak amanah," tambahnya.

Lantaran itu, beliau berkata, orang Melayu jangan menyalahkan orang lain jika gagal kerana kaum Melayu sebenarnya yang suka melakukan perkara yang menyebabkan mereka gagal.

Dr. Mahathir berkata, duit bukan segala-galanya dalam kehidupan sebaliknya kepuasan hati dalam melaksanakan kerja-kerja yang disukai merupakan satu nikmat yang tidak ternilai.
Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment