Killjols Killjols: travel
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Barang wajib anda harus bawa untuk camping



Memandangkan berkhemah dan trekking tidaklah begitu popular dalam kalangan masyarakat malaysia, jadi lebih baik jika anda membawa peralatan sendiri. terutamanya peralatan teras seperti khemah dan beg tidur ataupun membeli versi buatan tempatan yang terdapat di pasaran. Alat tersebut berkemungkinan tidak lawa atau tahan lama, tapi sekurang-kurangnya alat itu tak mahal.



But untuk mendaki amat sukar untuk dicari walaupun sepasang kasut getah dijual dengan hanya RM10 dimana mana sahaja (sampai ukuran saiz 40). Kebanyakan Kebanyakkan pengiring taman negara menggunakan kasut tersebut memandangkan kasut getah itu kering dengan serta-merta dan memberikan cengkaman yang baik terhadap permukaan hutan, tetapi kasut tersebut tidak sesuai untuk trekking yang mengambil masa beberapa hari di kawasan yang sukar. 

Terdapat alat luar yang kecik dan sangat mahal di kedai di Kuala Lumput, Kota Bharu dan lain-lain; anda juga mungkin mampu untuk menyewa sesuatu peralatan yang anda perlukan di sesuatu tapak, terutamanya Taman Negara atau ia telah dibekalkan sebagai sebahagian daripada pakej mendaki.



Barang Keperluan :

1. Beg galas
2. Beg tidur (sleeping bag)
3. Khemah (jika tidur di luar)
4. Kelambu
5. Botol air
6. Tablet penulenan air
7. Alatan mandi dan tisu tandas
8. Lampu suluh
9. Alat menjahit
10. Pisau poket
11. Cermin mata UV
12. Penghalang matahari dan pelembap bibir (sun block and lip balm)
13. Penghalau serangga
14. Kompas
15. Tshirt nipis 
16. Kot kalis air
17. Topi kapas
18. Jaket bulu
19. Sandal (untuk merentas air)
20. Stokin kapas dan stokin bulu
21. First-aid kit

Barang Lain Yang Berguna :

1. Plastik sampah besar yang boleh membawa beban berat
2. Makanan ringan ketika kecemasan
3. Tali boot lebih 
4. Towel kecil
5. Tikar penebat
6. Teropong (binocular)
7. Stokin lintah

Sumber gambar : Google, Tumblr
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Cara travel dari Indonesia ke Malaysia

Dari Indonesia

Terdapat banyak penerbangan termasuk banyak yang beroperasi secara penerbangan kos rendah, menghubungkan di antara lapangan terbang utama di Java dan Sumatra, termasuk Bali dan Lombok dengan Malaysia dan Singapore. Terdapat juga servis di antara Manado di Sulawesi dengan Singapore dengan penerbangan Singapore anak syarikat SilkAir.



 Untuk Kalimantan, AirAsia beroperasi di antara Balikpapan dengan Kuala Lumpur dan pada masa anda membaca mengenai penerbangan Malaysia anak syarikat MASwings (maswings.com.my) perlu beroperasa di antara Pontianak dan Kuching, dan juga di antara Tarakan dan Tawau di Tenggara Sabah.



Memang boleh sampai sarawak dari kalimantan dengan hanya satu laluan jalan raya, melalui sempadan barat bandar Entikong dan seterusnya ke Kuching. Trip bas dari bandar barat Pontianak ke Entikong mengambil masa 7 jam, melintas Sarawak sempadan bandar Tebudu ; duduk di dalam bas yang sama untuk 3 jam yang seterusnya untuk tiba di Kuching.

Manakala untuk feri, terdapat servis beroperasi dari Medan di utara sumatra ke penang selama 4jam, manakala Dumai, di belah selatan, mempunyai servis harian ke melaka selama 2 jam, dengan banyak pelayaran dari Dumai dan Tanjong Balai ke Port Klang berdekatan Kuala Lumpur selama 3 jam. Terdapat juga beberapa servis dari Bintan dan Pulau Batam di Kepulauan Riau (yang boleh datang menggunakan kapal terbang atau bot dari sumatra atau jakarta) ke Johor Bahru selama 30 minit atau singapore selama 30 minit; terdapat feri yang kecil melintas dari Tanjung Balai ke Kukup selama 45 minit, hanya barat daya Johor Bahru. Di Borneo, feri harian menghubungkan Nunakan di Kalimantan dengan Tawau di sabah selama 1 jam.



Sumber gambar : Google, Tumblr
SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Trip ke Air Terjun Pelangi , Sungai Lembing Pahang

Hari Pertama - 3/4/2015

Perjalanan dianggarkan dari KL lebih kurang dalam 3-4 jam untuk ke Kuantan. Manakala untuk masuk ke Sg Lembing lebih kurang dalam 1/2 jam. Disebabkan kami singgah jengka dahulu jadi tak dapat nk beritahu masa yang tepat dari Kl ke Sg Lembing. 

Time Capsule Retreat, Sungai Lembing


Kami sampai di tol Kuantan dalam 8.30 dan sampai di Time Capsule Retreat dalam 9 lebih kerana sesat untuk cari chalet ni. Time Capsule ni berada agak dipenghujung jalan dan simpang masuk dia betul-betul depan Muzium Lombong. Suasana disitu agak sunyi dan menenangkan.

Sampai je terus buat bayaran untuk bilik, kami amik bilik Capsule 1 dengan White Cottage 1. Harga bilik dalam RM115. Kami setelkan sekali untuk aktiviti ke Air Terjun Pelangi, kat chalet ni dorang ada sediakan pakej untuk kesana satu kepala dalam RM40 dengan menaiki 4x4. Selesai angkat barang semua, kami keluar untuk cari makan malam. Pekan ni agak sunyi jadi tak banyak kedai yang buka tapi ada je 2-3 kedai dan juga kedai burger.

Diingatkan! Sediakan duit dan isi penuh minyak kereta anda sebelum masuk ke Sg Lembing ni. Sebab kat dalam pekan ni memang takda langsung ATM dan Petrol pam. So better ready semuanya dari awal. Paling dekat pon dalam 1/2 jam kena keluar balik ke arah Kuantan baru ada petrol pam.

Hari Kedua - 4/4/2015

So memandangkan nak naik ke Air Terjun Pelangi tu makan masa lebih kurang sejam perjalanan naik 4x4, 1/2 jam jungle trekking. So kami kena bangun awal dan gerak lebih kurang dalam 5.45 pagi dan tourist guide tu bawak pergi sarapan dulu. Pekan majoriti cina so banyak kedai cina je yang buka pagi pagi tu. Tapi ada je kedai melayu BARU nak buka so makan la kuih-kuih.Lagipon pagi lagi kan so memandai la tu. Tambahan kami naik 4x4 untuk campur dengan group lain memandangkan kami hanya berempat. Tak silap boleh naik dalam 9/12 orang so kalau datang satu group pon boleh naik sekali je.




4x4 Jeep masuk ke Dalam Sungai lembing

Dalam 6.45 pagi kami teruskan perjalanan yang makan masa sejam lebih tu. Permandangan tak mampu nak diungkap dengan kata-kata terlampau cantik. Lebih kurang dalam 8 lebih sampai kat checkpoint pertama. Kat sini kami kena redah sungai yang agak deras dan dalam tapi Best! Tak jauh pon nak redah ada lah dalam 5-6 min je atau kurang (not so sure). Then lepas tu jungle trekking naik atas dalam sejam lebih sampai atas dalam pukul 9 lebih something.

Perlu meredah Sungai untuk ke tempat air terjun pelangi


Oh untuk makluman lepas je redah sungai tu tourist guide akan jalan dulu dan kita da kira jalan sendiri ikut trek yang disediakan. Sampai buat aktiviti sendiri. Sementara tourist kami sediakan maggi dan air milo untuk kami. Untuk makluman juga pakej yang kiteorang amik ni ada sediakan maggi dan milo. 

Lepas dan tengok pelangi yang memang akan sentiasa ada kat situ dan mandi-manda lebih kurang dalam pukul 11.30 gerak turun bawah balik untuk balik ke chalet balik.

Memandangkan kami hanya menginap untuk 2 hari sebab plan last minit dan nasib baik ada kosong chalet tu, so kena la check out lepas balik dari Air Terjun tu. Kalau stay lama lagi mungkin boleh try Bukit Panorama untuk tengok matahari terbit. Penduduk tempatan kat situ suggest jangan naik masa hujung minggu sebab ramai orang! So better plan percutian korang untuk dapatkan kepuasan yang maksimum!

Antara Gambar Menarik Di sana! Superb!








Travelog/Gambar by Tasha

keyword: Cara nak pergi air terjun pelangi, info air terjun pelangi, cara pergi sungai lembing , perjalanan ke sungai lembing , info tentang air terjun sungai lembing pahang

SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Where is Gunung Senyum ?



Gunong Senyum or the Smiling Mountain Recreational Park, at 1,549 metres above sea level is an important archeological site. It is located on the Pahang River bank about 68 kilometres away from the town of Temerloh via kampung Awah and Felda Jengka 18.

The park is a part of the Jengka Forest Reserve, which covers an area of 794 hectares. Surrounded by oil palm plantations of the Jengka Felda scheme, there are two main mountains within the park, Gunong Senyum and Gunong Jebak Puyoh, the former being a popular spot to tourist and researchers.

Gunong Senyum is made up of limestone and rock, estimated to be around 3,000 years old, whilst the lowlands on the east is made of mudstone and shale estimated at around 2,100 years old.

kredit : Pahangtourism
SHARE SHARE SHARE