Killjols Killjols: motivation
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Dejavu

Dalam satu ketika aku telah keluar di jalanan.
Rasanya seperti sudah lama tidak berada di atas jalan ini.
Dalam aku berjalan, aku telah jatuh ke dalam lubang yang sangat dalam.

ia seakan dejavu...

Guru datang melintasi lubang dan melihat ku,
"Cikgu, Tolong saya"
Guru membuka bag galasnya dan mencampakkan buku.
Dan berlalu pergi.

Selepas itu Doktor datang melintasi lubang dan melihatku,
"Doktor, Tolong Saya"
Doktor menulis preskripsi di atas kertas dan mencampakkan kepadaku.
Dan pergi

Sejurus selepas itu Imam datang melintasi aku
"Ustaz Tolong saya"
Imam itu menadahkan doa dan mendoakan keselamatanku.
Dan berlalu pergi

Rasanya sudah lama aku berada dalam lubang ini.

Seorang lelaki datang dan menjenguk aku dari atas lubang.
"Kawan, saya ni , mari tolong saya"
Dia terus melompat masuk ke lubang
"Ko bodoh ke! sekarang kita dua ada bawah ni"

Dia tersenyum dan berkata:
"Ya, Aku pernah berada dalam lubang yang sama sebelum ini, aku tahu jalan keluar"

Siapa kau?

Aku kesilapan lalu-mu. tanpa aku kau takkan boleh keluar kali ini.

P/S: Sila baca dari awal semula
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kita bukan untuk semua orang

Dunia ini penuh dengan orang yang tidak kira apa yang anda usaha untuk lakukan , seberapa banyak anda mencuba, dan mereka ini tetap tidak suka akan anda. Tapi dunia dipenuhi juga dengan orang yang sebalik yang akan menyayangi anda tanpa apa syarat anda lakukan dan mereka ini adalah orang anda. Jangan buang masa dan perasaan emosi untuk menyenangkan orang yang bukan orang anda. Fikirlah yang anda mempunyai nilai. dan mereka kehilangan nilai anda sepenuhnya. Mereka tidak akan membeli apa yang anda jual.  Anda hanya membuang masa dan tenaga malah kesihatan anda. Anda bukan untuk mereka dan mereka juga bukan untuk anda. Dengan sopan berlalu la pergi dari hidup mereka. Carilah jalan anda pada orang-orang anda. yang mengenal erti lelah anda dan harga diri anda. Jadilah diri siapa diri kamu dan sentiasa ke arah kebaikan. Anda bukan untuk semua orang dan itu adalah normal.

SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Hidup Tanpa Duit Selama 15 Tahun

Hidup Tanpa Duit Selama 15 Tahun

Pernah Terfikir jika kita hidup dalam masyarakat dan gaya hidup moden kini tanpa
satu benda yang dipanggil "Duit". Mungkin sukar untuk difikirkan tapi pada era yang
kita anggap sebagai duit adalah segalanya ini , Perkara ini telah sendiri dirasai pengalamannya oleh seseorang yang telah melalui hidup selama 15 tahun tanpa duit.
Mari kita cuba baca sedikit gambaran bagaimana cara pemikiran dan kehidupan yang
dirasai oleh beliau yang berani untuk mencuba dan mengubah pemikiran orang dengan pengalaman hidupnya .

Heidemarie Schwermer, wanita berusia 69 tahun dari geman , Mengatakan telah berputus asa menggunakan duit sebagai tujuan utama hidupnya dan cuba untuk hidup tanpanya selama 15 Tahun . Dia berkata dia lebih bahagia dari sebelum ini .

Kisah Bermula 22 tahun yang lalu , Heidemarie Schwermer telah gagal dalam perkahwinannya yang sukar dan mengambil keputusan untuk berpindah ke Dormund dengan dua anaknnya. Scwermer seorang guru yang berumur pertengahan , Dia mula menyedari sesuatu tentang orang bergelendangan atau orang yang telah kehilangan tempat tinggal semakin meningkat populasinya di kawasan bandar. Dia terkejut akan statistik dan apa yang dilihatnya dan mula berfikir untuk melakukan sesuatu. Dia percaya akan satu kepercayaan bahawa Orang gelendangan ini tidak memerlukan duit untuk diterima kembali dalam masyarakat. Dia percaya bahawa hanya peluang untuk menaikkan semangat mereka kembali untuk mereka rasa berguna pada orang lain. Dengan kepercayaan ini dia telah membuka satu kedai pertukaran/swap yang dipanggil
GIB und Nim (Beri dan terima)


Kedai Berkonsep beri dan terimanya menjadi tempat dimana sesiapa sahaja boleh melakukan pertukaran barang atau perkhidmatan/kemahiran untuk perkara yang berkait yang mereka perlukan.  Tanpa sebarang pertukaran wang . Pakaian lama yang masih elok boleh ditukar dengan peralatan dapur . Perkhidmatan servis kereta boleh ditukar dengan perkhidmatan paip dan sebagainya. Pada mulanya idea ini tidak menarik perhatian gelendangan di Dormund kerana ada diantara mereka berpendapat dan merasakan bahawa mereka tidak percaya wanita yang kelas pertengahan berperlajaran ini faham akan keadaan mereka.

Sebaliknya , kedai kecil beliau telah di ambil kesempatan oleh penganggur yang tidak berkerja dan orang yang telah bersara yang bersungguh untuk melakukan pertukaran barangan mereka dan perkhidmatan mereka dengan barang yang mereka perlukan.

http://www.trueactivist.com/shes-69-and-hasnt-used-money-for-15-years-and-has-never-been-happier/

SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kisah Abu Hurairah Dan Ayat Kursi

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak- geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar- benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.


Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."


SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Demi Masa

Disini hari ini , hari yang akan menjadi semalam , Ia adalah berkait dengan masa . Masa , adalah sesuatu yang semua milik dengan kadar yang sama. Tiada siapa di dunia ini memiliki masa yang lebih dari orang lain walau dia memiliki dunia sekalipun . Apa yang membezakan adalah bagaimana kita menggunakannya dan bagaimana kita menilaikannya.

Kita bangun setiap pagi dengan beberapa idea tentang apa yang akan kita pegang sepanjang hari itu. Pada satu ketika itu sekurang-kurangnya kita miliki satu tapak dari semalam atau lebih dan mungkin langsung tiada apa yang berubah , ia sayang sekali. Dari satu idea yang kita pegang itu kita akan berjudi dengan masa yang langsung tidak dapat kita ramal dan tidak berbentuk.

Dalam satu idea yang kita bina kita temukan beberapa cara. Kita ingin esok dan seterusnya kelihatan berbeza dari hari sebelumnya . Berjuta kali kita berpegang kepada kepercayaan yang esok ada perkara baik yang terjadi, dan kerna itulah kita punya sebab untuk terus hidup . Kita berpegang kepada harapan dan impian, ia adalah satu buah fikiran yang kita wujudkan untuk hari yang lain. Hari ini adalah hari yang kita perlu ingati , hari yang anda mula berkembang dan meraih kebaikan. Hari ini adalah hari untuk perubahan hidup.

Tapi ada juga sebarangan orang yang percaya mereka tidak ada apa yang perlu ditawarkan untuk hari esok. Tiada satu jalan pun yang dapat menawarkan sebarang perubahan atau peluang . Ini mungkin kerana bagi mereka di saat situasi tertentu mereka tiada pilihan lain selain menerimanya.

Perasaan membuang masa, pembuangan masa biasanya dinyatakan diatas diri. pabila kita mula putus asa di atas pelaburan usaha pada masa dan masa tidak menawarkan banyak harapan dan hasil yang diingini. walau sekeras mana kita mencuba dan lakukan kita masih tidak mencapai apa yang kita mahu dan kemudian kita mula mempersoalkan, adakah usaha ini berbaloi . Jangan pernah menyerah atas usaha kerana anda tidak tahu kepentingan yang anda dapat dari bagaimana masa itu semakin dekat dengan penat lelah anda.

Didalam Realiti masa tiada butang untuk ditekan agar kita boleh berpatah balik ke masa sebelumnya. Kita semua benci akan realiti proses ini berjalan. kerana pada satu ketika kita mengambil satu langkah kehadapan tetapi ia seperti dua langkah kebelakang. Kita berasa seakan perlahan pada satu titik masa tertentu. Ia adalah dimana kita sentiasa merasa kita masih kebelakang walau hakikatnya kita perlu sedar satu perkara yang kadang-kala kita perlu kebelakang seketika sebelum kita kehadapan. Keadaan ini dimana satu situasi garis kejutan sama ada dari segi peristiwa atau keaadaan tanpa sedar dan tidak diduga yang menyebabkan kita perlu menilai semula masa dan tempat dalam kedudukan kita. Hasilnya adalah amarah , lesu , penat dan membosankan .Ia adalah tentang kelewatan , gangguan dan tentangan. Apa yang hanya bolah kita lakukan adalah dengan menghargai setiap masa itu dan menilai bagaimana ia kehadapan walau ia mengambil masa yang lama dari apa yang di harapkan.

Setiap perjalanan adalah satu langkah pertama dalam masa. Terdapat langkah yang terlonjak dari titik asal , itu adalah baik dan ada juga yang bermula jauh kebelakang , itu anda sendiri yang menilai kebaikannya. Pada setiap masa yang berlalu kita sebenarnya bergerak ke arah sesuatu matlamat dengan lebih dekat dari sebelumnya dan jika kita beralih ia adalah lebih jauh dari perkara itu dan jika anda bersifat berhenti kekal ia dalah momentum yang hilang.

Melepasi masa adalah faktor penting akan keperluan dan tergesa-gesa adalah satu jalan yang mudah. Namun tergesa-gesa juga adalah jalan mudah untuk melakukan kesilapan.

Tiada siapa boleh memberi jaminan yang setiap pagi mereka akan bangun dan keluar melihat balasan kepada hasil usaha mereka. Kita hanya boleh berpegang kepada kerpecayaan bahawa pemberian adalah kegembiraan dan penghargaan adalah kasih sayang. Tetapi Pemberian dan Penghargaan bukanlah jaminan untuk mendapat kehidupan yang penuh kegembiraan dan kasih sayang. Masa tidak bersifat kekal ia sentiasa bergerak bersama dengan kehidupan . Dan kerana itu kita juga perlu bergerak bersama-sama untuk menikmatinya.

SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kisah Nick Woodman



Masih ramai yang tidak kenal pada lelaki ini , Nicholas Woodman atau Nick Woodman , Tetapi apabila disebut tentang GoPro pasti ramai yang tahu akan produk kamera tahan lasak ini . Nick Woodman ialah seorang inovator yang mencipta kewujudan GoPro dan kini telah bergelar seorang jutawan muda di Amerika Syarikat.

Kenali Nicholas Woodman.

Nick Woodman menurut gurunya , adalah seorang yang mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan dia juga seorang olahraga dan memiliki pencapaian baik di sekolah. Nick menyambung pengajiannya di University of San Diego dan memperoleh sarjana dalam bidang seni visual di sana. Nick Mempunyai kegilaan akan sukan lasak , terutamanya sukan luncur air.

Bermula Dengan Kegagalan.

Selepas Tamat belajar , Nick mempunyai kesukaran untuk mendapat perkerjaaan sehingga umurnya 30 tahun . Dalam jangka masa itu Nick telah menceburi bidang keusahawan dan entrepreneur online dengan menjual pelbagai jenis barangan.

Pertama, dia mencipta EmpowerAll.com, laman e-dagang yang menjual barangan elektronik murah dengan mengsasarkan golongan muda sebagai pelanggan utama. Syarikat itu tidak membuat apa-apa keuntungan dan telah ditutup operasinya. Tetapi itu bukan penamat untuk Nick dan beliau mencuba lagi dengan lebih kuat . Pada tahun 1999 beliau menubuhkan FunBug sebuah syarikat pemasaran online. Laman web ini memberikan peluang untuk pengguna memenangi hadiah wang tunai sebagai ganjaran. Ia adalah konsep pemasaran melalui permainan. Walaupun beliau berjaya mengumpul hampir USD 3.9 Juta dari pelabur yang berbeza. Syarikat itu menampakkan peningkatan pada awalnya tetapi pada tahun 2001 dimana tahun gelombang ketidakpercayaan pengguna kepada internet , ia memberi impak kepada Nick dan pengusahaannya dengan FunBug. Nick gagal dalam percubaan keduanya ini dengan jumlah kerugian hampir 4 juta USD .

Dalam Forbes Nick mengatakan :

"Tiada siapa suka akan kegagalan , tetapi perkara paling teruk berlaku pada saya adalah kehilangan
wang pelabur saya yang mana mereka yang mempercayai akan idea saya, dan anda mula bertanya. Adakah idea saya benar-benar baik?"

Tidak Berhenti.

Selepas kegagalan kedua, Nick mengambil keputusan untuk merehatkan diri dari dunia pengusahaan dan pergi bercuti di Bali Indonesia, Disana Nick cuba melupakan kegagalannya dengan menikmati sukan luncur air yang sangat diminatinya. Dan pada saat itu jugalah , Nick mendapat idea untuk membuat sebuah kamera yang mampu di ikat pada lengan supaya dapat merakam aksinya meluncur dan di tunjukkan pada rakan-rakan.

Nick berkata: "Semua peluncur mahu aksi mereka dirakam , tetapi itu terjadi hanya bila anda seorang professional. Apabila anda mendapat ombak yang terbaik anda mula berkata, ahhh seandainya sahaja kami memliki kamera."

Pulang dari percutiannya Nick mula membuat prototype dan mengusahakan kamera tahan lasak yang kini dipanggil GoPro.

Tiada perkara Yang Mudah.

Bukan mudah walaupun anda mempunyai idea yang bagus sekalipun , begitu juga yang dialami oleh Nick , Dia sangat takut akan kegagaalan di saat itu oleh kerana kegagalannya pada bidang e-dagang . Nick menggunakan modal awal dari pengikat tali pinggang yang dibelinya di Indonesia dengan menjualnya di Amerika pada harga 60 dollar dan bantuan wang dari orang tuanya .Nick juga terpaksa menjual van lama kesayangannya . Ia mengambil masa 2 tahun untuk membangunkan produk ini , bermula dengan 3MP sehinggalah ke camera HD .

Hasilnya pada penjualan pertama GoPro pada tahun pertama hampir mencecah 350,000 Dollar . Selepas itu Nick mula membuat pemasaran secara online melalui media sosial , sehingga kita kenali sekarang akan kamera tahan lasak yang memberi hasil yang sangat memuaskan ini .

Kini Nick Woodman Mempunyai kekayaan sekitar 1.3 Million dollar. Ramai orang mempunyai idea yang besar , tetapi hanya sedikit yang berusaha kearah idea itu. Nick Woodman mengatakan bahwa idea terbaik akan muncul ketika melakukan hal yang dicintai

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Mahathir - Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?sehingga bangsa ku berasa kecil dan rendah diri.Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan kegemilanagn silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

– Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Tuhan Tahu

Ketahuilah olehmu sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Koleksi Ayat-Ayat Cinta

1. Bismillahhirrahmann irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.

2. Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu urusan.

3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk, sama ada secara lisan atau sirat.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquata illahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
_________________________________________________________________________________

"Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu" M Nasir - Mustika
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Ilmu dalam Ilmu

Orang mukmin tidak mengikat dirinya. Lebih-lebih lagi hatinya tidak terikat dengan dunianya. Diri kepunyaan Tuhannya. Hati berpaut kepada-Nya. Hatinya tidak terhutang budi kepada sesiapa. Dia merasa merdeka dengan manusia. Bahkan juga dengan sebarang benda. Ia cukup dengan Tuhannya. Kalaupun berhubung dengan manusia atau dengan benda. Ada kaitan dengan Tuhannya. Identiti Islam dibawa ke mana-mana. Prinsip hidupnya tidak berubah oleh suasana. Oleh itu kapitalis tidak dapat memilikinya. Yang punya cemeti tidak dapat mengikatnya. Perempuan cantik tidak dapat mempesonakannya. Ia boleh hidup di mana-mana. Buminya di mana-mana saja. Ia tidak terikat dengan rumahnya. Ia merdeka sepenuh masa kecuali dengan Tuhannya. 
Para Sahabat di zaman awal Islam, sedikit sahaja diajar oleh Rasulullah SAW, mereka dapat faham dengan banyak, luas dan mendalam. Segala apa yang Rasulullah ajar, mereka mampu mengembangkan, mengaitkan, mengkiaskan dan mensyarahkannya hingga ia menjadi sumber ilmu yang lengkap dan menyeluruh.

Berlandaskan ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu juga para Sahabat mampu mentafsir dan mengembangkan ayat-ayat AI Quran. Sayidina Ali k.w.j.contohnya, mampu mengupas Surat Al Fatihah hinggakan kalau sepuluh ekor unta pun tidak akan cukup untuk memikul kitab-kitab kupasan dan tafsirannya itu.

Rasulullah SAW sendiri memang percakapannya ringkas dan pendek, tetapi isinya padat. Baginda tidak bercakap terlalu panjang tentang sesuatu perkara. Apa yang disabdakan baginda padat, lengkap dan penuh berisi. Untuk dapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan, ilmu itu mesti difikir-fikirkan. Kalau boleh ia perlu juga dimuzakarahkan dan dibawa berbincang. Dengan cara ini, ilmu yang matan itu akan bercambah dan berkembang.

Sebenarnya dalam ilmu ada ilmu, dan dalam ilmu kita boleh dapat penambahan ilmu. Daya fikir pula akan menjadi lebih murni dan tajam dengan roh atau hati yang bersih dan yang sentiasa terhubung dengan Tuhan. Bila roh atau hati itu bersih, Allah SWT akan mudahkan bagi akal untuk meneroka dan memahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan ilmu. Itu sebabnya, di zaman kegemilangan Islam, di kalangan para Sahabat, Tabiin dan Tabiit Tabiin, ramai yang dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu. Tidak hanya ilmu Islam seperti tauhid, fekah, tasawuf, tafsir, ilmu Hadis dan lain-lain lagi tetapi juga ilmu falsafah, astronomi, astrologi, perubatan, matematik, ketenteraan dan sebagainya.

Tambahan pada itu ramai daripada mereka yang dapat menguasai berbagai bagai ilmu ini pada satu masa. Walhal sebelum Islam, mereka hanyalah pengembala-pengembala kambing dan ilmu tentang kambing itu sajalah yang ada pada mereka. Dengan didikan Rasulullah SAW menjadikan insan mereka terbina, hati dan roh menjadi bersih, akal mereka mampu memahami, mengupas, menyaring dan menterjemah berbagai-bagai ilmu dari tamadun Yunani dan Parsi. Selepas itu mereka pula menambah dan menyumbangkan ilmu-ilmu tersebut dengan berbagai-bagai penemuan yang baru hingga negara Islam menjadi pusat ilmu bagi semua bangsa di waktu itu.

Cara kedua, untuk mendapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan ialah dengan mengamalkannya. Dengan amalan, ilmu akan jadi meluas dan terhurai. Allah SWT ada berfirman:
“Barangsiapa mengamalkan ilmu, Aku akan ajarnya ilmu.”
Apabila kita amalkan ilmu yang kita pelajari (ilmu yang tersurat), maka lama-kelamaan, Allah SWT akan ajar kita ilmu hikmah (ilmu yang tersirat). Ilmu seperti ini tidak perlu belajar. Allah SWT akan jatuhkannya terus ke hati kita. Ilmu ini dinamakan juga ilmu ilham atau ilmu laduni.
SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Falsafah Seni Peperangan Sun Tzu


Strategi untuk Menang


Strategi 1
Perdaya Langit untuk melewati Samudera.
Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempattersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarikkecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh anda harus bertindak ditempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi anda dengan aktivitibiasa sehari-hari.


Strategi 2
Kepung Wei untuk menyelamatkan Zhao.
Ketika musuh terlalu kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yangberharga yang dimilikinya. Ketahui bahwa musuh tidak selalu kuat disemua hal. Entah dimana, pasti ada celah di antara senjatanya,kelemahan pasti dapat diserang. Dengan kata lain, anda dapat menyerangsesuatu yang berhubungan atau dianggap berharga oleh musuh untukmelemahkannya secara psikologi.


Strategi 3
Bunuh dengan pisau pinjaman.
Serang dengan menggunakan kekuatan pihak lain (karena kekuatan yangminim atau tidak ingin menggunakan kekuatan sendiri). Perdaya sekutuuntuk menyerang musuh, sogok orang kepercayaan musuh untuk menjadipenghianat, atau gunakan kekuatan musuh untuk melawan dirinya sendiri.


Strategi 4
Buat musuh kelelahan sambil menghemat tenaga.
Adalah sebuah keuntungan, merencanakan waktu dan tempat pertempuran.Dengan cara ini, anda akan tahu bila dan di mana pertempuran akanberlangsung, sementara musuh anda tidak. Dorong musuh anda untukmenggunakan tenaga secara sia-sia sambil anda mengumpulkan/menghemattenaga. Saat ia lelah dan bingung, anda dapat menyerangnya


Strategi 5
Merompak sebuah rumah yang terbakar.
Ketika sesebuah negara mengalami konflik dalaman, ketika terjangkitpenyakit dan kelaparan, ketika korupsi dan kejahatan maharajalela, makaia tidak akan boleh menghadapi ancaman dari luar. Inilah waktunya untukmenyerang.


Strategi 6
Berpura-pura menyerang dari timur dan menyeranglah dari barat.
Pada tiap pertempuran, elemen dari sebuah kejutan dapat menghasilkankeuntungan ganda. Bahkan ketika berhadapan langsung dengan musuh,kejutan masih dapat digunakan dengan melakukan penyerangan saat merekalengah. Untuk melakukannya, anda harus membuat perkiraan akan apa yangada dalam benak musuh melalui sebuah tipu daya.


Strategi Berhadapan dengan Musuh

Strategi 7
Buatlah sesuatu untuk hal kosong.
Anda menggunakan tipu daya yang sama dua kali. Setelah bereaksiterhadap tipuan pertama dan 朾iasanya- kedua, musuh akan ragu-raguuntuk bereaksi pada tipuan yang ketiga. Oleh karenanya, tipuan ketigaadalah serangan sebenarnya untuk menangkap musuh saat pertahanannyalemah.


Strategi 8
Perbaiki jalan utama untuk mengambil jalan lain. 
Serang musuh dengan dua kekuatan utama.. Yang pertama adalahserangan langsung, sesuatu yang sangat jelas dan membuat musuhmempersiapkan pertahanannya. Yang kedua secara tidak langsung, sebuahserangan yang menakutkan, musuh tidak mengira dan membagi kekuatannyasehingga pada saat-saat terakhir mengalami kebingungan dan kekalahan.


Strategi 9
Pantau api yang terbakar sepanjang sungai.
Tunda untuk memasuki wilayah pertempuran sampai seluruh pihak yangbertikai mengalami kelelahan akibat pertempuran yang terjadi antaramereka. Kemudian seranglah dengan kekuatan penuh dan habiskan.


Strategi 10
Pisau tersarung dalam senyuman.
Puji dan ampu musuh anda. Ketika anda mendapat kepercayaan darinya, anda bergerak melawannya secara rahasia.


Strategi 11
Mengorbankan perak untuk mempertahankan emas.
Ada suatu keadaan dimana anda harus mengorbankan tujuan jangkapendek untuk mendapatkan tujuan jangka panjang. Ini adalah strategikambing hitam dimana seseorang akan dikorbankan untuk menyelamatkanyang lain.


Strategi 12
Mencuri kambing sepanjang perjalanan.
Sementara tetap berpegang pada rencana, anda harus cukup fleksibeluntuk mengambil keuntungan dari tiap kesempatan yang ada sekecil apapun.


Strategi Penyerangan

Strategi 13
Kejutkan ular dengan memukul rumput di sekitarnya.
Ketika anda tidak mengetahui muslihat lawan secara jelas, serang danpelajari reaksi lawan. Perilakunya akan membongkar strateginya.


Strategi 14
Menghidupkan kembali orang mati.
Ambil sebuah idea, teknologi, atau sebuah teknik yang telah dilupakanatau tidak digunakan lagi dan gunakan untuk kepentingan diri sendiri.Hidupkan kembali sesuatu dari masa lalu dengan memberinya tujuan baruatau terjemahkan kembali, dan bawa idea-idea lama, kebiasaan, dantradisi ke kehidupan sehari-hari.


Strategi 15
Memancing harimau untuk meninggalkan sarangnya.
Jangan pernah menyerang secara langsung musuh yang memilikikeunggulan sebab posisinya yang baik. Pancing mereka untuk meninggalkansarangnya sehingga mereka akan terjauh dari sumber kekuatannya.


Strategi 16
Pada saat menangkap, lepaslah satu orang.
Mangsa yang terdesak biasanya akan menyerang secara membabi buta. Untukmencegah hal ini, biarkan musuh percaya bahwa masih ada kesempatanuntuk bebas. Hasrat mereka untuk menyerang akan hilang dengan keinginanuntuk melarikan diri. Ketika pada akhirnya kebebasan yang merekainginkan tersebut tak terbukti, moral musuh akan jatuh dan mereka akanmenyerah tanpa perlawanan.


Strategi 17
Melempar Batu Bata untuk mendapatkan Jed.
Persiapkan sebuah perangkap dan perdaya musuh anda dengan umpan. Dalamperang, umpan adalah ilusi atas sebuah kesempatan untuk memperolehhasil. Dalam keseharian, umpan adalah ilusi atas kekayaan, kekuasaan,dan wanita.


Strategi 18
Kalahkan musuh dengan menangkap pemimpinnya.
Jika tentara musuh kuat tetapi dipimpin oleh komandan yang mengandalkanwang dan ancaman, maka tangkap pemimpinnya. Jika komandan mati atautertangkap maka sisa pasukannya akan terpecah belah atau akan lari kepihak anda. Akan tetapi jika pasukan terikat atas sebuah kesetiaanterhadap pimpinannya, maka berhati-hatilah, pasukan akan dapatmelanjutkan perlawanan dengan semangat balas dendam.


Strategi Huru-Hara

Strategi 19
Jauhkan kayu bakar dari tungku masak.
Ketika berhadapan dengan musuh yang sangat kuat untuk menghadapinyasecara langsung anda harus melemahkannya dengan meruntuhkan formasinyadan menyerang sumber kekuatannya.

Strategi 20
Memancing di air keruh.
Sebelum menghadapi pasukan musuh, buatlah sebuah kekacauan untukmemperlemah pikiran dan pertimbangan mereka. Buatlah sesuatu yang tidakbiasa, aneh, dan tak terpikirkan sehingga menimbulkan kecurigaan musuhdan mengacaukan pikirannya. Musuh yang bingung akan lebih mudah untukdiserang.


Strategi 21
Lepaskan kulit serangga.
Ketika anda dalam keadaan terdesak, dan anda hanya memiliki kesempatanuntuk melarikan diri dan harus membentuk pasukan, buatlah sebuah ilusi.Sementara perhatian musuh tertumpu atas muslihat yang anda lakukan,pindahkan pasukan anda secara rahasia di belakang muka anda yangterlihat.


Strategi 22
Tutup pintu untuk menangkap pencuri.
Jika anda memiliki kesempatan untuk menangkap seluruh musuh makalakukanlah, sehingga dengan demikian pertempuran akan segera berakhir.Membiarkan musuh untuk lepas akan menanam bibit dari masalah baru. Akantetapi jika mereka berhasil melarikan diri, berhati-hatilah dalammelakukan pengejaran.


Strategi 23
Berteman dengan negara jauh dan serang negara tetangga.
Lazimnya diketahui bahwa negara yang bersempadanan satu sama lainmenjadi musuh, sementara negara yang terpisah jauh merupakan sekutuyang baik. Ketika anda adalah negara yang terkuat di sebuah wilayah,ancaman terbesar adalah dari negara kedua terkuat di wilayah tersebut,bukan dari yang terkuat di wilayah lain.


Strategi 24
Cari laluan aman untuk menjajah Kerajaan Guo.
Pinjam kekuatan sekutu untuk menyerang musuh bersama. Sesudah musuhdikalahkan, gunakan kekuatan tersebut untuk menempatkan sekutu andapada posisi pertama 杣ntuk diserang-.


Strategi Pendekatan

Strategy 25
Gantikan balak dengan kayu buruk.
Kacau formasi musuh, ganggu operasinya, ubah peraturan-peraturanyang digunakannya, buatlah sebuah hal yang berlawanan dengan latihanstandardnya. Dengan cara ini anda telah meruntuhkan tiang-tiangpenyokong yang diperlukankan oleh musuh dalam membangun pasukan yangkuat.


Strategi 26
Lihat pada pohon muberi dan ganggu ulatnya.
Untuk mendisiplinkan, mengawal, dan mengingatkan suatu pihak yangstatus atau kedudukannya di luar pertemuan secara langsung; gunakanejekan atau sindiran. Tanpa langsung menyebut nama, pihak yang tertuduhtidak akan dapat memukul balik tanpa ketahui pihak yang jelas.


Strategi 27
Berlagak cerdik.
Sembunyi di balik muka cerdik, mabuk, atau gila untuk menyebabkankebingungan utk tujuan dan motif anda. Perangkap lawan anda ke dalamsikap meremehkan kemampuan anda sampai pada akhirnya terlalu yakin akandiri sendiri sehingga menurunkan tahap pertahanannya. Pada situasi inianda dapat menyerangnya.


Strategi 28
Robohkan jambatan ketika musuh telah sampai di atasnya.
Dengan umpan dan tipu muslihat perdayakan musuh anda ke dalam daerahberbahaya. Kemudian putuskan ruang komunikasi dan jalan untuk melarikandiri. Untuk menyelamatkan dirinya, dia harus bertarung dengan kekuatananda dan sekaligus elemen alam.


Strategi 29
Hias pohon dengan bunga palsu.
Menampalkan sutera di atas pohon memberikan sebuah gambaran bahwapohon tersebut sehat. Dengan menggunakan muslihat dan penyamaran akanmembuat sesuatu yang tidak bernilai tampak berharga; tak mengancamkelihatan berbahaya; bukan apa-apa kelihatan berguna.


Strategi 30
Jadikan tuan rumah dan tetamu bertukar tempat.
Kalahkan musuh dari dalam dengan menyusup ke dalam benteng lawan denganmuslihat kerjasama, penyerahan diri, atau perjanjian damai. Dengan caraini anda akan menemukan kelemahan dan kemudian saat pasukan musuhsedang beristirahat, serang secara langsung ke kubu pertahanannya.


Strategi Kalah

Strategi 31
Perangkap indah.
Kirim kepada musuh anda perempuan-perempuan cantik yang akan menyebabkan perselisihan di kubu pertahanannya. Strategi ini dapatbekerja pada tiga tingkatan. Pertama, pemimpin akan terpesona olehkecantikannya sehingga akan melalaikan tugasnya dan tingkatkewaspadaannya akan menurun. Kedua, para laki-laki akan menunjukkansikap agresifnya yang akan menimbulkan perselisihan kecil di antaramereka, menyebabkan lemahnya kerjasama dan jatuhnya tahap semangat.Ketiga, para perempuan pihak musuh akan terganggu oleh rasa cemburu daniri, sehingga akan membuat masalah yang pada akhirnya akan semakinmemperburukan situasi.


Strategi 32
Kosongkan benteng. 
Ketika musuh kuat dalam segi jumlah dan situasinya tidakmenuntungkan bagi diri anda, maka batalkankan seluruh muslihatketenteran dan bertindaklah seperti biasa. Jika musuh tidak mengetahuisecara pasti situasi anda, tindakan yang tidak biasanya ini akanmeningkatkan kewaspadaan. Dengan sebuah keberuntungan, musuh akanmengurangkan serangan.


Strategi 33
Biarkan pengintip musuh menyebarkan konflik di wilayahpertahanannya. (Gunakan pengintip musuh untuk menyebarkan maklumat palsu.)
Perlemah kemampuan tempur musuh anda dengan secara diam-diam denganmembuat konflik antara musuh dan teman, sekutu, penasihat, komander,tentera, dan rakyatnya. Sementara ia sibuk untuk menyelesaikan konflikdalamannya, kemampuan tempur dan bertahannya akan lemah.


Strategi 34
Lukai diri sendiri untuk mendapatkan kepercayaan musuh. (Masuk ke dalam perangkap; jadilah umpan.)
Berpura-pura terluka akan mengakibatkan dua kemungkinan. Kemungkinanpertama, musuh akan bersantai sejenak oleh karena dia melihat andasebagai bukan sebuah ancaman serius. Yang kedua adalah jalan untukmenipu musuh anda dengan berpura-pura luka oleh sebab itu musuh akanmerasa aman.


Strategi 35
Ikat seluruh kapal musuh secara bersusun. (Jangan pernah bergantung pada satu strategi.)
Dalam hal-hal penting, seseorang harus menggunakan beberapa strategiyang dijalankan secara serentak. Tetap berpegang pada rancanganberbeza-beza yang dijalankan pada sebuah skala besar; dengan cara ini,jika satu strategi gagal, anda masih memiliki beberapa strategi untuktetap maju.


Strategi 36
Selain dari semua hal di atas, salah satu yang paling dikenal adalah strategi ke 36: 
Lari untuk bertempur di lain waktu. Hal ini diabadikan dalam bentuk peribahasa Cina:
SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Mencari Ketenangan di Tengah Kesibukan

Jika kesunyian tak mampu menghadirkan ketenangan, jika sujud dan ruku' kita tak lagi mendatangkan ketenteraman dan kesejukan jiwa, ada yang perlu kita tengok dalam diri kita. Kita perlu mengambil jarak dan melakukan hentian sejenak dari kesibukan-kesibukan yang terus memacu kita untuk berlari. Kita perlu mencari kejernihan di tengah hiruk-pikuk kehidupan maupun mimpi-mimpi kita…

Jika bertambahnya rezeki tak menambah kebahagiaan, ketenangan dan kekhusyukan, ada yang perlu kita periksa sejenak. Atas sedekah dan ibadah kita, ada yang perlu kita cermati dengan jernih barangkali ada salah niat yang terselip. Atas berlimpahnya harta yang tak menambah keteduhan hati dan kesejukan jiwa, ada yang perlu kita renungi; tentang diri sendiri, tentang tetangga kita, tentang do'a-do'a kita serta berbagai hal yang berkaitan hubungan kita dengan Allah Ta'ala maupun hubungan dengan sesama.

Ambillah jarak, luangkan waktu dan lakukan hentian sejenak… Semoga kita dapat menemukan ketenangan di tengah kesibukan.

Mohammad Fauzil Adhim
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Tip Tekanan Peperiksaan

Tip yang bagus aku tengok sekali imbas .. terus aku copy paste ... mungkin berguna nak final exam nanti ...

sumber: osmanaffan.com

Tip #1

Bahaya menghafal di saat akhir

Sebelum memasuki dewan peperiksaan, pasti anda pernah lihat kawan-kawan anda sibuk membuka buku dan cuba menghafal fakta-fakta pelajaran kan? Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Jika anda tanya saya, saya akan katakan bahawa ada bahayanya jika anda lakukan perkara ini. Ini kerana, sebelum memasuki dewan peperiksaan, anda lebih mudah panik. Katakan anda cuba menghafal sesuatu dan gagl menghafalnya, anda akan masuk dewan peperiksaan dengan perasaan sangat gementar kerana tidak menghafal fakta tadi. Ini mula mengganggu konsentrasi ingatan anda terhadap fakta-fakta lain.

Akhirnya, fakta yang anda tidak sempat hafal tadi mungkin tidak keluar langsung dalam soalan, tetapi disebabkannya, anda lupa fakta lain yang anda telah hafal sebelum ini. Ini semua disebabkan rasa panik dan gementar sebelum memasuki dewan peperiksaan tadi. Jadi, berbaloikah anda membuka dan menghafal nota disaat-saat akhir di luar dewan peperiksaan tadi?

Tip #2

Latih kebolehan menumpukan perhatian

Apabila kita sedang menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan, satu kebolehan yang amat kita perlukan ialah kebolehan untuk menumpukan perhatian. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian, kita akan merasa sukar untuk mengingati apa yang telah kita pelajari. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian kepada menjawab soalan, kita juga akan mudah merasa letih dan hilang kebolehan untuk berfikir dengan tajam.

Satu cara untuk melatih kebolehan menumpukan perhatian ialah semasa anda melakukan ulangkaji pelajaran. Semasa mengulangkaji, ketepikan semua jenis gangguan seperti televisyen, radio, handphone dan cuba cari tempat yang agak tenang seperti keadaan di dalam dewan peperiksaan. Katakan anda sedang mengulangkaji matematik, cari soalan-soalan matematik yang anda boleh lakukan dalam masa 30 minit. Dapatkan contoh kertas peperiksaan jika boleh.

Kemudian, duduk dengan selesa. (Duduk dengan selesa bukan bermakna anda boleh berlunjur atau meletakkan kaki di atas meja ) Duduk seperti anda seorang pelajar cemerlang yang sedang menjawab soalan peperiksaan. Tetapkan dalam hati (dengan bersungguh-sungguh) bahawa anda akan menumpukan perhatian selama 30 minit untuk melakukan latihan matematik. Kita mulakan latihan penumpuan perhatian ini dengan 30 minit dulu. Jika anda rasa 30 minit terlalu lama, kurangkan sedikit.

Kemudian, mula menjawab soalan-soalan itu. Gunakan segala usaha minda anda untuk menepis sebarang jenis gangguan yang mungkin mengganggu konsentrasi anda. Mungkin dalam masa 30 minit anda mula teringat rancangan television yang menarik dan mungkin anda juga teringat tentang janji untuk berjumpa kawan. dalam masa 30 minit ini, lupakan itu semua. Fokus 100 peratus perhatian anda kepada  soalan yang sedang lakukan.

Cuba latihan sebegini beberapa kali. Setelah berjaya, tambahkan masa daripada 30 minit kepada 40, 50, 60 dan seterusnya kepada masa sebenar yang diberi untuk menjawab kertas soalan matematik.

Dengan berlatih begini, anda akan meningkatkan kebolehan anda untuk menumpukan perhatian dan bertahan dalam keadaan sebegitu dengan lebih lama.

Selamat mencuba.

Tip #3

Rehat dengan cukup

Apabila disebut perkataan rehat, ramai pelajar yang terbayangkan perkataan tidur. Bagi mereka, satu-satunya cara untuk berehat adalah dengan tidur.

Sebenarnya, tidur adalah satu cara berehat. Tetapi ada beberapa perkara lain lagi yang boleh dilakukan untuk berehat. Contohnya, bersiar-siar di waktu petang, beriadah ringan, membaca buku kegemaran, menonton tayangan gambar, mendengar muzik dan sebagainya.

Ada beberapa petua tentang memilih aktiviti untuk merehatkan otak dan badan. Pertama, anda perlu pilih mana aktiviti yang sesuai bagi anda, bukan sesuai bagi orang lain. Contohnya, bila anda dengar kawan anda berehat dengan membaca buku cerita, anda juga ikut baca buku cerita. Padahal, anda rasa makin tertekan bila membaca buku cerita. Jadi, jangan ikut orang lain, cari aktiviti yang sesuai untuk anda sendiri.

Kedua, aktiviti yang dipilih jangan terlalu memenatkan. Jika terlalu memenatkan, anda akan kehilangan tenaga untuk diluangkan kepada masa mengulangkaji. Jika anda memilih untuk beriadah, jangan terlalu memenatkan.

Ketiga, buat aktiviti yang merehatkan otak itu dengan kadar sederhana. Jika anda memilih untuk tidur, jangan tidur terlalu lama. Jika anda memilih untuk membaca buku cerita atau majalah, jangan terlalu lama juga. Nanti masa anda habis dalam membuat aktiviti ini sahaja pula.

Tip #4

Bayangkan kesudahan menggembirakan

Peperiksaan adalah sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan bagi sesetengah pelajar. Perasaan sebegini akan menjadi lebih teruk lagi jika minda pelajar itu dipenuhi dengan imej-imej yang menunjukkan kegagalan, kesusahan, pening kepala dan kekecewaan. Imej-imej begini dalam fikiran pelajar akan menambahkan lagi debaran untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, apa yang pelajar harus lakukan untuk mengurangkan rasa debaran dan kegelisahan ini?

Satu cara yang efektif ialah dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan. Sebelum hari peperiksaan menjelang, bayangkan hari peperiksaan tersebut di dalam minda anda. bayangkan, peperiksaan sudah berakhir, dan anda kelihatan gembira kerana telah menjawab dengan baik. Bayangkan dengan jelas bagaimana rupa anda ketika tersenyum selepas peperiksaan. Kemudian, rasakan perasaan gembira yang mengiringi senyuman itu. Ini yang dimaksudkan dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan.

Mengapa kita lakukan ini? Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita asyik fikirkan tentang kesusahan peperiksaan, kita akan sentiasa risau dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akhirnya, kesusahan itu menjadi kenyataan.

Jadi tukar imej susah dalam minda anda itu kepada kesudahan yang menggembirakan yang saya katakan tadi. Insyaallah, kita akan rasa lebih tenang dan kesudahan itu akan benar-benar menjadi kenyataan. Selamat mencuba

Tip #5

Berlatih dengan suasana peperiksaan

Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM akan menjelma tidak lama lagi. Kebanyakan pelajar yang akan mengambil peperiksaan ini sudah habis belajar sukatan pelajaran masing-masing dan sepatutnya mereka semua sudah mula membuat latih tubi untuk menghadapi peperiksaan yang besar ini. Selain daripada melakukan sebanyak latihan yang mungkin, apakah perkara penting yang perlu dilakukan ketika ini?

Satu perkara penting yang patut anda lakukan ialah berlatih dengan suasana peperiksaan. Saya selalu mendengar rungutan pelajar bahawa jika mereka lakukan latihan di rumah, mereka boleh menjawab dengan baik, tetapi di dalam dewan peperiksaan, lain pula jadinya. Kenapa anda mungkin hebat di rumah dan di sekolah tetapi tidak begitu hebat semasa peperiksaan sebenar?

Ada beberapa sebab mengapa itu terjadi. Satu sebabnya ialah anda mungkin telah membiasakan diri dengan aktiviti yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan. Contohnya, saya ada lihat pelajar yang suka meletakkan kedua-dua kaki mereka di atas kerusi semasa belajar. Mereka selesa belajar begitu. Tetapi, di dalam dewan peperiksaan mereka tidak boleh buat begitu, lalu mereka jadi tidak selesa. Bila tidak selesa, mereka tidak dapat berfikir sehebat bila mereka belajar di rumah.

Ada yang suka menyanyi-nyanyi dan bersiul sewaktu membuat latihan. Mereka kata mereka selesa begitu. Tetapi, tidak boleh bersiul dalam dewan peperiksaan. Jadi, mereka rasa tidak selesa dan akibatnya, tidak dapat menjawab dengan baik.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, perhatikan cara anda belajar di rumah atau ketika bersendirian. Kenal pasti mana-mana perkara yang anda lakukan yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan. Walaupun anda selesa belajar begitu (seperti belajar sambil meniarap), anda akan rasa tidak selesa semasa dalam dewan peperiksaan nanti. Kemudian, perlahan-lahan hentikan perbuatan itu. Anda perlu ingat, jika anda terlalu suka buat sesuatu yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan, anda akan rasa tertekan semasa mengambil peperiksaan nanti.

Kemudian, berlatih duduk di satu tempat yang sesuai dan buat latihan mata pelajaran anda. Jika boleh, wujudkan suasana peperiksaan di mana anda buat latihan itu mengikut masa yang ditetapkan dan anda tidak membuat bising atau bergerak ke sana ke mari. Ringkasnya, berlagak seolah-olah anda sedang menghadapi peperiksaan yang sebenar.

Kesannya? Seperti biasa, mula-mula anda akan rasa tidak selesa dan janggal. Namun, setelah dilatih, anda akan mula rasa selesa malah anda akan rasa lebih mudah untuk fokus kepada latihan anda. Kemudian, insyaallah, anda akan rasa selesa juga di dalam dewan peperiksaan nanti.

Selamat mencuba.

Tip #6

Teknik meningkatkan kepantasan semasa menjawab soalan peperiksaan

Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan danKetepatan.

Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan?

 Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).

Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).

Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik ulang soalan yang sama, tentulah saya akan jawab semakin cepat sebab saya sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam peperiksaan bukan kena jawab soalan yang sama!”Benar, anda jawab semakin cepat kerana anda sudah ingat jalan penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam masa yang sama, anda akan ingat juga cara menjawab soalan begini jika anda jumpa soalan yang lebih kurang sama bentuknya di dalam peperiksaan nanti.

Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Anda akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat anda sedar bahawa kebanyakan cara menjawab soalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika anda sudah faham danmahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama.

Selamat mencuba.

Tip #7

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi.

Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1993, ada dua pelajar daripada sekolah saya yang tidak dapat mengambil peperiksaan. Mereka tidak sihat dan saya percaya ia disebabkan oleh tekanan menghadapi peperiksaan. Soalan saya, apakah kesan tekanan menghadapi peperiksaan ini? Maksud saya, apakah kesan-kesan yang anda boleh lihat akibat tekanan perasaan? Tuliskan 10 jawapan anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit untuk anda menulis kesan-kesan tekanan perasaan itu………… (3 minit dari sekarang……………..)

(…….. dah tulis….? Jangan sambung baca selagi anda belum tulis…. nanti anda tidak dapat faham apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.)

Baiklah. Apa yang ada dalam senarai anda? Antara kesan-kesan yang biasa pelajar tulis ialah pening kepala, tumbuh jerawat, cepat marah, hilang mood, hilang selera makan,(bertambah selera makan pun ada ), sakit perut, sakit hati, hilang tumpuan, rasa nak pengsan, benci tengok kawan, benci tengok muka guru, benci tengok muka sendiri, dan macam-macam lagi perkara yang negatif. Ada tak contoh-contoh ini dalam senarai anda?

Baiklah. Satu lagi soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif atau kesan yang baik? Hmm…. selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesan yang baik bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan. Padahal, memang ada kesan yang baik.

Apakah kesan baik tentang tekanan perasaan? Saya akan jawab esok. Tetapi saya akan bagi ‘hint’. Kesan positif tekanan perasaan ada kaitan dengan orang yang membuat senaman angkat berat. Apa agaknya ya? Fikirkan……

Tip #8

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Dapatkah anda meneka apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah, saya akan terangkan dulu apa kesan membuat latihan angkat berat.

Katakan Ali berlatih angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa kali hingga dia tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi tekanan kepada otot-otot tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan terasa sakit. Ini disebabkan otot-otot pada tangan Ali telah rosak disebabkan tekanan tadi.

Satu perkara yang hebat mengenai manusia ciptaan Allah, jika otot-otot kita rosak disebabkan tekanan benda berat tadi, ia akan digantikan dengan yangBARU, LEBIH BESAR dan LEBIH KUAT.

Ini bermakna, apabila Ali sudah hilang rasa sakit, kekuatan tangannya akan bertambah. Sebab itulah sebenarnya jika mula-mula kita angkat beg sekolah kita rasa berat, tapi lama kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini kerana kekuatan kita telah bertambah.Begitu juga dengan tekanan perasaan. Tekanan perasaan membuat kita pening kepala, sakit perut, rasa nak muntah dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar, hadapi tekanan itu dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah kita akan jadi lebih matang dan bijak. Kita buat soalan matematik contohnya dan rasa pening, jika kita sabar dan hadapi tekanan itu dengan tenang, kita akan rasa bahawa soalan matematik tidak lagi memberi tekanan perasaan kepada kita. Ia seolah-olah kita sudah menjadi semakin kuat.

Jadi, sebagai langkah permulaan, ingat satu perkara ini. Jika anda rasa tertekan, percaya bahawa apabila anda susah melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan matang dan anda akan lebih mempunyai peluang untuk berjaya di dalam pelajaran atau dalam hidup.

Tip #9

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.

Hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini saya namakan mencari ‘masa aktif’.

Salah satu sebab anda merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda penat, anda tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila anda tidak boleh menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham, anda rasa…. TERTEKAN!

Mencari masa aktif bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda paling aktif? maksud, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu malam dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan tubuh badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari. Disebabkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi, kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. kenal pasti, bilakah ‘masa aktif’ anda itu.

Ada satu peringatan. Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu berhati-hati supaya jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pasa waktu siang. Aktiviti berat seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hilang semua tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika masa aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu.

Selamat mencuba.

Tip #10

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Pernahkah anda merasa begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh makan? Ingat semula pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, bagaimana cara anda duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan? Ingat?

Bagus. Jika anda hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya mengubah cara anda berdiri, duduk dan juga menukar memek muka anda. Sekarang, jika anda rasa tertekan, cuba berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam. Tinggikan kedudukan dada anda seolah-olah anda baru menang satu anugerah dan anda merasa sangat bangga. Senyum. Senyum sampai nampak semua gigi anda. Apa yang anda rasa sekarang? Lebih baik kan? Ini adalah teknik ‘Fisiologi’ untuk mengurangkan tekanan perasaan.

Teknik ini adalah mudah. Ia mengatakan bahawa anda boleh mengubah apa yang anda rasa dengan hanya mengubah cara pergerakan tubuh badan anda. Mari kita cuba sekali lagi. Katakan anda hendak pergi ke meja anda untuk belajar. Buku-buku anda telah siap tersedia di atas meja. Cuba jalan perlahan-lahan dengan muka yang ‘monyok’ (boleh guna ke perkataan ni ) Kalau tak faham monyok, buat muka ketika anda sangat kecewa. Jalan dengan langkah yang berat seolah-olah ada rantai di kaki anda dan anda tidak larat nak berjalan dengan tegak.

Apa yang anda rasa? Berat dan malas kan? Untuk mengatasinya, buat perkara sebaliknya. Berjalan dengan gagah dan buat muka riang gembira macam anda baru menang hadiah cabutan bertuah.  Apa anda rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih cergas, anda juga akan kurang merasa kesan tekanan perasaan yang melanda.

Jadi, ubah pergerakan anda dan ubah memek muka anda untuk mengurangkan tekanan perasaan yang anda rasa. Selamat mencuba.

Tip #11

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~

Seperti yang telah kita bincangkan beberapa hari ini, tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah ada menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini.

Satu petua lagi yang ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.

Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).

Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.

Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.

Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.

Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4 – kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun.
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kenali Manusia yang mempunyai sifat Peribadi Introvert


Di saat keramaian makan malam selepas habis aktiviti siang , keadaan hingar bingar dengan suara percakapan manusia dari segala sudut . Ada yang berborak kosong , berbincang , bergelak ketawa dan ada yang duduk bersendirian menikmati makanan sambil melihat sekeliling . Orang seperti ini hanya berbicara dan mengeluarkan katanya dari mulut untuk orang-orang yang rapat dengannya sahaja . Kadang-kadang topiknya serius dan percakapan dia tak terhenti , tapi selalunya dia akan dengar dan berdiam diri sahaja . Apabila pendapatnya di perlukan barulah dia membuka mulut . Pergerakannya terbatas di kawasan itu sahaja, dia tidak pergi untuk bergaul di tempat lain . Di sudut jauh dia kelihatan seperti sombong dan tidak bergaul . Dan ada yang beranggapan dia seperti malu dan berat mulut .

Adakah anda mengenali orang seperti ini di keliling anda? yang suka bersendirian dan sukar untuk di dekati ? .. walaupun begitu dia seorang yang sangat produktif dan berfikiran kritis . Cara berkerjanya sendiri dan mempunyai batas dalam kerja berkumpulan . Orang seperti ini sentiasa di label sebagai sombong , pemalu dan tidak bercampur . 

Manusia memang diciptakan tuhan berbeza-beza dari segala aspek , dari fizikal , pemikiran bahkan keperibadiannya . Berbicara tentang keperibadian yang berbeza. Adakah anda termasuk orang yang suka menyendiri? atau tidak suka bergaul dan pergi ke tempat umum? ini adalah salah satu ciri sifat-sifat introvert . Apa sebenarnya introvert itu ? dan apa ciri-ciri introvert?

Apa itu Introvert?

Sifat Introvert adalah sifat orang yang berorientasi pada diri sendiri, dalam erti kata lain seseorang yang memiliki peribadi ini adalah seorang yang suka menyendiri. Kurang peduli akan dunia luar . Tapi apakah dengan begitu orang bersifat introvert ini memliki sifat pendiam , pemalu dan terlalu individualistik ? ia adalah tidak benar sama sekali . Banyak pandangan yang menyimpang tentang sifat introvert ini . Sering kali masyarakat mengecil dan menjauhkan orang-orang introvert kerana sifat individualisnya yang seakan mementingkan diri . Tetapi sebenarnya orang-orang introvert mempunyai banyak sekali sifat yang positif. Kerana kesendirian orang-orang ini mengetahui apa erti kesetiaan dan persahabatan.

Akan sifat pemalu yang di label akan peribadi introvert dan tidak suka bersosial adalah salah sama sekali . Orang yang mempunyai sifat introvert bukan tidak suka untuk bersosial dan bergaul , cuma mereka mempunyai pemikiran yang menjauhkan mereka dari melakukan perkara yang bagi mereka membuang masa dan berbicara tentang perkara yang bagi mereka tidak penting . Tapi jika orang introvert ini bertemu dan membicarakan topik kesukaannya mereka akan berbicara tanpa henti . Mereka jarang berinteraksi dengan orang asing , mereka hanya berinteraksi kepada orang lain jika mereka punya alasan dan penting bagi mereka . Introvert selalunya akan membalas percakapan dengan sedikit dan untuk keperluan sahaja. Mereka tidak suka akan sensasi dan perhatian .

Orang introvert juga sangat membatas akan kenalan-kenalannya . Kerana mereka lebih mementingkan kualiti dari kuantiti . Sangat berbeza keperibadian ekstrovert yang suka bergaul dan mempunya ramai kawan dalam satu-satu masa. Bagi introvert semakin sedikit kawan semakin sedikit masalah yang ditimbulkan mereka lebih fokus dan setia dengan kawan yang memahami kerja dan permikiran mereka . Kerana itu orang introvert lebih suka bersendiri dan tidak banyak kenalan kerana perangai introvert yang nyaman dan fikiran mereka yang menyendiri , mencari pencapaian dan memerlukan seorang untuk berkongsi apa yang mereka telah capai. 

Orang Introvert bukan tidak boleh atau tidak suka untuk berada di publik tetapi mereka tidak suka berada di publik dalam waktu jangka yang lama dan terlibat dengan publik yang ramai dan penuh kesibukan atas sebab cara kerja otak mereka berbeza dengan orang ekstrovert . Orang Introvert mempunyai saraf yang sensitif terhadap Neuotrasmitter , atau lebih dikenal degan dopamine , mereka tidak menyukai adrenalin dan pencari sesasi , jika mereka terlalu banyak kebisingan dan bicara daya pemikiran mereka akan berkurang .

Introvert juga tersangat individualistik , mereka tidak suka mengikut trend . Cara hidup mereka yang tertutup dan tidak mengikut trend ini la yang membuat mereka mempunyai pendirian yang kuat dan tak mudah terpengaruh . Mereka lebih akan sesuatu yang mereka anggap berguna , oleh kerana itu mereka di pandang pelik oleh masyarakat kerana mereka tidak seperti masyarakan umum .

Di Akhir ini tidak perlulah kita untuk menimbulkan masalah dimana kita adalah introvert atau ekstrovert . Lebih tumpulah pada kepentingan untuk membangkitkan potensi diri berdasarkan pengetahuan akan jenis peribadi kita , kerana setiap keperibadian tertentu memliki kelebihan dan juga kekurangan . 

Pada mereka yang mempunyai keperibadian minoriti seperti introvert ini janganlah merasa kecil kerana banyak kelebihan dari sifat peribadi ini dan Banyak tokoh-tokoh yang mempunyai peribadi introvert ini sebagai contoh :

Bill Gates
Warren Buffet
Marck Zuckerberg
Larry Page
Mahatma Gandhi
Albert Einstein
Abraham Lincoln
J.K. Rowling

Keanu Reeves:
“I was kinda shy in school, but I also had the class-clown element about me.  I was removed, but I was involved.“

Stephen Spielberg:
“I never felt comfortable with myself, because I was never part of the majority. I always felt awkward and shy and on the outside of the momentum of my friends’ lives.”

Emma Watson :
“It’s interesting, because people say things to me like, “It’s really cool that you don’t go out and get drunk all the time and go to clubs,” and I’m just like, I mean, I appreciate that, but I’m kind of an introverted kind of person just by nature, it’s not like a conscious choice that I’m making necessarily. It’s genuinely who I am … Coming to realize that about myself was very empowering, because I had felt like Oh my god, there must be something wrong with me, because I don’t want to go out and do what all my friends want to do.”

Mereka adalah contoh para introvert yang cukup berjaya dan memanfaatkan keperibadian mereka .


Sumber wikipedia : Ekstraversion and introversion , Huffingtonpost , 


SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Soalan Yang Anda Perlu Tanya Pada Diri Sendiri



Untuk mencari Sebuah Jawapan kita perlukan soalan , Kita tidak boleh terawang-awangan melayang memikirkan sesuatu atau mencarinya tanpa ada satu soalan sebelum mencari jawapan , Kerana ketika itu kita tidak ada arah dan tujuan ia lebih kepada angan-angan . Begitu juga dengan segala aspek dalam kehidupan , jika melakukan sesuatu kita perlu tahu kenapa dan bagaimana kita melakukannya. begitu juga dengan Putaran Hidup. Kita perlu mencari permasalahan sebelum menyelesaikan masalah. Ia lebih mudah jika kita lakukan dari bercakap .Kerana kata-kata hanya memeningkan sahaja . 

Begitulah juga untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan dari hari ke hari , bulan ke bulan , tahun ke tahun . Sentiasalah kita bertanya soalan kepada diri sendiri apa yang berlaku dan apa yang terjadi dan apa yang masih membelenggu . Secara Jujur Soalan-soalan di bawah aku juga sehingga kini masih mencari jawapannya .

31 Soalan Inspirasi 

  1. Adakah anda melakukan apa yang anda benar-benar mahu lakukan? 
  2. Adakah anda mempunyai impian ? Dan Sedang Mengejar Impian Anda?
  3. Adakah anda bangga dengan apa yang anda lakukan atau apa yang telah anda kecapi? 
  4. Berapa banyak janji yang telah anda buat dan berapa banyak darinya telah anda penuhi? 
  5. Apakah perkara yang anda benar-benar mahu melakukan tetapi tidak pernah melakukan hal itu, dan mengapa? 
  6. Adakah anda pernah kecewakan setiap orang yang anda sayangi atau yang tersayang? 
  7. Adakah anda akan mengambil risiko yang jika kemungkinan kegagalan dan kejayaan adalah 50-50?
  8. Jika anda boleh melakukan perjalanan ke masa lalu dalam mesin masa, apa nasihat yang akan anda berikan kepada anda yang berusia 6 tahun? 
  9. Adakah anda akan melanggar undang-undang untuk sesuatu / seseorang yang anda sayangi? 
  10. Adakah anda pernah tinggalkan idea kreatif yang anda percaya tetapi orang lain fikir anda adalah orang yang bodoh? 
  11. Apa yang akan anda lebih suka? Dapat bekerja tapi membosankan atau kerja-kerja yang menarik dengan banyak beban kerja? 
  12. Adakah anda takut membuat kesalahan walaupun tidak ada hukuman sama sekali? 
  13. Jika anda akan mengklon diri sendiri, apa ciri-ciri anda, anda tidak akan mahu diklon?
  14. Apakah perbezaan di antara anda dan kebanyakan orang lain? 
  15. Adakah anda memeri beberapa pengaruh di dunia atau sentiasa dipengaruhi oleh dunia? 
  16. Hal yang Anda menangis untuk masa lalu, ia tidak penting untuk anda sekarang? atau ia akan menjadi masalah bagi anda 5 tahun kemudian? 
  17. Apakah ada sesuatu yang tidak dapat lepaskan dari suara hati anda?
  18. Adakah anda masih ingat siapa sahaja yang kamu benci 10 tahun yang lalu? Adakah ia penting kini? 
  19. Yang membuat anda bahagia, memaafkan seseorang atau membenci seseorang selama-lamanya? 
  20. Apa yang anda perlu bimbang dan apa bezanya jika anda berhenti risau tentang perkara ini? 
  21. Jika anda akan mati sekarang, anda akan menyesal? 
  22. Yang mana yang anda lebih suka, yang mempunyai pengembaraan yang mewah sendiri atau berkelah dengan orang yang anda suka? 
  23. Siapa yang anda kagumi dan mengapa? 
  24. Apakah ada orang yang memberi inspirasi kepada anda dan membuat siapa anda hari ini? 
  25. Apakah perkara yang anda paling puas? 
  26. Bilakah kali terakhir anda ketawa dan apa yang kau ketawakan? 
  27. Adakah anda melakukan apa-apa yang membuat anda dan orang di sekeliling anda bahagia? 
  28. Apakah ada orang yang anda cintai atau mencintai anda? 
  29. Bilakah kali terakhir anda benar-benar bercakap dengan orang tua / keluarga anda? 
  30. Jika kebahagiaan adalah mata wang, berapa kayakah anda? 
  31. Jika hari ini hari terakhir dunia, apa yang anda buat?
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Ke Dalam Satu Hubungan

Orang yang datang dalam hidup kita dan membina satu perhubungan ada pelbagai sebabnya..
ada yang beralasan , bermusim dan juga untuk seumur hidup.

Bila seseorang itu berhubungan dengan anda atas satu-satu alasan . Hal ini biasanya untuk memenuhi sesuatu keperluan. Mereka datang membantu anda dalam kesulitan , menyediakan anda sesuatu bimbingan dan sokongan dan juga untuk membantu anda dari segi fizikal , emosi dan rohani . Mereka datang seperti berkat dari tuhan . Dan mereka berada dekat dengan anda atas satu alasan yang anda perlukan mereka. Dan bila tiba masanya tanpa apa sebab yang kukuh mereka pergi dan juga kadang mereka memaksa anda untuk terus tinggal dan bertahan . Apa yang perlu kita sedar, yang keperluan kita telah terlaksana, takdir telah ditentukan , kerja kita telah dilaksana dan doa kita telah di jawab . dan tiba masa untuk kita teruskan  juga.

Bila seseorang yang datang mengikut musim , kerana di saat itu telah tiba masa untuk kita berkongsi , membesar , dan belajar. Mereka memberi pengalaman , ketenangan , dan juga gelak ketawa. Mereka kadang mengajar kita sesuatu yang kita tidak pernah lakukan. Mereka juga kadangkala memberi penuh kegembiraan yang langsung kita tak percaya akan merasainya. Percayalah ia benar, tapi ia hanya seketika. Hanya mengikut musim .

Dan hubungan seumur hidup mengajar kita tentang pelajaran hidup. Perkara yang perlu diteruskan supaya anda merasa asas sebuah emosi yang kukuh . Tugas anda adalah untuk menerima dan memberi pelajaran dan pengalaman. Cintai orang yang anda pilih itu , dan letakkan perkara yang anda pelajari selama ini untuk di gunakan dalam hubungan seumur hidup dan hal-hal lain dalam hidup anda . Semua orang berkata dan merasa akan cinta yang buta tetapi sebuah hubungan itu haruslah berterusan . Kita sendiri akan merasa kematangan dalam setiap perhubungan dan dari atas pengalaman tentang asas hubungan yang sering kita dengar yang sentiasa klise . Di saat kita melihat diri mereka dan mereka tahu apa yang mereka perlu ambil tahu dalam hubungan , ketika itu kita tak perlu mencari apa-apa kesempurnaan cuma perlu menambah baik apa-apa kekurangan . Ia tentang masa depan yang perlu dicari dan difikir bersama.

SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Cara Menghadapi Tekanan

Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.
Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib ‘malang’ yang pasti menimpa kita?

Antaranya ialah:

1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat olehTuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu clan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.

Antaranya ialah:
a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkanTuhan tidak membantu kita.

c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.
Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan clan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan clan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.
Contohnya: Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, “Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas.”Ataupun kita boleh berkata begini, “Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisiTuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.”

Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan, memukul dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepadaTuhan, anak itu akan menjadi anak
yang baik apabila dia besar. Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya: “Aku di atas sangkaan hamba-hambaKu ke atas-Ku.”

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata,”KenapalahTuhan berikan aku anak yang senakal ini,” atau kita akan berkata, “Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja. “Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak kita yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita clan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.

Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifatsifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.
SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Kisah Inspirasi Faizul Ridzuan , Hartanah Berjaya



Kehidupan hari ini sememangnya semakin mencabar. Harga minyak yang semakin mahal akibat pengurangan subsidi oleh kerajaan, ditambah pula ramai yang berpendapat gaji RM2500 tidak lagi cukup untuk menampung sara hidup masa kini.

Banyak kali mereka yang telah berjaya berkata, fokus dan fikirkan pada penyelesaian bagi setiap masalah. Usah fokus pada masalah itu sendiri.

Kami ingin bawakan coretan dari Tuan Faizul Ridzuan ini untuk tatapan anda. Harapan kami agar kisah ini dapat memberi inspirasi dan membuka minda anda agar kekal positif dan bersemangat.

_________________________________

Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain.

Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sebab saya ni orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah.

Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang byk org tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.

– Bapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama setahun kami sekeluarga hidup dengan sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sebab ramai lagi yang takde duit untuk makan.

– Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut sebab masih ada adik 2 orang yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami.

– Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?

– Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, PWTC, dan macam-macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.

– Sebab lapar sangat, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food orang lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari orang lain.

– Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan rakan-rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim kalau tak percaya.

– Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.

– Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk uni sampai la tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.

– Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sebab mesti ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan malam atau sarapan untuk esok.

– Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli sendiri, dan majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.

– Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.

– Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad di tepi jalan atau direct selling. Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni memang best sebab langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sangat banyak.

– Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih untuk kerja di bank sebab nak belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji RM2,500 sebulan, dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah pertama. Modal saya cuma RM2,000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan RM155,000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta (gaji saya RM2,500 memang tiada kaitan dengan kekecohan gaji permulaan)

– Waktu berkerja di bank, macam-macam business saya buat. Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya banyak belajar. Saya biasanya tak sampai rumah sebelum jam 12 malam sebab ada kerja 9-5 dan business.

– Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menantu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya memang takde kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (sekarang dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik.

– Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sangat membeli kereta sebab ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.

– Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan.

Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tengok ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan?

Saya tak nak sempit rezeki dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas.

Subsidi minyak sekarang ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan Allah nak bagi.

Bukan semua orang bernasib-baik untuk lahir sebagai orang senang. Semangat kita, tak semestinya kena miskin juga.

Credit : Faizul Ridzuan, dengan izin.
SHARE SHARE SHARE