Killjols Killjols: blog
Get Update Everyday Like Our FB Pages
Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord 2.0 Perubahan yang diperlukan

 Setelah menjalankan percubaan selama 3 bulan dengan hampir 4,000 responden, berikut adalah hasil kajian kami:


57.5% menyukai perubahan

42.5% tidak menyukai perubahan

Perubahan di Malaykord adalah perlu kerana template yang digunakan sekarang sudah berusia lebih 20 tahun. Beberapa masalah yang telah kami hadapi sepanjang 5 tahun yang lalu termasuk:


  • Kesukaran untuk menambah fungsi baharu
  • Masalah load yang terlalu tinggi
  • Fungsi yang berulang
  • Memakan masa yang lama untuk memperbaiki masalah
  • Terlalu banyak pautan yang berselerak

Kami menghargai maklum balas dari pengguna setia yang telah lama menggunakan Malaykord dan memohon maaf atas ketidakselesaan yang dialami akibat perubahan ini. Kami memahami perasaan anda kerana kami juga telah menggunakan Malaykord selama 16 tahun.


Namun, perubahan ini perlu dilakukan kerana masa telah berlalu, dan teknologi yang digunakan sudah ketinggalan. Kami berharap anda semua terus bersama kami untuk meningkatkan kefungsian dan kebolehpakaian Malaykord agar lebih baik di masa hadapan.


Sebagai rekod, kami telah cuba mengubah template Malaykord sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun yang lalu, namun semua percubaan tersebut gagal. Ini adalah percubaan kali keempat, dan proses kemas kini ini telah dijalankan selama 2 tahun setengah.


Kami berharap perubahan ini akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada semua pengguna.








SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

We go All In

 Hi , 


We Go All in, selepas perancangan yang panjang sepanjang pandemik , banyak bertapa , dan merangka jadi tahun ini maka bermulalah segala perancangan itu dijalankan, cara berkerja aku sekarang sangat2 lain. aku dah tak pedulikan feedback , bukanlah tak peduli langsung aku masih baca, tapi atas sebab hampir 1 tahun setengah asyik berfikir akibat dan impak pada sesuatu rancangan itu , expectation dari unsur luar agak tak menjadi satu hal yang besar bagi aku sekarang dalam jangka masa pendek ini. Sebab pada aku sekarang aku kene buat semua yang dirancang, sebab dah lama sangat rancang dan berangan, so kene teruskan , dan kalau dah siap baru kita tengok apa hasilnya, tapi dalam menjalankan perancangan yang panjang ni aku cuba untuk bangun , kerja dan tidur balik . 


4 tahun cuba buat koleksi pop yeh yeh akhirnya berjaya, tapi perlukan bantuan dari rakan juga akhir, terima kasih pada rakan2 yang membantu. dan hampir 5 tahun juga percubaan untuk pecah masuh ke Apple store, akhirnya berjaya juga tanggal 1 august yang lalu , dan sebenarnye dah sebulan masuk , tapi senyapkan sebab nak tengok prestasi ini juga kejayaan dari satu teams bukan aku sorang, Thanks again. ada beberapa lagi projek lama yang dah berhabuk akan aku cuba hidupkan balik , dari sudut kegagalan dulu aku tengok balik satu persatu . hikmah pandemik dapat banyak masa merangka jadi kita sekarang mulakan berkerja. . Dan aku mula sedar satu perkara untuk melakukan sesuatu yang besar perlu teams yang besar dan hebat2 juga. thanks teams


Interface Malaykord juga banyak sudah di ubah. dan sebenarnya interface untuk versi kedua dah 90% siap dah pun tahun lepas. tapi aku tak live kan sekali gus, aku live kan skit2 mengikut tempo dan keadaan . jadi ada beberapa fungsi yang baik diwujudkan seperti , Chord Trends. Chord trend ni dah lama aku fikir camner la aku nak buat, so dari data dari google search yang aku dapat dari situ aku dapat keluarkan mana-mana chord lagu yang sedang meningkat naik dengan laju dalam masa 7 hari. so di situ kita dapat istilah kan lagu itu sedang trends. dan betul la tu dah 3 bulan live aku pun sendiri layan fungsi ni sebab nak tengok apa yang trends skang so kita sing along benda yang sama . sangat menarik 


Banyak lagi projek , tunggu ye aku masih tak berhenti berkerja di sini. maaf jika idea dan perubahan yang di bawa ini tidak menepati citarasa pengguna. tapi perubahan itu perlu. Dan kami di sini sentiasa buka ruang untuk anda lontarkan comment dan feedback anda.


Terima Kasih Team Malaykord, Terima Kasih Pengunjung

SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Perancangan yang panjang

 Salam Sejahtera Pengunjung Semua.

Pendek penulisan aku kali ini . Malaykord mengalami gangguan paling panjang sepanjang 12 tahun yang lalu pada tanggal 20 October 2021. Malaykord telah offline dan mengalami gangguan sepanjang 2 jam dari pukul 6 Petang sehingga 8 Malam. Sepanjang 12 tahun rasanya ni downtime yang paling panjang pernah Malaykord alami. Gangguan ini adalah berpunca dari penyelenggaraan domain yang perlu diperbaharui dan kemaskini DNS terbaru. Perkara ini perlu dilakukan untuk satu-satu jangka masa rasanya lebih elok 3 tahun atau 5 tahun sekali. Oleh kerana Malaykord mempunya data yang semakin besar jadi semakin banyak masa perlu di ambil untuk satu-satu penyelengaraan. Minta maaf dari Pihak kami untuk pengunjung semua dan terima kasih kerana kesabaran anda semua.

2 bulan lebih lagi rasanya untuk masuk ke tahun 2022. Malaykord telah pun bersiap untuk satu perancangan jangka masa panjang. dan tahun berikutnya adalah perancangan jangka masa panjang ini akan kami laksanakan satu per satu. Sudah masanya Malaykord terus berevolusi untuk mendapat kesegaran baru kepada pengguna-pengguna semua. Doakan kami terus tekad meneruskan kerja-kerja ini. Dan semoga penulisan seterusnya memberi khabar berita yang lebih baik. 

Tahun ini pada kami adalah tahun menyerah. Sepanjang 2 tahun ini kita semua di uji dengan pandemik yang dahsyat ini. dan begitu juga dengan aku dan team Malaykord, masing-masing mengalami kesukaran yang sama. Keadaan yang tidak menentu dan sentiasa berubah ini membuatkan kekangan yang tinggi untuk kami perform dengan projek-projek Malaykord. dan kesudahannya banyak perkara perlu dilupakan dan disimpan didalam arkib dan ada juga hanya tinggal angan-angan. Sedih bila dikenangkan. tapi aku pasti bukan aku sorang sahaja yang mengalami perkara ini siapa sangka perkara tidak diduga ni terjadi kan.

Jadi dalam tahun ini juga aku mengubah cara berkerja. Akibat surival mode terlalu tinggi. aku lebih banyak mengarang dan merencana idea-idea dari melaksanakan. dan dari situ aku cuba untuk melihat dimana kelemahan dan kekuatan idea-idea aku. banyak aku abiskan masa dengan menulis, merencana dan membaca dari membuat kerja dan itu sangat berlainan dengan cara kerja aku sebelum ini. Akibat kekangan masa aku terpaksa buat perkara ini. Aku harap aku dapat comeback dengan keadaan yang bersedia bukan lagi dalam keadaan baru nak berfikir nak buat apa. Insya Allah


Terima Kasih ,

SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Bismillah OGOS 2021

Salam Sejahtera semua pengunjung Malaykord yang dihormati. Dah lama rasanya aku tak menulis di sini. Seperti biasa team kami busy dengan operasi malaykord yang semakin hari semakin laju progress nya. Aku dapati industri muzik online ni semakin laju dan berkembang deras. Hampir boleh dikatakan setiap hari ada sahaja lagu2 terbaru . Ya kami telah pun mula cover lagu2 dari barat, western, korea dan negara2 asia lain. ia juga bergantung pada permintaan. jika permintaan nya tinggi kami akan turutkan kerana yang menggunakan Malaykord ini juga anda. Pada awalnya kami tidak berapa bersetuju untuk post lagu2 luar. kerana tujuan Malaykord pada asasnya adalah untuk mengumpul chord-chord lagu tempatan dan menjadi satu blog store yang tersusun dan berstruktur. Tapi kami sedar permintaan dan trending melebihi segala-galanya pada zaman ini . jadi kami putuskan untuk turutkan trends yang telah ada ini dan teruskan pengstrukturan chord-chord lagu melayu ini sehingga tahap yang lebih optima.


Ada beberapa isu dan projek tahun ini yang tergendala. Ada beberapa perkara yang perlu kami perincikan. Dalam sibuk team kami menaik taraf dan mengstruktur Malaykord dari segi penggunaan teknologi baru dan penyusunan genre yang lebih banyak. Perkara itu mula mendapat kekangan yang ketara pada zaman serba laju ini. Dilema team kami yang kecil ini untuk menyediakan chord yang banyak setiap bulan dan meneruskan naik taraf adalah sesuatu yang memerlukan masa yang banyak dalam 1 hari. Dan kebanyakan team kami bukan sepenuh masa membuat perkara ini. Tapi itu bukan alasan untuk kami tidak melakukan terbaik untuk pengguna kami. Kami masih lagi terus dan terus melakukan terbaik agar anda selesa berada di sini. Dan kami mula mengeluarkan modal dan invest pada Malaykord. Rasa nya sudah tiba masa duit perlu dikeluarkan juga untuk Malaykord tetap relevan dan mengikut aliran semasa. 



Antara beberapa projek yang kami ingin higlight kan adalah . IOS Malaykord. ya . kami dalam kerja sama dengan beberapa rakan untuk membina Malaykord versi IOS ini. Soalan dia bila nak ada? yup perkara untuk tembus ke Apps Store Apple bukan satu perkara yang mudah . sejujurnya kami telah di reject oleh apps store dari 2 tahun lepas lagi dan sudah banyak modal telah dikeluarkan untuk melakukan perkara ini. tetapi pada 5 bulan yang lepas kami masih lagi mencuba untuk menembus masuk ke Apps store. Doakan kami temui jalan. Kerana pelbagai cara telah kami lakukan untuk diterima oleh Apple. Dan kami tahu ia bukan mudah. Harap semua pengguna IOS bersabar dengan perkara ini. Projek ini masih diteruskan sehingga kami berjaya menemui solusi nya.


Untuk Projek tutorial guitar. ya . ia masih berjalan lagi kami masih mencari talent2 di serata Malaysia, Indonesia, Brunei , Singapura yang ingin berkerjasama dengan kami. Ini antara cita2 aku untuk perkembangan Malaykord. agar Malaykord boleh dan bisa menjadi One Stop Centre untuk Music Education. Bukan sahaja guitar , piano, ukelele dan sebagainya. cita-cita besar aku. But benda ini bukan mudah rasanya dah setahun lebih benda ni berlangsung dan results nya agak slow. Antara sebab perkara ni terjadi adalah kami terlalu bergantung pada rakan partner kami untuk menyediakan contents dan kami tak punyai ramai talents yang mampu memberi video secara konsisten. But terima kasih diucapkan atas komitmen rakan2 yang menyumbang video pada kami. Anda antara penyumbang terbesar projek tutorial ini berjalan sehingga kini. Dengan izin tuhan satu hari nanti projek ini akan kami gerakkan secara mega. Kami masih dalam mengumpul sumber dan mencari peluang untuk projek ini dapat berkembang. Maaf juga pada pengunjung yang tertunggu-tunggu perlaksanaan projek ini. Semoga satu hari nanti cita-cita kita ini akan tercapai. 



Terima Kasih ,

SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

8 Juta views & Convid-19

Salam, Kami harapkan user malaykord dalam lindungan tuhan yang maha satu hendaknya. Dunia dikejutkan dengan perkara yang tak disangka dan dijangka hadirnya. Satu virus yang menggegar seluruh negara tak mengira sempadan malah bangsa atau warna kulit. Virus yang menjadikan manusia sebagai perumahnya untuk terus tersebar keseluruh sejagat ini. Aku disini sendiri merasa sangat sedih dengan keadaan begini yang terjadi kepada kita semua ini. Atas arahan kita perlulah bersama duduk dirumah kerana buat masa ini itu sajalah caranya untuk membendung penyakit ini. Kita perlukan lagi Ilmu Allah dan pengetahuan yang esa untuk bantuan ini. kita perlukan masa ini hanya pertolongan yang maha satu. Insya Allah Amin , tuhan itu maha perancang , maha penyayang. Teruslah kita disini mengenang akan dosa-dosa kita seperti yang dilalui oleh kaum-kaum sebelum ini. Biarlah yang pakar membuat kerja-kerja mereka. Kita disini perlu buang segala dunia dan duduk diam di rumah dan berdoalah. 

Permulaan tempoh kuarantin yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia, memberi impak kepada views di Malaykord. Views Malaykord naik mendadak sekitar 8 juta views untuk bulan 3 yang lepas. Secara teori ini berikutan tempoh kuarantin di rumah yang dilalui oleh rakyat malaysia dan sekitar nusantara. Mungkin ini masanya untuk kembali bersama gitar dan berdendang sendiri dirumah atau ada yang baru mahu belajar menggunakan Malaykord. Kami harapkan Malaykord disini dapat memberi manfaat dan faedah untuk kalian semua dan bukanlah sebagai alat kelalaian atau medium lagha. Marilah bersama-sama kami menjayakan Malaykord dengan menjadi orang yang memberitahu tentang kebaikan malaykord. Dan menjadikan Malaykord sebagai tempat referensi chord dan pendidikan muzik yang lebih baik. Sertai kami sebagai youtuber pengajar chord guitar/tab guitar, penghantar chord, pe-request chord  dan juga orang yang menjadi reviewer dan membetulkan salah kami jika ada dalam bentuk design web ataupun kualiti chord itu sendiri. Terima Kasih Semua . Jaga diri
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord 6 Juta Views & Guitar Tutorial Project

Malaykord just hit another milestone 6 juta view for jannuary, mungkin salah satu sebab kita all out post chord-chord guitar dari awal tahun, terlebih semangat mungkin bulan jannuary 2020 sahaja kita dah post new chord dalam 90 chord, permulaan yang gila dan baik. Dan Malaykord sekarang sedang busy dengan project kualiti check untuk chord-chord lama, ada 5 ribu chord so bayangkan berapa tahun nak siap tu. Tapi kita akan fokus kat chord-chord dari artist rock kapak dulu then sebab kebanyakan chord-chord lama datang dari artist 80 an dan 90 an dan kebanyakkan artist tahun-tahun tu rock kapaknye genre la.

Another big project, dan aku harap-harap sangat berjaya. adalah projek guitar tutorial di Malaykord. Projek ni baru je start sebulan dah 55 video tutorial sudah dikumpulkan. we collabrate with another third party dan menggunakan platform youtube untuk display video. This project aku plan besar dari sekadar satu fungsi di Malaykord. Mungkin bila dah besar nanti aku nak bukak web archive untuk video-video tutorial guitar ini. Insya Allah. Seperti biasa sebenarnye banyak projek Malaykord gagal. tapi kita tetap buat tgk mana yang kena. Kalau korang rasa korang ada bakat mengajar orang main gitar sila-silakan join this project, free je no charge. kita siap tampal video korang free advertising dekat Malaykord. Aku suka projek ni sbb dia menggalakan education dalam Malaykord ni dan menambah content quality tu sendiri di Malaykord.
SHARE SHARE SHARE

Wednesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord dan 5 Juta Views

Salam,

2020 telah tiba, we are on our way to reach 11 years of Malaykord. Tahun-tahun terus berlalu and keep counting detik demi detik. Begitu juga dengan blog ini akan terus berkira dan dikira. Untuk tahun ini aku cuba untuk menerapkan kualiti chord itu sendiri lebih dari kuantiti. untuk 2 tahun aku mmg all out untuk keep on teruk mengumpul semua chord yang ada , yang baru dan yang lama dan dari itu aku mula sedar satu perkara, dalam aku aim untuk kuantiti dan untuk kekalkan kualiti itu satu perkara yang sukar untuk dilakukan serentak. Jadi untuk tahun ni aku cuba untuk terapkan kualiti dari setiap chord yang ada dan cuba update secara harian. dan aku perlu bantuan dari viewer dan pengunjung untuk report mana-mana chord yang aku terlepas pandang kualiti. i know it alot. Terima kasih pada mereka yang beri kerjasama buat report. dan aku cuba untuk buat beberapa versi dari setiap chord yang di report jika perlu. 

2019 telah berlalu, di akhir disember , aku monitor dan Alhamdullilah Malaykord dapat new milestone di akhir 2019 memberi sedikit senyuman pada team kami, setelah di hentam teruk dari tahun 2018. We reach 5 million views. ni rekod view paling banyak dalam sebulan untuk 10 tahun pertama Malaykord. Dapat sedikit motivasi untuk teruskan blog ni. walaupun idea dah cukup kering setahun ni. aku akan teruskan fikirkan cara untuk berevolusi dan mengikut rentak teknologi walaupun. Disini kami memang amat-amat memerlukan feedback dari anda dari segi kualiti , kuantiti, rekabentuk, idea, dan apa-apa sahaja jenis input yang kami dapat kerjakan dan usahakan. Dan terima kasih kerana sentiasa menyokong Malaykord dari dulu hingga sekarang. Keep On Support US. Follow us on Facebook,twitter, & Instagram. #Malaykord
SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Artikel tentang copycat

Salam,

Kami tahu, pengguna kita disini atau pengunjung kita boleh ambil apa sahaja perkara di blog ini , sepantas mana atau sekuat mana kita menghalang itu hanya akan memburukkan keadaan blog kami. Jadi kami sentiasa bersikap terbuka untuk sesiapa sahaja untuk masuk melihat, menikmati, merasa dan membaca blog kami. Terdapat banyak perkara yang boleh anda ambil disini malah anda juga boleh menyalin satu blog ini dan jadikan blog anda. Kami secara team cuba duduk untuk berbincang akan hal ini dan sebanyak mana ia kan memberi kesan akan blog yang kami bina ini. Terdapat 4 Benda yang kami kesan telah diambil dan digunakan oleh orang-orang yang masuk kedalam Malaykord antaranya adalah :

1. Content kami(chord,article,image & etc), 
2. Design(template,banner  & etc), 
3. Concept(Implementasi Fungsi,Flow  & etc) dan 
4. Source Code(Fungsi,source code  & etc). 

Dan ternyata dari segi teknikal begitu banyak kesan yang kami alami dan ia memeningkan kepala kami sebenarnya.Si Pencuri atau copycat tidak dapat merasakannya kerana dia adalah orang yang meng-copy perkara itu bukan yang di-copy. Dan kami yang di-copy ini lah yang terkesan antara yang kami dapat senaraikan dan terangkan adalah.

1. SEO Impact, Impak terbesar yang kami rasa. Apabila copycat mengambil isi dan tajuk yang sama dengan blog yang dicurinya ia akan memberi impak SEO, SEO itu adalah search engine optimization sebagai contoh jika anda search sesuatu pada google lihat berapa banyak hasil carian yang mempunyai tajuk yang sama? begitulah kesan pada hasil kerja orang yang di-copy

2. Hilang dalam Search Engine, Salah satu impak dari SEO, Content kami akan hilang dalam Search Engine seperti google,bing dan lain-lain kerana terlalu banyaknya content yang sama. perkara ini kami kesan pada content-content kami yang lama tidak lagi berada di dalam senarai Search result dan pengunjung banyak membuat request baru padahal chord atau content tersebut telah ada.

3. Originality, Hilangnya nilai keaslian satu-satu content itu. Terlalu banyak copy pada sesebuah content akan membuatkan originality satu-satu content itu terkesan. Originality ini bermaksud seberapa asli hasil kerja orang yang di-copy itu boleh dipertikaikan kerana hasil kerjanya boleh dilihat di merata-rata tanpa apa-apa reference

4. Usaha yang lebih untuk fungsi baru atau idea baru, Perkara ini telah mula menjadi masalah pada kami apabila kami cuba mula membina fungsi-fungsi baru atau cuba untuk implementasi apa-apa idea yang baru. Mencegah copycat telah menjadi satu tajuk utama untuk kami lakukan dahulu sebelum apa-apa perkara baru dilakukan. Ia juga memberi impak pada masa siap kerja kami, mengambil masa yang lama untuk membuat fungsi baru (Itu satu masalah besar bagi kami sebelum kami finalize kerja kami atau dalam testing phase, akan ada yang sudah mencuri hasil kerja kami dan kami terus membatalkan kerja-kerja pembinaan kerana hal itu dan ia sudah pun terjadi, ia sangat mengecewakan dan membuang masa).

5. Membuat musuh, Mereka yang copycat hanya mengisytiharkan mereka musuh pada kami - Simple word, Jangan dekati Orang yang memberi masalah pada anda. satu soalan untuk anda jika anda rasa yang kami akan dapat mengenal pasti yang kamu mengambil hasil kerja kami kenapa kamu terus melakukannya? adakah patut anda menyembunyikan atau mengolah hasil kerja kami untuk kami tidak mengesyaki apa-apa. jadi maknanya disini pihak kamu tidak ada rasa hormat pada kami. dan kami juga perlu melakukan perkara yang sama. Sila fahamkan maksud yang kami terangkan ini. 

6. Kajian Terhad , Ia impak yang kecil dalam skop yang besar , bayangkan jika satu jenis blog itu sebagai contoh pengumpul chord guitar mempunyai 3 competitor blog yang sama . dan kesemuanya hanya copy pada satu sumber blog sahaja. Jadi Jenis blog untuk chord guitar tidak akan berkembang dalam jangka masa yang panjang jika semua penulis mempunyai mentaliti yang sama iaitu menunggu satu blog untuk di-copy sahaja tanpa apa-apa usaha untuk kajian sendiri.

7. Hilang Matlamat, Matlamat utama untuk menjadi pengumpul/pencari chord guitar misalnya , akhirnya hilang tujuan dan hanya menjadi peng-copy chord guitar pada blog yang lain dan begitu juga matlamat untuk menjadi tempat penyediaan chord guitar terbaik tapi akhirnya menjadi tempat penyediaan yang sama dengan blog yang lain kerana hanya membuat salinan fungsi pada blog yang lain.

Artikel/News/Blog ini disimpan untuk rujukan team Malaykord atau sesiapa sahaja yang meneruskan blog ini. Impak copycat perlu dikaji dan dicegah dari masa ke semasa.

Terima Kasih
SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Berita yang Lama tak didendangkan

Lepas Malaykord hampir tutup rasanya dah nak dekat 5 bulan kami tak buat apa-apa kemaskini pada section Malaykord blog/news , banyak kerja harus dilakukan sejak itu. dan mungkin sebab populariti section ni sendiri buat kami letakkan keutamaan yang rendah untuk kemaskini. Kita Sekarang disini fokus untuk bina Malaykord facebook kita. mungkin blog/news section ni pun akan di kemaskini terus dari facebook bukan lagi dari blog kita, Killjols. Kami sedar lepas Malaykord hampir tutup yang apa-apa jenis movement or label yang nak dibina perlu ada fan based or followers yang kuat untuk terus bergerak jika ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku, thats how it work and we realize it too late already. Financial pun kene kuat juga , Hmm perlu ada tabung Malaykord ni rasanya haha. but kita tetap perlahan-lahan perbaiki dari semasa ke semasa semoga pembaca terus bersama kami . Atas minat sama minat kita buat Malaykord kita sediakan apa yang ada. Nikmati Muzik Dengan Malaykord. Anda Buntu Mencari Chord? Kami sedia membantu ehh banyak plak tagline. Done BYE.

P/S: News Dari Malaykord Paling Ikhlas setakat ini .. LOL


SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord dan 5 Minit Penutupannya

Bagai sebuah mimpi apabila Malaykord yang dibina telah ditutup dengan begitu sahaja. 3 Mac 2018 07:07 adalah detik dimana Malaykord telah ditutup selama 5 minit dan menjadi satu cerita sejarah untuk diceritakan kelak jika Malaykord ini wujud pada 10 ke 20 tahun lagi diawangan maya ini. Malaykord telah wujud selama 7 ke 8 tahun dan telah ditutup selama 5 minit dari kewujudannya. Tiada apa lagi nak diceritakan cuma hanya kekesalan dan kepenatan sahaja yang dapat digambar jika perkara itu terjadi buat selama-lamanya. Hembusan lelah atas segala usaha hilang begitu sahaja? begitulah bagaimana rasanya bila perkara ini terjadi walau hanya 5 minit. Kami adalah penulis bebas dan rasa bertanggungjawab untuk membiarkan blog ini terus dinikmati oleh pengguna. Mungkin ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan seperti proses untuk backup, proses perubahan email, perubahan admin, perubahan owner blog ini dan proses pertukaran blog dan banyak lagi perlu difikirkan jika perkara penutupan ini terjadi dan berlangsung selamanya. 

Walau bagaimana pun, pihak kami mengambil keputusan untuk meneruskan juga blog ini walau dalam keadaan berjaga-jaga ini. ia sesuatu perkara yang kurang seronok bila difikirkan. Dan untuk perkongsian ada beberapa perkara yang telah kami lakukan sepanjang 1 minggu dalam keadaan ini.

- Penambahan Email admin
- Pertukaran ownership Blog
- 7 Years data backup
- penyediaan domain blog baru
- penyediaan peralihan domain secara total
- Melihat keberkesanan Facebook page Malaykord
- Perbincangan tentang bagaimana interaksi pengguna jika tiada lagi blog malaykord.
- Perbincangan dana dan wang untuk terus kekal


SHARE SHARE SHARE

Thursday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord ditutup?

AMARAN! MALAYKORD mungkin akan ditutup Google!

Hari ini kami baru sahaja mendapat 1 'Warning Email' dari Google yang menyatakan account dibawah seliaan kami ini sedang dalam pantauan dan akan ditutup. Suatu perkara yang mengejut dengan itu kami akan melakukan langkah-langkah berjaga-jaga dan memberitahu pengguna seawal yang mungkin jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Apa yang boleh anda lakukan sebagai pengguna adalah:
-Terus bersama kami dan memantau apa-apa pages dari MALAYKORD yang hilang
-Contact kami jika ada sebarang masalah pada email killjolsblog@gmail.com
-Like page kami untuk sebarang maklumat jika sebarang perkara terjadi pada blog ini fb.com/malaykord
-Message kami di facebook Message us on Facebook
SHARE SHARE SHARE

Monday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord 2017 Summary

Selamat Tahun Baru 2018,

Harapan untuk tahun ini agar kita semua diberi kesihatan tubuh badan dan kecergasan akal yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Malaykord telah sampai ke tahap operasi untuk tahun ini dan ia sukar untuk dibayangkan ia kekal jika difikirkan siapa Malaykord pada 7 ke 8 tahun yang lalu. Malaykord masih lagi sebuah blog yang menyediakan chord-chord untuk artist yang berlandaskan industri di Malaysia, Indonesia dan Singapura dan perkara itu tidak berubah sehingga kini dan blog ini masih lagi fokus untuk chord sahaja dan tiada erti yang lain. View Malaykord berdasarkan masa tepat 12:00 Malam tadi di akhir-akhir 2017 adalah lebih kurang 3.9 Million view. Ia sesuatu yang luar biasa kiranya difikirkan kita disini tidak pernah meletak angka sebesar itu untuk target 2017 kita. Alhamdullilah kiranya objektif awal penulis untuk perkongsian ini telah sampai ke ramai peminat-peminat muzik yang mempunya minat yang sama sepeti kita. 

Dari bulan ke bulan kami melalui tahun 2017 ini pelbagai cara untuk kami menerima data-data dari pengguna Malaykord dan juga feedback feedback yang kiranya kami kategorikan sangatlah limited untuk kami proses sebagai alat dan senjata untuk memperbaiki Malaykord ini ke arah lebih dan memenuhi 100% kehendak pengguna. Namun walau dalam kekurangan sumber itu kami tetap cuba untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang kami rasa perlu sebagai pengguna. Seperti yang kami sering nyatakan kami mempunyai minat yang sama tentang perkara ini dan kami walaupun penyedia kami juga adalah pengguna Malaykord yang tetap.

Berikut adalah summary untuk 2017:
- View tertinggi : December (3,999,313)
- Download tertinggi: (20,675)
- Target Sebulan (2017)  - 20 Chord
- Chord Tertinggi dikumpulkan(Sebulan) - 143 Chord (May 2017)


New Function: 6 Function
Malaykord Archived Function 
Multi-Column Function
Malaykord Blog/News Function
Malaykord Autoscroll update to 2.0 
Malaykord youtube Integration
Malaykord Save chord Local (Test Version)

New Documentation: 6 Document
Malaykord History Established 
 Malaykord Request Chord Process Documented 
Malaykord Function Documented 
Malaykord Tools Listed 
Add new artists process documented
Malaykord Tutorial

New Chord List: 4 Chord List
New Artist Added List
Budak-Budak baru nak Up Chord List established
English Song
Top 100 Chord 2017 Listed

Survey List: 2 Survey
Malaykod 4th Survey
Malaykord Survey 5 - Kemaskini Genre  


New Process List: 2 Process
Documentation Process
Optimization Process Malaykord Phase 1 
Marketing by Email Start 


Terima Kasih
SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Autoscroll baru dan integrasi Youtube

Dalam pembinaan Malaykord 2.0 yang dijangka siap tahun hadapan beberapa fungsi lama akan dikemaskini dan penambahan fungsi lain juga dalam pembinaan sedikit demi sedikit. Yang terbaru seperti yang diminta Fungsi Autoscroll telah pun dikemaskini dan kini boleh dilaraskan mengikut kelajuan yang diinginkan pengguna. Menarik bukan? kami juga walaupun sebagai penulis namun pengguna Malaykord juga dan fungsi ini sangat berguna untuk menikmati muzik dengan lebih rasa. Dan seterusnya Malaykord juga membuat penambahan fungsi iaitu Fungsi integrasi Youtube Link. Fungsi ini adalah fungsi dimana pengguna boleh membuat carian terus dari Malaykord ke Youtube dengan hanya 1 klik. Dan begitulah kemaskini dan penambahbaikan Malaykord untuk bulan ini dan bersama-samalah kita menikmati muzik dengan Malaykord. Sebarang masalah tentang fungsi baru ini dan idea baru atau apa apa pendapat sila contact kami dengan segera. http://www.malaykord.blogspot.com/2014/03/contact-malaykord.html


Terima Kasih
SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Tahu apa itu BBNU?

Salam Gang,

BBNU atau Budak-Budak baru nak up satu istilah gelaran untuk artist-artist muda Malaysia yang tumbuh bak cendawan dalam masa 3 ke 4 tahun ini dan semakin galak kehadiran mereka pada tahun ini. Kemeriahan ini terus dan terus kita lihat sehingga peminat muzik dan radio Malaysia sendiri telah menggelarkan mereka BBNU dan gelaran ini terus melekat pada mereka. Dengan ini Pihak Malaykord telah pun membuat koleksi chord untuk mereka dan pengumpulan link untuk peminat-peminat mereka. Sila ke Link Koleksi Chord BBNU untuk enjoy chord mereka. Sebarang penambahan atau cadangan sila contact kami.

Klik Sini untuk Koleksi Budak Baru Nak Up

Terima Kasih
SHARE SHARE SHARE

Tuesday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Koleksi Guitar Pro is Back

Koleksi Guitar Pro di Malaykord kembali beroperasi setelah mengalami masalah broken link yang agak teruk dari tahun lepas. Ini menjadi pengajaran bagi kami untuk berhenti menggunakan free services di mana-mana storage penyimpanan percuma untuk link atau file yang ada di internet. Untuk Penyelesaian pihak kami menggunakan service yang lebih dipercayai iaitu google drive. Tutorial Untuk download guitar pro di Malaykord akan dikemaskini dan boleh didapati di Tutorial Download Guitar Pro Malaykord

 Terima Kasih.

SHARE SHARE SHARE

Sunday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Senarai Fungsi dan Pembaharuan FAQ Malaykord

Salam Viewer,

Proses Dokumentasi Malaykord berjalan dengan agak lancar untuk bulan ini , dan keputusannya kami telah pun menyiapkan Senarai Fungsi yang lengkap dengan details dan penerangan. Dan Begitu juga dengan pengkemaskinian untuk FAQ Malaykord yang telah tergendala selama 2 tahun. Dan begitu juga kami senaraikan Malaykord Tools iaitu tools bantuan yang kami bina untuk kegunaan bersama dengan pengunjung. Untuk seterusnya kami akan mengemaskini beberapa fungsi Malaykord yang telah lama ditinggalkan dan cuba memperbaharui fungsi-fungsi tersebut berpandukan Senarai Fungsi yang telah kami bina untuk kebaikan pengguna dan pengunjung Malaykord . Stay Enjoy Music With Malaykord.

Lets Enjoy this new thing:

Terima Kasih ,

SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Dokumentasi dan Membaikpulih Malaykord

Salam Sejahtera,

Malaykord sudah melalui satu fasa dimana fungsi-fungsi yang dibina selama 7 ke 6 tahun ini tidak lagi dapat dikawal dan diselia. Jadi sudah tiba masanya untuk team Malaykord mula menyenarai dan mendokumentasikan ke semua fungsi-fungsi yang pernah wujud di Malaykord sejak kebelakangan tahun ini. Proses menyenarai dan mendokumentasi ini sudah bermula sejak 3 bulan yang lalu dan ia sebenarnya lebih sukar dari apa yang kami jangkakan kerana banyak fungsi-fungsi yang sudah hilang arah dan tujuan asalnya dan kebanyakan sudah dibuang dan tidak dapat dikesan. Dan perkara ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Tetapi kami tetap akan meneruskan proses dokumentasi ini dan dalam masa yang sama membaikpulih fungsi-fungsi yang kami dapat kesan dan cuba memperbaiki dari masa ke semasa. Buat masa ini sudah 3 proses sudah dibina iaitu Proses Request Chord , Proses new artists added dan History. Proses-proses ini akan menjadi rujukan bagi kami dan juga pengunjung untuk kebaikan dimasa hadapan, Supaya tiada lagi proses atau fungsi-fungsi yang hilang atau dibuang tanpa dapat dikesan. Dan dalam masa yang sama setiap fungsi-fungsi yang disenaraikan juga akan melalui proses baikpulih. Nantikan setiap news yang akan kami keluarkan tentang status-status fungsi yang ada di Malaykord.

P/s: Sepanjang 3 bulan ini 20 Senarai fungsi telah dapat disenaraikan.


Terima Kasih, 



SHARE SHARE SHARE

Saturday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Penjelasan Bagaimana Request Chord Di Malaykord Berjalan

Salam Akhir Syawal,

Respon dari tindak balas kelewatan Request chord yang dibuat berikut adalah penjelasan yang lebih jelas untuk masalah dan solusi pada fungsi Request di Malaykord. Sila baca di http://malaykord.blogspot.com/2017/07/proses-request-chord-di-malaykord.html

Terima Kasih ,

SHARE SHARE SHARE

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Artist Baru Link Bermula June 2017

Salam Readers,

Trend terbaru Muzik Malaysia kita dapat lihat dari 2 tahun ini, Artist Baru tumbuh bak cendawan. Hampir setiap Minggu kita dapat lihat artist-artist baru dengan lagu-lagu baru muncul sama ada di radio atau di Youtube.

Dengan itu, Malaykord telah menyediakan new page yang menyediakan senarai artis-artist baru yang baru dimasukkan ke dalam list database Malaykord. http://malaykord.blogspot.my/2017/06/new-artist-added.html. Untuk pengguna Malaykord Mobile Version/Android Version , Sila klik link ABC dibahagian bawah navigator dan klik link New Artist Added untuk melihat senarai artist baru. Dan untuk pengguna Laptop/Desktop sila klik New Artist dibahagian hujung kanan bawah navigator. Artis-artis baru ini akan dikemaskini dari masa ke semasa dan senarai artist baru bermula dari June 2017 yang telah dimasukkan ke dalam Malaykord.

Terima Kasih ,

SHARE SHARE SHARE

Friday

HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA HAHAHA
Chord List: # | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z : TOP 10

Malaykord dan 2 Juta views.

Salam pembaca, 

8 tahun berlalu , dari hasil langkah pertama proses membina sebuah blog yang bernama Malaykord ini. Dari cakap-cakap yang kosong bersama rakan-rakan kolej di pangsapuri sewaan penulis ketika zaman belajar hinggalah kini 2017. Blog idea bermula dari bertapa sukarnya untuk bermain gitar tanpa "reference chord" lagu-lagu berbahasa melayu ketika melepak selepas habis penat lelah kuliah. Dari simpanan Notepad yang kadangkala lupa nak di tanda nama lagunya kepada fungsi searching pada blog yang lebih mudah. Dari pada archive folder kepada post blog yang telah dilabel dengan nama artist dan genre. Ya segalanya berubah mengikut tahun dan Insyaallah akan lebih baik dari masa ke semasa. Begitu juga dengan hidup penulis yang semakin lama umurnya juga semakin bertambah dan hasil kerja ini segalanya effort ini juga mungkin suatu hari nanti akan hilang juga dan diganti dengan "Budak Baru" yang akan teruskan dengan penuh minat seperti penulis lakukan ketika masa dulu. 

Alhamdulillah , dari bermula publish chord di blog bernama Malaykord ini dari hasil view dari 10 ke 20 views dan sekarang penulis sendiri tak menyangka view akan menececah ke tahap ini. Dan terlaksana lah jua harapan penulis dan perkongsian ini sampailah jua pada pembaca-pembaca yang mempunyai minat yang sama. Harapan penulis selepas ini moga adalah interaksi antara penulis dan pengguna-pengguna blog Malaykord , tidak kiralah dari mana sumbernya dari blog penulis sendiri (Killjols) , Facebook , Google Search atau mana-mana sahaja. Tetaplah ingat nama Malaykord ini. dan terus melihat apa-apa update atau perubahan yang dilakukan , dan sumbangkanlah apa-apa kritikan membina atau idea-idea "Muda" anda kepada kami.

Akhir kata, "Penulis dan dibelakang Malaykord ini adalah seorang MANUSIA bukanlah ROBOT". Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Bathin.

Terima Kasih ,

SHARE SHARE SHARE