Perbezaan Segregasi, Amalgamasi , Akomodasi , Akulturasi dan Asimilasi. | Killjols Perbezaan Segregasi, Amalgamasi , Akomodasi , Akulturasi dan Asimilasi. | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Perbezaan Segregasi, Amalgamasi , Akomodasi , Akulturasi dan Asimilasi.

Apa itu Segregasi?

Satu perhubungan di satu-satu negara yang bersifat pemisahan di antara etnik dalam. Berlaku atas dasar agama , ras , kebudayaan dan ciri etnik lain. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal , sistem persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Ia juga boleh dipanggil sebagai dasar pecah dan perinta.


Apa itu Akomodasi?

Satu proses dimana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain , namun tetap mempertahankan budaya hidup masing masing.

Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan yang harmoni.

A + B + C = A + B + C


Apa itu Akulturasi?

Satu Proses Penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu budaya lain yang berbeza. Alkulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat mereka.

Budaya cuma dipinjam dan diolah mengikut kesesuaian dengan budaya sendiri. Ia lebih mudah dicapai dengan perkara yang bersifat kebendaan dan yang mendatangkan manfaat . Sebagai contoh bahasa, angpau , makanan  dan pakaian.

A + B + C = A** + B ** + C **


Apa itu Asimilasi ?

Proses pencantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Proses ini berlaku disebabkan individu didalam etnik sering berinteraksi dan interaksi berlaku dalam tempoh yang lama. Ia adalah satu penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

Faktor lain kejayaan Asimilasi
  • Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
  • Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
  • Kelompok minoriti adalah kecil.
  • Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.



A+B+C=A


Apa itu Amalgamasi ?

Satu proses yang terjadi apabila budaya bercampur untuk membentuk budaya dan ras yang baru.Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

A+B+C=D

Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment