10 Makanan yang Dapat Bantu Anda Bakar Kalori. | Killjols 10 Makanan yang Dapat Bantu Anda Bakar Kalori. | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

10 Makanan yang Dapat Bantu Anda Bakar Kalori.

1.  Kacang Brazil


Sesuatu yang hebat untuk dimakan, rasanya enak apabila masuk kedalam mulut anda. Faktanya ia membantu pembakaran kalori dan mengekalkan stamina anda. Ia juga membantu untuk mempercepatkan metabolisma badan dan menambahbaik sistem imun anda. 

2. Benih Chia


Benih Chia adalah satu lagi makanan yang anda perlu letakkan dalam menu harian anda. Ia sangat bagus untuk kesihatan kerana kaya dengan sumber fiber, protein dan omega 3. Tidak mengejutkan ia dapat membantu pembakaran kalori, juga mengenyangkan!

3. Spicy Foods


Kita pernah mendengar bahawa makan makanan yang pedas tidak elok untuk kesihatan. Tapi tahukah anda, makanan pedas adalah makanan yang dapat membantu anda untuk membakar kalori dengan mudah. Ia juga lazat. 

4. Avocado


Avocado adalah salah satu makanan yang sihat. Jika anda tidak pernah merasainya, ia sangat lazat! Avocado ini harus dijadikan salah satu makanan harian anda. Avocado membantu untuk mempercepatkan metabolisma dalam badan dan juga membantu membakar kalori. Rasanya juga hebat. Ia juga membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan menyembuhkan luka.

5. Kopi


Bolehkah anda bayangkan pagi anda tanpa kopi? Kita semua sangat ketagih dengan kopi kerana kesedapan dan kesegarannya. Tetapi tahukah anda kopi boleh membuatkan anda kurus dan ramping dan membantu dalam pembakaran lemak? Kafein yang ada dalam kopi membantu untuk membakar lemak dan kalori yang berlebihan yang membantu anda untuk kekal fit dan sihat. Walaubagaimanapun kebanyakan kopi telah dicampur dengan cream dan gula yang berlebihan. Ini menyebabkan kebaikan isi dalam kopi berkurangan. Anda disarankan untuk meminum kopi yang kosong untuk mendapatkan kebaikannya.

6. Omega-3


Jika anda tertanya-tanya apa itu omega 3? omega 3 bukanlah sejenis makanan. Ia adalah elemen nutrisi yang sangat bagus untuk kesihatan dan membantu mengurangkan berat badan anda. Ikan, tuna, salmon adalah antara salah satu makanan yang mengandungi omega 3. Omega 3 mengawal lemak untuk membakar dan boleh menjadi makanan yang membantu untuk mengekalkan badan yang ramping dan sihat.

7. Teh Hijau


Makanan atau minuman yang sering disarankan oleh pakar nutrisi - Teh Hijau! Teh Hijau sangat baik untuk kesihatan dan badan. Ia dapat membantu bakar kalori dan mengurangkan berat badan agar anda sentiasa fit dan ramping. Teh hijau adalah sumber antioksida yang membantu untuk membaikpulih metabolisma dan membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

8. Bijirin


Bijirin merupakan sumber yang sangat kaya dengan vitamin, mineral dan karbohidrat dan kurang lemak. Bijirin adalah makanan yang sihat yang disarankan untuk orang yang berdiet. Bijirin mengambil masa yang lama untuk dicerna dan anda akan merasa kenyang dalam masa yang lama dan keinginan untuk makan akan berkurang. Bijirin juga adalah makanan yang membantu untuk mengelakan beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan strok.

9. Saderi


Saderi juga merupakan makanan yang lazat dan salah satu makanan yang membakar kalori. Saderi mengandungi air yang bagus untuk diambil sebagai imbangan diet anda. Ia mempunyai jumlah kalori yang rendah dan mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan badan.

10. Grapefruit


Buah-buahan diketahui sebagai makanan yang sihat dan membuatkan anda sentiasa fit. Buah kaya dengan nutrient yang diperlukan badan dan juga membakar kalori tambahan yang kita ambil. Anggur merupakan salah satu buah-buahan yang lazat dan tidak disangkal lagi faedah kebaikannya yang  dapat membantu pembakaran kalori. Anggur kaya dengan fiber yang membantu untuk mengstabilkan kadar gula dalam darah. Buah-buahan juga membantu untuk mengisi perut dari mengambil makanan yang berat.

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment