Review Buku: I Moved Your Cheese
Aku rasa hampir setahun aku x beli apa2 buku , dulu rajin la kuar g beli or pinjam member . Skang cam malas nak membaca ahaha.. and dpt voucher untuk tahun ni ..aku ambil keputusan untuk tambah koleksi buku2 aku . Tahun lepas aku tukar jadi cash voucher tu..(?) ..
Ok ni antara random book yang aku pilih , same case dengan masa aku beli Contengan jalanan . Dan random main ambil ni selalunya mmg terbaik hasilnya .. I Move Your Cheese , atau Aku pindahkan Cis ko .. haha .. aku pilih sebab murah . RM 15 je .. just nak cukup kan voucher tu .. then yg menarik minat aku just dianye quote kat depan .. "hadapi perubahan dan teruskan hidup" .. Tengah2 aku pilih buku yang motivated kat kedai popular cam ni je yg bertajuk cam menerima kenyataan gituu.. haha ..yang kebanyakan idea, strategy , motivasi yang cam dah lali kita dengar dan baca. so aku pilih just tuk tahu ape isinya..dan tidak mengecewakan isi nya sangat hebat.
Pada awalnya aku baca cam mula tak faham.. sebab dia citer pasal tikus.. so obvious dengan tajuk dia Cheese . So aku terimalah tak merepek lagi bagi aku.. then aku baca dan baca ...dari dia kenal kan satu ke satu karakter tikus dan personaliti yang berbeza dan dia cerita pasal sosial sume tikus dan gambar kan bagaimana tempat mereka tinggal , so penulis berjaya membawa aku ke bayangan alam atau dunia tikus tu.. Sehinggalah persoalan-persoalan tikus2 tu pasal tujuan mereka dan tempat tinggal mereka di situ yang dipanggil daerah maze juga berjaya membuat aku terfikir pasal diri aku dan dunia aku juga. So berjaya la konklusinya buku ada kesan sedikit dan lain dari yang lain cara dia membuat pembaca berfikir.
Pada mulanya aku rasa ia metafora pasal dunia manusia dalam alam tikus. tetapi lepas habis aku mula rasa ia lebih dari itu. Daerah maze yang mereka tinggal dan bagaimana mereka mula mempersoalkan tentang kewujudan mereka disitu , mula membuat aku mencipta satu lagi teori pasal pemikiran aku juga yang membuat aku juga ingin berfikir macam karakter tikus2 dalam buku ni . Apa yang menghalang kita untuk melakukan perubahan? apa yang halang kita untuk berfikiran lebih terbuka dan tenang. dan akhirnya menerima sesuatu itu tidak boleh berubah tetapi fikiran kita sahaja yang boleh berubah.
Ada tiga karakter tikus yang kuat dalam buku ini . Iaitu Zed , Max dan Big. yang dari maksud nama dia sendiri aku rasa sebagai satu idea untuk melalui beberapa fasa pemikiran yang boleh diguna pakai untuk melakukan apa-apa perubahan dalam usaha dan cara berfikir.
ok panjang dah .. korang kene baca . tak rugi baca je sampai habis tak panjang pun buku ni..
Sedikit petikan dalam buku tu.
kamu mahu keju? + keju tidak ada disana = Cari keju ditempat lain. ( Hidup yang disimpulkan dengan mudah)
Zed: "Sekarang bagitahu saya apa perkara yang penting itu?. Aawak diajar supaya fokus kepada apa?
awak diajar memanfaatkan masa untuk mencari apa? apa yang berjaya awak capai dengan berkesa? kejayaan awak diukur dengan apa?"
Tikus muda menjawab: "Keju"
Zed: "Jawapan bagi setiap soalan adalah keju. Kami diajar supaya fokus kepada keju. Kami meluangkan masa bagi mencari keju. Apa yang kami dapat kawal adalah masa bagi mencari keju. Apa yang kami dapat kawal adalah kelajuan kami mencari keju. Tikus yang terbaik dikalangan kami adalah yang palin cepat dan paling banyak mendapat keju. Kejayaan kami diukur dengan jumlah keju yang berjaya kami cari."
Zed: "Saya harap supaya awak berjaya mendapat kebahagiaan, bukannya mencari kebahagiaan. Dapatkah kita mencari kebahagiaan sekiranya pencarian itu sendiri tidak membahagiakan kita?
Mendapat kebahagiaan adalah perkara mustahil di daerah Maze ini . Dalam dunia ini , hanya ada pencarian yang tidak berkesudahan . Tidak kira berapa banyak sekali pun keju yang dapat kita kumpul. kita tetap perlu mencari lagi. Kita tidak mungkin mendapat kebahagiaan disini . Kita hanya mendapat lebih banyak keju."
Ok tu penjelasan dari Zed ada lagi banyak silalah beli ... Keh3...
Max: "Saya tahu siapa yang mengambil keju itu dan saya juga tahu kenapa ia diambil."
Big: "Keju bukanlah permainan saya."
tiga karakter ini ada pemikiran yang berbeza tetapi kedua-duanya mendapat jawapan dan hasil yang sama.
Lagi buku review yang best --->> Steal Like an Artist & Contengan Jalanan
Like this post :
Incoming Search:
Review book Chords , Review book Lirik , Review book Lyric , Review book mp3 , Review book lagu , Review book 4share , Review book kord , Review book online , Review book download , Review book piano , Review book ukelele ,
|
Buku yang menarik untuk dibaca. Nasib baik ada edisi bahasa melayu, cepatlah juga habis baca.
ReplyDelete