Gaji Dan Spender | Killjols Gaji Dan Spender | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Gaji Dan Spender

 Bagitau berapa Gaji kita sebulan seumpama bagitau kita pakai spender warna apa hari tu.

Walaupun spender kita cantik dan berbunga-bunga tapi kalau sekali kita dah bagitau, persepsi orang akan terus berubah terhadap kita. Inikan pula kita bagitau secara terperinci bagaimana rupa spender kita, dari mana kita dapat spender kita, dah berapa lama kita pakai spender kita. material apa , baunya macam mana. walaupun ia memberi inspirasi kepada orang yang ingin spender seperti kita, percayalah ia tetap nampak tidak elok.

"Eh biarlah saya bagitau gaji saya berapa kan bukan senang nak dapat spender tahap ni janganlah dengki2 main benci2". Percayalah bukan setakat orang semua dengki. Malah dorang memang nak sangat tahu spender awak tu warna apa tapi segan sangat nak tanya dan takde siapa nak tanye soalan macam tu. Dan jangan terkejut kalau keinginan dorang nak rembat spender awak tu makin tinggi bila dorang tau spender awak macam mana.

"Eh saya nak jadi ala-ala humble saja nak bagitau spender sy murah je". Aku tak tau la kalau ada jenis orang pakai spender koyak hari2 tapi bangga kan.

Termasuk juga jenis orang yang bertanya supaya ia dapat bagitau warna spender dia pulak. "Joe ko pakai spender warna apa hari ni?" Warna kelabu man. "Aku warna pink Joe!". Hmmmmm this guys ah pening la. Jenis camni  mmg susah la. Selalu jumpa bila balik kampung or kenduri. Aku kadang2 kene buat2 orang call or gi tandas. Gila apa nak tau aku pakai spender warna apa and aku pun taknak tau spender dia camner.

"Kena bagitau kat resume la HR nak tau" jangan la naif sangat . kalau nak beli spender kene la bagitau nak spender jenis apa kan. Takkan nak tegas sangat. "Saya takkan bagitau jenis spender apa yang saya nak dekat awak". Kalau camtu buat la spender sendiri.

"Eh relek la Bill Gates bagitau gaji dia berapa relek je" Dia Bill Gate bro ko plak sape. Lagi pun kalau Bill Gates diberi pilihan dia confirm taknak bagitau juga dan simpan senyap2. Bayangkan hidup orang tau macam mana rupa spender kita. Sebab tu orang semua nak spender macam Bill Gates jugak. Haha Metaphor je.

"Orang Cukai nak tau? camner? HA?" Ko cakap dekat aku apa je yang Orang Cukai taknak tau?


Percayalah, Berjaya atau tidak bukan bergantung pada payslip korang or berapa banyak loan korang boleh lepas. Berjaya atau tidak bagi aku bergantung pada kepuasan korang buat satu-satu kerja itu. Walaupun tukar pampers anak sekali pun tapi kalau korang buat dengan ikhlas dan betul. Itulah detik kejayaan paling dibanggakan. 

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment