Azian Mazwan Safuan - Cinta Embunan Pagi Chord
Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah engkau meinggalkannya. Dan telah menentukan beberapa hudud (batas), maka janganlah engkau melampauinya. Dan telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah melanggarinya. Dan Dia telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa, maka janganlah engkau mempersoalkannya.
Aku berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka!" Baginda bersabda maksudnya, "Engkau telah menanyakan sesuatu yang besar kepadaku. Hal itu benar-benar mudah bagi orang yang dimudahkan Allah, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan janganlah menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya, hendaklah engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadan dan menunaikan haji di Al-Bait.
Ingatlah, akan ku beritahukan kepadamu beberapa pintu kebaikan: Puasa itu perisai dan sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air yang memadamkan api serta solat seseorang ditengah malam.
Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap,dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Surah As-Sajdah ayat 16-17)
Pangkal urusan adalah Islam. Sendinya adalah solat.Puncaknya adalah jihad." Kemudian baginda bersabda, "Bagaimana jika ku beritahukan kepadamu maksud dari semua itu?
Tahanlah ini!
Ibumu mati kerana melahirkanmu. Adakah manusia ditelungkupkan ke neraka pada bagian wajah mereka, melainkan sebagai akibat dari lidah mereka?
Maksudnya: Rasulullah SAW menasihati kita dengan nasihat perpisahan yang menggetarkan hati dan membuatkan air mata jatuh bercucuran. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat yang terakhir, oleh itu berilah kami wasiat.” Nabi SAW bersabda: “Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, mendengar dan taat walaupun yang mempertahankanmu adalah seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa antara kamu masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. Kerana itu, berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin yang lurus. Dan berpeganglah kepada sunnah-sunnah itu dengan kuat dan jauhilah olehmu akan hal-hal baru yang diada-adakan (bidaah) kerana sesungguhnya semua bidaah itu sesat
Kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang megusik jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka." Baginda bersabda: "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah." Mereka bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala?" Baginda bersabda: "Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjualdirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya
"Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi." "Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu." "Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan." "Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian." "Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu." "Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku." "Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku." "Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu." "Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu." "Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum." "Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri."
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga?" Baginda bersabda: "Ya!"
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu