Trip ke Air Terjun Pelangi , Sungai Lembing Pahang | Killjols Trip ke Air Terjun Pelangi , Sungai Lembing Pahang | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Trip ke Air Terjun Pelangi , Sungai Lembing Pahang

Hari Pertama - 3/4/2015

Perjalanan dianggarkan dari KL lebih kurang dalam 3-4 jam untuk ke Kuantan. Manakala untuk masuk ke Sg Lembing lebih kurang dalam 1/2 jam. Disebabkan kami singgah jengka dahulu jadi tak dapat nk beritahu masa yang tepat dari Kl ke Sg Lembing. 

Time Capsule Retreat, Sungai Lembing


Kami sampai di tol Kuantan dalam 8.30 dan sampai di Time Capsule Retreat dalam 9 lebih kerana sesat untuk cari chalet ni. Time Capsule ni berada agak dipenghujung jalan dan simpang masuk dia betul-betul depan Muzium Lombong. Suasana disitu agak sunyi dan menenangkan.

Sampai je terus buat bayaran untuk bilik, kami amik bilik Capsule 1 dengan White Cottage 1. Harga bilik dalam RM115. Kami setelkan sekali untuk aktiviti ke Air Terjun Pelangi, kat chalet ni dorang ada sediakan pakej untuk kesana satu kepala dalam RM40 dengan menaiki 4x4. Selesai angkat barang semua, kami keluar untuk cari makan malam. Pekan ni agak sunyi jadi tak banyak kedai yang buka tapi ada je 2-3 kedai dan juga kedai burger.

Diingatkan! Sediakan duit dan isi penuh minyak kereta anda sebelum masuk ke Sg Lembing ni. Sebab kat dalam pekan ni memang takda langsung ATM dan Petrol pam. So better ready semuanya dari awal. Paling dekat pon dalam 1/2 jam kena keluar balik ke arah Kuantan baru ada petrol pam.

Hari Kedua - 4/4/2015

So memandangkan nak naik ke Air Terjun Pelangi tu makan masa lebih kurang sejam perjalanan naik 4x4, 1/2 jam jungle trekking. So kami kena bangun awal dan gerak lebih kurang dalam 5.45 pagi dan tourist guide tu bawak pergi sarapan dulu. Pekan majoriti cina so banyak kedai cina je yang buka pagi pagi tu. Tapi ada je kedai melayu BARU nak buka so makan la kuih-kuih.Lagipon pagi lagi kan so memandai la tu. Tambahan kami naik 4x4 untuk campur dengan group lain memandangkan kami hanya berempat. Tak silap boleh naik dalam 9/12 orang so kalau datang satu group pon boleh naik sekali je.




4x4 Jeep masuk ke Dalam Sungai lembing

Dalam 6.45 pagi kami teruskan perjalanan yang makan masa sejam lebih tu. Permandangan tak mampu nak diungkap dengan kata-kata terlampau cantik. Lebih kurang dalam 8 lebih sampai kat checkpoint pertama. Kat sini kami kena redah sungai yang agak deras dan dalam tapi Best! Tak jauh pon nak redah ada lah dalam 5-6 min je atau kurang (not so sure). Then lepas tu jungle trekking naik atas dalam sejam lebih sampai atas dalam pukul 9 lebih something.

Perlu meredah Sungai untuk ke tempat air terjun pelangi


Oh untuk makluman lepas je redah sungai tu tourist guide akan jalan dulu dan kita da kira jalan sendiri ikut trek yang disediakan. Sampai buat aktiviti sendiri. Sementara tourist kami sediakan maggi dan air milo untuk kami. Untuk makluman juga pakej yang kiteorang amik ni ada sediakan maggi dan milo. 

Lepas dan tengok pelangi yang memang akan sentiasa ada kat situ dan mandi-manda lebih kurang dalam pukul 11.30 gerak turun bawah balik untuk balik ke chalet balik.

Memandangkan kami hanya menginap untuk 2 hari sebab plan last minit dan nasib baik ada kosong chalet tu, so kena la check out lepas balik dari Air Terjun tu. Kalau stay lama lagi mungkin boleh try Bukit Panorama untuk tengok matahari terbit. Penduduk tempatan kat situ suggest jangan naik masa hujung minggu sebab ramai orang! So better plan percutian korang untuk dapatkan kepuasan yang maksimum!

Antara Gambar Menarik Di sana! Superb!








Travelog/Gambar by Tasha

keyword: Cara nak pergi air terjun pelangi, info air terjun pelangi, cara pergi sungai lembing , perjalanan ke sungai lembing , info tentang air terjun sungai lembing pahang

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment