Cerita Tamiya Dash Yankuro !
Masih ingat cerita epic ni? Dash Yankuro cerita anime jepun masa aku kecik dulu.antara cerita-cerita yang legend budak tahun 90 an. time tu zaman giler tamiya. sume nak berangan jadi yankuro haha. ingat lagi dulu main tamiya kat longkang.sebab xde duit nak beli trek. longkang la jadi mangsa. biler nenek aku bukak air..mencanak pergi kejar tamiya. haha... antara enjin2 yang aku igt jadi perbualan dlu. enjin turbo, enjin dash ngan enjin buatan sendiri..haha kecik2 sume dah pandai engineering nih ..lagi colourfull kaler enjin korang kira lagi gempak ar...rare ar...aha..batery kene kene pakai battery yg leh charge lagi power...paling tak leh blah mana tah dapat idea beli battery energizer biasa tu pastu kopakkan dia nye besi luar...pastu jemur...dorang kata nanti batery tu leh charge pakai matahari hahaha....
ok aku nak cerita skit asal usul, sejarah cerita dash yankuro ni... dan ape cerita sinopsis
dash yankuro ni pada siapa yang tak pernah dengar...
Komik Bersiri Dash Yankuro
Dash yankuro pada awalnya adalah siri komik dalam majalah komoik corocoro
bermula dari disember 1987 hingga march 1992. Akibat populariti yang mendadak
dari pembaca, Tamiya corporation telah sendiri membiayai komik dash yankuro ini
untuk di adaptasikan sebagai animasi.
Dari Komik ke Cerita Animasi Dash Yankuro
Dengan kerjasama Auvek,shogakukan dan tamiya corporation, Cerita animasi dash yankuro
ini telah di animasikan dan disiarkan di TV Tokyo pada 3 october 1989 hingga marh 27 1990
dengan 25 episodes. selepas itu dash yankuro melebarkan sayapnya ke luar negara
seperti di italy, South Korea, negara-negara Arab dan filipina pada awal 1990 an.
Untuk Malaysia pula Dash yankuro telah disiarkan pada 1998.
Sedikit sinopsis Dash Yankuro
Lima kanak-kanak , dash warrior
Nama: Yonkuro Hinomaru
Kereta: Emperor
Karakter: mempunyai kereta yang paling berteknologi tinggi di antara kumpulan dash warrior
seorang yang bersemangat tinggi dan sering menjadi penyelamat pada kumpulan dash warrior di saat-saat akhir perlumbaan. walaupun begitu yonkuro tidak seberapa bagus di sekolahnya berbanding di atas trek.
Nama: Dankuro Toda
Kereta: Burning Sun.
Karakter: Seorang yang tenang, dan mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. tetapi agak lemah pada perlumbaan yang melibatkan aktiviti fizikal, kerena badannya yang besar. Dia seorang yang bijak mengambil peluang dan menggunakan kelebihan keretanya yang kuat.
Nama: Shinkuro Minami.
Kereta: Shooting Star
Karakter: Seorang anak kepada orang kaya. Seorang yang pemurah walaupun begitu pada awalnya dia dianggap seorang yang sombong kerana statusnya sebagai anak orang kaya. tetapi untuk Kumpulan Dash Warrior dia sanggup menghabiskan segala belanja untuk membantu kejayaan Dash Warrior. Walaupun Kereta nya Shooting Star adalah kereta paling laju di antara kereta dash warrior yang lain, tetapi Shinkuro adalah seorang yang mudah patah semangat jika ketiadaan teman baik nya Punkuro.
Nama: Punkuro
Kereta: cannonball.
Karakter Kawan dari kecil Shinkuro, sering dibuli kerana karekter nya yang nerd di tempat tinggalnya, tetapi Punkuro menyembunyikan dirinya ngan Make-up dan dandanan untuk menjadi lebih yakin apabila pelumbaan. Seorang yang memahami dan seorang kawan yang baik.
Nama: Rinko Sumeragi.
Kereta: Dancing Doll.
Karakter: walaupun Rinko adalah satu-satu nya ahli wanita dalam kumpulan dash warrior, tetapi beliau mempunyai skill perlumbaan yang tinggi yang juga di ajar sendiri oleh abangnya kaidanji sumeragi yang merupakan Coach Dash warrior.
Like this post :
Incoming Search:
story Chords , story Lirik , story Lyric , story mp3 , story lagu , story 4share , story kord , story online , story download , story piano , story ukelele ,
|
No comments :
Post a Comment