Ada sesuatu perkara | Killjols Ada sesuatu perkara | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Ada sesuatu perkara

Ada Sesuatu yang tidak perlu dilakukan.
Jangan biarkan dunia memalit kepahitan. Jangan biarkan tindakan yang lain menjadikan dalaman anda membeku. Ada perkara yang bisa melukakan kita. Orang yang datang hanya untuk pergi dan saat-saat anda merasakan anda terikat untuk mengalami kejatuhan. Jangan biar perkara itu menjadi buruk dan memburukkan. Tiada masalah untuk menangis dan berasa sedih Tetapi bukanlah sesuatu yang baik untuk melakukan perkara buruk hanya kerana orang lain melakukan perkara yang sama. Kita semua manusia, Kadang lelah dan melakukan kesilapan tetapi tak bermakna kita perlu membiarkan kesakitan dan kesedihan yang mengemudi kehidupan kita. Kita perlu bangun pada waktu yang tepat, berfikir dan melakukan perkara yang betul walau pada satu saat anda merasakan putus asa dan tidak boleh menanggungnya lagi . Apa yang anda perlu lakukan adalah bernafas, menghembusnya dan mengaku kelemahan, tetapi ketahuilah kelemahan itulah yang membuat anda kuat dalam jangka masa yang lama. Ia semua tentang mengambil apa sahaja yang hidup ini lemparkan kepada anda. Dan anda perlu belajar darinya.

Ada sesuatu yang kita fikir untuk lakukan tetapi tidak.
Walau jika kita dapat mendalaminya mengapa kita mengelakkan sesuatu perkara walau kita tahu yang itulah sebenarnya yang kita sangat mahu lakukan.tetapi mengapa tidak kita lakukan? Kebanyakan kita hidup dalam dunia mimpi yang penuh rasa ingin tahu. Yang muda hidup dengan janji tentang masa hadapan, dan yang tua masih hidup memeluk peluang masa lampau. Si muda berkata "Sebaik sahaja saya punya masa saya akan melakukan perkara itu" dan Si tua berkata, "Jikalah aku masih saja muda lagi, aku akan lakukan perkara itu". Setiap kali seseorang itu tidak melakukan apa yang dia kata mahu lakukan, mereka sentiasa mempunyai alasan yang kedengaran baik dan kukuh. Ia mungkin satu atau lebih dari tiga perkara ini: Masa yang tiada, wang yang tidak mencukupi dan Tidak di Izin untuk melakukannya.

Tanpa Masa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. Segalanya memerlukan masa. Masa adalah satu penguasa yang mutlak dan kekal di alam semesta. Setiap hari kita mempunyai satu jumlah yang sama untuk dihabiskan. Jadi bagaimana kita mahu mendapat ia lebih dari apa yang kita ada?. Ia tidak mungkin akan berlaku sebegitu. Pada masa kita merasa yang kita tidak punyai masa yang cukup ketahuilah , orang disekeliling kita juga punyai masa yang sama seperti kita, 24 jam sehari dan hampir 31 hari sebulan. Ia terpulang kepada kita untuk melakukannya.Dan jika anda mula mengatakan. Aku melakukan beberapa perkara sepanjang hari, ya semua orang melakukannya, Bangun pada tujuh dan kembali ke katil pada sebelas. ia enam jam yang sangat bagus dan ada tidak pernah menyesali perkara itu saban hari. Bezanya anda tidak pernah merasa lapang, cuba anda duduk dan memandang jam pasir yang perlahan jatuh mengikut graviti, dan kita mula sedar 100 tahun dari sekarang anda dan semuanya akan tiada, maka anda akan mula menghargai masa ini, kerna itu sahaja yang anda ada dan realitinya anda boleh melakukan apa sahaja yang ada mahu selagi masa itu milik anda.

Wang tidak datang sebagai tempat yang pertama dan apa jua bentuk. Jika kita mengkaji biografi mereka yang telah membina kejayaan yang besar dan kita mengetahui satu konsep yang sama antara mereka. Wang sememangnya datang kepada mereka , tetapi hanya selepas mereka keluar dan menemui sesuatu. Dunia dan kekayaan adalah sesuatu yang melalui perubahan berterusan. Dimana yang kaya hari ini juga mungkin miskin pada esoknya. Kerana keadaan sentiasa diluar kawalan mereka, satu-satunya peluang dan keselamatan mereka adalah dengan menghasilkan sesuatu dan ia mestilah mempunyai nilai. Dan jaminan untuk segalanya itu adalah bagaimana anda rasa gembira untuk melakukannya dalam bentuk yang berterusan. Apabila punca wang itu menjadi semakin sedikit ia sentiasa akan mengkhianti anda kembali.

Siapa yang paling hampir dengan kita? , rakan-rakan? keluarga? atau sekutu. Mereka adalah pengaruh terbesar dari apa yang kita fikirkan. Kita gemar sekali hidup dalam kehidupan dan kekal dengan peranan yang mereka harapkan. Ia seperti mentol lampu yang mendapat kuasa dari kuasa pusatnya. Jadi keperibadian kita bermula dengan deria dan akhirnya dikuasi oleh nasihat , pengalaman dan campur tangan yang lain. Dan sebegitulah kita dengan persekitaran kita sendiri. Kita takkan dapat keluar dari apa usaha atau mencapai apa-apa jika membenarkan diri kita untuk terlalu dipengaruhi oleh orang lain. Ini hanyalah satu idea untuk mencapai idea yang lain. Terpulang pada anda untuk menjadi berwarna atau pudar, panas atau sejuk, basah atau kering berdasarkan persektiaran anda sendiri dan bagaimana anda mengadaptasikannya kerana kita sentiasa akan tertanya-tanya apa yang orang lain anggapkan dan sentiasa untuk menggembirakan semua orang.

Teks di atas didekasikan dengan penuh hormat kepada mereka yang benci berkerja.

  
Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment