8 Juta views & Convid-19 | Killjols 8 Juta views & Convid-19 | Killjols
Get Update Everyday Like Our FB Pages

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

8 Juta views & Convid-19

Salam, Kami harapkan user malaykord dalam lindungan tuhan yang maha satu hendaknya. Dunia dikejutkan dengan perkara yang tak disangka dan dijangka hadirnya. Satu virus yang menggegar seluruh negara tak mengira sempadan malah bangsa atau warna kulit. Virus yang menjadikan manusia sebagai perumahnya untuk terus tersebar keseluruh sejagat ini. Aku disini sendiri merasa sangat sedih dengan keadaan begini yang terjadi kepada kita semua ini. Atas arahan kita perlulah bersama duduk dirumah kerana buat masa ini itu sajalah caranya untuk membendung penyakit ini. Kita perlukan lagi Ilmu Allah dan pengetahuan yang esa untuk bantuan ini. kita perlukan masa ini hanya pertolongan yang maha satu. Insya Allah Amin , tuhan itu maha perancang , maha penyayang. Teruslah kita disini mengenang akan dosa-dosa kita seperti yang dilalui oleh kaum-kaum sebelum ini. Biarlah yang pakar membuat kerja-kerja mereka. Kita disini perlu buang segala dunia dan duduk diam di rumah dan berdoalah. 

Permulaan tempoh kuarantin yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia, memberi impak kepada views di Malaykord. Views Malaykord naik mendadak sekitar 8 juta views untuk bulan 3 yang lepas. Secara teori ini berikutan tempoh kuarantin di rumah yang dilalui oleh rakyat malaysia dan sekitar nusantara. Mungkin ini masanya untuk kembali bersama gitar dan berdendang sendiri dirumah atau ada yang baru mahu belajar menggunakan Malaykord. Kami harapkan Malaykord disini dapat memberi manfaat dan faedah untuk kalian semua dan bukanlah sebagai alat kelalaian atau medium lagha. Marilah bersama-sama kami menjayakan Malaykord dengan menjadi orang yang memberitahu tentang kebaikan malaykord. Dan menjadikan Malaykord sebagai tempat referensi chord dan pendidikan muzik yang lebih baik. Sertai kami sebagai youtuber pengajar chord guitar/tab guitar, penghantar chord, pe-request chord  dan juga orang yang menjadi reviewer dan membetulkan salah kami jika ada dalam bentuk design web ataupun kualiti chord itu sendiri. Terima Kasih Semua . Jaga diri
Like this post :



Killjols Blog

Blogger , Guitar Chord Collection , Lyric Collection , Lyric video maker ,

No comments :

Post a Comment