Skrip Berulang
dia bawakan kan aku ke dunia ini
dia tunjuk kan aku pada dunia..
dia perlihatkan aku pada dunia...
tapi ada bil perlu dibayar
ada susu untuk dibeli
ketika aku belajar bertatih
kemana kau pergi?
tapi tak mengapa
aku akan banggakan kau satu hari nanti
aku akan jadi seperti kau satu hari nanti..
bila aku 10 tahun
kau hadiah kan aku bola..
aku berkata "ajarkan aku cara membaling bola ini, ayah"
kau berkata " bukan hari ini nak, "..
ada bil perlu dibayar
ada buku untuk dibeli
aku hanya tersenyum atas pegorbanan itu..
tak mengapa
aku akan banggakan kau satu hari nanti
aku akan jadi seperti kau satu hari nanti..
bila aku sudah berada di kolej
aku berkata.."mari lah kita ke destinasi ini ayah, bukan selalu aku ada masa begini"
kau berkata " bukan hari ini, nak"
ada bil perlu dibayar
ada yuran untuk di langsai
aku hanya tersenyum atas pegorbanan itu..
tak mengapa aku boleh berjalan sendiri
aku akan banggakan kau satu hari nanti
aku akan jadi seperti kau satu hari nanti..
hari graduasi tiba..
kau berkata .. " ayah bangga dengan kau , nak"
aku berkata.."ini semua atas pengorbanan ayah, terima kasih ayah"
aku akan jadi seperti kau satu hari nanti..
tiada lagi susu untuk di beli
tiada lagi buku untuk di beli
tiada yuran untuk dilangsai..
aku sudah berkerjaya dan berkeluarga..
kau berkata .. " nak , pulanglah kerumah aku rindukan kau"
aku berkata.. " aku juga ayah, tapi bukan hari ini.."
ada bil untuk dibayar
ada susu untuk di beli..
tak mengapa nak,
ayah bangga dengan kau...
kau sudah jadi seperti aku..
ya ayah aku sudah jadi seperti kamu..
anak aku sudah meningkat ke umur 10 tahun
kau berkata .."pulanglah nak...ayah ingin berborak dengan kau"
aku berkata... "aku juga begitu ayah, tapi bukan hari ini.."
ada bil untuk dibayar
ada buku untuk dibeli
tak mengapa nak,
kau sudah menjadi orang
ayah bangga dengan kau..
kau sudah menjadi seperti aku..
ya ayah aku sudah jadi seperti kamu..
dan bila anak aku masuk ke kolej..
kau berkata ... "pulanglah nak , ingin sekali berjumpa dengan kamu"
aku berkata... "aku juga ayah, tapi bukan hari ini.."
ada bil untuk dibayar
ada yuran untuk dilangsai
tak mengapa nak
kau juga sudah meningkat umur..
kau sudah menjadi seperti aku...
ya ayah aku sudah jadi seperti kamu..
dan hari yang aku tunggu..anak aku mendapat ijazah..
anakku berkata .. " ini semua atas pengorbanan ayah.."
aku berkata.. "aku bangga dengan kau nak"
kau akan menjadi seperti aku ..
ya anakku akan jadi seperti aku juga...
kini
tiada lagi susu untuk aku beli
tiada lagi buku untuk aku beli
tiada lagi yuran untuk aku bayar..
dan anak aku sedang mengejar cita-cita nya di dalam dunia serba laju ini...
dia sudah jadi seperti aku sekarang...
dan aku sangat merindukan dia sekarang...
dan aku juga merindui ayah....
untuk mendapat suatu kejayaan, perlu ada satu pengorbanan....semua orang
mahu berjaya...tapi apa yang kau korbankan?