11 fakta mimpi yang mengejutkan | Killjols 11 fakta mimpi yang mengejutkan | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

11 fakta mimpi yang mengejutkan

11 fakta mimpi yang mengejutkan

Otak Manusia adalah organ ciptaan yang paling kompleks di antara organ-organ yang lain.
Otak sentiasa aktif walaupun kita sedang tidur. Mimpi adalah satu komunikasi
diantara tubuh , fikiran dan jiwa. Mimpi kadangkala boleh menjadi mimpi yang menarik,
menakutkan dan mungkin juga mimpi yang pelik.

berikut adalah fakta-fakta menarik tentang mimpi:

1. Semua orang bermimpi.

lelaki , wanita ,orang tua , orang muda malah bayi sekalipun bermimpi.
kita semua bermimpi walaupun kadangkala kita menafikannya. kajian
mendapati bahawa kebiasaanya seseorang mempunyai satu atau
lebih mimpi dalam masa satu malam. Setiap satu mempunyai durasi
masa dari 5 hingga 20 minit.

2. anda akan lupa kebanyakkan mimpi anda

Menurut kajian oleh seorang penyelidik bernama J. Allan Hobson, 95%
dari mimpi akan kita lupakan setelah kita bangun dari tidur. Ini disebabkan
perubahan dalam otak manusia berlaku semasa tidur, dan perubahan ini
tidak menyokong pemprosesan maklumat yang diperlukan untuk pembentukan
memori.

3. Tidak semua mimpi berwarna
Kira-kira 80% daripada semua mimpi adalah berwarna, tetapi terdapat
peratusan kecil yang hanya bermimpi dalam hitam dan putih. Dalam satu
kajian dimana pemimpi dikejutkan dan diminta untuk memilih warna
dari carta yang sesuai dengan warna didalam mimpi mereka. Warna
yang kerap dipilih adalah warna-warna lembut.

4. lelaki dan wanita mempunyai mimpi yang berlainan
Penyelidik telah medapati beberapa perbezaan antara mimpi seseorang lelaki
dan wanita. Dalam satu kajian wanita dikatakan lebih mempunyai mimpi lebih panjang
dari lelaki. Lelaki lebih banyak bermimpi tentang lelaki yang lain dua kali ganda
dari wanita, manakala wanita lebih seimbang sama ada bermimpi tentang
lelaki atau wanita.

5. haiwan juga bermimpi
Pernahkan anda melihat anjing yang sedang tidur mengoyangkan ekornya?. Sukar untuk
mendapat kepastian sama ada haiwan benar-bnar bermimpi atau tidak. Penyelidik percaya
bahawa haiwan berkemungkinan besar bermimpi ketika mereka tidur. Ini kerana haiwan melalui
peringkat tidur yang sama seperti manusia iaitu peringkat tidur yang termasuk dalam kitaran REM
dan NREM. Dalam satu kajian, gorila telah diajar bahasa isyarat sebagai cara berkomunikasi.
Pada satu ketika, gorila telah memberi tanda isyarat "Gambar Tidur" yang berkemungkinan
menceritakan pengalaman mimpinya.

6.Anda boleh mengawal mimpi anda.

Pada satu ketika anda sedar bahawa anda sedang bermimpi walaupun anda masih tidur.
Semasa anda bermimpi yang sedemikian, anda boleh mengawal kandungan mimpi anda.
kira-kira separuh daripada semua yang mengalami mimpi yang diberi nama "lucid derams" ini
akan mengingatinya. Dan ada segelintir yang sering mengalaminya.

7.Kebiasaanya emosi ketika bermimpi adalah emosi yang negatif
Calvin S, seorang penyelidik yang telah melakukan penyelidikan selama 40 tahun dan
telah mengumpulkan data hampir 50,000 data daripada pelajar-pelajar kolej mendapati,
walaupun terdapat banyak jenis emosi antaranya termasuk emosi gembira,bahagia,takut.
Emosi yang paling biasa dialami didalam mimpi adalah kebimbangan dan emosi-emosi
yang negatif lebih banyak dari emosi yang positif.

8. Orang buta juga bermimpi.
Orang yang cacat penglihatannya juga bermimpi. Walaupun mereka tidak
mempunyai memori tentang visual tetapi mereka tetap bermimpi. Biasanya
orang buta bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yang mereka alami.

9. Anda lumpuh ketika sedang bermimpi.
Fenomena ini dikenali sebagai REM atonia untuk mengelakkan anda dari
melakukan aktiviti diluar sedar ketika bermimpi.

10. Kebanyakan mimpi mempunyai tema yang sama
Walaupun mimpi sering dipengaruhi oleh pengalaman realiti kita,
penyelidik telah mendapati hanya tema-tema tertentu sahaja yang biasa
ada dalam mimpi seseorang. Sebagai contoh antaranya adalah mimpi dikejar,
diserang, mimpi jatuh dan lain-lain.



Sumber:
http://psychology.about.com/od/statesofconsciousness/tp/facts-about-dreams.htm

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment