Osama Laden is dead ? Osama Laden Meninggal Dunia?
Gambar Osama Laden mati palsu
2 Mei 2011 dunia digemparkan dengan berita kematian pemimpin tertinggi Al Qaeda Osama Laden mati dibunuh di Pakistan dalam serangan selama 40 minit. Disertakan bersama gambar dipercayai Osama, tetapi gambar tu
sebenarnya sudah tersebar sejak 2 tahun lepas, gambar Osama Laden palsu yg diedit seperti orang kena serang teruk.
Tak tau le betul ke tidak berita yang disampaikan oleh Barack Obama, tapi semua warga US
sudah bergembira menyambut berita kematian Osama. Bagi mereka sudah terbalas dendam atas perbuatan Osama yang
dikatakan menjadi dalang dalam tragedi 11 September.
Ni gambar Osama Laden diedit yang menunjukkan dia cedera teruk di muka,
Gambar Osama kiri, ni diambil pada tahun 1998.
Betul ke Osama dah mati diserang di kubu persembunyiannya di Pakistan?
Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi.
LAGI PERSOALAN KENAPA OSAMA DIKUBURKAN DI LAUT?
Belum jelas berita tentang pngkuburan Osama, dan persoalannya benarkah Osama dikebumikan di laut dan kenapa di laut? Adakah ini satu pembohongan terancang dari pihak US. Pihak US pun tak menjelaskan kenapa Osama dikebumikan di laut.
Amat pelik le, kalau Osama ni musuh no 1 US, kenapa tak ambil banyak bukti dan gambar , liputan besar besaran semasa mayat tu disemadi. Setakat pengumuman saja, orang percaya ke. Lagi lagi gambar yang ada cuma edit photoshop.
Berita dari AP:
Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.
Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar. Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut.
Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan.
Pegawai-pegawai AS berkata unit risikan mengesan “utusan yang sangat dipercayai” Obama sejak beberapa tahun lalu.
Identitinya hanya dikesan empat tahun lalu manakala kawasan operasi dua tahun lalu dan pada Ogos 2010, rumahnya di Abbottabad dikesan, sekali gus membawa kepada operasi semalam.
Pasukan AS berjaya ke bangunan tiga tingkat itu selepas lebih empat tahun mengesan perutusan yang paling dipercayai Osama, yang pegawai-pegawai AS berkata berjaya dikenal pasti oleh lelaki-lelaki yang ditangkap selepas serangan 11 September 2001.
“Tahanan juga mengenal pasti lelaki ini sebagai antara beberapa perutusan Al-Qaeda dipercayai oleh Osama. Mereka membayangkan bahawa dia mungkin tinggal dengan atau dilindungi Osama,” kata seorang pegawai pentadbiran dalam taklimat kepada pemberita di sini hari ini.
“Kami nampak kawasan di mana dua beradik tinggal, kami terkejut dengan apa yang kami nampak… kawasan unik yang luar biasa,” kata pegawai itu.
“apa yang penting, analisis kami ialah kami mempunyai keyakinan cukup tinggi bahawa kawasan itu melindungi satu sasaran pengganas bernilai tinggi.
sumber- AP
WALLAHUALAM
Like this post :
Incoming Search:
info Chords , info Lirik , info Lyric , info mp3 , info lagu , info 4share , info kord , info online , info download , info piano , info ukelele ,
|
No comments :
Post a Comment